Home Novel Cinta Luka Melukai
Luka Melukai
Princess Mirrah
16/2/2016 14:11:30
9,848
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
7

          Usai menjalani rawatan akhirnya di NCI Hospital yang terletak di Nilai, Anaz akhirnya boleh pulang ke rumah dengan hati yang lapang.Perjalanannya sudah semakin lancar.Kakinya sudah semakin kuat menapak.Dan Mayra sentiasa setia disisinya.Menemani setiap langkah lelaki yang bergelar suaminya yang sah itu kemana-mana.

Sementara itu,Puan Raissya pula sibuk memilih catering untuk kenduri doa selamat yang akan dibuat mereka tak lama lagi di rumahnya,di Kota Warisan.

“Macam mana dengan yang ni Aizzat?Mama rasa okay kot ni.Kawan mama yang buat,”suara Puan Raissya sambil menunjukkan pakej catering dari caterer pilihannya yang juga merupakan kenalannya menerusi Ipad terhadap Aizzat.Aizzat menyambut Ipad dari tangan mamanya sambil terus membelek-belek caterer pilihan si ibu tercinta.

“Okay ma..Aizzat no problem.Anything mama choose is okay for me,”balas Aizzat setelah beberapa ketika membelek sambil menyerahkan semula Ipad ke tangan mamanya.

“Laa..,Anak mama yang sorang ni.Kan mama tanya pendapat.Berilah pendapat Aizzat sikit,”keluh mamanya pula.

“Okay,okay ma..Aizzat pilih tema colour,lah,”ujar Aizzat sambil meninjau design yang di scroll oleh ibunya menerusi internet itu.Puan Raissya terus tekun membelek.

“Macam mana kalau colour merah?”soal Aizzat memberi cadangan.

“Hissh..Garang sangat tu.”

“Kuning?”

“Tak mahu la mama.”

“Ni dark chocolate ni?”Aizzat terus memberi pendapat.

“Aizzat!Kenapa semua warna garang-garang je ni?Doa selamat.Mama nak yang soft je.”Puan Raissya memberi pandangannya.

“Laa..mama ni.Tadi suruh Aizzat suggest,kan..Ni orang dah suggest semua mama tak setuju.”

“Yalah,pilihlah pastel colour ke..”

“Tak apalah,mama pilihlah beberapa.Nanti Aizzat bagi cadangan mana yang terbaik,”suara Aizzat seakan pasrah.'Mama ni..Baik mama je yang pilih..Huhu..'

“Okay.”Puan Raissya menghadiahkan senyuman simpul sambil terus membelek Ipad ditangannya. 


****

        “Abang okay tak?”soal Mayra tatkala melihat langkah Anaz yang kini tidak lagi memerlukan bantuan wheelchair mahupun tongkat.Meskipun langkahnya masih perlahan,Anaz kuat berusaha untuk memantapkan semula kakinya.Bagaikan seorang PA,Mayra sentiasa mengawasi langkah jejaka itu.

“Okay je Mayra.Abang rasa,segalanya mulai kembali normal macam biasa sekarang,”balas Anaz yang menyedari jarak ketinggian antara dia dan Mayra kini.Terasa jauh pula memandangkan Mayra seorang yang bertubuh kecil comel.Manakala,dia pula mempunyai ketinggian seperti model.Pendek gak isteri aku ni,bisik hati kecilnya sambil matanya mengerling kearah Mayra yang setia memegang lengannya sebagai langkah berhati-hati.Secebis senyuman bahagia terukir di wajah sang jejaka.Sampai sahaja di kedudukan keretanya,Mayra terus membukakan pintu untuk Anaz.

“Insya-Allah bang.Segalanya akan pulih macam biasa.Mayra yakin,”suara Mayra dengan secangkir senyuman.

“Abang rasa,lepas ni abang bolehlah drive balik macam biasa.Tak payahlah Mayra susah-susah nak drive untuk abang lagi,”ujar Anaz yang merasa rindu untuk memandu sendiri kembali.Sudah lama rasanya saat itu.

“Maksud abang?Kitaa..”soal Mayra tertanya-tanya dalam hati.Adakah…?

“Yalah,lepas ni abang boleh drive sendiri.Abang boleh bawak Mayra kemana-mana.Tak perlulah Mayra susah-susah,”beritahu Anaz riang tanpa menyedari kata-kata yang tersirat pada pertanyaan Mayra itu.

‘Jadi,bagaimana dengan perjanjian?Adakah kita akan berpisah?Adakah kita akan kembali kepada kehidupan dahulu?’Soal Mayra.Namun,hanya didalam hatinya.Hatinya kini terasa berbelah-bahagi.Jika Anaz tidak mahu berpisah dengannya,apakah yang akan berlaku?Apakah dia sanggup?Setia disisi Anaz sampai bila-bila?Dan jika Anaz sememangnya mahu melepaskannya seperti apa yang telah dijanjikan dahulu, apakah dia tidak menyayangi perkahwinan ini? Adakah Mayra redha?Mayra tak pasti.Hatinya tertanya-tanya.Apa pun,keputusan harus dibuat!

“Abang,jom pergi shopping nak tak?”soal Mayra sambil meneruskan pemanduannya.

“Kat mana?”soal Anaz ringkas sambil leka melayari internet melalui telefon bimbitnya.

“Alamanda je.”

“Okay,boleh.”

“Yeayy.”

********

         Suasana di Restoran Pelangi Pagi agak lengang pada petang itu.Sementara Encik Nazrey dan Encik Ayden datang mengeteh bersama disitu.

“Alhamdulillah,Anaz dah semakin sihat.Lepas ni,Insya-Allah emaknya beria-ia nak buat kenduri doa selamat.Nanti Encik Nazrey datanglah,”ujar Encik Ayden mengenai perkhabaran gembira tentang anak bujangnya itu.

“Alhamdulillah syukur.Bila tu kendurinya Encik Ayden?”soal Encik Nazrey pula sambil menghirup teh o panas yang sememangnya menjadi kegemarannya.

“Insya-Allah,kalau takde apa-apa hal,minggu depan,”balas Encik Ayden sambil mengunyah getuk ubi yang dipesannya sebentar tadi.

“Itulah,suka saya tengok Mayra dengan Anaz tu.Nampak serasi.Alhamdulillah sihat akhirnya anak awak tu ya,”suara Encik Nazrey gembira.

“Syukurlah Encik Nazrey.Bersyukur saya dapat menantu macam Mayra.Saya nampak,dia menerima Anaz seadanya.Cara dia jaga,cara dia layan Anaz..Saya nampak keikhlasan dia,”balas Encik Ayden penuh kesyukuran.

“Eh macam mana tadi dengan project baru untuk Suci Halal?Apa cerita?”soal Encik Nazrey tentang perniagaan mereka pula.

“Owh Suci Halal..Meh tengok sini,”jawab Encik Ayden sambil menunjukkan sesuatu di Iphone 6s plusnya terhadap Encik Nazrey.Dan mereka terus berbual rancak disitu.

*******

              Anaz dan Mayra melangkah masuk ke Alamanda Shopping Complex.Seperti biasa,Mayra memegang lengan Anaz sebagai tanda berhati-hati.Namun,tiba-tiba Anaz melepaskan pegangan Mayra selepas mereka naik dari moving walkway.

“Eh kenapa ni abang?”soal Mayra terkejut.Jauh disudut hati,dia terasa hati dengan tindakan Anaz itu.

“Boleh abang pegang tangan Mayra?”soal Anaz sopan meminta izin terlebih dahulu sambil menghulurkan tangannya.Sekali lagi Mayra terkejut.Hatinya berdetak kencang mendengar permintaan Anaz itu.Spontan,wajahnya memerah.

“Okay,”jawab Mayra sambil menyambut huluran tangan Anaz tanpa memandang kearah wajah jejaka itu.

Kau dah kenapa Mayra?Buat biasa boleh tak?Bukan tak pernah pegang pun.’

Ya,secara rasminya TAK.’Hati Mayra bermonolog sendirian.Walau secara luarannya dia cuba mengawal perasaan,namun,naluri di hati,hanya Allah je yang tahu.

“Dah,tak payah nak malu-malu,”tegur Anaz menyedarkan lamunannya.Sebaris senyuman terbit diwajah Anaz melihat reaksi Mayra itu.Sengaja,dia mengeratkan lagi genggaman tangan mereka berdua.

“Eh,abang nak tengok wayang tak?”soal Mayra mengalih topik sambil cuba mengawal perasaannya.

“Jom,”balas Anaz terus setuju.

                CAPTAIN AMERICA CIVIL WAR

                               2:15 pm

Okay,cantik.Elok-elok sahaja selepas selesai zuhur.Usai membeli tiket wayang,langkah mereka diteruskan.

“Nak pergi mana lagi?”soal Anaz yang hanya menurut permintaan si isteri pada hari itu.

“Abang okay tak?Penat tak?Boleh jalan lagi tak ni?”soal Mayra pula inginkan kepastian.

“Okay.Lagi banyak abang jalan,lagi bagus,”beritahu Anaz.

“Okay,kalau macam tu jom kita pergi Butik Guess tu,”ajak Mayra sambil mereka terus menaiki escalator yang berhampiran Butik tersebut.

“Beli apa?”tanya Anaz usai mereka sampai di Butik tersebut.

“Baju,"jawab Mayra pendek.

“Okay,abang tunggu,”balas Anaz sambil memerhati ke sekeliling Butik.Dia melabuhkan duduk disuatu sudut.Sementara Mayra sudah pun pergi ke destinasi yang ingin diamatinya.

“Abang,try ni,”suara Mayra yang entah muncul dari ruangan mana sambil mengacukan sehelai kemeja di tubuh Anaz.Sementara beberapa helai lagi terampai kemas dilengan kirinya.

“Untuk abang ke?Tak payahla.Mayra cari je barang Mayra.Nanti abang bayarkan,”balas Anaz seolah tidak berminat.

“Tak boleh.Mayra memang nak beli untuk abang,”tegas Mayra pula.Anaz menghadiahkan sebuah senyuman.Okay suka hati kamulah Mayra..Hari ini dia membiarkan sahaja Mayra memilih apa yang diinginkannya.

“Jom pergi Al-Ikhsan pulak,”ajak Mayra setelah pembayaran selesai.

“Eh,Mayra tak beli apa-apa barang Mayra pun?”

“It’s okay.Jom abang,”suara Mayra sambil menarik tangan suaminya.

“Beli apa?”

*******

             “Malam ni abang nak makan apa?”tanya Mayra saat mereka sudah didalam perjalanan pulang ke rumah.

“Apa sahaja Mayra.Abang tak kisah..”

“Please abang, pilihlah satu tempat special sikit,”pinta Mayra pula.

“Kenapa Mayra macam ni? Macam semacam je hari ni..” suara Anaz mengesyaki sesuatu.

“Maksud abang? Mana ada,lah,”nafi Mayra pula seakan menyembunyikan apa yang terbuku dihatinya.

“Kenapa? Mayra belanja abang beli itu ini.Bajulah,kasut sukanlah.Macam-macamlah.Pastu,buat macam-macam special untuk abang tadi.Untuk Mayra tak ada pun.Apa maksudnya?”soal Anaz seakan seorang detektif.Matanya tepat merenung Mayra sudah tidak selesa dengan pandangan tajam itu.

“Mana ada apa-apa.Kan abang dah sihat, saja jelah.Biasa jelah.Bukannya special pun,”nafi Mayra bersungguh-sungguh sambil cuba untuk menumpukan sepenuh pemerhatian pada pemanduannya.

“Ke Mayra takut abang tinggalkan Mayra?”teka Anaz pula saat kereta mereka sudah pun berhenti di traffic light.Membulat mata Mayra mendengar kata-kata Anaz itu.

“Jangan risau,abang takkan tinggalkan Mayra,”ujar Anaz dengan nada bahagia sambil tangannya sudah pun menggenggam erat genggaman tangan kiri Mayra.Mayra tergamam seketika.Jua serba-salah.Perasaannya bercampur-baur.Perlukah dia memberi harapan pada dirinya akan secebis kasih sayang yang semakin ditonjolkan oleh Anaz terhadapnya sekarang?Benarkah apa yang dikatakan oleh Anaz itu?Atau pun hanya sekadar gurauan semata?Mayra tak tahu.Dan dia takut untuk memberi harapan pada dirinya sendiri.

“Abang,Mayra nak drive,”suara Mayra dingin sambil melepaskan genggaman tangan Anaz.

******

              “Anaz tak tidur lagi?”soal Encik Ayden terhadap anak sulungnya dikesunyian malam itu tatkala terserempak Anaz diruang dapur.Anaz mengambil air sejuk dipeti dan terus duduk diruangan makan.Encik Ayden turut sama menarik kerusi.

“Belum papa.Kejap lagi,lah,”beritahu Anaz.

“Macam mana jalan-jalan tadi?Okay tak kaki Anaz?”suara papanya ingin tahu.

“Alhamdulillah papa.Anaz rasa,Anaz dah sihat macam biasa.Dah sempurna macam dulu.Insya-Allah.”

“Alhamdulillah.Anaz syukurlah.Allah masih memberi peluang untuk Anaz merasai nikmat-Nya.Syukurlah sayang,”balas Encik Ayden gembira sambil merangkul bahu Anaz.Anaz menghadiahkan senyuman kepada ayahnya yang tersayang.

"Haa..Lepas ni Anaz dah kena fikir pasal kerja,lah kan?"

"Betul tu pa..Banyak benda Anaz kena refresh balik.Luckily ada Aizzat and Habib nak jaga business tu.Kalau tak,hancuss.."ujar Anaz separuh bergurau kepada bapanya.Terhambur tawa mereka sebentar.

"Haa..Lepas ni jaranglah papa dengan mama nak tengok Anaz balik rumah ni lagi,"ujar Encik Ayden seakan berjauh hati dengan nada gurauan.

"Insya-Allah pa..Anaz selalu balik punya."Anaz meyakinkan ayahnya.

Usai berbual-bual dengan papanya,Anaz terus naik atas.Menuju ke biliknya.Sendirian.Tidak lagi dengan bantuan sesiapa.Dengan kudrat yang dianugerahkan Ilahi buatnya.Anaz kemudiannya terus melaksanakan solat sunat sebelum dia melangkah tidur.Selesai berdoa,dia menuju ke arah kamar tidurnya.Dan pada hari itu,Mayra telah tidur terlebih dahulu darinya.Mungkin kerana kepenatan keluar seharian.

Perlahan,Anaz mendekati Mayra yang sedang enak dibuai mimpi itu.Memerhati raut wajahnya.Mendekatinya dan merenung wanita itu dengan penuh kasih.Kasih yang timbul secara tiba-tiba.Sayang yang datang tanpa dipinta.

Ya Allah,berilah isteriku terus setia disisiku.Kurniakanlah kasih sayangnya terhadap diriku.Berilah aku memperbetulkan segala silapku.Berilah rumah tangga ini kan kekal hingga ke syurga.Amin..,’bisiknya didalam hati sambil mengelus lembut wajah wanita yang kini bertakhta dihatinya itu.

“Mayra,abang sayang Mayra,”perlahan Anaz berbicara romantis meskipun menyedari yang ungkapannya tidak didengari Mayra yang sedang lena itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.