Home Cerpen Cinta Waiting for Nothing!
Waiting for Nothing!
Princess Mirrah
20/4/2016 16:53:23
3,388
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta
Part 1

-Iman Qasrina-

Untuk kesekian kalinya,aku membuka laman sosialnya.Meninjau kisah kehidupannya,menatap seraut wajahnya yang ku rindui untuk sekian lama.Meskipun hampir 10 tahun berlalu,dia tetap kacak seperti dahulu.Sama seperti pertama kali aku melihatnya.Bezanya,perwatakannya kini tampil lebih matang.

"Bila berbicara tentang kesetiaan,rasanya sampai ke detik ini ku tiada berubah."

Ayat itu..,bagaikan suatu kata-kata azimat yang aku pegang.Untuk terus menyintainya.Dalam diam.Bodohkah aku?Bodohkah aku kerana terus setia menyintai seseorang yang tidak pernah mengetahui rasa ini?Yang mungkin jua tiada rasa yang sama seperti apa yang aku rasa padanya?Kerana,jika dia jua menyukai aku,sebagai lelaki sejati,pasti dia akan mencari aku.Namun,bayangnya pun tidak aku nampak.Bodohkah aku kerana menanti  sesuatu yang tak pasti?Bertubi-tubi perkataan 'bodoh' bermain difikiranku saat ini.

"Sungguh menyakitkan menyintai seseorang yang tidak menyintaimu.Tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya."

Bagai terpukul rasanya diri ini dengan ayat tersebut.Tepat mengenai sasarannya.Iaitu diriku.Diriku yang tidak pernah memiliki keberanian itu.Meskipun 10 tahun sudah berlalu.Ya,10 tahun!Bukan 3 tahun.Bukan 5 tahun.Bukan 8 tahun.Tetapi, 1o tahun!Ada sesiapa pernah buat kerja macam ni jugak ke?Gila ke tak gila ni?Sekali lagi hati aku bermonolog sendirian.

Untuk sekian lama,aku menjadi stalker dia di facebook.Ya,hanya di facebook.Kerana itulah antara medium yang aku ada untuk berhubung dengan rakan-rakan sekolahku.Tetapi antara aku dengan dia,hanya di facebook sahajalah.Tidak lebih dari itu.Sebelum ini,ada juga aku tercari-cari kot-kot dia ada laman sosial seperti instagram dan sebagainya.Namun,tidak pernah pula aku jumpa.Setelah diamati oleh 'penstalker' terhebat seperti aku ni,aku dapati,dia memang tidak aktif di laman sosial.

Ya,dia adalah rakan sekolahku suatu ketika dahulu.Aku mengenalinya ketika kami masing-masing berusia 16 tahun.Mujur sahajalah insan bijak pandai seperti dia tidak memasuki Sekolah Sains mahupun MRSM ataupun International School.Kalau tak,tiada harapanlah untuk orang yang 'biasa-biasa' sahaja macam aku ini untuk mengenalinya.

Dan sekarang,usia aku sudah pun menginjak ke angka 26 tahun!Yang peliknya,walau ramai lagi jejaka-jejaka lain yang aku temui dalam tempoh ini,hati aku tak pernah MOVE ON!Sehingga ke saat ini,aku masih berharap.Memasang harapan dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti..

"Working on the next big things.Siapa disini ada kenal any apps programmer?Mystery reward will be given for recommendation."

Aku terbaca post yang ditulis oleh dia dilaman fbnya.Pertama kali dia update status di laman sosialnya itu.Wahh..Adakah ini peluang untuk aku mula berhubung dengan dia?Hatiku berbicara sendirian.Umpama rembulan jatuh ke riba, aku terus messenger dia dan mencadangkan adik saudara aku,Najmi yang kebetulan belajar bidang IT Programming kepadanya.

"Thanks.By right,Qasrina boleh je ignore post saya tu,"tulisnya didalam mesej yang dihantar padaku.

"Haruslah.Mujahid kata nak bagi reward kan,"balasku di fb messenger sambil menyorokkan kenyataan.Pertama kali mesej dengan dia untuk tempoh 10 tahun..Debaran dalam hati...Hanya Allah je yang tahu.



Nota Kak Mirrah :Ada feedback positif tak pada karya ini?Jika ada,saya akan sambung.Tunggu ya.. =)







Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.