Part 2 (Final)
-Iman Qasrina-
“Aku ingin engkau selalu,
Hadir dan temani aku,
Disetiap langkah yang meyakiniku,
Kau tercipta untukku..”
Petikan lagu Tercipta Untukku dari kumpulan Ungu itu sememangnya aku
tujukan pada dirinya untuk sekian lama.
“Mujahid,”panggilku padanya setiap kali aku mulai menegur dia melalui
applikasi whatsapp.
“Yes Qasreena?”bagaikan seorang yang ‘lurus’ dia akan membalas panggilan
aku dengan soalan itu.Dan kami terus berbalas whatsApp.Sehinggalah aku bertanya
soalan yang mungkin agak rumit baginya.Mungkin kerana malas untuk menjelaskan
perkara tersebut,dia terus menekan butang menelefon aku.Agak mengejutkan kerana
secara rasminya,dia jarang berbual dengan aku.Meskipun pada 10 tahun yang
lepas..
“Wahh..Biar betul ni..”suaraku perlahan sendirian buat pertama kalinya
menerima panggilan dari insan yang cukup lama aku nantikan itu.Salah satu sikap
yang aku kagumi pada Mujahid adalah ketelusannya itu.Jika ada apa-apa yang
tidak kena,dia pasti akan berusaha untuk memperjelaskan situasi tersebut.Masih
aku teringat lagi,sikap bertolak-ansur yang ditunjukkannya suatu ketika dulu
mencuit hatiku untuk menyimpan rasa padanya.Selain suka membantu rakan-rakan
yang memerlukan,kesopanan tutur kata dan tingkahnya tidak mampu menafikan perasaanku
yang hadir tiba-tiba pada dirinya tika itu.
“Assalamualaikum,”sapanya pertama kali berbual denganku melalui
panggilan telefon.Janggal terasa pertama kali mendengar suaranya kerana telah
lama berlalunya saat itu.
“Waalaikumussalam,”balasku ringkas sambil berusaha keras menyembunyikan
getaran dihati.
“Kenal tak suara siapa ni?Kenal tak?”soal Mujahid dengan ayat yang
dituturnya agak laju.Apakah memang begini cara orang bijak pandai
berkata?Hatiku terdetik.
“Tak kenal,”balasku bersahaja cuba menyesuaikan keadaan meskipun rasa
janggal masih kuat terasa.Kenapa macam
suara pak cik-pak cik sangat ni?Mindaku terus bermain kata.
“Nilah suara saya.Suara Mujahid..”ujarnya dan kami terus berbual rancak
untuk seketika.Mungkin lebih kurang 5 minit.Lagaknya tak ubah seperti seorang
yang busy.Businessman yang sibuk
mungkin.Dengan penuturan ayat yang agak laju,sekali lagi dia bertanya bagaimana
aku boleh mengenali Najmi.Ya,adik saudara aku belah ayah yang aku kurang
rapat.Namun,kami selalu saling menegur di laman social.Dan semenjak itu,Mujahid
dan Najmi selalu mengadakan pertemuan bersama untuk melancarkan plan perniagaan
yang dilakukan oleh Mujahid itu.Mujahid..Mampukah aku meluahkan perasaanku
padanya?Hatiku tertanya-tanya.
Ku ingin kau tahu,
Diriku disini menanti dirimu..
*****
Dear first love
It’s been years but I’m still having a hard time
getting over you.
Masa terus berlalu..Aku dan Mujahid hanya bertegur sapa
sekali-sekala.Kadangkala, Mujahid akan update
padaku tentang pertemuannya bersama Najmi.Mungkin kerana ‘reward’ yang dijanjikannya terhadapku itu.Namun,secara jujurnya,aku
langsung tidak mahukan rewardyang
ditawarkannya itu.Langsung tak.Kerana apa yang aku lakukan itu hanyalah perkara
kecil sahaja.Dan aku…Aku cuma..sukakan dia..Insan yang bernama Mujahid.
“Mujahid,bila kamu
nak kahwin?”soalku padanya pada suatu hari melalui applikasi whatsapp.
“Maybe after 36 years..”
balasnya bersahaja.Mungkin inilah jawapan dari seorang lelaki yang hanya fikirkan
pasal pekerjaan dan perniagaanya sahaja,fikirku.
After 36? Alamak..tua,lah aku
nampaknya.Seriously 36??Sepuluh tahun lagi?Perlukah aku menunggu dia untuk
20tahun pulak?Gila!Suatu kerja yang gila dan memang gila.Dan memang tak
mungkin! Nampak sangat dia takkan kahwin dengan aku kalau macam tu.Nampak
sangat yang dia akan cari wanita lain yang jauh lagi muda dari dia.Nampak
sangat memang dia tak pernah sukakan aku.Aku terus menangis.Menangis kerana
menyedari yang penantian selama 10 tahun aku langsung tak berbaloi.Menangis
kerana menyedari yang dia langsung tak pernah sukakan aku.Menangis kerana
menyedari yang aku bukan pilihan hatinya.Menangis kerana membuat sesuatu yang
sia-sia.Menangis kerana sakit hati dengan diri sendiri yang tak pernah nak move on meskipun bertahun telah berlalu.
“Tak lewat sangat ke
kalau macam tu?”tanyaku tidak berpuas hati.Aku masih tidak faham dengan dirinya.Kalau
bukan dengan aku pun,dia memang tak ‘tersangkut’ dengan sesiapa ke sebelum
ni?Tak ada mana-mana gadis cantik ke yang berjaya menarik hatinya?Kerana
sehingga kini,aku tahu dia sememangnya masih mempunyai ramai peminat.
“Kenapa Qasreena
tanya macam ni?Qasreena pernah minat saya ke?”soalnya mulai serius.Aku senyap.Terus
mensepikan diri.Malu.Malu kerana rahsiaku semakin diketahuinya.Malu kerana
memberi soalan yang seolah menjerat diri.Melihatkan status whatsapp yang sudah
pun seen,namun aku hanya senyap,dia
terus mendail nombor telefon aku.Untuk seketika,aku abaikan panggilan
itu.Perasaanku sudah mulai bercampur.Geram,marah,sedih,kecewa..
“Maaf Mujahid.Saya tak dapat nak
jawab fon buat masa ini..Maaf..Dan ya,saya pernah sukakan kamu.Maaf atas perasaan ini..,”luahku
akhirnya melalui whatsapp mesej setelah perasaanku mulai tenang.Perlukah aku
menjawab panggilannya jika aku hanya akan menangis tatkala berbicara dengannya?Perlukah
aku berkata dengannya andainya kata itu hanya menambah luka dihati?
“Kenapa tak pick up call?Maafkan
saya Qasreena.Saya faham perasaan Qasreena.Tapi,saya tak boleh terima Qasreena.I
have someone else.Special in my heart..By the way,we still frenz right?”Balas
Mujahid menjelaskan keadaan.Umpama halilintar membelah langit,aku menerima
kenyataan itu.Perlahan, wajahku mengukir senyuman.Senyuman dalam
tangisan.Dan,inilah kebenarannya.Kebenaran yang harus aku terima.Hakikat.Suatu
hakikat yang harus aku akui.Hakikat yang cukup menyakitkan naluriku ini.
Terbayang diruangan minda,mungkinkah ini yang dirasakan oleh Rayyan,Adrian,
Fariz dan Zachery disaat aku menolak lamaran mereka dahulu.
“Iman please.Terima I..Kalau you sudi,lagi seminggu I hantar rombongan
meminang,”entah keberapa kali Zachery menyemak diruangan mejaku menanti sebuah
harapan yang tak berkesudahan.
“Whatt??Kau gila?Kau dengan aku kawan se-office je tau.Kau jangan buat
angan-angan geli tu.Serius aku geli,”ujar aku menolak lamarannya secara
terang-terang.Sama sepertinya yang melamar aku jua secara terang-terang.
“Iman please.I tak main-main.”
“Sama.Aku pun tak main-main,”balasku selamba tanpa melayannya
lagi.Terlihat kekecewaan diwajah Zachery.Manakala dengan Fariz,aku cuba untuk
tidak melayannya.Ku biarkan segala pertanyaannya melalui mesej terbiar tanpa
jawapan.Serta ku abaikan wajah mengharap dia setiap kali kami terjumpa.Dan
tidak sampai setahun dari tempoh lamarannya,dia akhirnya berkahwin dengan
pilihan hatinya.Mungkin menyedari hakikat yang aku tidak akan menerima
dirinya,akhirnya dia move on.Lamunanku
terhenti.Aku membalas semula mesej Mujahid.
“It’s okay..Thanks beritahu
kebenaran.At least I dah tak berharap lagi kat you.Don’t worry,k.Yes,still
friends,”jawabku sambil menyorokkan kesedihan dihati.
“Suatu
saat kita kena terima hakikat yang sesetengah orang yang kita sayang hanya
boleh berada didalam hati kita.Tetapi,bukan hidup kita.”
******
“Sudahlah tu
Iman.Sampai bila kau nak bersedih?Kau dah tahu kan dia tak suka kau?Move on
jelah!”Entah keberapa kali, Safira teman rapatku memberi nasihat.
“Dulu,time aku sedih,time aku down kau banyak bagi aku semangat.Kau
sendiri cakap kat aku jangan terlalu letak harapan,jangan terlalu mengharap.Istikharah,minta
petunjuk dari-Nya.Doa banyak-banyak.Buat solat taubat.Mungkin kita yang tak
cukup sempurna sebagai hamba-Nya.Minta dia beri seseorang yang lebih baik.Tapi
sekarang kau macam ni.Mana semangat kau dulu?Mana semangat kau yang kau bagi
kat aku tu?”bebel Safira sambil tangannya memukul-mukul badan aku seolah-olah
cuba menyedarkan aku dari lenaku.
“Semangat aku kan semua aku dah bagi kat kau,”balasku dengan gurauan
sambil cuba melawan kesedihan dihati.Ya,dulu semasa Safira ditinggalkan oleh
kekasihnya yang curang padanya,akulah yang setia disisinya.Akulah yang sentiasa
memberi dia semangat dan kekuatan agar dirinya bangkit semula.Dan kini,aku yang
jatuh.Dan aku,tak sekuat aku yang dulu.Aku yang mampu bertahan,aku yang tetap
bersabar..Bila kebenaran terlerai dari hati insan yang sekian lama aku
nantikan,aku jadi lemah.Semangat,kekuatan,kesabaran yang aku simpan,yang aku
jaga sepanjang tempoh 10 tahun ini hilang begitu sahaja.Air mata tak
henti-henti mengalir dari pipiku bagai tak mampu menerima hakikat yang dia
bukan milikku.
“Kau mengada,kan..Jangan nak main-main eh.Dah cepat siap.Aku bawak kau
keluar,”arah Safira sambil memukul lenganku tanpa menghiraukan
kesedihanku.Mungkin itu caranya untuk memulihkan aku.
“Tak naklah,”tolak aku dengan mata yang bengkak akibat kerap menangis.
“Ah takde.Cepat.Aku nak belanja kau makan Manhattan Fish Market nih.Kau
tolak pasni aku tak nak belanja lagi.Baru ingat nak ajak kau makan
lobster,”bebelnya lagi sambil mengugut.
“Tak apalah.Tak payahlah.Kau belanja,lah husband kau,”ujarku pasrah
mengingatkannya pada suaminya kini.
“Pandai kau eh.Husband aku outstation.Dah takde.Siap cepat.Sambil tu
kita boleh tengok wayang,shopping sekali lah semua.Siapp sekarang!!”paksa
Safira lagi membuatkan aku akur.Aku tahu,Safira sedang berusaha untuk
memulihkan perasaanku.Sebagaimana diriku yang pernah menjadi Pakar Kaunseling
dia dahulu.Ya,aku sedar,aku harus bangun dari tidurku panjang ini.Aku harus
bangkit.Dan aku,harus lupakan dia.Lupakan dia yang setia aku sayangi sepanjang
tempoh hampir 10 tahun sebelum ni.Si dia yang mengakui padaku yang dirinya
telah pun berpunya.Mesti perempuan tu
anak orang kaya,golongan bijak pandai,sangat cantik dan sangat muda,teka
aku didalam hati.Sekali lagi,hatiku menangis.
“Waiting for nothing almost 10 years..
And it’s time to move on!”
******
“Sis,are you
alright?”suaraku pada seorang wanita pertengahan umur sambil menghulurkan
semula paper bag shoppingnya yang
terjatuh tanpa disedarinya.Penuh paper bag ditangannya.Banyak shopping nampak..
“Ya Allah..Thanks adik..I memang tak perasan.Habislah kalau hilang.Anak
I punya ini.Mana entah dia pergi,”balas wanita yang hanya berselendang
menampakkan sebahagian rambutnya itu.
“It’s okay,”ujarku dengan sebuah senyuman sambil berlalu pergi.Aku terus
berjalan mengikuti langkah Safira menuju ke Restoran The Manhattan Fish Market
yang dijanjikannya.Setelah selesai memenuhkan ruangan perut,kami terus
menunaikan solat asar memandangkan jam semakin menghampiri angka 5.
“Alhamdulillah.Kenyang perut.Next time kau belanja aku chicken chop lak
eh.Nanti time kita pergi butik.Kat Shah Alam ke,Bangi ke..Aku nak makan kat
Wadihana Steak House tuh,”pinta Safira tanpa dipelawa.
“Yalah,baiklah boss.Lepas ni aku belanja kau makan steak lak
eh..”balasku bersahaja sekadar menuruti
permintaanya.
Usai menunaikan solat,aku terus melilit shawl macam biasa tanpa
menyedari ada mata yang memerhati.
“Cantik,can you teach me?”soal satu suara tiba-tiba.Oh,sis yang terjatuh
paper bag tadi.Elok lak dia ingat wajah aku eh,fikirku.
“Owh sis..Boleh..,”balasku sambil menyorokkan rasa terkejutku.Aku terus
menolong dia melilit selendangnya dengan cara yang sempurna.Tanpa menampakkan
aurat rambutnya lagi.Ku gayakan kan dia ikut style aku.Hehe..
“How old are you?I think you baya-baya anak I je.You can call me
aunty,”bicaranya sambil tenang digayakan olehku.
“Owh..Saya 26 sis,”balasku ringkas.
“Exactly.Sebaya my 1st son.Then,you need to call me aunty
la,”ujarnya pula.
“Owh yeke..Aunty muda lagilah..Maybe saya dah biasa.Kerja office.Muda ke
tua semua kena panggil kakak,”ceritaku sambil ketawa kecil.
“Really?Semua jadi mudalah ya..,”selorohnya pula.
“Itulah..”Dan kami masing-masing tertawa.
“Yup you look so young aunty,”celah Safira yang baru lepas lengkap
bertudung itu.
“Mana ada lah,”tepis aunty tersebut malu-malu.Sementara Safira sudah
memberi isyarat ‘jom’ padaku melalui gerak mulutnya dan langkahnya yang
menghala ke pintu keluar surau.
“Ok done.Cantik tak?”soalku pada wanita itu.
“Seriously cantik.Thank you ya dear..”
“Ok aunty.Jumpa lagi. I’ve to go.Assalamualaikum.”Secebis senyuman ku
hadiahkan padanya sambil terus melangkah ke pintu.Dan dia yang telah kelihatan
sempuran menutup aurat jua sudah mulai menyandang beg tangannya.
“Waalaikumussalam.By the way, adik..What is your name ya?”soal aunty
sambil meninjau aku yang sudah berada di ruangan pintu.
“Imann..Jomm..”panggil Safira membuat aku sedikit tergesa.
“Iman..ya Iman,”suaraku membalas pertanyaan aunty tersebut dan
kemudiaannya terus melangkah.Masing-masing sempat berbalas senyuman sebelum
hilang dari pandangan.Entah kenapa,rasa macam pernah tengok sahaja wajahnya.
*******
“Macam mana, kamu nak
bertaaruf tak dengan lelaki tu?”soal ibuku berkenaan lelaki yang merupakan anak
kenalan ayahku yang sedang cari jodoh.Memandangkan lelaki tersebut berpewatakan
alim,dirinya mahu bercinta selepah nikah.Mencari jodoh melalui cara yang
terbaik bagiku.Bertaaruf,saling berkenan,masuk meminang,nikah,bercinta selepas
nikah.
“Habistu macam mana dengan Mujahid?”spontan mulutku berkata.Masih tak
berhijrah lagi hatiku daripada si jejaka itu.
“Kau nak ingat dia buat apa?Bukannya dia nakkan kau pun.Berpijak di bumi
yang nyata.Ada orang nak,kau tak nak.Orang yang tak ingin tulah nak
kejar-kejar.Hari tu Iman kata macam mana?Iman nak lupakan dia kan?Ummi tak suka
anak-anak perempuan ummi tersorong-sorong kat lelaki macam orang tak laku.Ummi
tak suka,”bebel ummiku agak marah cuba menyedarkan aku.Iman Qasrina kenapa kau
tak bangun-bangun lagi ni?Cukup-cukuplah duduk dalam dunia khayalan kau
tu!marah diriku pula didalam hati terhadap diri sendiri.Entah kenapa susah
sangat untuk diri ini move on dari
cinta pertama yang bukanlah cinta terakhir itu.
“Maafkan Iman ummi.Iman susah nak lupakan dia.Maafkan Iman.Ummi bagi
Iman masa untuk fikir dulu ya?”pintaku pada ibuku dengan air mata yang
berlinang.Entah kenapa,langsung tak malu pulak mata ni nak mengalirkan butiran
jernih tu depan ummi.Segala kisah tentang aku dan Mujahid telah pun ku
ceritakan pada ibuku yang tersayang ini sebelum ini.
“Jangan lambat sangat.Karang Mikael tu tak sanggup nak tunggu.Nak kenal
orang lain,ummi tak tahu.Apa yang ummi tengok Mikael memang ikhlas nak kenal
dengan anak ummi dan ayah ni.Dia semua elok.Agama ada,rupa ada,kerja
elok.Tahfiz lagi tu,”ujar ummi seakan mengugut sambil memuji kelebihan Mikael
secara tak langsung.
*********
Ting*
Aku terus membuka WhatsApp dan membaca mesejnya.
“Alhamdulillah,I successfully
launched my own web and apps yesterday. You ada tengok kan I upload gambar kat
fb? Jangan lupa jadi customer I tau.Thank you for your recommendation before. And
I need to see you. About reward. As I promised to you before.”
Mujahid.Setelah sekian lama masing-masing senyap,kini barulah dia
menghantar mesej kepadaku.Untuk memberitahu tentang kejayaannya
itu.Wahh,,Semakin berjayalah kehidupannya selepas ini.
“It’s okay Mujahid.Saya
halal,kan.Benda kecil je,kan.Tak perlulah reward tu.Dapat tolong kamu sebelum ni pun dah cukup,”balasku
ringkas pasrah dengan apa yang terjadi.Jika Mujahid ternyata bukanlah
jodohku,mengapa perlu untuk aku berjumpa dengannya?Bukankah itu hanya menambah
luka dihatiku?
“That’s not fair to
you.At least you need to have some ganjaran.Please.I rasa tak best kalau you tolak.Because It’s yours.And,promise is promise,”pintanya lagi memberi
alasan membuatkan hatiku yang sememangnya masih ada pada dirinya ini
berbelah-bahagi.
“Tak apalah.Saya
halal,kan.Tak perlu,”tolakku lagi cuba menahan godaan nafsu yang mengganggu pendirian dan
jiwa.
******
Mitsui Premium Outlet,KLIA
11:00 am
Monday
Suasana di Mitsui Outlet Store pada hari isnin ini sememangnya agak
lengang.Tambah-tambah lagi pada pukul begini.Akhirnya,aku akan berjumpa juga
dengan dia untuk tempoh 10 tahun ini.Bagaimanalah wajahnya kalau face to face.Selalu wajahnya hanya mampu
aku lihat melalui screen sahaja.
“You kat mana?”soalnya didalam panggilan telefon.
“Saya kat Restaurant Padi ni.1st floor.Duduk agak dalam
sikit.Belah tepi dinding,”balasku menjelaskan padanya.Getaran dihati hanya
Tuhan yang tahu.Dan tanganku sudah pun terasa kesejukan.
“Qasrina,”panggil satu suara.Kuat di pendengaranku melalui handset dan disebelahku.Aku
terus menoleh.Memandang susuk tubuh yang turut merenung wajahku.Seketika kami
masing-masing bagaikan tergamam dengan pertemuan setelah 10 tahun berlalu
itu.Hampir menitis air mataku melihat insan yang pernah ku nantikan untuk
sekian lama itu benar-benar berada dihadapan mataku saat ini.
“Sorry,duduklah..”pelawaku sambil cuba menyembunyikan getaran
perasaanku.
“Mujahid nampak lain sekarang,”suaraku cuba menyesuaikan keadaan yang
terasa agak janggal itu setelah masing-masing memesan makanan.
“You pun sama,”balasnya ringkas dengan senyuman dan renungan yang sukar
untuk aku mengertikan.Aku mengalihkan pandangan dan terus membuat biasa.Kami
terus berbual.Berkenaan kehidupan, kerjaya, perniagaannya, ganjaran yang
dijanjikannya.Daripada suasana janggal, aku sudah mulai boleh bergelak-ketawa
dengannya.
“Maybe saya dah nak kahwin tak lama lagi,”terpacul ayat itu dari mulutku
secara tiba-tiba bila point perbualan kami mulai terhenti.Eh, apasal gatal
sangat lak mulut aku nak bagitahu dia ni? Perlu ke?Hati berdetak memarahi ‘kelurusan’
diri ini.
“Really?Then,It is good for you,”balas Mujahid sambil menghirup
minumannya dengan secebis senyuman umpama seseorang yang tiada
perasaan.Eh,memang betul pun.Memang dia tiada perasaan pada aku,kan.Aku turut tersenyum
mendengar jawapannya.Secara luarannya,aku hanya berlagak tenang
dihadapannya.Namun,jauh disudut hatiku yang paling dalam,diriku kecewa.Sangat
kecewa.
“Dengan siapa?”soalnya pula.
“Owh,my family.Mereka yang akan kenalkan.Kami akan berkenal-kenalan
terlebih dahulu.Then will be proceed.Kalau masing-masing berkenan,maybe dalam
dua tiga bulan lepas tu,kami akan berkahwin.”Entah kenapa,mulut ni tak
habis-habis nak jujur depan lelaki yang seorang ini.
“I see..So you tak kenal lagilah your future husband tu?”soalnya lagi
padaku.
“Tak,”jawabku tenang dengan sedikit gelengan.Kali ini hatiku semakin
pasrah.
“I see.Wow..really amazing ya..Macam I pun my family always remind me to
find my ‘sharifah’ before,”suaranya kekaguman sambil mula membuka cerita tentang
dirinya.Yes,Syed Mujahid.Syed mencari Syarifah.Untuk mengekalkan keturunan
katanya.Tak salah pun pada pandanganku.Tapi,bagaimana dengan aku?Nak menangis rasanya.
“Owh yeke?Sorry.I pergi toilet kejap,”spontan aku terus berdiri sambil
cuba menyorokkan wajahku.Entah kenapa laju sangat air mataku mengalir
tiba-tiba.Dan aku,tak sanggup lagi untuk mendengar.
Dapatkah kau rasakan akan apa yang kurasakan?Sakit
yang ku rasakan keranamu..
Usai pertemuan itu,aku menghempas diri ke katil.Menangis.Menangis sepuas hati.Dan mungkin tangisan yang terakhir tentang cintaku yang tidak kesampaian ini.Seminggu berlalu,aku akan bertemu dengan Mikael pada keesokan harinya.
“Esok,saya akan bertemu dengan my future husband.Doakan ya..”Mesej aku tiba-tiba seolah mahu meraih perhatian dari dia.
“Okay.Good luck ya.”Itu je.Hanya itu yang dia balas.Tidak seperti yang aku inginkan.Sedarlah Iman Qasrina.Dia memang tak suka kat kau!
“Kita rasa kita dah yakin dengan pilihan kita.Dah yakin dengan perasaan dalam hati kita.Tapi kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak tu.Sebab bukan kita yang tahu apa yang terbaik untuk kita,tapi Dia,Allah.”
**********
”Ummi,betul ke apa yang Iman buat ni?”soalku pada ibuku sejurus Mikael dan keluarganya pulang.Selamat sesi bertaaruf antara kami.Mikael,orangnya sangat kacak,tinggi,sopan dan sangat menenangkan tatkala memandang wajahnya.Namun,hati ini masih belum’tersangkut’ padanya.
“Betul.Kita cuba berkenalan dulu.Usahakan..”suara ummi lembut cuba menenangkan hatiku.Kali ini ummi sudah tidak marah lagi padaku berkenaan Mujahid.
“Akak nak apa lagi?Fiska tengok okay je abang Mikael tuh.Muka handsome,background awesome,kerja oil and gas tahu tak?Pangkat tinggi tau.Bukan calang-calang orangnya.Tahfiz pulak tu,”sampuk Fiska adikku yang baru lepas SPM tentang Mikael.
“Ermm..Kalau kerja kat pelantar minyak lagilah.Tak balik berbulan-bulan.Tak nak akak,”tolakku pulak tak berkenan dihati.
“Alahai,kalau dia nak berhenti demi akak pun bolehlah.Tu family dia ade business sendiri.Harta banyak.Tujuh keturunan pun tak habis makan tau,”sangkal Fiska pula dengan sebuah pujian lagi.
“Ya Allah,apa pergi tengok harta orang tu pulak tu?”tegur ummi pada adikku.
“Astagfirullah..Fiska,harta tak menjamin kebahagiaan tau.Akak tak heran pun dengan harta dia.Tak boleh bawak mati pun.Yang jadi masalahnya sekarang,hati akak memang takde kat abang Mikael tu,”jelasku pula.
“Tak adalah,Fiska cakap apa yang benar je.Kalau nak fikir pasal hati,sampai ke sudah kak Iman tak kahwin.Kenapalah ummi dengan ayah tak calonkan dia kat Fiska..Daripada dengan orang yang tak habis-habis nak tunggu buah hati dia yang tak suka kat dia tu buat apa,”sindir Fiska pula padaku.
“Fiska stop!”arah ummi padanya.
“Maafkan Fiska ummi.Dahlah,Fiska malas nak layan kakak,”ujarnya sambil terus bangun dari duduknya dan mengorak langkah ke bilik.
“Ummi,maafkan Iman ya,”pintaku pula pada ummi.
“Iman,istikharahlah.Buat solat istikharah.Iman luruskan hati dan solat.Moga-moga Allah tenangkan hati Iman dan bagi petunjuk pada Iman,”pesan ummi memahami perasaanku.
“Insya-Allah ummi..”balasku dengan anggukan.Ya,istikharah.Aku harus membuat istikharah.Luruskan hati dan beristikharahlah dengan bersungguh-sungguh.
*******
“Aku bahagia,
Ku dipertemukan belahan jiwaku..”
“Iman Qasrina, terima kasih sudi terima abang,”ucap Mikael penuh romantik sambil matanya menatap pandangan mataku.Usai akad nikah kami dilaksanakan pada pagi Jumaat yang indah ini, Mikael tanpa segan silu terus meraih tanganku,erat didalam pegangannya.Setelah mendapat jawapan yang meyakinkan mengenai jodohku bersama Mikael didalam istikharahku,hatiku mulai tenang dan tak sampai setengah tahun dari tempoh itu,hari ini berlangsung.
“Eh tak,saya yang patut cakap terima kasih.Sebab abang sudi pinang saya,”balasku malu-malu padanya saat sesi photoshoot antara kami sedang bermula.Janggal terasa berbual dengan insan yang tak berapa aku kenal ini.Mengenangkan diriku yang seolah ‘tidak laku’ dimata Mujahid,aku malu terhadap Mikael.Malu dan segan.Namun,dalam masa yang sama,bersyukur kerana Mikael mampu menerima aku seadanya.Bersyukur kerana,mendapat insan sebaik dia sebagai suamiku.
“Iman Qasrina,kamu tahu,sebenarnya,abang dah lama kenal kamu..Dah lama sukakan kamu..,”luah Mikael tiba-tiba.Seriously?Hatiku terdetik agak terkejut memandangkan aku tak pernah kenal pun siapa dia sebelum ini.
“Iya ke?”balasku tenang dihadapannya.Pandai aku melindungi rasa terkejutku.
“Iya..Dan selama ni abang sentiasa doakan agar Qasrina menjadi isteri abang.Setiap kali abang buat solat hajat,istikharah..nama Iman Qasrina sentiasa ada didalam doa abang.Dan,Alhamdulillah..Allah telah kurniakan Iman Qasrina kepada abang,”bongkar Mikael membuatkan aku hampir menangis.Tak sangka,masih ada insan yang sudi menerimaku sebegini hebat.Tak pernah terdetik dek ruang fikiran aku selama ini.
“Tapi kenapa?Apa yang bagusnya saya ni?Banyak kekurangannya saya ni Encik Mikael,”soalku dengan linangan air mata bagaikan tidak faham mengapa diriku yang sebegitu banyak kekurangan ini diterima oleh Mikael dengan penuh kesungguhan.Dan tanpa disengajakan aku terpanggil dia ‘Encik’.
“Sebab Qasrina sangat istimewa di hati abang,”balasnya ringkas dengan bait romantic sambil menyeka air mataku.
“Berkahwinlah kamu wahai wanita dengan lelaki yang bersungguh inginkanmu dan bukan dengan lelaki yang kamu bersungguh.”
*****
Tepat dua tahun perkahwinan kami,aku dan Mikael dikurniakan seorang bayi perempuan yang sangat comel.Bulat mata hitamnya,lebat rambutnya dan putih melepak kulitnya sebijik ikut ayah kandungnya itu,Mikael.
“Alhamdulillah,semoga membesar dengan menjadi anak solehah ya anak daddy ni,”ucap Mikael pada bauan syurga yang erat didalam dukungannya itu.
Sophea Icalina, hadirnya satu anugerah.Kebahagiaan buat diriku dengan suami tercinta.Mikael,terima kasih kerana tetap sabar dan tenang melayan segala kerenah isterimu ini.Terima kasih kerana menerima dan menyintai isterimu penuh keikhlasan abang.Terima kasih kerana melayan Qasrina dengan penuh kasih sayang.Terima kasih untuk segalanya suamiku tersayang.
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai,tetapi,kita akan berkahwin dengan jodoh kita,yang telah Allah tetapkan sejak azali.”
Terima kasih Ya Allah untuk anugerah-Mu ini.
******
-Syed Mujahid-
“Nah,ambil jam kamu ni.Tadi mama terjatuhkan tanpa sengaja.Luckily, that girl found it and return to mama.Kalau tak..habis macam tu je jam mahal Muja ni,”ujar Puan Ryana sambil menyerahkan paper bag berisi jam tangan berjenama itu kepada Mujahid.
“Who is that girl?”
“Iman.”
*****
“Maa..seriously you are so beautiful with this style.Perfect!”
“Really?Iman yang style kan mama tadi.Jumpa pulak kat surau.”
“Iman again?”
*****
“Muja,boleh carikan Iman untuk mama?Mama teringin nak jumpa dia lagi,”
“How can I find her mama?I don’t have any idea.”
“Muja, I told you her appearance right?Please find her for me?”
“I’ll try mama..”
Siapakah Iman yang sering disebut-sebut oleh mamanya ini?Apakah keistimewaan gadis ini sehingga mampu menawan hati mamanya?Entah kenapa,walaupun sekadar mendengar namanya sahaja,Mujahid sudah tertarik dengan wanita itu.Hatinya teringin untuk mengenali gadis misteri yang tidak pernah dilihatnya itu.
*****
2 tahun berlalu…
“Macam mana dengan Iman?Muja dah jumpa dia belum?”soal ibunya, Puan Ryana terhadap Mujahid.
“Mama,how can I find her?Muja dah tak tahu nak cari macam mana lagi.And how about syarifah?Didn’t you asking me to find syarifah first?”soal Mujahid kembali seolah letih untuk terus mencari.Mencari jodoh yang seperti dimahukan oleh keluarganya.
“Yes exactly..Tapi itu dulu.Sekarang mama sedar yang harta,pangkat darjat keturunan semua itu tak menjamin kebahagiaan.Tak kisahlah dengan siapa pun Muja.Lihat agamanya dahulu.Mama teringin nak menantu macam Iman.Dan teringin nak jumpa dia lagi..Kalau Muja tak mahu,mama boleh calonkan pada Ash,”luah mamanya teringin sambil menyebut nama adik kepada Mujahid, Ash Syahid.Perlahan,Mujahid duduk dibirai katil biliknya bersebelahan ibunya sambil menggenggam tangan wanita yang melahirkannya itu.Permintaan yang sungguh tak masuk akal baginya!Siapa Iman?Apa yang istimewa pada wanita ini sehingga ibunya teringin untuk bertemu kembali dengan gadis itu?Malahan,nak buat menantu lagi..!
“Mama,how can I find her?Mama pun pernah jumpa dia sekali je kan?Gambar pun tak ada.I’m sorry,mama..”Meskipun hatinya sangat tertarik untuk mengetahui tentang wanita ini,namun,setelah 2 tahun mencari sesuatu yang tidak pasti,Mujahid merasa keletihan.Hampir berputus asa.
“It’s okay..Slowly..I’m waiting..”balas mamanya seolah memujuk.
“I don’t want you to waiting for nothing mama..seriously just for nothing.Waiting for nothing,”suara Mujahid seolah memujuk ibunya agar tidak menyimpan lagi harapan itu.
“No,I’m not waiting for nothing.Muja sabar sikit boleh tak?And please find her..”
“Insya-Allah.I’m trying..”balas Mujahid akur dengan permintaan ibunya akhirnya.
“Abang,can I borrow your external hard disk?”tanya Jemyma adik bongsu Mujahid yang muncul setelah pintu biliknya yang terbuka dikuak.Hi,mama,”ujarnya lagi sambil melabuhkan punggung disebelah ibunya.
“Yes,sure,”ujar Mujahid sambil terus melangkah ke meja kerja yang diletakkan laptop.Dia mulai menutup semua file yang tersimpan dalam external hard disk tersebut.
“Waitt..Mama nampak folder gambar tadi..Boleh mama tengok sekejap?”soal Puan Ryana pada anak lelaki sulungnya itu.Dia sudah bangun mendekati meja kerja Mujahid.
“Yes,mama.Anything for you.But,gambar lama je dalam tu mama,”beritahu Mujahid pula sambil mempersilakan mamanya duduk berhadapan computer ribanya itu.
“Menarik ke gambar abang ni?Adik pun tak pernah tengok,”suara Jemyma pula sambil turut melihat permintaan ibunya itu.
“Yalah,anak sulung mama ni,jarang sangat balik.Bukan selalu dapat jumpa.Mama pun tak tahu aktiviti dia,”ujar mamanya sambil terus menekan folder gambar Mujahid.Bergelak ketawa dia dan Jemyma melihat gambar-gambar Mujahid itu.Sementara Mujahid hanya memerhati dari belakang.Sehinggalah tiba ke suatu gambar..
“Iman..”suara Puan Ryana agak terkejut apabila gambar Mujahid bersama seorang wanita muda muncul setelah sebegitu banyak gambar anak bujangnya itu dilihat satu-persatu.
“Iman??” Mujahid dan Jemyma kebingungan.Apa maksud ibunya?
“This is Iman,right?Muja kata tak kenal Iman.Inilah dia.Iman yang mama cari selama ini..”suara ibunya bercampur terharu dan teruja.
“No mama.She’s not Iman.She is..just only my old school friend dulu.Qasrina,”jelas Mujahid pulak.
“No,mama yakin.She is!Look at her brooch.That brooch yang letak kat bahu dia.I gave her that day.After she taught me to style my tudung,”cerita mamanya penuh keyakinan.Sementara Jemyma pula tertanya-tanya siapakah insan yang diperkatakan oleh mereka berdua itu.
“No,”tepis Mujahid mempertahankan kata-katanya.
“Wait..Sape Iman?”Soal Jemyma yang masih tertanya-tanya.
“Ok,ok kejap.Muja check,”ujar Mujahid membuka whatsapps antara dia dan Qasrina. Seingatnya,dia pernah meminta nama penuh Qasrina dahulu.Mujahid menscroll seberapa banyak mesej antara mereka sehinggalah tiba ke bahagian dia bertanya nama penuh Qasrina itu.
“What for Mujahid?”
“For recognition.”
“Haha..tak payahlah.”
“Please?”
“Iman Qasrina Binti Ahmad Thaqif.”Dan nama itu terus di forwardkan kepada staff bawahannya tanpa dia mengingatinya lagi.Panggilannya terhadap Qasrina jua mengikut ejaan nama di facebook gadis itu,Qasreena.
Hati Mujahid berdetak kuat.Terkejut,tak sangka..Segalanya menjadi satu.Mengapakah dia tidak pernah cuba mengenali seseorang itu betul-betul?Mengapakah dia tidak cuba untuk mengenali Qasrina betul-betul tatkala mereka pernah berurusan dahulu?Last seen about 1 years ago..
“Ya Allah..Mama..,memang dia orangnya.Dia Iman Qasrina..,”suara Mujahid lemah terduduk ditepi katil.Selain sudah menukar nombor,Qasrina jua kini sudah deactived laman sosialnya.Pernah dia melihat wajah Qasrina dengan suami dan anaknya yang baru lahir yang diupload oleh kawan-kawan sekolah mereka yang datang melawat wanita itu..Bahagia nampaknya.Namun,dia benar-benar tak menyangka yang Qasrina kawannya dan Iman yang ibunya cari jua mahukan sebagai menantu,adalah orang yang sama.Iman Qasrina.Entah kenapa,hati Mujahid terluka pedih.
TAMAT
Pengajaran:Sandarkan sepenuh pengharapan hanya kepada Allah.Berharaplah hanya kepada Allah swt.
*****
Nota penulis:Credit mutiara kata dari google,fb bercinta selepas nikah & penulis sendiri. =)