Home Novel Fantasi SETH
SETH
asmaya ally
9/9/2020 16:01:31
22,913
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 7
"Iskkk..iskhh..haihhhh...Aki..Aki.." Tok Kiyai Haji Sulaiman hanya mampu menggelengkan kepalanya yang berserban merah putih itu. Keluhan itu dilepaskan tanpa tapisan. 

"Kenapa tak kau ceritakan dari dulu Aki?" soal Tok Kiyai Haji Sulaiman. Saat ini mata Tok Kiyai Haji Sulaiman merenung tajam ke arah Tok Aki. Tak sekalipun dia berpaling dan melihat ke arah Seth yang seperti kucing berak kapur. 

Resahnya Seth hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jantung Seth berdegup kencang. Sepanjang perjalanan mereka menuju ke rumah Tok Kiyai Haji Sulaiman tadi bermacam bisikan didengarinya. Sesekali dia merasakan kakinya seperti cuba di tarik oleh sesuatu. Ada masanya seperti dicakar juga." Kenapalah Tok Aki bekeras nak jalan kaki ke rumah Tok Kiyai Haji? kan senang kalau membonceng motor sahaja? hurggghh"..rungutan itu hanya bergaung dalam hati Seth.

"Aku pun takdak jawapannya Tok Kiyai Haji..kali terakhir dulu, arwah Tok Nyang aku ada cakap yang pewaris kami mestilah daripada keturunan lelaki berdarahTok Janggut. Aku sendiri tak bersedia menerima benda tu Tok Kiyai Haji..jadinya aku terpaksa bertarung dan mujur kemenangan memihak pada aku dan aku cepat-cepat kurung dia di atas gunung di Air Terjun Tujuh Keramat itu.

 Aku pun jenuh mempertaruhkan nyawa agar keturunan kami tidak lagi perlu mewarisi benda tu Tok Kiyai Haji.. tapiii..budak Seth ni..dia jejak kaki kesana tanpa pengetahuan aku..aduhhhhh..macam mana ni Tok Kiyai Haji?"

"Macam ni lah Aki..aku pun bukanlah pandai sangat bab-bab saka semua ni..cuma kalau di rumah kau ada tersimpan sebarang barang-barang keramat seperti keris atau kerambit dulu-dulu, aku mintak kau bawakkan ke sini pada malam Jumaat minggu hadapan. Bawa terus kepada aku. Jangan kirim-kirim pada orang lain. Paham Aki?" 

"Dan kau Seth..sini kau". Ujar Tok Kiyai Haji sampai tangannya menepuk-nepuk lantai rumahnya seakan membersihkan tempat duduk tersebut.Kelihatan debu-debu halus berterbangan di udara dengan tindakan Tok Kiyai Haji.

"Bukak skit kolar baju kau, aku nak tengok kalau-kalau ada tanda" sambung Tok Kiyai Haji.

"Ok Tok Kiyai.."sahut Seth seraya mendekat dengan Tok Kiyai Haji. "Bukak skit baju kau.."

Perlahan-lahan Seth membuka t-shirt  yang dipakai. Tubuhnya ditenung tajam oleh Tok Kiyai Haji. "Kau tak nampak ni Aki" soalnya secara tiba -tiba sambil menghalakan pandangan pada Tok Aki. 

"Huhhhh? ketika itu barulah Tok Aki perasan ada belang serupa seperti tatoo harimau di atas pundaknya Seth.Ukiran tatoo tersebut sangat jelas dengan warna yang seperti nyata. Kalau sekali pandang persis seperti ada seekor harimau yang bertenggek di atas bahu Seth. 

"Ni lah baru aku nampak Tok Kiyai Haji.."

"Allahuakbar Aki..Aki..Seth ni cucu kau.." sahut Tok Kiyai Haji Sulaiman seakan tidak percaya dengan jawapan yang diberikan oleh Tok Aki. 

"Ini petanda bahaya Aki..cucu kau ni pasti terpaksa mewarisi makhluk itu!"




Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.