Home Novel Fantasi Bhu-Nyyan
Bhu-Nyyan
asmaya ally
30/11/2020 13:35:31
20,397
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 2
Rull Chester menujal-nujal belakang tubuh lelaki yang gagal menumbuknya tadi dengan sebilah pisau rambo. Tujahan itu sebagai amaran agar lelaki itu terus berjalan dan menjadi penunjuk arah kepada dirinya. 


Bimbang dengan keselamatan diri, Hathor hanya mampu mengikut sahaja arahan yang diberikan. Sesekali tujahan dengan pisau rambo itu terasa menyucuk kulit tubuhnya.  Di kiri dan kanan jalan itu deretan kedai dan bangunan tinggi kelihatanmenghiasi latar bandar Indera Kayangan. 


Bola mata Rull Chester melingas kiri dan kanan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Suasana hiruk pikuk bandar itu hampir sama dengan bandar-bandar yang biasa dia lawati. 

“Heyyy.. aku mintak kau bawak ke balai polis? Kemana kau nak bawak aku nih huh?” Sergah Rull Chester bila menyedari mereka semakin jauh daripada pusat bandar. Hathor tidak menyahut sebaliknya mempercepatkan langkah. 

“Heyyy!! Aku tanye? Kita nak kemana nih?” kesabaran Rull Chester semakin menipis. “Tak serik ke dia nih?!.. kang lunyai jugak aku kerja kan!!”.. getus hatinya.

“Kita dah sampai!” sahut Hathor. Langkah mereka terhenti dihadapan sebuah binaan yang sangat indah. Rull Chester memandang tanpa kerlipan. Bentuk bangunan itu merupakan gabungan seni bina tradisional dan juga moden. Papan tanda tertulis “Rumah Pahlawan” tersergam megah. “Argghh... so this is their police station no?!” Rull Chester terangguk angguk. 


“Ehh.. macam kau boleh tulisan kami?!” soal Hathor kehairanan. 

“Huh??!” Giliran Rull Chester pula kehairanan. “Yeahh.. how come am able to read this?” desis hatinya.

“Kau siapa sebenarnya?!” Hathor masih tidak berpuashati selagi soalannya dibiarkan tanpa jawapan.

“Aku pengkaji sejarah..” ujar Rull Chester pendek. 

“Huh?! Jadi, buat apa kau kemari?! Bangsa kami masih wujud dan belum lupus untuk kau kaji sejarah kami!”.. 

“Akk..” belum sempat Rull Chester menghabiskan ayatnya, dia terbau haruman bunga bakawali. Ketika yang sama , daun pintu utama Rumah Pahlawan dibuka dari dalam. Kelihatan seseorang sedang melangkah keluar daripada bangunan itu. 

“Tap..tap..tap..” dan derapan kaki itu terhenti dihadapan Rull Chester. Seorang lelaki lengkap berpakaian seperti hulubalang zaman kegemilangan kerajaan Melaka tercegat di depan Rull Chester.

Tubuh lelaki itu sama saiz dengan Rull Chester cuma tingginya kurang seinci dua. Rambut blond Rull Chester sangat menarik perhatiannya. Sepasang mata biru kehijauan Rull Chester juga mencetuskan pertanyaan dalam hatinya. “Kenapa dia memiliki mata yang sama seperti Osiris?”  


Setelah hampir 10 minit diteliti seperti mannequin, Rull Chester mulai resah. “Aku bukan patung dalam kedai!” gumamnya.

“Apa nama kau?” 

“Aku Rull Chester.. Professor Rull Chester”..

“Kenapa dan bagaimana kau boleh ke sini?”

“Kalau aku ada jawapannya, aku takkan kesini!!”

“Hmmmm..baiklahhh.. ikut aku..” ujar Ashoka. 

“Kau nak bawa aku kemana?”

“Kau mahu jawapan bukan?” Ashoka membalikkan soalan.

“Argghhh...” dengan langkah berat Rull Chester membontoti Ashoka. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.