Home Novel Fantasi Bhu-Nyyan
Bhu-Nyyan
asmaya ally
30/11/2020 13:35:31
19,824
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 5
Rull Chester masih teragak-agak mengambil langkah apabila dia turun daripada pundak Lukia. Sebaik sahaja Lukia berubah ke wajah asalnya, barulah Rull Chester dapat melihat dengan jelas kecantikan Lukia. 


"Kau ni apa? kau tinggal sini ke?" soal Rull Chester sambil matanya tidak lepas merenung Lukia. Dia terlupa Hathor di sebelah yang merengus geram melihat tingkahnya. 

"Hahahah..takk aku tak tinggal sini.. aku sekadar membawa kau dan Thor ke sini..kalau tidak, aku yakin kau sudah menjadi mayat".. sahut Lukia seraya tersenyum sinis.

"Cepat ikut aku!" Hathor bersuara. "Ashoka pasti sudah menunggu kita di istana Permasuri. 

"Yealah-yelahhh.."sahut Rull Chester dengan suara kurang ceria. "Tak habis-habis dengan Permasuri dia..huhhh!"..desis hati Rull Chester.


Sepanjang perjalanan menuju ke istana Permaisuri, Rull Chester dapat melihat dengan jelas keindahan ibu kota tersebut. Keadaan jalan raya berbatu yang kukuh binaannya. Bersih dan tertata rapi. Di kiri dan kanan bangunan-bangunan berciri hiasan moden dan tradisonal yang saling melengkapi. Bunga-bungaan berwarna-warni yang ditata hias di kiri kanan jalan sungguh menambah seri ibu kota negara Bhu-Nyyan. "Arghh..negara kahh?" atau dunia lain?"


"Kau akan tahu bila kau berjumpa dengan Permaisuri kelak". Hathor tiba-tiba mencelah memecahkan lamunan Rull Chester. "Ini tempat kami..buat cara kami..jangan buat cara kau!"..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.