Masa berganti masa,Berlalu dengan berbagai suka dan duka,
Terkadang,
Ianya memberi kenangan yang sangat manis
Buat diriku,
Terkadang,
Ianya jua sangat-sangat melukakan aku,
Pun begitu,
Tetap,
Kau tidak mampu untuk ku lupa,
Meski aku terus mencuba,
Terkadang aku menangis sendiri,
Menyesali diri yang enggan melupa.
Masih ku ingat,
Kali terakhir kita bicara,
Seperti biasa,
Kau memberikan reaksi kakumu,
Entah kan sedar atau tidak,
Rasaku terhadap dirimu,
Hinggalah kau terus senyap,
Tanpa mengendahkan,
Aku yang sekian lama,
Menanti dirimu,
Ku sedari perjalanan ini masih jauh,
Aku mulai redha akan hidupku,
Sinar-sinar ceria mulai menyinari
Ruang hariku
Meski tanpa dirimu disisi.
Minda positif membisik padaku,
Menyedarkan aku tentang,
Akan adanya Tuhan,
Yang sentiasa menjaga dan melindungiku,
Yang sentiasa menyayangi aku.
Buat cinta pertamaku,
Moga aku mampu melupa,
Moga kau jua bahagia,
Dalam sebuah perjalanan kehidupan,
Walau mungkin tanpa kita,
Bersua kembali.
Andai itu sudah tertulis,
Andai kau bukan yang terbaik buatku,
Aku pasrah,
Moga yang terbaik hadir untukmu,
Moga yang terbaik jua hadir untukku.