“Ini lif aku!” tiba-tiba Nuqman
disergah dari belakang. Dia yang baru hendak melangkah memasuki lif terhenti.
Dia menoleh, seorang budak lelaki berwajah pucat dalam lingkungan umur 10 tahun
sedang berdiri sambil memandangnya tajam.
‘Apahal pula budak ni?’ desis Nuqman. Dahinya berkerut
memandang budak itu. Pelik!
Budak itu masih di situ. Tegak berdiri.
“Dik, abang nak cepat ni. Tak ada masa nak layan kau,”
kata Nuqman seraya menekan kembali butang di dinding bila lif tadi sudah
tertutup.
“Huh! Kau
tengok…” dia menoleh tetapi budak lelaki itu sudah pun pergi.
‘Mana budak tadi pergi?’ Nuqman tercari-cari. Melilau
matanya, manalah tahu budak tu menyorok ke? Tetapi tetap juga tidak kelihatan.
‘Tinggg…’ bunyi pintu lif terbuka mengejutkan Nuqman. Dia
melangkah masuk lalu butang G ditekan. Semasa pintu lif perlahan-lahan
tertutup, Nuqman seperti nampak kelibat seseorang bergegas mahu masuk tetapi
tak sempat. Dia didalam juga sudah menekan-menakan butang open, tetap juga pintu lif tertutup.
“Aku dah cakap, ini lif aku!” hampir luruh jantungnya
bila disergah.
Budak tadi! Seingat dia tadi, hanya dia seorang saja
dalam lif itu. Bila pula budak kecil ni masuk?
Tiba-tiba lif bergoncang kuat. Nuqman berpaut pada
dinding lif. Terhuyung-hayang dibuatnya. Lampu lif juga sekejap terpasang,
sekejap terpadam. Jeritan ‘ini lif aku’ juga semakin kuat kedengaran. Nuqman
terjelepuk jatuh tangannya menekup telinga.
Laju Nuqman berlari keluar bila pintu lif terbuka.
Hampi-hampir saja dia berlanggar dengan seseorang, nasib sempat mengelak!
Budak lelaki itu tersenyum sinis dan pintu lif kembali
tertutup.
Sampai sahajadi
pejabat, Nuqman terus duduk melepaskan lelah. Termenung dia sejenak, apa
sebenarnya berlaku di dalam lif tadi?
‘Buk…’
tersentak dia dengan bunyi itu. Anak mata dilarikan melirik ke arah bunyi
tersebut. Kelihatan Saiful yang berdiri di tepi rak sedang membetulkan topi
keledarnya yang jatuh.
“Oi,
Saiful!” tegur Nuqman.
“Hoi
Saiful! Baru sampai ke?” jerit Nuqman lagi. Kali ini lebih kuat.
Terpinga-pinga
Nuqman bila Saiful terus berlalu tanpa menyapa dirinya terlebih dahulu. ‘Dia
boleh buat derk je!’ gerutuh hati
Nuqman.
“Mira,
si Saiful tu apasal hah? Aku tegur dia buat tak reti je.” Rasa tidak puas hati
itu diluahkan pada Mira, gadis penyambut tetamu.
“Oi, kau
dengar tak ni?” sambil menepuk kauntar pertanyaan itu. Mira hanya melihat
sekilas dan dia terus berlalu bersama fail-fail yang dipeluk di dadanya.
“Ah!
Apahal semua orang tak layan aku ni?!” Nuqman naik angin, kakinya menendang
kaunter.
“Argh!
Sakit kaki aku!”
Nuqman pulang dengan
hati yang bengkak! Sakit betul hatinya bila dia tidak dilayan. Apa mereka ingat
dia tunggul di dalam pejabat tu?
‘Ah lif
ni pun, lembab betul!’ getus hatinya. Sakit hati di pejabat tadi masih belum
lagi reda sekarang sudah sakit hati dengan lif yang lambat terbuka itu.
“Ini
lif aku!” jerit sesorang dari belakang. Nuqman terperanjat.
‘Apa
lagi lah budak ni nak?’ desis hatinya bila dia menoleh, tampang budak kecil yang
bersama dengan dia pagi tadi jelas di depan mata.
“Eh budak,
ini lif aku juga!” berang dia rasa dengan budak lelaki itu. Tangan dihimpun di
dada, mata di kecilkan dan dihala memandang budak tadi. ‘Geram betul lah!.’ Nuqman
berpaling dan terus melangkah masuk kedalam lif tanpa menghiraukan budak lelaki
tadi. Dari kerlingan matanya dia nampak budak lelaki itu melangkah masuk
mengekori dirinya. ‘Lantak kau lah budak’
“Bang,
nak ikut saya balik rumah saya tak?” senyuman sinis di hadiahkan buat Nuqman.
Berkerut dahi Nuqman, ‘baik pulak budak ni’, Nuqman masih malas melayan karenah
budak itu. Tak betul agaknya. Tiba-tiba marah, ni baik pula.
Bila
pintu lif di tingkat 9 terbuka, langkah Nuqman terhalang bila budak lelaki tadi
menarik tangannya. Terasa melayang seluruh tubuh dengan sentuhan tangan sejuk
budak lelaki itu. Terasa dirinya ditarik ke atas. Di sebalik pintu lif yang
terbuka dia dapat melihat dengan jelas lautan api yang semakin marak merebak
dan cuba
menyambar dirinya dan budak kecil itu.
Bagaikan
sebuah filem, dia boleh melihat segala kejadian itu. Dia melihat dirinya dan
budak kecil itu berpelukan apabila lif yang mereka naiki tersangkut di tingkat
9. Nuqman cuba
membuka pintu lif, tetapi tidak berjaya. Bahang panas membantutkan usahanya.
Budak lelaki itu duduk memeluk lutut dan menangis.
Nuqman
mengambil lajak di ruangan yang terbatas itu, dia cuba menendang pintu lif, berharap mereka akan terselamat! Dia tidak
mahu mati di situ! Bajunya sudah di basahi peluh, usahanya tetap tidak berjaya.
Nuqman melihat dirinya dan budak lelaki itu perlahan-lahan hilang nafas bila
asap semakin memenuhi ruangan itu dan api semakin galak menjamah tubuh mereka!
‘Aku
dah mati?’ hatinya berkata-kata sendiri. Cemas!
“Abang
masih tak percaya?” teguran itu menariknya kembali ke dunia asal. Di sekelilingnya masih sama. Dia berada di
dalam lif yang pintunya masih terbuka dan nombor 9 jelas terpampang di dinding
itu.
Nuqman
tercari-cari budak lelaki yang bersamanya tadi. Berpusing-puasing dia di dalam
lif itu. Pintu lif pula tertutup kembali. Nuqman cemas. Apakah bayang yang dia
tengok tadi akan terjadi pada dirinya? Jarinya pantas di alih menekan butang
‘G’ bila berkali-kali butang open
ditekan tetapi pintu lif masih tidak terbuka. Lif meluncur laju hingga ke
bawah.
Bila
pintu terbuka Nuqman berlari laju. Kemana? Dia juga tak pasti. Apa yang dia
tahu, dia mahu lari dari banyangan tadi. Di kejauhan dia ternampak Saiful
sedang berjalan bersama seorang rakan serumahnya. Nuqman menghampiri mereka.
Nuqman tak jadi hendak menegur bila dia terdengar perbualan mereka. Berkerut
dahinya.
“Aku
macam tak percaya bila kau cakap Nuqman dah meninggal, rasa baru je aku jumpa
dia.” Ujar Amri. Sedih.
“Aku
pun tak percaya. Tapi bila tengok sendiri mayat dia yang rentung tu… Allah, tak
sanggup aku nak cerita. Dia tu rakan serumah aku Am, sebilik lagi.” Lirih
Saiful berkata. Manakan tidak, dia dan Nuqman sangat rapat dari zaman sekolah
lagi. Sungguh dia tak sangka Nuqman akan menemui ajalnya dengan cara begitu.
Rentung di dalam lif yang terbakar!
“Wei
korang! Apa kau orang cakap ni? Aku hidup lagi lah!” Nuqman berlari dan berdiri
tegak di hadapan mereka berdua bagi menghalang mereka dari meneruskan
perjalanan. Tetapi Nuqman terkejut bila dirinya ditembusi oleh mereka berdua.
Terpinga-pinga dia di situ. Dia melihat-lihat dirinya. ‘Apa dah jadi dengan aku
ni?’
“Sekarang,
abang percayakan saya tak?” budak lelaki itu berdiri tegak di hadapannya sambil
menghulurkan tangan ke arah Nuqman.