Home Cerpen Cinta SURAT CINTA PERTAMA
SURAT CINTA PERTAMA
Zhar Aruzi Hairi
5/4/2016 13:24:57
3,513
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

SURAT CINTA PERTAMA

Bunyi bising sebentar tadi membuatkan Sara bergegas ke bilik atas. Dikuaknya perlahan pintu bilik anak sulungnya, Raykal.

“Alahai sayang, buat apa ni ?” tegur Sara melihat anaknya yang berumur tujuh tahun itu sedang menyusun timbunan buku-buku yang terjatuh.

“Susun buku-buku ni Mama. Dah banyak sangat” Balas Raykal sambil mencapai buku satu demi satu. Lengan kecilnya berdebu dan berpeluh.Buku-buku bertaburan disekelilingnya.

“Nak mama tolong ke?”

“Terima kasih Mama, Along nak buat sendiri. Sikit jer” Jawab Raykal tersengih. Tangannya pantas mencapai lagi dua tiga buku yang ada di kiri dan kanannya.

Sara tersenyum sambil menutup kembali pintu bilik anaknya. Hatinya berasa bangga dengan sikap anaknya yang mahu berdikari. Anak keduanya pula, Aina, juga rajin membantu kerja-kerja ringan walaupun baru berusia lima tahun. Dia sangat bersyukur kerana perkongsian hidupnya dengan Azman telah dianugerahkan dengan dua orang anak yang sangat comel.

“ Harap-harap diaorang berdua lebih baik daripada aku” doanya sendirian.

                      ***********************************************************************

Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, Sara amat pentingkan kebersihan dan kekemasan rumah, luar dan dalam. Suaminya sendiri melabelkan dirinya “Madam Almost Perfectionist”. Semua yang dibuat perlu sempurna. Susunan perabot, barang perhiasan, pakaian, hatta barang-barang untuk masakan. Siapa yang berkunjung ke rumahnya pasti tertarik dengan hiasan dalaman rumah tersebut. Rumah yang sederhana besar, tetapi mempunyai nilai seni yang tinggi.

Walaupun begitu, Suaminya tidak banyak membantu. Semuanya dilakukan sendiri, kecuali yang melibatkan kerja-kerja yang berat atau bahaya. Suaminya akan dipujuk untuk turut sama membantu. Azman pula tidak pernah lokek untuk membantu, kalau kena dengan cara pujuknya. Kerjayanya sebagai seorang arkitek di firma ternama menjadikan dirinya agak sibuk. Namun masa untuk keluarga tetap ada dalam jadual hariannya.

Sara sendiri mengorbankan segulung ijazah yang dimilikinya dengan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Dia puas kerana dapat menjaga rumahtangga dan anak-anaknya dengan lebih sempurna. Pada mulanya dia agak berat untuk berhenti, namun setelah dipujuk olh Azman, dia mengalah. Baginya keluarga lebih penting dari harta benda yang ada.

                                       **********************************************************

Perkenalan Sara dengan Azman tujuh tahun lalu bermula di fakulti Kejuruteraan tempat mereka belajar. Bermula dengan membuat kerja kumpulan bersama, dan akhirnya mereka berdua saling jatuh hati antara satu sama lain. Jalan cerita cinta mereka juga singkat, Bersambung selepas kahwin dan terus berkembang sehingga kini.

Cuma Sara sering tertanya-tanya kenapa dirinya menjadi pilihan sedangkan ramai lagi pelajar-pelajar perempuan yang lebih baik dirinya. Soalan yang dia sendiri belum mampu menjawabnya. Azman pula hanya tersenyum apabila ditanya, “saya sayang awak dari kecik, tau tak” jawapan klise yang diterimanya.

Melihat perwatakan semasa menjadi pelajar, Sara hanyalah seorang pelajar yang sederhana dalam serba-serbi. Langsung tidak menonjol dari aspek kepimpinan atau sukan. Pengetahuan agamanya pula sekadar asas ,tetapi dipegangnya dengan baik. Yang dijaganya dengan bersungguh-sungguh adalah pencapaiannya dalam akedemik sehingga mendapat anugerah dekan. Selain ada sifat lemah lembut dan periang yang menonjol di dalam dirinya.

Berbanding dengan Azman, dia jauh ketinggalan. Dia adalah ketua pasukan ragbi universitinya, selain memegang portfolio sebagai ketua biro sukan dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti. Selain itu, Azman juga bergiat aktif dalam NGO yang menjalankan aktiviti kemanusiaan. Dia pernah ke Acheh dan Myanmar atas tanggungjawab tersebut.

Kalau diikutkan, ada senarai panjang peminat suaminya itu. Tidak ada gadis yang menolak jika Azman yang membuat pelawaan. Sepanjang mereka berkawan, dia terpaksa memendam rasa cemburunya. Acapkali rakan-rakannya sendiri yang bercerita tentang kelebihan Azman hingga dia naik meluat. Tetapi dia bersyukur kerana ada jodoh diantara mereka.

                       **************************************************************

Sara memegang pintu almari sederhana besar di bilik belakang rumahnya. Sudah lama bilik itu dijadikan stor untuk menyimpan barang-barang yang masih baik tetapi tidak digunakan lagi. Niatnya mahu mendapatkan sebuah almari untuk diletakkan di bilik Rayykal. Mudah bagi anaknya nanti menyimpan semua buku-bukunya di satu tempat. Tak perlu bersusah lagi membawa buku ke sana sini.

Sara tertarik dengan sebuah almari lama yang dilihatnya di letakkan berhampiran pintu stor. Almari kayu itu kelihatan uzur, namun masih dalam keadaan baik. Beberapa garis kehitaman kelihatan diluarnya. Mungkin kerana bergesel dengan barang-barang yang dimasukkan ke dalam almari tersebut. Habuk-habuk menebal, memenuhi ruang atasnya. Sarang labah-labah yang ada turut diselaputi debu.

Pintu almari itu dibuka perlahan-lahan. Debu-debu putih berterbangan. Sara segera menutup hidung mengelakkan dirinya menyedut debu-debu yang berada di sekelilingnya. Terdapat tiga ruang menyimpan didalamnya. Setiap satu bahagian berukuran lebih kurang dua kaki. Tempat yang sesuai untuk menyimpan buku-buku. Sara yakin almari tersebut adalah kepunyaan Azman. Beberapa buah-buku, bekas alat tulis, Kapal terbang mainan dan sebuah kotak biskut berada didalamnya. Semuanya dalam keadaan baik dan sedikit berdebu.

Semua buku-buku yang ada dialihkan ke atas lantai. Kapal terbang mainan diletakkan di dalam bakul berhampiran. Sara menguis kesan-kesan debu ke bawah, sesekali meniup debu-debu yang ada. Telinganya pula berjaga-jaga kalau ada panggilan dari anak-anaknya dari bilik mereka.

Melihatkan barang-barang Azman yang ada dia tersenyum sendirian. Dia sendiri tidak ingat bila almari tersebut diletakkan di situ. Mungkin suaminya yang mengalihkannya di situ. Terlihat Kekemasan susunan barang di dalam almari kecil itu, menjelaskan personalit suami kesayangaannya itu semasa kecil. “ sebab tu agaknya Raykal pun berperangai macam tu.

Fikiran Sara melayang kembali kepada saat-saat dia mula-mula bertemu dengan ibu dan ayah angkat suaminya.

                             ***********************************************************************

Azman yang berbaju bercorak kotak berdiri di hadapan pintu bilik rumah sewa Sara. Wajahnya kelihatan resah, mungkin kerana pertama kali berhadapan situasi sebegini. Tangannya sedikit berpeluh dan kakinya tidak boleh berdiam. Bergerak ke kiri dank e kanan. Dia tidak kisah sekiranya berucap di hadapan ribuan hadirin di hadapan. Cuma kali ini agak berlainan dari stage fright yang dihadapinya selalu. Serba serbi menjadi tidak keruan. Namun dia tetap dengan rancangan yang telah disusunnya. Mungkin cincin yang disimpan di poket seluarnya dirasakan akan memberi impak yang besar dalam “date” kali ini.

“kita nak ke mana?” Tegur Sara sebaik membuka pintu. Dia bertudung kemas berwarna kehijauan. Baju dan kainnya sedondon berwarna pastel. Sederhana dan anggun.

“Dalam telefon tadi saya tanya, awak tak jawab pun?” sambung Sara sebaik Azman membuka pintu kereta. Sara berdiri membatu sebentar menunggu jawapan.

“Adalah. Kali ini ikut je, boleh tak” Balas Azman ringkas, sambil melabuhkan punggung di tempat duduk pemandu. Tangannya menekan butang radio memainkan CD Wings, kumpulan rock kegemarannya. Sara mengalah dan mengikut sahaja. Feel orang kesayangannya ini kadangkala sukar untuk dibaca.

Walaupun hubungan mereka sudah diketahui keluarga, adab dan kehormatan masih dijaga. Itulah falsafah pertama yang diterapkan oleh Azman sebaik mereka mula-mula bersetuju untuk menjadi pasangan. Agama tetap menjadi asas bagi mereka berdua walaupun ilmu agama yang ada tidaklah setinggi mana. Itulah juga yang menjadikan Sara lebih menghormati Azman.

Mereka selalunya keluar bersama bersama kawan-kawan. Kalau berduaan berbual, hanyalah ditempat terbuka dan ramai orang. Inilah pertama kali Azman memberanikan diri membawa Sara dengan kereta yang disewanya. Itupun setelah mendapatkan kebenaran dari kedua ibu bapa Sara.

Setelah sampai di sebuah Masjid, Azman memakirkan kereta di berhadapan dengan tempat mengambil wuduk. “saya nak solat dulu, awak macammana?” Tanya Azman.

“Saya tak boleh solat lagi, saya tunggu dalam kereta sahaja” jawab Sara. Dia sendiri tidak menyangka akan dibawa ke Masjid. Angan-angannya tentang makan malam romatik mereka berdua menjadi padam secara tiba-tiba. yang ada hanyalah persoalan tentang apa tindakan Azman seterusnya. Hatinya juga bimbang kalau dia akan berkahwin secara tiba-tiba.

“Tok, tok” bunyi ketukan dari luar pintu kereta. Azman memberi isyarat supaya Sara keluar dari kereta. “Jom kita ke rumah sana”

                           *********************************************************************

“kamu kesini tanpa mahram budak ni?” Tegur Haji Rahim. Mukanya kelihatan serius. Suaranya kasar dan dalam. Tugasnya sebagai imam membuatkan dirinya sensetif dengan perkara-perkara yang melibatkan agama.

“Budak ni tak buat apa-apa salah pun ayah Haji” Balas Hajah Rahmah cuba menenangkan keadaan. Dia kemudiannya masuk ke dapur, membiarkan Haji Rahim bersama dengan dua tetamu mereka.

“Hukum tetap hukum. Perkara macam ni bukan main-main. Budak zaman sekarang ni dah tak ambil berat hal agama.” Sambung Haji Rahim. “ Tak boleh kalau nak keluar lelaki dan perempuan yang bukan mahram macam ni.”

“Kamu sendiri kan tahu, macam-macam boleh berlaku. Kalau berdua macam ni, yang ketiga nanti adalah syaitan.”

Azman dari tadi tidak mampu berkata apa-apa. Begitu juga Sara. Kedua-duanya kelu untuk berkata-kata. Apa yang dikatakan oleh Haji Rahim memang mereka sedia maklum.

“Dalam telefon tadi tak cakap pun nak bawa kawan. Kalau tak tadi boleh Makcik masak apa yang patut” Tegur Hajah Rahmah yang keluar membawa dulang minuman dan beberapa biji kuih karipap.

“Apa tujuan kamu ke sini Man?” Tanya Haji Rahim, memandang kepada mereka berdua.

“ Saya nak tunaikan janji kepada Ayah Haji dan Mak Aji. Hari ni saya bawa Sara ke sini untuk berkenalan dengan Ayah Haji dan Mak Aji ” Balas Azman.

Hajah Rahmah tersenyum melihat Sara yang berubah airmuka kerana malu. Haji Rahim masih terdiam. Tangannya menjamah kuih karipap yang disediakan oleh isterinya.

“Aku faham niat dan perasaan orang muda seperti kamu berdua ni. Cuma nasihat aku, biarlah hubungan kamu ini dengan cara yang dibenarkan oleh agama. Jangan sampai kamu ketepikan agama pulak.” Haji Rahim memulakan syarahannya.

“ Ada batas-batas yang kamu perlu jaga. Ada adab-adab dalam pergaulan yang kamu kena faham. Sekarang ini dah macam-macam yang berlaku. Semuanya sebab tak faham agama dengan sepenuhnya.”

“ Jemputlah jamah apa yang ada ni” Hajah Rahmah mencelah. Dia cuma berharap kedua tetamunya tidak mengambil hati dengan cara teguran Haji Rahim. Sememangnya begitulah cara dia menegur dan mengajar. Tidak kira tempat atau ketika. Jika dilihatnya salah,maka disitu juga dia akan memberikan teguran.

Azman menyeluk ke dalam saku seluarnya dan mengeluarkan satu kotak kecil berwarna merah. Kotak tersebut diletakkan diatas meja.

“ Ni Man bawa cincin tanda untuk Mak Haji sarungkan pada Sara. Itu janji Man dulu. Kalau Man jumpa orang yang Man berkenan di hati, orang pertama yang akan Man bawa berjumpa adalah Mak Aji dan Ayah Haji dulu” terang Azman.

Sara dari tadi hanya mendiamkan diri. Masih terkejut dengan apa yang berlaku dihadapannya. Dia sesekali tidak menyangka yang Azman akan melamarnya di situ.

“ Budak yang kamu bawa ni ada Mak dan Ayah dia tak ?” Tanya Haji Rahim.

“Ada” Jawab Azman.

“Kamu patut dahulukan mereka dalam membuat keputusan ini. Sara ni sendiri pun tak bercakap-cakap dari tadi. Mungkin terkejut dengan apa yang kamu buat ni” Balas Haji Rahim.

Azman tersenyum memandang Sara yang masih terdiam. Dari pandangan matanya jelas dia marah dengan perbuatannya. Tapi dia yakin yang Sara dan keluarganya dapat menerima dirinya seikhlas hati.

Tujuannya berjumpa dengan Haji Rahim dan Hajah Rahimah adalah untuk memudahkan keadaan selepas ini. Mereka berdualah tempat dia bergantung harap untuk membolehkan dirinya berkahwin dengan Sara. Kedua ibu bapanya telah lama kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Dia juga kehilangan Abang dan kakaknya dalam kemalangan tesebut. Haji Rahim selaku pakciknya telah mengambil dirinya sebagai anak angkat.

                        *****************************************************************************

“ Hmm.. dari tadi tak bercakap..sampai sekarang pun masih diam” Tegur Azman. Sara buat-buat memandang keluar kereta. Matanya tidak mahu bertentangan dengan Azman.

“Marah tadi belum habis?” Azman seakan mengejek. Sara masih membatu. Tangannya memegang erat kitak cincin yang diserahkan oleh Hajah Rahmah tadi. Memang ibu angkat Azman tidak mahu menyarungkan cincin itu bersaksikan mereka berdua, biarpun sekadar cincin merisik. Dia mahu semua istiadat disaksikan oleh kedua-dua keluarga.

Azman tetap membawa Sara pulang. Meskipun dihalang oleh Rahim tadi, Azman tetap mahu membawa Sara pulang ke Rumahnya. Itu janji yang diberikan kepada bapa Sara sebelum mereka keluar tadi. Sebentar tadi dia menelefon bapa Sara memberitahu yang mereka sudah dalam perjalanan balik.

“Kenapa tak cakap awal-awal awak nak bawa jumpa Haji dan Hajah tadi?” satu soalan terbit dari mulut Sara. Matanya masih tepat memandang ke cemin hadapan.

“Saya takut awak tak nak ikut”

“Saya rasa malu sangat tadi. Especially lepas Ayah Haji ceramah kat kita tadi. Rasa macam kecik sangat.macam tak pernah belajar agama..…Awak ni tak rasa apa-apa ke?”

“Saya pun rasa malu jugak. Tapi saya terpaksa buat macam tu”

“Terpaksa macam mana?, lain kali pun kita boleh ziarah mereka. Mak dan ayah pun boleh ikut sekali”

“Saya takut terlambat”

“terlambat nak ke mana?”

“Terlambat.. kerana Saya mungkin ditunangkan dengan anak mereka, Aliya. Esok dia akan balik dari Mesir. Baru habis belajar di sana. Abang dia yang maklumkan kepada saya perkara ini.”

“Kenapa awak tak terima sahaja budak tu. Lagipun kan Ayah Haji dan Hajah dah macam ibu dan ayah awak”

“kami berdua kan sepupu. Lagipun dia dah macam adik kepada saya dari dulu lagi. Perasaan saya pun tak lebih dari itu.”

“Dia pula macam mana. Mungkin dia mengharapkan awak”

“Itu saya tak tahu. Kami pun sudah lama tak berhubung. Semenjak dia dapat belajar di sana. Cuma sesekali sahaja Hajah bercerita tentang kehidupan dia di sana. Bartegur sapa lagi tak pernah. Awak sendiri pun dah tahu yang ayah haji punya perangai tu macammana”

Mereka berdua terdiam seketika. Papan tanda di jalan menunjukkan lebih kurang 20 kilometer lagi mereka akan sampai ke rumah Sara. Azman menekan butang radio yang memainkan kembali lagu dari kumpulan Wings.

“Kenapa awak pilih saya” Sara menyoal sebaik habis mendengar lagu. Kereta Azman diberhentikan di hadapan rumah sewa Sara. Lampu limpah kereta dimatikan. Bunyi pintu dibuka jelas kedengaran disebalik sunyi malam. Azman terdiam seketika.

“Entahlah. Tapi saya yakin awak pilihan hati ini” Azman memegang dada kanannya sambil tersenyum. “Dan sepanjang-panjang solat..solat..doa..doa dalam isthikarah saya..awak je yang saya jumpa”

“awak ni..macam poyo jer. Kenapa tak tanya saya suka atau tidak dengan awak?”

“Hmmm..soalan tu awak kena jawab sendiri.Kita dah kawan pun lama dah. Dan awak pun tak pernah cerita pasal lelaki lain. So kesimpulan saya adalah awak memang suka saya.Fullstop.” Jawab Azman dari dalam kereta.

Sara tidak menjawab. Bibirnya menguntum tersenyum. Hatinya berbunga. Yakin. Dia melangkah ke arah rumah sewanya tanpa berpaling lagi, meninggalkan Azman yang mula menggaru kepala.

                           ***********************************************************************

Azman ketawa terkekek-kekek melihat telatah anaknya yang turut sama ketawa. Raykal terguling jatuh dari sofa. Masih lagi ketawa. Sofea hanya tersenyum melihat keletah Abang dan Ayahnya. Tangannya memegang pensil warna merah yang baru sahaja digoreskan diatas buku lukisannya. Gambar Princess Anna dari filem frozen menjadi subjeknya pada malam ini. Rasa gembira seorang ayah yang sukar untuk digambarkan.

Raykal masih lagi dalam mood bergurau dengan Ayahnya, tetapi dihentikan seketika. Takut-takut ibunya bising. Buku latihan dihadapannya dihadap semula. Kerja-kerja rumah dia dan adiknya perlu disiapkan sebelum pukul 10.00 malam, sebelum waktu tidur mereka. Ibunya masih asyik membaca mesej dari Whatapps dan Facebooknya, dan kadangkala kelihatan dia tersenyum sendirian. Ayahnya pula membelakangkan mereka diatas sofa untuk menonton siaran berita.

“Ayah, Mama dah bagi almari baru untuk buku-buku lama Raykal. Klasik sangat.” Raykal bersuara. Waktu makan malam tadi dia terlupa untuk bercerita hal tersebut.

“Almari yang mana?” Tanya Azman. Matanya masih melekap di kaca televisyen.

“Mama cakap almari lama ayah. Mama ambil dari dalam stor”

“Ye ke Mamanya. Raykal cakap awak ambil almari lama saya” Tanya Azman kepada Sara. Suaranya dikuatkan sedikit melawan bunyi televisyen. Matanya kini teralih kepada Sara yang sibuk mengemas meja makan.

“Memang saya ambil pun. Barang yang dalam almari tu saya letak semula di dalam stor” Jawab Sara sambil mengelap meja. Tangan kanannya sempat mengalih cawan-cawan yang ada ke dalam besen yang tersedia.

“Hmmm…” dengus Azman. Pandangannya terarah kea rah TV semula.

if you don’t mind. I want to ask you some personal question?” Tanya Sara. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Raykal. Melihat hasil karya anaknya yang tak seberapa kreatif itu.

Yes, Please. Macam ada benda yang tak kena je ni” Azman menjawab.

“Masa Saya go through semua barang dalam stor tengahari tadi, jumpa satu kotak yang penuh dengan surat. Bila saya baca beberapa surat, I Can’t stop laughing. Very funny stuff. Ayat jiwang berguni-guni. Sampai guling-guling saya ketawa. Surat tu untuk siapa sayang ?"

“That mean awak dah jumpa kotak misteri saya. Saya pun dah lama cari benda tu. Boleh pulangkan balik tak semua yang awak jumpa tu.”

“ Hey..soalan masih belum dijawab. Surat itu ditujukan kepada siapa?” Sara bangun dari kerusinya dan duduk diatas sofa bersebelahan Azman.

“ Surat tu ditulis masa budak-budak, darjah dua atau tiga kot, tak ingatlah. Zaman tu mana ada social media. Jadi saya tulis la apa yang saya rasa nak tulis. Dan surat tu adalah bukti yang saya memang poyo” terang Azman sambil tersenyum.

“ Surat tu ditujukan kepada budak yang paling saya admire masa sekolah rendah. Zaman tu dah ada yang berani ada awek, ada pakwe. Dan saya pun terjebak sama. Cuma tak kesampaian sahaja.”

“so, ada cari tak budak perempuan yang paling awak admire tu?”. Sara semakin ingin tahu.

“Memang cari pun. Dah lama jumpa. Facebook dia, whatapps dia semua saya ada”. Azman menjawab dengan tona suara yang diperlahankan. Bimbang anak-anaknya terjaga.

“What!!! Tak pernah cerita pun. That’s new”

“Abang tak cerita takut awak naik gila”

“Then. Nama yang awak tulis tu kan Aliya. Budak perempuan tu dah kawin ker?”

“ Sudah. Dan saya kenal dengan suaminya”

“ Kalau awak kenal, saya mesti kenal kan. Siapa budak tu?”

“just find out yourself. Awak memang kenal dengan dia pun”

“Ni mesti si Aliya sepupu awak tu kan. Kan Dia baru je kawin”

“ cari sendiri. Abang dah ngantuk ni.” Jawab Azman bangun menuju ke bilik atas.

“cari sampul surat dalam kotak tu” Azman melaung dari bilik atas disusuli bunyi pintu bilik ditutup. Anak-anak mereka sudah lama ke bilik masing-masing.

                  ******************************************************************************

Sara menyalakan lampu dan terkial-kial mencari kotak yang dimaksudkan oleh suaminya. Dia mahu misteri yang disembunyikan suaminya itu diselesaikan segera. Mungkin juga kerana cemburu yang mula bersarang dihatinya.

Sara menyelak segenggam surat yang terikat kemas dengan tali riben berwarna hijau. Tulisan kanak-kanak yang tidak begitu sempurna terdapat di setiap sampul yang ada. Sara menyusunnya satu demi satu sehingga habis kesemuanya. Ada sebelas keping surat yang ditujukan kepada orang yang sama, Tuan Puteri. Surat tanpa tarikh yang pertama dibukanya:-

Ke hadapan Tuan Puteri ,

Saya suka melihat tuan puteri yang cantik manis dengan tocang di kepala. Terima kasih kerana bayarkan aiskrim saya. Memang duit saya hilang dan saya lupa lalu pergi beli aiskrim. Maafkan saya.

Yang benar,

Aman.

Sara mulai menahan ketawa. Memorinya mulai terbuka mengingatkan kisah sewaktu kecilnya. Dia gemar bertocang dan membeli aiskrim. Banyak juga kawan-kawan yang dibelanjanya.

“Kenapa awak tulis nama Tuan puteri” Tanya Sara tersenyum.

“Hmmm…susah nak jawab ni. Kena tanya man hingus dulu” Balas Azman.

“Abang ke budak berhingus yang selalu saya belanja aiskrim tu”

“ Ya. Sebab tu abang tak pernah lupa wajah sayang. Cuma nama sahaja yang silap. Budak-budak kan, apa sahaja gelaran yang orang panggil. Itulah yang dia akan tulis.”

“Kenapa abang masih simpan semua ni?” Soal Sara sebaik melabuhkan diri di sebelah Azman.

“Abang simpan ni dulu sebagai salah satu matlamat hidup yang perlu abang capai. Dan syukur dengan izin Allah abang dapat bersama dengan Ayang.”

“Peliklah abang ni. Tak pernah orang buat macam nil ah. Macam psiko jer.”

“Tak ada yang psikonya. Bukannya abang stalk ayang, simpan gambar ayang banyak-banyak..macam yang dalam movie tu. Abang Cuma selalu berdoa agar Allah temukan abang dengan cinta pertama abang”

“Terima kasih Allah untuk jodoh ini” Doa Sara di dalam hati.

Sara terdiam dan terus memeluk suaminya. Doanya di dalam hati agar kasih sayang mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Surat-surat kepunyaanya Azman kini menjadi sebahagian koleksi berharga bagi dirinya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.