Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Rania Cinta Doraemon
Rania Cinta Doraemon
14/12/2012 00:21:29
3,908
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

 "Ada apa dengan cinta, sampaikan kadang-kadang dia boleh berkelakuan gila?"


        Malam. Rania hanya bergolek di atas katil. Nak lepaskan penat dan lelah. Lama menelaah buku di perpustakaan tadi bersama Aben.

Sepasang tangan bersulam. Di labuhkan atas dahi licinnnya. Seketika mengeluh. Entah apalah maksud keluhan itu.

Earphone yang sudah tersumbat di telinga, dapat didengari lagu dari MP3. ‘Ayam Den Lapeh’. Dia hanya mendengar. Hatinya masih resah.

“Woaaaa!!!!” Rania terpekik. Lantang.

Boleh dikatogarikan adik beradik mak lampir. Hobinya suka menjerit pada sesuatu hal yang tak munasabah. Benda yang kecil pun boleh jadi besar. Entah apa-apa!

Aben sedang ligat menyapu jem peanut butter ke atas roti gardenia. Buat seketika dia terngadah. Terperanjat betul mendengarkan pekikan Rania. Polong betul!

Hampir saja pisau yang digunakan buat menyapu jem nak terhunus masuk ke dalam perutnya. MasyaAllah.., ucapnya. Kalau tidak dia akan dikatakan mati bunuh diri dek perangai Rania. Aben berlari naik atas. Mendapat Rania yang sudah gila.

Betullah macam mak lampir. Rambut panjang Rania dah berserabut sangat! Tapi Aben tak takut pun!

“Woi pompuan! Yang kau terpekik apesal?!” giliran Aben pula yang memekik.

Rania terbaring diam. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Sakit hati Aben melihatkan Rania buat derk je. Siap ko! Hati Aben jadi jahat kejap.

Roti Gardenia yang sudah bersapu jem itu masih di tangan Aben. Belum makan lagi. Perlahan Aben menapak. Rania hanya baring dengan mata terlelap. Buat-buat tidur. Ha! Dah elok sangatlah tu Aben nak buat projek. Aben namakan projek itu;

“Projek pedajalkan Rania supaya lain kali insaf dan tak memekik sesuka hati”

Haha! Hebat betul idea Aben. Dia memuji idea sendiri dan terus syok sendiri.

Aben dekat sangat dengan Rania. Lalu roti itu disapukan dengan penuh nikmat keatas muka Rania. Perlahan dan begitu menghayati Aben melakukan.

Apa lagi, Rania tukar karakter. Jadi kingkong betina pula. Dia cuba mencekak kolar Aben. Tapi Aben pandai menepis.

“Apesal kau ni Ben?!”

“Kau yang apesal?!”

“Salah ke aku memekik?! ”

“Hah! Salah! Sebab dah tengah malam! Hantu nak mengilai pun pandang kiri kanan tau tak?!”

“Pulak!”

“Yelah! Vokal kau tu zalim dan membunuh deria dengar masyarakat setempat!”

“Jangan nak mengata aku ok! buktikan!”

“ Kau tak tahu ke vokal kau yang nyaring tu menganggu kesejahteraan masyarakat di sini! Baik menjerit, menyanyi, memekak mahupun mengamuk. Tune asyik tinggi aje! Diorang boleh mimpi ngeri kalau kau jerit masa diorang tidur ok!”

Aben menghela nafas. Penat juga membebel. Panjang pula tu! Lebih –lebih dengan Rania yang tak reti bahasa. Ini rekod dia membebel 34 patah perkataan dalam masa hanya 30 saat. Dasyat!

Rania hempas kasar punggungnya. Mukanya habis penuh dengan peanut buter. Dia mencolek sedikit peanut butter di pipi. Masuk ke mulut. Sedap!

Dia bukannya yang jenis kalau stress makan benda yang manis. Sah nanti kena kencing manis.

“Apesal? Senggugut?”

“Pertanyaan yang tersangat klise.”

Kalau meradang sahaja tak tentu pasal akan dikaitkan dengan angin senggugut yang melanda. Pemahaman yang terlalu lapok . Sepatutunya dicampakkan ke tong sampah. Pisah jauhkan skeptikal melayu ‘ perempuan meradang-senggugut’ dari kepala otak.

“Dah tu,”

Aben garu kepala. Susah nak hidup dengan Rania. Tak semua orang berani. Ataupun mampu.

“ Kau jarang nak mengamuk tak tentu pasal melainkan kau senggu...”

“Stop it Ben! Klise!” Aben termati kata bila Rania mencelah. Garang.

“Then, what?!” Rania marah, Aben pun boleh marah!

“Ini semua kerana doraemon!” kata Rania, marah lagi!

Kalau Rania sebut Doraemon, mesti dia marah. Kalau Aben sebut Doraemon, Rania mesti marah juga. Sedangkan Rania amat menggilai kartun Doraemaon. Dulu kini dan selamanya. Tapi sekarang, Rania seakan membenci karakter kesayangannya, Doraemon.

“Oh, Encik Doraemon! Pakar membuat masalah!” Ujar Rania Lagi.

“Ohhh,” Terangguk-anguk.

Aben angkat punggung. Malas mahu masuk campur kalau melibatkan Encik Doraemon. Aben mula menapak. Cepat-cepat Rania menahan.

“Kau nak ke mana?”

“Nak turun lah! Sambung makan roti yang tergendala tadi!”

“Habis masalah aku? Tak nak tolong setel lagi ke?”

Hah! Hello, Aben bukan yang suka jaga kain dalam Rania sesuka hati!

“Nope!” berkata sepatah.

“So?!”

“Setelkan sendiri!” Aben gelak dalam hati. Haha! Jahat!

Roti yang dibuat sapu ke muka Rania, Aben bagi.

“Ambiklah! Makan. Mana tahu dapat idea lepas ni!”

Baru selangkah, Aben berhenti. Menoleh. Rania pandang Aben.

“ Jangan cepat marah. Cool down dear. Kau hanya mempercepatkan proses penuaan kau! Kalau marah cepat tua ok!”

Hahaha! Suka betul Aben mengenakan Rania. Muka Rania merah. Menahan marah!

Baru dua langkah, Aben berhenti lagi.

“Oh ya, sebelum terlupa. Elok makan roti tu cicah dengan susu Anlene. Ala susu yang nak kurangkan risiko ostheoporosis tu. Yang tulang cepat rapuh tu. Minum ok. Aku baru beli. khas untuk aku!”

Siot Aben! Aben sakan mengenakan Rania. Dia ketawa dalam hati sahaja. Bimbang Rania baling meja jepun kearahnya!

Melewati pintu bilik Rania. Aben berhenti lagi. Sedangkan Rania sudah panas!

“ Kalau minum, tulang kau jadi kuat. Taklah nanti kalau gaduh dengan Encik Doraemon asyik kalah je dulu!”

Selesai cakap. Aben terus berlari. Menuruni tangga.

Sedangkan Rania dah naik hantu. Masalah dengan Encik Doraemon belum habis. Ditambah lagi dengan perlian Aben!

“ Abeennnnnn!!!!!!!!!!!!! %^$#*&^%^%$@!^&**(*&”

Ayat Rania tu terpaksa di-sensored-kan. Bakal mengganggu kosentrasi orang yang membaca nanti. Nampaknya Rania marah betul! Betul-betul marah!

Apakah Rania akan menjadi Incredible Hulk selepas ini?

                                                                         ******

    "Dia... si kucing jantan yang nakal lagi menyakitkan hati!" Rania.

                

                 Rania hanya mampu mengeluh. Mengeluh sahaja. Sedari tadi. Rania sudah puas mengeluh. Tak tahu selepas mengeluh dia mahu buat apa lagi.

Rania toleh kiri. Memandang Lelaki itu. Lelaki yang suka menempel sejak dia menapak masuk bilik kuliah.

Oh dunia, tiada lelaki lainkah selain dari biawak komodo ini?

Lelaki oh lelaki...dia mengeluh lagi.

Lelaki itu bagaikan kucing jantan yang menggesel dekatnya dari tadi. Rania naik rimas. Mahu saja di sepaknya lelaki itu. Tapi dia hanya menahan hati. Papa kata, perempuan kalau ganas ini perempuan yang buruk laku. Rania mematikan niatnya saja.

Jadi, Rania ini perempuan baik laku kalau terpaksa melupakan niat untuk menyepak lelaki itu. Begitukah Rania?

Malas mahu Rania melayan. Bicara hatinya selalu saja menyakitkan hati!

Oh ya, lupa Rania nak sambung lelaki itu suka sangat jadi bayangnya. Mengekornya ke sana dan ke mari. Kalah papa Rania!

Dan lelaki itu adalah Encik Doraemon. Abang seniornya. Senior yang kerap kali pedajalkannya masa minggu orentasi dulu-dulu. Bagai Rania, Encik Doraemon tak layak di panggil abang. Kalau perangai serupa mambang!

Adees! Lelaki itu mendekat lagi. Rania menjauhkan diri. Tapi tempat duduknya sudah habis tepi dah ni!

Siot Encik Doraemon ni! Gara-gara dialah aku membenci kartun kesukaanku, Doraemon!

“Hai sayang abang...”

Sumpah! Rania nak muntah hijau masa tu jugak! Dikerlingnya Doraemon. Miang!

“Jauh jauh sikit! Jangan nak menempel dekat aku!”

“Kenapa ni? Bad mood je!”

“Ada ke aku buat perjanjian dengan kau? Sampaikan kau nak mengekor ke mana aku pergi?!” Rania pusing soalan Doraemon.

“ Adalah sayang. Takkan sayang dah lupa kot! Sayang ni dah hilang ingatan kot? Alahai siannya...kejap lagi abang hantar bawak pergi klinik eh?”

“Perjanjian apanya?! Aku masih waras lagilah!”

“Perjanjian sehidup sematilah! Kitekan sweet couple together-gether!”

Apalah si Doraemon ni meraban! Siapa yang hilang ingatan sebenarnya? Tangan Rania sudah menggeletar. Mahu saja dia melempang Doraemon. Kekiri dan kekanan. Sesuka hatinya!

Oh Tuhan sabarkanlah hati yang dah tak menyabar ni!

“Eh, mind your words ok. Belum tergamak aku nak couple ngan kau! Heh!”

Kelas sudah tamat. Professor sudah hilang. Pelajar yang lain sudah entah ke mana. Eloklah tu! Rania sudah merancang dari tadi. Mahu mengganyang Doraemon di sebelah ini.

Pedulikan pesanan papa. Pesanan papa terkecuali pada situasi terdesak ini.

Rania bangun, Doraemon menghalang. Doraemon semakin menghimpitnya ketepi.

Sah jantan ni nak kena ‘kame kame ha’dengan aku!

“Tepi tepi! Aku nak keluar ni!”

Rania tempik. Doraemon buat tak tahu saja. Kembang senyum. Suka tengok buah hati marah.

Geleng. Senyuman tak lekang.

“Jom keluar dengan abang? Kita makan-makan sampai perut ayang jadi buncit lepas tu abang hantar ayang balik. Ok?” Pelawa Doraemon. Ikhlas walau menyakitkan hati.

Sah! Lelaki ini dah buang tebiat gamaknya! Rania dah panas! Tunggu masa saja ni!

“Heh! Ape kau ingat aku ni buruk lantak ke sampai nak ajak makan sampai perut aku buncit?! Ha?!”

“ Ha, kalau kau nak makan sampai perut buncit, kau ajaklah Rikishi tu! Tu baru betul!”

Susah betul Rania nak bangun kalau Doraemon asyik nak menghalang saja!

“ Tapi abang nak ajak Rania, abang nak keluar dengan perempuan yang abang cinta!”

Eleh! Jiwang tak pernah khatam mamat nih! Silap oranglah!

“Ko tau ke apa itu cinta?”

“Abang tahulah ayang. Kalau tidak kenapa abang terjatuh chenta dengan ayang!”

“Apanya cinta tu?!” Malas betul kalau cakap dah ulang siar 2 3 kali!

Seketika Doraemon terdiam. “Ha! Cinta itu buta ayang!”

Rania tepuk dahi! Sah mamat ni lepu! Apalah! Klise!

Rania pura-pura terlalu gembira. Tepuk tangan. Macam singa laut menepuk tangannya ketika mahu mendapatkan bola.

“Jawapam entah ape-ape! Langsung tak menguji akal dan mencabar minda!”

Rania marah. Jawapan langsung tak membanggakan! Nenek dengan atoknya pun boleh berkata begitu.

“Apa pulak! Betullah cinta abang buta! Sebab tulah abang cintakan ayang.”

“Simpan sajalah cinta kau! Bagi kat orang lain! Mican ke?!”

“Sampai hati ayang buat abang begini! Sanggup ayang ketepikan cinta abang yang tulus, suci dan murni.”

Ada sedih terselit pada ayat itu. Doraemon dah nak menangis!

Rania tersandar. Dia melepaskan keluhan. Masalah betul! Rania menoleh. Buruk betul bila tengok Doraemon nak menangis. Ya Allah mamat ni, memalukan! Cengeng!

Rania tarik nafas panjang. Jantung dah penat. Otak dah letih. Bertenang. Tangan disimpul. Memandang ke hadapan.

“Emon! Kau dengar apa aku nak cakap ok!” Rania Pandang Doraemon.

Nafas disedut. Lepas itu keluar balik. Datanglah ketenangan! Mana kau merayap ni?!

Doraemon pandang Rania. Muka sedih. Ops silap! Sememeh!

“Cinta itu tak semestinya iklan minyak yang sungguh suci sungguh murni.”

Rania, kalau boleh malas nak berjiwang. Tapi dengan Doraemon yang tak reti bahasa ni dia redah juga!

“Cinta tak juga semakin hari semakin sayang.”

Habis berkata. Rania angkat punggung. Tempat itu dirasakan panas! Tapi Doraemon masih lagi menghalang.

“Habis?! Ayang tak cintakan abang ke? Macam mana dengan cinta abang?!”

Rania tatap muka Raemon. Hati Rania beku! Hati Doraemon merayu-rayu!

Senyum. Kembang sikit aje. “ Oh, sebelum tu, stop call me ayang ok?! Itupun kalau ko sayang nyawa kau!”

Berlagak samseng. Tapi sebenarnya pengecut. Kalah asam kecut!

“Then, simpan jelah cinta kau untuk orang lain. Aku tak cintakan kau! Tak pernah!”

Sedih Doraemon. Hampa. Sangat terluka.

Rania kemas barangnya. Masuk ke dalam beg sandang. Dia bangun melalui DoRaemon.

Baru beberapa langkah, Doraemon menahan lagi.

Kali ini Rania letih. Benar-benar letih melayan karenah Doraemon! Cukup! Dia sudah hilang sabar!

“Tapi cinta abang.....” Doraemon tak habis kata bila,

Rania dah sumbat mulut Doraemon dengan kasutnya! Cis, tak senonoh betul! Kasut sebelah itu tertinggal dalam mulut DoRaemon.

“Nah! Hambek kau!” Jerit Rania. Di kejauhan.

Rania terus lari. Mencanak-canak macam lipas. Doraemon terus mengejar di belakang!

                                                             *******

 "Kalau dah rindu, tapi tak nak mengaku, malu! gedik!" Raemon Muzammil.


            Seminggu sudah berlalu. Seminggu itu jugak dia tidak berjumpa dengan Encik Doraemon. Dunia yang dia menginap, terasa aman. Fuh, lega amat!

Hidupnya rasa aman kini. Doraemon tidak lagi mengganggunya. Apatah lagi mengekor ke mana saja dia pergi. Tidak menjadi bayang-bayang. Apatah lagi menjadi kucing jantan yang suka menggesel.

Terasa seminggu ini dia begitu gembira. Malah begitu semangat menempuh hari esok. Tanpa ada Doraemon, hidupnya terasa mudah.

Eh, ya ke? Hatinya menyoal.

Bukan ke tak ada Doraemon Rania jadi teringat. Iyalah selalu DoRaemon ada untuk mengganggunya. Menghalang jalannya. Dan macam-macam lagilah!

Ada sikitlah. Ruang mengosong di hatinya. Tapi sikit jelah. Tak lebih dari tu! Nalurinya mencelah-celah.

Menguap. Menggeliat. Perlahan-lahan badan itu dilabuhkan. Diatas sofa di ruang tamu dia berbaring. Lega. Lepas lelah sekejap.

Rania baru lepas membaca e-novel yang pelbagai tajuk itu. Rania buat marathon. Dari pukul 8 ke pukul 10. Baru selesai. Fuh lega! Laman P2U itu dia tutup.

Rania sudah cantik berbaring. Ambik Remote tv. Mencari siaran yang sesuai dengan jiwa raganya. Ah! Jumpa! Spongebob pun ok jugak!

Aben datang. Dari sudut dapur menapak ke ruang tamu. Dia menatang pingan yang penuh dengan buah yang dipotong.

Semenjak dua menjak ni Aben tengok Rania gembira aje! Menang loteri ke? Aben keliru.

Aben tengok Rania yang elok terbongkang. Tak senonoh betul! Tak semenggah betul anak dara seorang ini! Haish!

Aben geleng-geleng.

Pinggan diletak atas meja. Aben berlabuh duduk. Sama menonton rancangan budak-budak. Tapi yang menonton, dah nak masuk taraf mak budak.

Aben Rania senyap. Kusyuk menonton bikini bottom yang kena huru-hara. Mata mereka terus melekat lagi.

Rania kerling buah di atas meja. Sedap! Perlahan tangannya menjalar. Lepas satu dia makan lagi satu. Tanpa sedar pinggan itu sudah licin.

Rania pun menyambung tontonannya. Kali ini cerita Ben Ten pula.

Aben mengambil buah diatas meja. Di raba-raba pinggan yang sudah licin. Tanpa Aben sedar. Eh, mana buah ni?! Lari masuk ke mulut ke?!

Mata yang terlekat di tv, dikalih. Aben tercengang!

“ Ahh!!!!! Siot!!!!!” Pekik Aben.

“Apehal ni?!”

“Siapa makan buah ni sampai habis?! Langsung tak tinggalkan orang belakang!”

“Sorrylah. Tak sengaja.Buah tu sedap sangat! Aku makanlah!” Rania kelip-kelip mata.

“Memanglah sedap sampai licin ko kerjakan! Lebih-lebih lagi dah siap potong dan hidang. Tinggal nak kunyah dalam mulut aje!” Aben kembang hidung.

Aben membebel. Rania buat tak tahu saja.

“A’ahla kan! Semua dah siap tinggal nak masuk dalam mulut je!”

“Kalau nak tunggu ko, alamatnya buah tu mengecut dalam peti ais tuh!” juih bibir ke dapur.

“Yelah. Yelah. Aku salah sorry.”

“Pergi potong yang baru. Aku nak!” Arah Aben.

Nak tak nak Rania mula bangun. Menapak ke sudut dapur.

“Mana buah yang ko letakkan nih Ben?!” Tanya Rania, jauh.

“Ada! Carilah betul-betul.” Mata Aben melekat ke tv.

“Mana?!” dia cari tak jumpa pun! Dah puas menyelongkar dah ni!

“Adalah! Kat bawah sekali. Kat peti tuh!”

Inilah payahnya kalau dah jadi perempuan. Liat sangat nak turun dapur. Bebel Aben.

Beberapa ketika Rania datang. Menatang piring yang berisi buah-buahan. Dihulurkan kepada Aben. Rania berlabuh sebelah Aben. Turut sama-sama mengunyah sambil menonton tv.

“Oh, lupa lak! Encik DoRaemon ko kirim salam peluk-rindu-cinta kat ko! Dia kata dia sayang ko ketat-ketat-sampai-tak-bernafas!”

Beritahu Aben. Tak pandang muka Rania yang kelam. Lagi syok tonton tv dari tengok muka Rania.

Rahang Rania jatuh. Buah yang dikunyah tersekat di kerongkong. Rania pegun.

Sangkanya dia sudah aman tanpa ada yang mengganggu. Ternyata tidak!

Adakah dia akan lemas dengan peluk-rindu-cinta bila Encik DoRaemon kirim begitu?

Atau,

Mungkinkah dia akan lelah sampai tak bernafas. Sampaikan Encik DoRaemon nak peluknya ketat-ketat-sampai-tak-bernafas ?

Hidup seakan tak bagi dia berbahagia. Walaupun sekejap.

Takdir selalu menemukan dia dengan Encik DoRaemon.

Mungkinkah?! Oh,Tidak!

Rania kerling Aben. “ Ben! Ko free tak?”

Menoleh. Mereka bertatapan.

“Kenapa?”

Mendengus kasar. Muka merah. Geram!

“Aku nak ajak ko berlatih smackdown cam citer WWF tuh!”

Rahang Aben pula jatuh.

“Haa?!”

                                                                      ******


"Lelaki yang bermuka tembok, tak malu untuk menagih cinta Rania."

          Nama penuh dia Raemon Muzamil bin Ahmad Syukri. Tinggal di Kuala Lumpur. Dekat sangat dengan tempat dia belajar sekarang ni. Cuma dia yang lebih suka duduk di luar. Papanya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Mamanya pula pengasas dan ahli perniagaan barangan kecantikkan.

Berbadan tegap dan sasa. Sedikit lampai orangnya. Berambut panjang paras leher. Kulit kuning langsat. Ada tahi lalat di matanya yang menawan itu.Yang penting Doraemon lebih tinggi dari Rania. Kiranya Doremon boleh dikelaskan sebagai lelaki yang kacaklah!

Wahh!!! Anak orang kaya. Kacak lagi. Apa lagi mahu Rania sampai cintanya harus tercampak begitu sahaja? Raemon bingung.

Oh, orang selalu menggelarnya Doraemon. Ya! Dia suka. Raemon tak kisah. Kartun Doraemon paling digemari Raemon. Ke mana sahaja pasti Doraemon ada bersama. T-shirt gambar Doraemon. Cap Doraemon. Keychain Doraemon. Di rumahnya sahaja entah berapa cakera padat yang dibuat koleksi. Itu belum lagi buku-buku. Satu bilik penuh dengan Doraemon.

Ya...dah tua bangka...tapi dah macam budak-budak! Biarlah dia peduli apa?

Mama dengan papa sudah banyak kali tanya bila mahu kahwin. Bukan Raemon tak mahu kahwin. Tapi Rania yang tak nak! Raemon nak! Nak sangat-sangat! Gatal! Ya, memang Raemon sudah gatal. Hanya gatal dengan Rania sahaja!

Raemon dah siap buat persiapan. Awal-awal lagi dia sudah menghadiri kursus perkahwinan. Manalah tahu, Rania mendapat hidayah nak kahwin dengan Raemon pula.Tapi kenapa Rania tak faham? Takkan Rania tu bangang sangat?! Sampai susah nak faham isi hatinya?! Terang-terangan Raemon dah tunjuk! Itupun pun tak dapat tangkap! Ngok! Geram Raemon!

Raemon pernah tunjukkan gambar Rania kepada Mama dan Papanya. Ternyata mereka gembira! Malah mereka tak sabar nak berjumpa dengan Rania. Mereka tak kisah siapa pun yang dipilh Raemon. Lagilah senang! Kan?!

Di pihak Raemon semuanya dah senang. Line clear! Mama dengan papa siap bagi lampu hijau! Bila-bila masa aje! Tapi tulah, Rania pulak buat hal.

Kadang-kadang Raemon letih dengan Rania. Tapi Raemon tak boleh nak kalah awal-awal. Tu awek dia bai! mana boleh sesuka hati bagi kat orang lain. Nanti dia merana. Kecewa. Tapi takdalah sampai nak bunuh diri. Huhu!

Rania tu entahlah. Susah. Liat. Susah nak ajak berbincang. Apatah lagi duduk semeja. Kalau Rania nampak Raemon, mesti Rania dah pasang langkah seribu. Rania, kenapa sanggup menjauhi abang?! Raemon mengeluh.

Rania tak pernah anggap dia sebagai pak we. Tapi Raemon saja yang memandai-mandai. Macamlah hidup Rania tu Raemon yang punya. Rania tu ada mak bapaklah! Raemon sesuka hati saja menganggap Rania tu sebagai awek dia. Tapi Rania tidak! Tak ada kesepakatan rasmi tentang mereka pasal cinta ini.

Kenapa Raemon gopoh-gapah? Kerana Raemon memang cintakan Rania. Terlalu cintakan Rania! Tulah sebab kalau dia terserempak dengan Rania, mesti nak menempel saja. Itu yang Rania sampai nak mengamuk. Rimas orang tu! Raemon dengan Rania kan macam magnet. Pantang jumpa mulalah nak mendekat!

Lama betul Raemon mengelamun. Sampaikan Edon masuk ke bilik pun lansung tak sedar. Punyalah angau dok teringatkan awek!

Raemon buat tak tahu saja bila Edon pulang. Raemon berbaring di katil. Terus saja melelapkan mata. Edon yang pulang, lainlah kalau Rania yang datang!

Kembang senyum.

“Dok berangankan Rania lah tu!” Sindir Edon.

Mata masih tertutup. “Takkanlah aku nak angankan kau pulak! Mestilah aku angankan Rania, buah hati aku tuh! Aku masih waraslah Edon!”

Nak saja Edon tonyoh dengan stoking yang sudah dipakainya. Berlagak je lebih. Rania tak terima dia pun! Huh!

“Emon,”

“Hmmph!”

“Hari tukan aku jumpa Rania.” Kata Edon. Memancing minat.

“Oh,”

“Oh jer?”

“Yelah. Kau nak aku bersorak gembira macam pom pom girl ke?!” Marah Raemon.

Angin je Edon. Cakap baik, pun kena marah. Sah sensitif! Orang bercintalah katakan...

“Lagipun aku tak kisah, hari-hari aku jumpa Rania.” Sambung lagi.

“Tapikan Emon, aku bukan nampak dia aje!”

“Habis tu? Dengan Aben ke?!” sampuk Raemon.

Edon geram. Suka saja menyampuk. Tunggulah aku habis dulu! Ni tidak!

“Tak,”

“Dah tu?!” Cakap suka sangat henti-henti. Ingat, ni drama episod sampai nak bersambung minggu depan?! Huh!

“Aku nampak Rania dengan Mewan. Rapat sangat! Macam lovely couple!”

“Haa??!!” Raemon tersentak. Terus terbangun. Senyum terus kecut!

“Betul ke ni?!”

“Betullah! kau aku ni mami jarum ke ?!”

Raemon tak sangka Rania sanggup buat macam ni! Apa salah dia?! Sedangkan dia tulus mencintai Rania! Raemon setia pada Rania seorang sahaja. Meichan pun dia tak layan!

Raemon sedih! Luka! Semua ada! Ini tak boleh jadi! Tak boleh Raemon diamkan sahaja! Kalau tidak melepas Rania ke tangan orang lain! Huh!

Serius. Muka merah. Geram sangat!

Raemon bangun. Menapak ke muka pintu.

“Eh, nak ke mana kau ni Emon?!”

“Ke rumah sewa Rania!” Tegas.

“Kau nak buat apa tengah malam buta kat rumah anak dara orang ni?!”

“ Aku nak buat Rania dengan aku tangkap basah!”

Nak jatuh rahang? Tak sempat! Edon berlari-lari menyaingi Raemon.


 "Raemon nak bawak Rania kahwin lari katanya... Nak ke Rania hempuk dia banyak kali?!"


      “Bukak pintu rumah ni! Aku cakap bukaklah!” Diketuk pintu rumah kasar.

Masa itu dah tak tahu nak berbudi bahasa lagi dah! Radang di hati siapa nak tanggung?! Raemon di depan pintu rumah anak dara pingitan.

Heh?! Tak malu ke diorang ni menyalak dekat rumah orang malam-malam buat begini. Malu betul pada jiran-jiran yang mendengar. Apatah lagi yang memandang! Hish!

“Jangan bukak pintu ni! Aku kata jangan bukak!” Jerit Edon.

“Aku kata bukaklah pintu rumah ni!!” diketuk kasar lagi.

“Aku kata janganlah bukak pintu rumah ni!” balas Edon. Muka tak bersalah.

“Aku kata bukaklah! Kalau tidak aku bagi pecah!” Mengugut.

“Aku kata jangan bukak! Nanti dia nak pecahkan jugak pintu ni!”

Raemon menolak kasar badan Edon ke tepi. Buat menyemak je! Sibuk! Hampir jatuh Edon di buatnya! Kuat juga orang tengah marah ni?!

“Dahlah tu, Mon. Moh le kita balik. Malu rumah nak dara orang ni!”

“Kau nak kau balik sorang-sorang! Aku tak habis perhitungan dengan Rania ni!”

Raemon terus mengetuk pintu. Memanggil nama Rania.

Dengan tiba-tiba, pintu pun terbuka. Perlahan demi perlahan. Maka, terjongollah dua batang tubuh. Sambil memegang beberapa peralatan.

Belumpun sempat Raemon menyapa Rania. Dia sudah disimbah dengan air di dalam baldi yang di pegang oleh Rania. Terus saja baldi itu ditelangkupkan ke kepala Raemon!

Rania puas! Aben pun puas hati. Memang patut Raemon dapat! Huh!

Siap sedia. Rania pegang berus jamban. Aben pegang senduk kayu. Bila-bila masa diorang nak mendebik si Raemon dengan Edon nih! Tak tahu malu bertandang rumah anak dara tanpa diundang! Huh!

“Rania! Why....” belumpun sempat Raemon nak cakap,

Rania terus pelangkung baldi yang berada di kepala Raemon dengan berus jamban. Rasakan!

“Weh! Tak malu ke datang rumah nak dara orang nih?! Ha?!” Rania garang.

Aben angguk-angguk. Edon geleng-geleng.

“Kau ingat rumah kita orang ni ape? Pasar malam?! Pasar lambak ke?!”

“Kau ingat aku ni ape?! Tauke jual ayam ke sampai kau nak terpekik terlolong memanggil nama aku?!”

Ayam Belanda betullah dia orang nih! Geram. Huh!

“Bukan macam tu...”

“Shut up you!!!” Aben marah Edon.

Aben renung tajam Edon. Siap buat tanda zip mulut. Edon terus senyap. Tak berani.

Sedih betul Raemon diperlakukan sebegini rupa. Baldi di kepala dia angkat lalu diletak ke bawah.

Raemon pandang Rania. Mereka saling bertatapan. Mata Raemon agak sayu. Sedangkan mata Rania marak menyala.

“Kenapa ayang buat abang begini?!”

Skemanya Raemon berbahasa ayang-abang? Naik geli Aben dengan Edon yang mendengarnya. Rasa nak muntah darah masa tu jugak! Raemon dah tak peduli dah!

Mata Rania tajam pandang Raemon. “Dont call me ayang anymore ok?!”

“Abang tanya ni ayang! Jawablah!” Marah Raemon. Hampir tidak dapat mengawal diri.

“Buat apanya?! Apa yang saya buat pada awak?!” Takut juga Rania melihat muka Raemon yang serius habis tuh! Gerun jugak!

“ Kenapa keluar dengan Mewan?! Abang ajak keluar ke dating ke, macam-macam alasan ayang tolak kan?!” Geram juga Raemon dengan si Rania yang suka main tarik tali nih!

“Suka hatilah saya nak keluar dengan sesiapa pun! Peduli apa!”

“Masalahnya ayang keluar dengan Mewan. Abang tak suka ayang keluar dengan lelaki lain.”

“Masalahnya juga, kau ni sape sampai nak halang aku sesuka hati dari keluar dengan lelaki lain?!”

“Nak kata pasangan kekasih, tidak . kahwin pun tidak.” Lanjut berkata.

“Abang nak jadikan ayang kekasih abang ayang tak nak. Ajak kahwin lagilah tak nak. Abang nak aje!”

“Raemon, tolonglah lepas ni jangan ganggu hidup aku!” Marah Rania.

“Tidak! Selagi ayang tak jadi milik abang. Selagi tulah abang akan jadi bayang-bayang ayang!”

Putus Raemon. Jangan mimpilah dia nak lepaskan Rania begitu mudah.

“Heh! Doraemon! Apa yang ko mere....”

Raemon terus mendapatkan Rania. Lalu tubuh itu dipeluk seerat mungkin. Tak nak dilepaskan.

“Ayang, jom kita kahwin.” Raemon bisik lembut di telinga Rania.

Seketika Rania terpaku. Naluri wanitanya bergetaran. Jantungnya berdegup laju tak tentu pasal.

Ohh, kurang ajar!

“Woaaa!!!”

                                                                         ******

" Encik Doreamon yang memikat hati! Auww!" 

     

             Selepas habis kuliah,Rania terus berlari balik ke rumah sewanya. Dia malu. Sangat malu! Mukanya sembab. Hampir semalaman dia menangis. Ini Raemon punya pasal! Sanggup dia buat Rania begitu! Apa dia ingat Rania ni barang ke?!

Sesampai di rumah, Rania terus berlari naik atas ke biliknya di tingkat atas. Aben, tidak ada mood Rania nak menegur. Dia marah pada Aben juga. Aben boleh biarkan Rania dipeluk oleh Doaemon?! Geram! Dengan semua orang dia geram. Janganlah ada yang kena pasti ada yang kena!

Aben sedikit terperanjat melihat Rania yang sudah pulang. Segera dia menghentikan pekerjaannya. Lalu berlari laju sama mengejar Rania. Semalaman Rania manguncikan diri dalam bilik. Tak mahu bercakap dengannya. Hanya dengar suara tangisan Rania sahaja. Nampaknya Rania betul marah Aben!

Haish! Masalah betullah!

Bukannya Aben tak nak halang masa tu, masalahnya dia dan Edon pun turut sama terperanjat. Langsung tidak menyangka Doraemon akan melakukan aksi yang berani sebegitu. Sungguh, Aben tak mahu nak buat apa masa tu. Panik dan tergamam!

Sedar-sedar saja yang Doraemon nak cium dahi Rania. Nasib baik Rania cepat-cepat bagi penumbuk ke pipi Doraemon. Bagus Rania! Tak sia-sia mereka berlatih ala-ala WWF tuh! Apalagi, pipi Doraemon bengkak sebelahlah! Huh! Padan muka!

Rania nak tutup pintu biliknya. Cepat-cepat Aben menghalang. Rania belum sempat mahu berbuat apa-apa apabila melihat Aben sudah menyelinap masuk ke biliknya. Rania pura-pura tak pandang Aben. Terus wajahnya dipalingkan terus menghadap tingkap.

Aben tahu Rania masih marahkannya. Tengok muka Rania yang sememeh tu Aben sudah tahu.

“Kau masih marahkan aku ke?” sehabis lembut Aben cakap.

Ikutkan mood malas betul Rania nak bercakap dengan Aben. Tapi hanya dia bedua dengan Aben dalam rumah ni. Takkan nak cakap dengan dinding kot?!

Tarik keluar nafas. Mengeluh kasar.

“Marah. Masih marah. Sakit hati pun ade!”

“Janganlah marah. Nanti cepat tua tau!” gurau Aben.

Pusing. Rania pandang Aben. Rania luku kepala Aben, kuat!

“Adooiii!” padan muka Aben!

Gosok kepala. Sakit. Aben anguk kepala. Faham. Maknanya secara tak sengaja dah menebus salah kepada Rania.

Aben mula menapak nak keluar. Daripada layan Rania baik buat kerja lain. Lebih berfaedah.

“Eh, kau nak ke mana tu?!”

“Nak keluar.”

“Lah, tadi sibuk nak masuk sangat?!”

“Aku masuk nak pujuk kau. Ni kau dah ok. Ni dah luku kepala aku, kira aku dah tebus salah semalamlah.”

“Erk?!”

“K. Bai!”

“Eh, Ben! Jangan tinggalkan aku! Masalah aku tak setel lagi nih!”

Garu kepala. Susah betul perempuan nilah! Kahwin jelah kan senang!

“Kahwin jelah Rania! Kan senang!”

Jatuh rahang. “Haah?! Kau jangan?!”

Kerut kening. Aben pening.

“Dah tu?!”

Rania,Muka merah jambu. Aben pandang pelik!

“Aku tak naklah!”

“La..habis tuh, Doraemon dah beria-ia ajak kau kahwin.”

Diam tidak berkutik. Rania dengar je bebelan Aben.

“Dalam hidup ni, kadang-kadang kita tak boleh memilih Rania.

Kau untung Rania, sebab ada lelaki yang tulus cintakan kau!”

Ambil nafas sekejap. Kemudian terus sambung,

“Kau ni lembab sangat Rania! Kau sebenarnya cintakan dia dalam diam. Tapi yelah, kau ni bengap sangat nak mengaku! Lembab!”

Rania dengar saja. Walaupun kata-kata Aben menyakitkan hati. Rania cuba bersabar.

“Yelah, kalau dah bengap, Doraemon terang-terangan tunjukkan dia sukakan kau pon kau boleh buat tak tahu saja!” Cuba sabar Rania.

Kata-kata Aben seakan mencabar kesabarannya.

Toleh. Aben pandang Rania. Bertatap.

“Buat sekali ni tolonglah dengar kata hati kau! Mengakulah dalam hati kau ada cinta untuk Doraemon!”

Aben serius. Tak pernah Rania melihat Aben seserius begini.

Rania bertanya pada hati. Benarkah yang sebenarnya aku mencintai Doraemon?

Kalau aku cinta dia, kenapa aku asyik bergaduh dengan dia. Pantang jumpa mesti nak gaduh.

Aku tak pernah nak cakap baik-baik dengan dia. Dia saja yang selalu nak cakap baik dengan aku.

Apakah itu cinta aku yang sebenarnya?

Cinta itu tak selalunya berbahagia. Kadang-kadang cinta itu selalu juga menyakitkan hati. Seperti Rania dengan Doraemon. Macam anjing dengan kucing.

Rania selalu saja menyakitkan hati Doraemon. Doraemon pula kadang-kadang menyakitkan hati Doraemon. Cinta menyakitkan hati! Kann???!

Kenapa ya sejak semalam Rania merasakan degupan jantungnya semakin tidak stabil? Dia merasakan suatu rasa yang amat asing buatnya. Rasa yang membelai hatinya.

Oh, tuhan kirim rasa apakah itu?

Rasa apakah sebenarnya kepada Doraemon?

Bingung. Keliru dengan hati. Kelu tak tahu nak cakap apa dah.

“Dan percayalah Rania, kau akan lebih berbahagia dengan lelaki yang mencintai kau dari lelaki yang kau cintai. Lelaki yang mencintai kau cam Doraemon tu akan lebih menghargai kau dari lelaki yang kau cintai. Belum tentu dia akan mencintai kau. Belum tentu dia akan balas cinta kau.”

Mengangguk. Beritahu Aben dengan panjang lebar.

Betul juga! Rania mengiyakan. Lagipun Rania ni tak ada pengalaman bila bab cinta-cintun ni.

Masing-masing diam. Aben penat cakap.Rania menyelami isi hati yang sebenarnya. Buat hal masing-masinglah!

“Assalamualaikum!!”

Saling bertatap. “Siapa?”

Dua-dua angkat bahu. Tak tahu. Rania dan Aben bangun dari duduk. Menuju ke tingkap. Mahu melihat siapa yang berani-berani datang rumah anak dara orang nak dekat maghrib begini.

Buka tingkap. Panjang leher sekejap.

“Ada sorang pak cik tualah yang datang!” Kata Rania.

“Jom turun.” Ajak Aben.

Lari-lari anak turun tangga. Tak nak pakcik tua yang tunggu lama.

Buka pintu. “Waalaikumussalam” Aben Rania jawab sesopan mungkin. Bajet!

“Tumpang tanya nak, ni rumah Cik Rania Isya bt. Mohd Bakri?”

Aben toleh Rania. Rania pandang pak cik itu.

“Ya, saya Rania. Pak cik ni siapa?” Kalau iya pun pakcik nak cari aku, janganlah sebut nama penuh aku. Malulah pakcik!

“Saya pembantu peribadi, Encik Ahmad Syukri. Ayah Doraemon. Eh silap!!”

Hahaha! Aben dan Rania rasa nak tergelak guling-guling je masa tuh! Kat rumah pon kena panggil doraemon juga ke?

Masing-masing kembang senyum.

“Ayah kepada Raemon Muzamil. Pak cik datang ada hajat.”

Kerut dahi. “Hajat?” bingung.

“Ya hajat!”

“Hajat apa?” berdebar! Pinangan untuk Rania kah?!

Dihulurkan kepada Rania segugus kunci.

“Ni kunci kereta Honda Accord yang Raemon Muzamil nak berikan kepada Cik Rania. Pemberian Encik Ahmad Syukri juga.”

“Haa?!” jatuh rahang. Kereta idaman Rania berkurun lamanya. Macam tak percaya aje?!

“Yeh! Yeh! Rania dapat kereta Honda Accord!!” teriak Aben. Macam budak-budak!

Bongok punya Aben! Sekarang bukan masanya nak riang ria suka ria! Dia tak boleh terima hadiah yang semahal ini. Bukan murah!

Aben berhenti teriak. Terkelip-kelip pandang Rania yang sudah sememeh mukanya.

Apalah si Doraemon nih! Aku baru nak sayang dia ala-ala kucing siam, dia dah buat hal! Dia ingat cinta aku dapat dibeli dengan Honda Accord ni ke?! Cinta aku tulus dan sucilah! Bukan kerana kebendaan! Ceh!

Rania geram.

“Chooiii!!!!”


                                                                          ******

        "Masamnya rasa cinta kita!" 


         Rania berjalan laju. Menuju ke kafeteria. Mahu berjumpa dengan Doraemon. Rania ingin menyerahkan kembali kunci kereta dengan kereta Honda Accord sekali. Sesunguhnya, Rania tak berhak untuk menerimanya. Bagi Rania, ia terlalu mahal.

Sedang laju mengatur langkah, Rania dihalang oleh sesorang. Haish! Ingat jalan ni apa!? Tol Plus ke?! Main sesuka hati jalan orang nak lalu.

Angkat muka. “Haa?!”

“Apaan kamu sih?!” lunak gersang suaranya.

“Hei, Meichan!! Buat apa jadi batu di sini?” Capoi mulut Rania.

“Cari kamu, Rania!”

Rania Anguk-angguk.

“Gitu, maaflah ya Meichan, buat apa cari saya? Saya bukannya orang popular.”

Rania pun dah terikut-ikut gaya bahasa Indonesia Meichan. Walaupun tunggang terbalik. Taram ajelah!

Gadis Indonesia yang berbangsa Cina itu menjuihkan bibir. Meluat agaknya. Tapi Rania peduli apa? Biarlah, nak bengkak bibir pun Rania tak peduli!

“Bosan aku deh dengan kamu! Loyar buruk banget!”

Rania bukannya baik sangat dengan Meichan. Rania mengamalkan prinsip tak ambil campur atau dengan lebih tepat buat tak tahu. Meichan ini terkenal orangnya di kolej. Meichan seringkali mengungguli tempat pertama carta gedik. Sehinggakan lelaki dan perempuan yang menengoknya naik jijik.

“Eh, kau tau tak aku lagi loya degan perangai aku?! Macam ulat bulu tak cukup daun je menggeletis tak tentu pasal!”

Benci betul Rania nak layan perempuan nih! Rania mula menapak. Menyambung perjalanan tadi.

“Eh, eh, kemana mahu pergi?! Aku belum habis perhitungan dengan kamu!”

Meichan terpekik. Rania berhenti. Pusing. Mereka bertatap.

Rania dah nak rasa pelangkung Meichan dengan buku yang dipeluknya.

“Kau nak ape?!”

“Aku mahu kamu jauhi diri kamu dari Raemon. Jangan dekati dia! Dia milikku!” Ko ingat ni apa? Lagu Yovie and the Nuno ke ha?!

Ohh, Rilek Rania, jangan cepat sakit hati.

Hahh, perempuan ni benar-benar sudah terdesak sampaikan nak bagi amaran aku jangan dekat dengan Doraemon. Doraemon dah tak layan Meichan. Dalam cerita animasi Doraemon sepatutnya suka Meichan kan? Tapi dalam hidup Rania, Doraemon langsung minat Meichan. Tapi mencintai Rania.

“Heh, Desperate! kau ingat aku hadap sangat ke si Raemon tuh ha?! Bukan aku yang cari dia! Dia yang cari aku!”

Rania marah. Tapi Rania puas hati dapat menyembur Meichan sesuka hatinya.

“Aku tahulah aku ni lawa Meichan, ko jangan jeles lak kalau Raemon minat gila kat aku!” Sempat Rania syok sendiri.

Meichan sudah panas. Dia terkam Rania didepan. Hampir-hampir Meichan melucutkan tudung yang dipakai Rania. Mujur Rania cepat-cepat menghalang. Rania terus tolak kasar Meichan. Jatuh terduduk Meichan dibuatnya.

Mata mereka saling bertatapan. Bagaikan ada arus elektrik yang saling bertembung.

Muka Rania dah macam Mak Lampir pandang Meichan. Meichan pula mukanya macam dah nak menangis. Tapi dalam hati, masing-masing ajelah yang tahu.

Sungguh, inilah kali pertama Rania bergaduh dengan kaum sejenisnya. Dah macam WWF lah pulak. Dulu masa sekolah menengah, dia suka melihat pelajar perempuan bergaduh. Bab yang Rania paling suka masa tarik tudung. Dah tarik tudung main tarik rambut. Agaknya nak tengok siapa paling kuat bila kena tarik. Masa tu Ranialah yang paling suka. Siap tepuk tangan lagi. Rania jugalah tukang. Akibatnya punggungnya disebat oleh pengetua sekolah. Hahahaha!

Macam mana ni? Rania tak tahu dah nak buat apa! Takkan nak terus gaduh pula? Bingung.

“ Rania, Meichan kenapa ni? Apa yang terjadi.”

Doraemon datang. Herolah tu! Rania terus ubah karakter, lembut habis. Nak bagi Meichan sakit hati.

“Abang...tengoklah Meichan! Dia nak pukul ayang! Nasib baik ayang sempat mengelak.”

Beritahu Rania. Raemon dah gamam sangat masa tu. Pertama kali Rania cakap sangat lembut dengannya. Siap berabang ayang lagi.

Oh, Raniaku sayang...

Doraemon membetulkan tudung Rania yang dah tak betul. Mencuri pandang Rania dari dekat. Tangan Raemon bergerak ke seluruh muka Rania. Ambil kesempatan.

Rania bengang! Dia pun nak main watak juga ke? Ini sudah lebih! Aku setakat lembut suara aje! Yang dia ni sampai nak naik tangan ni apahal pula!

“Itu Mak Lampir!” Marah Meichan yang melihat kemesraan mereka berdua.

“Inilah kekasih saya!” Raemon tujukan ayat tu buat Meichan yang tak reti bahasa. Dipeluk pinggang Rania agar lebih rapat dengannya. Doraemon suka!

Genyam punya jantan! Ambil kesempatan betul kau kan?! Siap kau! Siot punya Doraemon!

Rania dan Raemon pamer senyum. Berlakon bagaikan kekasih yang bahagia.

Bila Meichan dengar, dia tak tahu nak kata apa. Dia sedih sangat. Bangun. Meichan berlari laju membawa hati yang pecah dan tak dapat nak disambungkan semula.

“Huh! Lega!”

“Sayang abang!”

Tangan Raemon masih dipinggang Rania. Rania siku kasar perut Raemon. Raemon terkebelakang sedikit. Raemon pegang perut. Sakit.

“Kau ingat aku ni barag permainan ke yang boleh kau pegang sesuka hati?”

Marak menyala marah Rania. Raemon yang lampai tu dah macam semut di matanya.

“Bukan kita loving couple ke?”

“Tak!!” jerit kuat.

“Tadi tu?”

“Berlakon je depan Meichan!”

“Habis ayang tak cintakan abanglah?” Raemon sedih.

“Tak!” Entahlah... Bingung!

“Nah ambik nih!” kunci Honda Accord dihulur.

Angkat kepala. Pandang Rania. “Apa ni?”

“Aku tak nak kereta ni, tak layak untuk aku.”

“Ambillah, abang yang belikan untuk ayang. Abang ikhlas.”

Aku dah kata tak nak, tak naklah. Janganlah paksa-paksa!

Rania pegang tangan Raemon. Rasa lainlah. Lalu diletak kunci ke tepalak tangan. “Ambik, aku tak nak!”

Raemon nak tolak, tapi bila Rania kata,

“Lebih baik ko ambik, kalau tidak aku hantar kereta ni ke kedai menjual kereta terpakai. Nanti duitnya bolehlah aku buat belanja kahwin lari dengan Mewan di sempadan nanti!”

Ugut Rania. Raemon jatuh rahang. Dia tak sanggup. Diambil juga kunci kereta tu. Rania pasang langkah lari laju meninggalkan Raemon. Misinya sudah selesai.

“Ayang!!”

“Ingat petang ni datang ambik kereta Accord kau, Doraemon!!!”


                                                                        ******

              "Rindu suka memburu! Rindu simpan dalam kalbu! Ceewaah!" 

               Entah. Tak tahu nak kata apa. Sudah sebulan lebih Rania tak jumpa dengan Raemon. Nak kata rindu mungkin. Nak kata cinta tak lagi kot. Mana Raemon pergi ha? Kali terakhir dia jumpa masa Raemon datang nak ambil kereta Accord. Masa Raemon datang, langsung Rania tak disapa. Pandang pun tak. Raemon betul-betul dingin dengan Rania masa tu! Cakap dengan Aben saja. Entah kenapa, hati Rania tiba-tiba sakit. Sakit dengan perlakuan Aben.

Tarik lepas nafas. Mengeluh.

“Eh, pompuan! Kau tak siap lagi ke?! Kita dah lambat nih?!”

“Tak naklah!” Rania pandang sepi persalinan ke majlis formal tu.

“Cepatlah pakai! Bukan senang nak dapat penaja tau! Pereka terkenal lagi!”

Buat dek. Tak ada mood. Rania diam lagi.

“Heh! Cepatlah! Kau ingat majlis tu nak tunggu ko ke?!”

“Pergilah Rania, entah-entah Doraemon ada kat sana. Kau bolehlah jumpa dia. Aku tahu kau rindu dia.” Pujuk Aben.

Itulah masa Doraemon depan mata kau, asyilah bergaduh sakan. Bila berjauh macam ni rindu-rinduan lah pulak! Bebel Aben dalam hati.

Entah kenapa bila mendengarkan nama Doraemon tiba-tiba Rania lebih bersemangat. Mungkin Doraemon ada di sana. Rania berdoa dalam hati.

“Kau keluarlah dulu, aku nak salin baju.”

Rania bangun. Aben keluar menapak keluar.

Kembang senyum. Rania terus ambil persaliannya. Harap-harap Doraemon datang!

Mereka berdua jalan lenggang-lenggok. Menuji ke Dewan Sri Utama kolej mereka.Mereka lambat setengah jam. Bukan tak nak berjalan laju. Tapi pakaian mereka ini menghadkan langkahan mereka. Ala-ala perempuan melayu gitu!

Majlis amal untuk anak yatim. Itulah majlis yang mereka tujui. Sampai di pintu masuk, Aben serahkan kad undangan.

Mereka gamam. Sebelum ni tak pernah datang. Inilah kali pertama. Jakun sekejap!

Majlis kelihatannya sudah bermula. Mereka berdua mengikut penyambut tetamu ke tempat duduk mereka berdua. Berlabuh duduk. Masing-masing asyik menghayati persembahan dari kanak-kanak kurang upaya. Hebat!

Agak lama mereka menyaksikan pelbagai persembahan yang dihidangkan.

“Rania! aku laparlah!” Aben bisik perlahan.

Toleh kiri. Pandang Aben.

“Kat mah tadi tak puas-puas makan ke? Aku nampak ko balun tiga pinggan mee goreng petang tadi?!”

“Perut aku bocorlah!”

“Ambik plaster, tampal!”

Rania pandang depan. Lagi seronok melihat depan dari melihat muka Aben yang sememeh tu.

Seketika, makanan disediakan. Semuannya enak-enak belaka. Aben tak tunggu lagi dah.

“Kalau nak makan tu, sopan-sopanlah sikit! Kau tu pompuan!” Rania siku perut Aben. Aben senak perut.

Siot betul Rania nih! Aku tengah makanlah!

Aben teruskan makan. Lebih semangat. Orang keliling tengok dia tak hairan.

“Kalau ye pun nak jadi majlis perbandaran tu berpada-padalah. Aku tahulah kau ni jenis ikan pirana bila makan!” Bisik Rania, marah.

Rania dari tadi bukannya selera nak makan. Semua makanan mahal di depannya pernah dia rasa. Mata Rania sejak tadi meliar mencari kelibat Raemon. Dia datang sini dengan harapan dapat berjumpa dengan Doraemon. Itu yang penting sekarang ini.

Seketika orang ramai bersorak tanda persembahan sudah berakhir. Rania dan Aben yang terpinga-pinga pun sorak bersama. Entah apa yang mereka sorakkan pun tidak ketahui.

“Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, tibalah kita ke acara kemuncak. Lelaki yang bakal membuat persembahan selepas ini ialah orang yang menganjurkan majlis amal yang cukup bererti buat dirinya. Bagi beliau kanak-kanak kurang upaya tak patut dipinggirkan.”

Rania dan Aben hanya mendengar sahaja.

“Dengan ini kami persembahkan Raemon Muzamil bin Ahmad Syukri. Dipersilakan!”

Rania tercengang. Aben terkebil.

“Doraemon?” serentak mereka bersuara.

Rania dan Aben pandang depan. Mencari kelibat Doraemon. Oh itu dia!

“Takkanlah!” kata Aben.

Susahnya Rania nak menafikan. Tapi itulah kenyataan. Doraemon ada di depan.

“Gila kacak!” ya! dia memang kacak. Kacak sangat! Kata hati Rania.

Entah kenapa, pandangan mata Rania tak nak dilepaskan dari memandang Doraemon.

Lelaki itu adalah lelaki yang........

Raemon sangat kacak menyarungkan persalinan suit putih. Di tangannya ada sekuntum bunga mawar merah. Hati Rania jadi tersentuh sangat!

“ Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri di majlis amal ini. Kehadiran anda amat saya hargai. Lagu yang saya ingin nayanyikan ini saya tujukan khas buat insan yang amat saya cintai. Terima kasih sayang kerana sudi datang, walaupun terlambat. Abang sangat menghargai.”

Hadirin yang datang, bertepuk gemuruh.

“Aku ke?” Tanya Rania.

“Ketahuliah sayang, walaupun sayang cuba mengelak abang tetap mencintai sayang. Cinta abang hanya untuk sayang!”

Hadirin bersorak lagi. Gemuruh. Bagaikan menyambut gembira luahan hati seseorang jejaka.

Mata jadi berkaca. Rania terharu. Terima kasih Doraemon kerana sanggup bagi peluang lagi!

“Terimalah, lelaki ini.”

Raemon berdiri di tengah. Diiringi muzik orkestra. Seumur hidup ini, Rania bagaikan dikelilingi rasa-rasa yang sangat indah!

Seluruh dewan gelap. Hanya satu cahaya dilorongkan kepada Raemon. Dan lagu berkumandang.

“ Kasih,

Kenanganku...

Ingatkah saat-saat dulu

Kasih,

Apakah dirimu

Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi

Ku masih melihat bayangnmu cintaku

Dan ke mana pun arah angin ku berlari

Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintaimu

Selalu...

Tanpa ragu

Lelaki ini yang selalu memuja

hanya dirimu

Yang bertakhta dalam sanubariku

Sanubriku..oh...

Aku yang mencintai kamu

oh.. hanya dirimu ohh...

kerana cintaku

tak berbatas waktu

kerana cintaku

tak mengenal jemu hatimu

hatimu..ohh

lelaki ini yang selalu mencintaimu

selalu tanpa ragu

lelaki ini yang selalu memuja

hanya dirimu

yang bertakhta dalam sanubariku

ohh..ohh...

lelaki ini yang selalu memuja

hanya dirimu

yang bertakhta dalam sanubariku

oh...ohh...ohhh...

yang bertakhta dalam sanubariku.......”

Lagu habis. Ramai yang berdiri sambil tepuk tangan. Rania dan Aben tak kurang juga.

Rania tepuk tangan. Kagum. Bersama air mata yang mengalir. Bersama rasa indah yang membasahi hati.

Sungguh! Lelaki inilah yang Rania cinta. Lelaki inilah yang Rania sayang. Lelaki inilah teman hidupnya.

Dalam diam cinta itu telah diberi. Tanpa sedar. Dalam gaduh cinta itu telah diberi. Tanpa sedar. Dalam marah cinta itu telah diberi. Tanpa sedar. Dalam air mata cinta itu telah diberi. Tanpa sedar. Dalam hati Rania ada cinta buat Raemon. Tanpa sedar. Dan kini dia telah menyedarinya. Syukur sangat!

Dalam sedar lelaki itulah yang sebenarnya dia cinta. Cinta sangat!

“ Rania cinta Doraemon!” ucap Rania.

Dengan hati bahagia.


                                                                       ******


             "Jomlah kita kahwin. Memandangkan Ayang pun dah mulai cintakan abang!" Raemon. 


            Di rumah, Rania bagaikan rasa nak menangis. Mendapat perkhabaran Doraemon di hospital. Ia bukanlah khabar yang menyenangkan. Malah menjadikan jantung Rania berdenyut tidak tentu pasal. Rania resah. Hatinya menggelisah.

“Aku cintakan dia, Ben! Macam mana ni? Aku tak boleh terima kenyataan kalau dia takda!”

“Sshh..banyakkan sabar. Doraemon tak apa-apa. Percayalah!”

Aben pujuk Rania. “Janji dengan aku lepas ni, jumpa Doraemon terus cakap yang ko cintakan dia! Jangan tanguh-tangguh lagi!”

“Ok.”

Dia dan Aben dalam perjalanan ke hospital. Sampai, mereka terus bertanyakan Raemon di wad kecemasan. Faham, mereka terus berlalu ke bilik yang ditunjukkan jururawat. Kata jururawat Raemon sudah kembali sihat. Cuma mengalami luka yang teruk di bahagian peha. Perlu dirawat di hospital. Rania dan Aben berada di muka pintu. Tak tahu nak buat apa. Nak masuk ke tidak?

Aben senggol Rania. “Apa?!”

“Masuklah! Jumpa laki kau!”

“Tak naklah!” aku seganlah!

“Masuklah! Tadi menangis bagai nak rak macam mati laki aje aku tengok!”

Rania malas layan Aben. Mulut tu nak kena tampar agaknya! Huh!

Rania nak masuk ke bilik Raemon. Tapi jururawat dah keluar dulu dari nilik itu.

“Maaf, saya baru beri suntikan kepada pesakit. Biarkan dia rehat. Hanya seorang yang dibenarkan untuk menemaninya.”

Kata jururawat. Angguk faham. Jururawat berlalu pergi.

Rania memanjangkan lehernya. Mahu melihat Raemon. Raemon tidur. Nyenyak sekali.

“Ben, kau baliklah. Doraemon tidurlah. Biar aku yang jaga.”

“Amboi, mentang-mentanglah laki kau! Menghalau nampak!”

“Menghalau apanya. Dia tidurlah. Lagipun buat apa ramai-ramai di sini. Buat menyempitkan bilik aje!” Marah Rania.

Janganlah bengap sangat Aben! Bagilah aku peluang untuk aku berterus terang dengan Doraemon! Takkan itu pun tak faham! Haish!

“Ok.ok. Sambil menyelam minum air lah kan! kau mesti bagitau dia tau!”

“Mesti!”

“Oklah, aku balik dulu. Aku ada date ngan Edon nih!”

“Amboi kau! Bukan main sekarang nih!”

“Eh, mestilah!”

Saling lambai tangan. Aben hilang dari pandangan. Rania menapak masuk bilik Raemon. Perlahan-lahan. Tak nak ganggu Raemon berehat.

Sunyi sepi bilik itu. Hanya ditemani deru air-cond. Tak kurang juga bunyi kereta yang lalu lalang di luar sana. Rania mendekat. Rania tatap Raemon yang asyik tidur. Kacak ada. Comel pun ada. Rasa Rania, dia semakin sayang lelaki ini. Entah kenapa? Dan syukur dia masih dapat merasai.

Wajah Raemon bersih. Rania tatap lama lagi. Kerusi di sisi katil, Rania tarik perlahan. Berlabuh duduk. Rania topang dagu. Pandang Raemon lagi.

Eh, kenapa dengan aku ha? Asyik nak pandang dia aje! Dah tak ada muka orang lain ke nak pandang? Mana ada muka orang lain melainkan Doraemon. Yang dia sayang. Penat memandang Raemon. Matanya menjadi semakin letih. Rania terlelap juga akhirnya. Disisi Raemonnya.

Beberapa jam lepas tu Raemon sedar dari nyenyaknya. Menguap. Tangan kanannya terasa berat. Macam ada orang genggam. Toleh. Rania tidur di sebelahnya. Ha?! Rania?! terkejut. Tak sangka Rania datang. Siap temaninya lagi. Raemon ingat Rania dah bencikannya. Raemon gamam. Dia hanya renung Rania yang polos tidur. Dah lama dah Raemon menyukai gadis ini. Entah bagaimana lagi Raemon mahu memenangi hati Rania. gadis yang disayangi itu. Raemon tak tahu lagi kalau Rania nak menolak cintanya lagi. Raemon sudah letih ditolak sesuka hati oleh Rania. Tanpa langsung dipertimbangkan oleh Rania. Haish! Mengeluh.

Agaknya kalau Rania tak nak kahwin dengannya juga, dia akan bawa lari Rania. Dia akan mengugut Encik Mohd Bakri membenarkan dia berkahwin dengan anaknya. Rania pula dia akan bawa lari ke sempadan Thailand. Untuk dinikahkan disana. Kahwin koboi pon kahwin koboilah. Yang penting Rania akan jadi miliknya.

Ciss! Kurang ajar amat idea Doraemon ni! Berani-berani betul dia! Kalau didengarnya dek Rania, mahu kepala Doraemon disepak!

Rania sedar. Digerak-gerakan tangannya. Tangan yang menggenggam tangan Raemon. Raemon balas. Seketika mata Rania celik. Raemon hanya diam sahaja. Memerhati perlakuan Rania yang puas tidur sepuluh hari. Rania pandang Raemon. Raemon pandang Rania. bertatapan.

“Erk?!” Rania kelu tak tahu nak cakap apa. Segan pun ada juga. Yelah, patutnya Rania jaga Raemon. Ini tidak. Dia pun turut sama-sama membuta di sebelah katil Raemon.

Kalau dah kuat membuta, kuat membutalah jugakan!

“Selamat pagi sayang!” ucap Raemon. Bahagia.

“Haa?!” biar betul! “Dah pagi ke ni?”

“Iyalah sayang! Dah pagi dah ni. Tengok matahri terbit tuh!” Raemon tunjuk matahari. Pada tingkap biliknya.

Angguk-angguk.

“Best tak tidur dengan abang?”

Ciss! Kurang ajar betul ayat Doraemon nih! Rania jeling tajam. Buat-buat menyampah tengok Raemon.

“Sorry yang.”

“Tak ape.” Entah kenapa Rania menyukai panggilan yang digunakan oleh Raemon.

“Kenapa datang? Abang tak tahu yang Rania datang.” Kalau abang tahu Rania datang, abang tak nak tidur. Nak bersama-sama dengan ayang. Lebih lama.

“Kenapa? Saya tak boleh datang ke nak tengok awak?” Emosi. Sedih pun ada juga.

Salah ke Rania datang tengok lelaki yang sudah dicintainya? Salah ke kalau Rania nak jaga lelaki yang bakal jadi teman hidupnya. Selama-lamanya?

Tak salah.

“Kenapa ni ayang? sedih je? Abang ada buat salah ke?” Tanya lembut. Raemon pandang Rania. Penuh kasih.

Raemon cuba nak menyentuh pipi Rania. Rania menepis lembut. Dia tak suka sebenarnya. Kalau boleh dia nak cakap;

‘Do not dare to touch me until we got married! After that I just owned you!’

Tapi itulah. Rania tak berani. Takkanlah perempuan nak mula dulu. Apalah!

“Kenapa?”

“Tak suka.” Lain kali janganlah nak melebih-lebih!

“Habis apa yang Ayang suka?”

Bila kau nak sebut pasal kahwin? Punyalah tak sabar Rania. Tak menyempat! Haish!

Rania diam. tak nak jawab. Malu sebenarnya. Entah kenapa dengan Raemon dia tiba-tiba malu. Sebelum ni punyalah Rania tak tahu malu.

Raemon pon diam bila pertanyaannya tak dijawab. Dah Rania macam itu, nak buat macam mana? Tapi Raemon pelik. Kenapa sejak Rania bangun tadi muka Rania asyik merah saja tadi. Takkan malu kot?

“Aduh! Aduhai! Sakitnya! Sakit!” Teriak Raemon. Peha yang berbalut itu dipegang kejap.

“Haa?!” Terperanjat. Rania panik. Tak tahu nak buat apa dah!

“ Awak kenapa Raemon?” Rania cemas. Dia pegang dua belah bahu Raemon.

“Sakit!”

“Kejap ya Emon! Saya panggilkan Nurse jap!”

Raemon menghalang. Tak nak bagi Rania pergi. Dia nak Rania ada disisinya.

“Tak payah cukup ada ayang!” kata Raemon. Kelihatannya lemah.

Rania dapat merasakan badan Raemon semakin tidak bermaya. Hampir layu. Rania dah mula menangis. Basah muka dengan air mata. Kelihatan bersungguh tangisan Rania. Rania sayangkan Doremon. Cinta lagi! Dia tak nak sesuatu terjadi pada insan yang dicintainya. Terus Doraemon Dania peluk. Tak ingat apa lagi dah.

“Emon jangan pergi! Jangan pergi tinggalkan saya! Kalau awak takda siapa nak jaga saya?” Teriak Rania.

Raemon diam. Ada senyum sedikit. Rania tak perasan. Rania punyalah kusyuk menangis!

“Emon! Janganlah pergi! Saya dah mula cintakan awak! Saya mencintai awak!”

Kembang senyum Raemon lagi.

“Awak cintakan saya kan Emon! Saya pun cintakan awak. Saya dah terima cinta awak! Saya tahu saya dah lama cintakan awak! Cuma saya aje yang tak perasan!”

Rania terus menangis. Air hidung dan air mata dah bercampur menjadi satu. Habis muka Raemon pun kena titisan tangisan Rania. Tapi Raemon bahagia. Bahagia sangat! Cintanya berbalas. Rania cintakannya! Itulah yang Raemon nantikan selama ini.

Raemon pandang Rania. “Betul ke ayang sayang abang? Cintakan abang?”

Rania masa itu betul-betul dah jadi lurus bendul. “Betul saya cintakan awak Emon! Sayang awak!”

“Betul ni? Tipu dosa mati seksa?”

“Hati saya tak pernah menipu. Saya cintakan awak!” orang dah cakap cinta betullah tu! Apa kejadah aku nak main-main! Huh! Bengang pula Rania.

“Kenapa baru sekarang cakap yang ayang cintakan abang?! Ngok!” Raemon tolak perlahan kepala Rania.

“Sebab baru saya tahu yang saya cintakan awak sebenarnya, Emon!” luah Rania.

“Rania, kita kahwin nak?” tanya Raemon. Romantik sangat.

Inilah solan yang dia tunggu buat kali kedua. Rania tak nak tunggu soalan buat kali ketiga. Risau jawapan yang diharapkan adalah sebaliknya.

Angguk. Kembang senyum. Rania sudah ada jawapan. Jawapan yang membahagiakannya.

“Nak. Tapi Emon kena jumpa papa Rania ok?” saling bertatap. Ada cinta di hati.

“Ok. Syukur Alhamdulillah!” jawapan yang ditunggu selama ini. Hati dilambung bahagia.

Raemon bangun nak peluk Rania. Rania menepis kasar.

Ohh, nak kurang ajar sekali lagi?! Raemon gerun kembali. Takkanlah!

“Do not dare to touch me until we got married! after that I just owned you!” Ayat itulah yang Rania nak cakap dari tadi. Lepas juga akhirnya.

Rania berpaling dari Doraemon. Menapak perlahan keluar dari bilik. Basuh muka lagi bagus! Dahlah bersememeh! Huh!

Raemon kembang senyum. Cinta Rania miliknya. Bahagia sangat! Sangat-sangat!

“Doraemon pun cintakan Rania!” 

...cinta itu ada pada mereka!


                                                                ********


            ^.^ (tambahan) 10. Selepas 5 tahun 4 bulan 3 minit dan 2 saat,

            "Mamaku sayang, Dorani nak dapat adik lelaki ke? Hoyeah! Ops, lupa pulak. Alhamdulillah Ya Allah!" Dorani.

  

              Rania dan Doraemon amat gembira menjalani kehidupan mereka. Jadi mereka nak panjangkan sedikit kisah mereka ini. Lepas dapat cahaya matanya. Bahagia sangat mereka berdua. Nak nak lepas dapat anak, lagilah gembira. Doraemon yang paling suka. Melompat-lompat macam budak kecil.

Mereka berkahwin, tapi dengan syarat dari papa Rania. tamatkan ijazah dulu. Lepas itu, papa baru benarkan kahwin. Papa dengan mama Raemon pun setuju juga. Selepas berkahwin, duduk rumahlah kerja Rania. sepenuh masa untuk suami yang tercinta. Juga buat anak perempuan yang tersayang. Sayang anak mama papa! Raemon awal-awal lagi sudah tidak membenarkan dia bekerja. Duduk rumah jaga makan minum suami dan anaknya. Itupun satu kerja juga. Kerja yang diredhai Allah dan suaminya. Rania tak kisah. Malah dia bahagia sangat!

Sangkanya cinta tidak ada buat Rania. yelah siapa tahu cintanya ada pada Raemon. Raemon dah banyak kali menyedarkannya. Tapi Rania yang tak sedar-sedar. Nasib baiklah Rania belum terlambat nak menyedarkan diri. Syukur Alhamdulillah!

Rania duduk di beranda luar rumahnya. Sambil membaca novel. Ditemani pula Raemon yang setia disisinya. Raemon peluk pinggang Rania erat. Rania biarkan . Dah sah. Kalau sebelum kahwin buat macam itu, mahu kena sepak! Haha!

Raemon ni sejak kahwin manja sangat. Kalah manja Rania. tapi kalau bab-bab romantik, Rania angkat tangan dahulu. Kalah. Raemon labuhkan kepalanya di bahu Rania. Rania usap lembut kepala Raemon. Mesra.

Anak mereka, Nurul Idani. Sedang kusyuk bermain di taman hadapan rumah mereka. Sudah dipesan banyak kali. Tapi tetap mahu main di situ juga. Bukan tak bagi. Tapi anaknya itu ganas. Seganas Rania. Kalau jatuh terluka. Mulalah terpekik menangis. Kalau dah namanya budak, tetap degil. Haish!

“ Mama Dora! Papa Dora! Tenyok ni!” pelat Dorani cakap.

Sedih Raemon dan Rania dipanggil begitu. Tapi dah terbiasa. Raemon punya pasallah! Asyik bagi anaknya menonton cerita Doraemon. Tengok sekarang dah ketagih dengan Doraemon. Sampaikan Rania dan Raemon pun turut dipanggilnya ‘Papa Dora Mama Dora’. Haish!

“Dorani! Jangan main di situ sayang!” jerit Raemon. Rania geleng-geleng. Letih dah nak bebel. Penat!

Hah! Macam tulah masa Rania kecil-kecil dulu. Degil. Letih nak bebel.

“ I’m ok, Papa Dora!” Dorani senyum lebar.

Raemon pula geleng-geleng. Anaknya itu degil sangat. Sama degilnya Rania masa belum kahwin. Rania pula nak bebel,

“Dorani!!” lantang.

“Masuk cepat! Mama Dora ambil tikus nak tak? Bagi kat Dorani?” ugut Rania. Senang saja. Nak bagi Dorani dengar kata. Tikus! Sebijik macam Doraemon!

“Tanyak! Tanyak! Papa Dora, tengok Mama Dora! Nak bagi tikus kat Doranyi!” Dorani nak menangis dah!

Haish! Jahat betullah Mama Dora ni! Kaki ugut!

“Ayang, jangan takutkan Dorani macam tu. Abang pun takut juga.” Ujar Raemon, lembut.

“Anak-beranak sama penakut!” Marah Rania, lembut.

“Dah Doraemon kan takut tikus. Nak buat cemana lagi.”

“Oh, tikus takut! Ni Ayang garang cam singa pencen ni sayang tak takut pulak?!” Geram Rania.

“Oh, Dengan Rania abang tak takut. Kan Abang cinta Rania! Love is blind!” Kata Raemon. Penuh perasaan.

“Klise lah!”

“Tell me what you want to say. I love you more than everything else. No matter what happens. This man is pure love.” Berbisik di telinga Rania. Lembut bicara.

Menggetar naluri Rania. Diambil tangan Raemon. Dikucup penuh cinta. Tanda kasih dari seorang isteri yang agak brutal.

“Rania love Doraemon. But why Doraemon don’t love Meichan.
should be so!” kata Rania.

“Because love is blind. Dalam cerita animasi mungkin Doraemon cintakan Meichan. Tapi dalam realiti, Doraemon hanya mencintai Rania. Rania seorang sahaja.”

Kata Raemon pula. Terus Raemon kucup pipi Rania. Rania dan Raemon bahagia sangat!

Rania kembang senyum. Raemon peluk Rania. Erat.

“Sayang perasan tak perut ayang dah buncit sekarang nih?” tanya Rania. Memancing minat.

“Kenapa lak? Ayang makan banyak-banyak sampai perut ayang buncit ke?”

Oh no! Not the sentence again! Not a verse that she would like to hear! Apalah sayang nih! Mentang-mentanglah Rania dah gemuk sikit! Perlilah tu!

“Dah tu?”

“Tekalah lagi!” Malas Rania nak bagitahu. Kalau bagitahu, tak kejutanlah!

Raemon lihat perut Rania yang buncit. Perlahan tangan Raemon mengusap perut Rania. Rania pandang Raemon. Menanti.

“Are youpregnant?” Tanya Raemon. Teruja!

Haa! Pandai pun meneka! “ Oh, yes! I’m pregnant again! Boy!” kembang senyum. Kembang hati. Gembira sangat. Perkhabaran dari Illahi.

“Alhamdulillah!” Ucap Raemon. Rania dipeluk erat. Raemon cium dahi Rania. Sayang sangat! Tanda cinta kasih mereka.

“Dorani!youwillgetanotherbrother!” Jerit Raemon. Gembira.

“Ha? Dapat adik lelaki?” Dorani senyum.

“Yeah! Dapat adik lelaki!” Sorak Dorani kemudian.

“Yeah!” sahut Raemon. Rania geleng-geleng. Sah buang tebiat. Aku yang mengandung rileks saja. 

Yang dia orang ni mengalahkan orang mengandung lak! Bebel Rania.

“ Doranyi nak panggil adik lelaki Doranyi, DORAMAN!!!!” Dorani pekik kuat.

“Oh, yeah! Yeah!” Sahut Doraemon. Sekepala.

“Oh no!!!” jerit Rania.

Doraemon dan Dorani kembang senyum. Suka lihat Mama Dora yang dah nak gila! Haha!

“ Oh tidak! Not Doraemon again!!!”

Rania tak sanggup nak ada Doraemon yang lain lagi dah!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.