Home Novel Fantasi Bhu-Nyyan
Bhu-Nyyan
asmaya ally
30/11/2020 13:35:31
20,398
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 1
"heyy..bangun!!..kau tak mahu mati di sini kan?" suara itu kedengaran terlalu asing pada cuping telinga Rull Chester. Seluruh tubuh terasa sakit dan lemah. Matanya dibuka perlahan-lahan. Bias cahaya menyilaukan pandangan. Rull Chester cuba memanggungkan kepala, tangan kanannya secara spontan di angkat melindungi bias cahaya yang menikam retina matanya. Sepasang mata biru kehijuan milik Rull Chester kelihatan berkilauan akibat biasan itu. Sambil mengerdipkan matanya berulang kali, Rull Chester cuba meneka-neka di manakah dia berada. "ahhh..suasana bising ni macam biasa aku dengar." getus hatinya.


"kau siapa hah?? kenapa kau kemari! bangunnn!!" si empunya suara masih kedengaran tidak berpuas hati.

"dia ni bodoh ke apa? aku sendiri tak tahu aku dimana.." rungut Rull Chester. 

"bangunnn aku cakap!!?"  serentak dengan itu, tangan Rull Chester di ragut kasar. Tersentak dengan tindakan si empunya suara, Rull Chester bingkas bangun. Ketinggian Rull Chester nyata jauh mengatasi si empunya suara. Tubuh kekarnya kelihatan jelas disebalik kemeja denim yang basah kelembapan. Biarpun tubuh Rull Chester jauh lebih agam namun si empunya suara tidak sedikit pun tergugat. Dia mendongakkan kepalanya dan bertanya lagi.

"kenapa kau kemari hah?!!" soalan sama diulang semula.

"aku kat mana?" Rull Chester membalikkan soalan. Sambil jemarinya memicit-micit kepala yang masih terasa berat dan pusing.

"kenapa kau kemari hah! kau siapa!?" si empunya suara mula meninggikan nada.

"aku dekat mana nih??" Rull Chester masih kebingungan..

"cisss!!.. kau memang sengaja mencari nahas kan?! sambung si empunya suara, dengan segera dia cuba melepaskan tumbukan tepat di wajah Rull Chester. Namun malang baginya, Rull Chester lebih cepat membaca keadaan. Sepantas kilat Rull Chester mengelak tumbukan dan tangan si empunya suara di tangkap dan dikilas ke belakang. Tanpa membuang masa, tubuh si empunya suara di dorong hingga jatuh ke tanah berlumpur di sebelah aspal jalan. Rull Chester mengerah seluruh kekuatan bersisa, menindih tubuh si empuya suara, dan menekan wajah  malang itu ke tanah. 

"part mana yang kau tak faham bahasa yang aku guna ?? and what the hell with these repetitive question?!" Rull Chester mulai hilang kesabaran. Hampir sahaja dibenam wajah itu ke dalam lopak air berlumpur. 

"llleepasss..aakuu!!.kkkauu taaakk tahhuu aaaku siiaapaa!!"..si empunya suara masih berlagak sombong.

"apa aku peduli kau siapa?? jawab pertanyaan aku!! aku dimana sekarang?!!"

"arhhhgg..kkauu di Bandar Indera Kayangan"..

"huhhhhh??!!..tappiii.."

Seingatnya tadi dia sedang berusaha menyeberang sebatang sungai kecil dengan menggunakan bantuan akar pohon beringin yang berjuntaian di gigi sungai. "Macam mana pula aku boleh tersesat di sini? ..Bandar Indera Kayangan?!!".. Saat itu, hidung Rull Chester mulai menangkap pelbagai bauan masakkan. Telinganya turut mendengar hiruk pikuk suara-suara yang berdagang pelbagai barangan jualan. Juga kedengaran suara tawar menawar barangan yang dijual. 

 "huhhhhhh??? bukankah  aku dalam belantara tadi??!!


Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.