Home Cerpen Cinta Akukah Yang Bahagia?
Akukah Yang Bahagia?
Aurian
24/10/2013 16:53:30
4,244
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

‘Hanya Allah sahaja yg tahu hati aku ketika ini..’ Una terkebil-kebil merenung screen Laptop.

Itulah perasaan yang Una rasa setahun yang lalu. Hati yang remuk rendam, kecewa yang tidak terbayangkan. Sakit bagai di hiris-hiris hati ini hingga relai.. Tetapi itu perasaan setahun yang lalu. Ketika lelaki bernama Nizam meninggalkannya tanpa alasan yang pasti. Masakan tidak, masih enak menyulam cinta, lelaki itu hilang tiba-tiba. Terdengar dari rakan beberapa bulan kemudian Nizam telahpun berkahwin. Kahwin? Dari mana lelaki itu dapat duit? Kali terakhir Una bergaduh dengan Nizam kerana pemuda itu yang masih tidak punya pendapatan tetap.

Setengah bulan sebelum Nizam bernikah. Dia menghantar mesej pada Una.

‘Awaklah satu-satunya wanita yang paling saya cintai. Hati saya rasa kosong semasa lost contact dengan awak .Saya nak awak happy selalu dan anggap kita tak ada jodoh.’

Aik! Apa maksud dia ni? Lost contact? Bukankah sudah beratus kali Una mendail nombor Nizam. Tapi tak pernah diangkat. Dia yang men lost contact kan diri sendiri. Oh, Una dah mencacatkan Bahasa Melayu. Una geram betul, dia mesej semula pada Nizam.

‘Kenapa cakap kita tak ada jodoh? Tak fahamlah. Una belum lagi jadi isteri sesiapa.’ Persoalan Una itu di biarkan tergantung. Una tak puas hati, dia cuba menghubungi Nizam berkali-kali. Tetapi tetap sepi. Hinggalah terbongkar rahsia Nizam sudah bernikah dua minggu selepas itu. Una mengamuk, dia menghubungi Nizam bertubi-tubi. Mesej di hantar betimpa-timpa, langsung tak di jawab. Cis! Pengecut. Konon guru silat, tapi tak berani nak berhadapan dengan masalah yang diciptanya sendiri.

‘Saya sumpah dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Awak kahwin lah dengan sesiapa pun. Tetapi dalam hati awak tetap cintakan saya, dan awak tak akan bahagia!!’ Itu mesej terakhir Una, mestilah Nizam lagi takut nak balas.

Dia yang menghilangkan diri, tetapi beritahu Una yang hatinya tersiksa kehilangan Una. Siapa yang tinggal siapa ni? Dia anggap kami tiada jodoh. Siapa yang memilih jodoh lain sekarang ini? Arggghhhhh! Peningnya lelaki ini. Una pun dengan tak puas hati, cuba PM adik perempuan Nizam di Facebook.

Owh, rupanya Nizam pasang dua. Una yang jauh di Kuala Lumpur jarang dapat bertentang mata. Manakala yang seorang lagi orang kampung dia juga. Adik Nizam cerita satu keluarga perempuan tu datang rumah jumpa mak ayahnya. Tanya bila nak masuk meminang. Erkk! Perigi cari timba? Tak, tak, ustaz kata perempuan boleh meminang lelaki.

“Anak kami tak kerja apa lagi..” Kata Ibu Nizam. Dia juga rungsing.

“Takpa, takpa. Nikah buat kecil-kecil ja.” Jawab pihak perempuan. Maka bersatu la dua jiwa hanya dengan akad nikah tanpa kenduri besar-besaran. Duit hantaran adalah sedikit itupun ditaja oleh ayah Nizam. Maka pembaca semua dah faham lah kan. Siapa taknak kahwin free!

Maka persoalan nya di sini, di mana letaknya perasaan cinta, kejujuran, keikhlasan, kebenaran, kebaikan dan pelbagai perkataan mulia lainnya? Di campak ke dalam tong sampah hanya kerana memilih jalan mudah?.

Satu hari Nizam hubungi Una. Masa itu Una masih bengkak-bengkak mata, sampai Una mesej Nizam dia sanggup jadi bini nombor dua. Sampai begitu sekali. Kau biar betul Una? Ialah Una sayang dia, tak dapat terima kehilangan dia sekelip mata.

“Kenapa awak pasang dua.?” Una mohon sedikit penjelasan.

“Saya lelaki awak, dalam hati saya boleh masuk dua orang.” Jawab Nizam

Amboihhh, mentang-mentang la dia lelaki.

“Memang la boleh masuk berapa ramai orang pun kalau awk nak, tapi mustahil awak boleh sayang sama rata?” Una menduga.

“Saya nak cakap, tapi saya tak sampai hati. Tapi memang saya sayang awak lagi.” Suara Nizam makin merendah. Una hanya diam, benar apa yang dia duga.

“Jadi kenapa awak pilih dia?”

“Awak tak faham keadaan masa tu..” perlahan suara Nizam. Tapi bagi Una itu alasan. Bukan kena paksa kahwin pun, diminta kahwin je. Sebenarnya dapat kahwin mudah dan murah. Sedangkan dengan Una entah sampai bila nak kumpul duit. Dasar lelaki pentingkan diri!

“Kalau nak ikutkan saya memang nak pilih awak. Tapi saya tak layak dengan keadaan saya yang tak ada apa ni. Saya takut tak boleh beri apa-apa pada awak. Isteri saya tu orang kampung ni je. Pendiam, kalau ikutkan bukan taste saya pun..” Suara Nizam kedengaran tenang di talian.

Una diam, nada percakapan lelaki ini seperti merendahkan isterinya. Una menggeleng kepala. ‘Macam mana kau boleh kahwin dengan perempuan tu kalau kau tak ada rasa hormat pada dia pun!!’. Una mahu menjerit tetapi tak terluah. Dia sudah tahu Nizam bukan seperti yang selama ini dia bayangkan.

"Awk betulkah nak jadi nombor dua. Awk sanggup ke?”

“Awak tak mampu..” jawab Una lemah. Dia berfikir rasional akhirnya.

Tak lama lepas tu isteri Nizam hubungi Una. Una pun jelaskan hubungan dia dengan Nizam. Selindung serba sedikit demi menjaga hati isteri Nizam. Una tahu dia juga perempuan…

Isteri Nizam beritahu dia sudah kenal Nizam lebih awal. Sudah bertahun berbanding hubungan Una dan Nizam. Maknanya Nizam curang dengan isterinya. Dalam hati Una terdetak, wanita ini tidak cukup buat Nizam. Pasti nanti bila lama sedikit mereka berkahwin, Nizam akan mencari perempuan lain. Ada banyak yang kurang pada perempuan kampung ini. Una membelek dirinya. Una punya rupa dan pelajaran. Bak kata Nizam Una cantik mudah dapat pengganti. Benar juga, bila Una tengok gambar Isteri Nizam di Facebook. Una tahu dia harus mengalah. Dengan lelaki yang tak setia seperti Nizam Una tak ralat. Maka Una pun memujuk isteri Nizam.

“Sudahlah awak, yang penting dia dah pilih awak jadi isteri dia. Tak ada apa perlu dibincangkan lagi. Saya akan terima ketentuan ni...” Una tahu isteri Nizam juga kecewa sepertinya.
Tiba-tiba beberapa hari selepas itu. Una terlihat post di wall isteri Nizam. Walau dia sudah block account Una, Una ada cara untuk lihat Facebook wall dia.

‘Terima kasih sayang kerana memilih diriku menjadi suri hidupmu..’

Erkkk… Una rasa nak muntah. Tapi kasihan juga. Isteri Nizam tak pernah tahu apa agenda suaminya itu. Apa bunyi pujuk rayu kekasih hatinya pada Una. Una menggeleng kepala. Diam dan sabar. Dunia dunia.

Sekarang ini selepas setahun lebih. Mereka sudah punya anak. Una teringin nak tengok rupa anak Nizam. Oh, mestilah.. Tempat jatuh lagikan dikenang. Maka Una stalker Facebook isteri Nizam. Una dapat lihat rupa anak Nizam yang sebiji dengan wajah ayahnya. Bayi comel itu baru berusia sebulan. Una terbaca post isterinya..

‘hanya Allah sahaja yg tahu hati aku ketika ini..’

‘Ya Allah adakah ini ujian buat aku’

Aik!.. Ini perasaan Una setahun yang lepas. Kini isterinya sudah rasa perasaan yang sama. Baru setahun, belum dua tiga tahun. Adakah Nizam buat perangai lagi. Ataupun isterinya sudah mula sedar hakikat sebenar. Una geleng kepala. Dan beberapa hari kemudian Una terbaca lagi post terbaru...

Maseh rindu dan sayangkah awak pd dia..’

Una ternganga, dada rasa berdebar-debar. Terasa mahu menangis tetapi air mata segan mahu keluar. Dia mencari-cari semula perasaan yang dulu. Kosong, tak jumpa. Kalau dulu pasti dia rasa terharu. Tetapi kini dia tidak rasa apa-apa, zero. Tetapi dalam hati terbit simpati pada isteri Nizam. Juga pada diri Nizam sendiri. Nizam, adakah ini yang kau cari, adakah ini pilihan hidup yang terbaik?

“Setiap hari saya tengok gambar awak dalam handfhone saya..”

“Buanglah, nanti isteri awak jumpa..” Nasihat Una.

“Tak, dia takkan jumpa. Saya simpan dalam memori card. Hari-hari saya teringatkan awak, tapi saya takut nak call awak. Sekarang ni saya dah rindu sangat.”

Itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut Nizam pada pukul 3 pagi. Una terpisat-pisat menjawab panggilan dalam keadaan mamai. Pada masa itu isteri Nizam sudah mengandung. Una geleng kepala, adik Nizam cerita, yang Nizam beritahu ibunya yang sebenarnya dia tak bersedia untuk berkahwin lagi. Una picit kepala. Sekarang selepas setahun Una lihat luahan isteri Nizam begini. Sesuatu yang Una sudah duga.

Adakah sumpah Una diizin Tuhan? Sumpah di mana Nizam tak akan bahagia dan Una akan sentiasa di hatinya. Una meraup muka. Dia menyesal menyumpah begitu. Una masa itu terlalu sarat kecewa. Sekarang ini Una tak mahu Nizam jadi begitu. Una mahu Nizam dan isterinya bahagia. Tapi dunia selalu berlayar hukum karma, Una tak perlu menyumpah sekalipun. Orang yang menghancurkan hati orang lain tidak akan mudah peroleh bahagia.

‘Lebih baik tidak memiliki tetapi kamu pasti ia cinta sejati, daripada memiliki tetapi ianya hanya cinta palsu’

kata-kata yang berlegar di wall Facebook itu terkena batang hidung Una. Ya, dia tidak memiliki, tapi dia tahu, ianya cinta yang benar. Lebih baik dari memiliki cinta yang palsu. Hurm.. Pokok pangkalnya jodoh. Jika kamu punya akhlak yang mulia, pasti kemulian cinta itu akan kamu kecapi. Cinta tidak akan diraih dengan tipu daya.

Una menopang dagu merenung wall facebooknya. Kemudian dia membuka account Blogger. Dan mula menaip bait bait kata..

Aku sudah pergi jauh, terlalu jauh hingga kelibatku tidak akan kau hidu.. Kenangan bersama juga makin luput dari ingatanku. Mungkin sikit hari lagi namamu juga sudah tidak dapat ku ingat.

Kerana Allah sudah mengurniakan penyakit lupa sebagai ujian dan juga nikmat. Sudah jadi lumrah dan fitrah manusia akan mudah lupa pada kesakitan dan penderitaan. Luputnya kasihku padamu adalah nikmat dan rahmat dari Ya Rahman.

Sedangkan kamu, dalam matamu, hatimu dan jiwamu masih ada aku. Kenangan bersamaku masih kukuh berdiri, tidak daya kau kikis. Malah kau semat jadi memori paling manis, paling indah dalam hidupmu..

Akukah yang bahagia?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.