Home Novel Fantasi SETH
SETH
asmaya ally
9/9/2020 16:01:31
23,481
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 1
"Ngaummmmmmmm..ngauummmmmmm..ngaummmmmm....gggrrrrrr..grrrrrrr.....grrrgggrgrrr!!!". Pak Belang tegak berdiri dengan kepala di panggung tinggi dan ekornya yang dikibas berulang kali. Sesekali misai Pak Belang bergerak-gerak. Wajah bengis Pak Belang mengundang gerun sesiapa sahaja yang memandang. Hutan yang gelap dan suram itu membantu penyamaran Pak Belang dengan berkesan. Sampaikan Seth Al Haq langsung tidak menyedari kehadiran Pak Belang. Tahu-tahu sahaja sudah terpacak didepan matanya. 


Renungan mata Pak Belang meresahkan Seth Al Haq. Seolah-olah dia cuba menyampaikan sesuatu pada dirinya. Pak Belang masih lagi tegak di situ, kemudiannya, perlahan-lahan berlaku tranformasi terhadap bentuk tubuh Pak Belang. Dari merangkak, Pak Belang mulai berdiri diatas dua kakinya. Tubuh  Pak Belang turut berevolusi menjadi seakan tubuh manusia. Agam dan kekar. Wajah Pak Belang perlahan-lahan bertukar. 

Misai yang seperti misai kucing tadinya menguncup hingga menjadi seperti kumis manakala  hidung dan mulut Pak Belang mulai bertukar bentuk seperti manusia. Cuma sahaja taringnya masih kelihatan dan  retina Pak Belang masih kekal dalam bentuk retina mata harimau. Rambut Pak Belang putih keseluruhannya dan panjang mencecah paras bahu. Wajah itu tidak sedikit pun mengorak senyuman pada Seth Al Haq. Figura yang kini lengkap menjadi hybrib  manusia harimau itu masih melemparkan renungan tajam menikam ke arah Seth Al Haq. "Sampai bila Seth Al Haq!!.. sampai bilaaa??" Telingan Seth Al Haq dapat menangkap soalan tersebut namun tiada gerakan dapat dilihat pada mulut bertaring milik manusia harimau itu. Aneh. 


"huhhhh!!!.Siluman Harimau kah?? siapa dia??.!! mana aku nak lari nih!!" Buntang mata Seth Al Haq. Kakinya terpasak dibumi. Jantungnya berlari laju lebih dari atlet triathlon. Lutut terasa longar, mulut nya terasa berat untuk bersuara apatah lagi menjerit. Setelah membaca surah Al Fatihah dan Ayatul Kursi, barulah terasa ringan bibirnya. Dengan sekuat hati Seth Al Haq menjerit . "Tolonggggg..tolongggg akkuuu..ada Pak Belang nak makan akuuuuuu!!!".  Kaki dan tangan Seth Al Haq tergawang-gawang di udara. Dia menyepak dan menumbuk angin. "Bukkkk!!.." kedengaran seperti sesuatu yang berat terjatuh. 


"Woiiii..ko ape hal Seth?" Sergah Akmal saat melihat Seth sudah tergolek jatuh daripada katil. 

"huhhhhhhh???" terkebil-kebil Seth Al Haq  memandang wajah  Akmal. 

"ko dah kenape?? kerap sangat mimpi bukan-bukan sejak ko balik dari kampung Tok Janggut", ujar Akmal.

"ko takde ambil apa-apa kan?" Akmal menyambung.

"Akku..akkuu..takde ambil apa-apa pun..aaku ttak tipu.." sahut Seth Al Haq.

"Ko sure ke? lain macam aku tengok ko sekarang bro!" Akmal membalas.

"Sure..sure..aaku mmimpii jekk tadi..hahahah..mimmpi jeekk bro..aaaku ookayy.." 

"Ngucap bro..baca doa tido dan jangan lupa basuh kaki ko sebelum tido..tu pun nak kena ajar ke??"

"ahahah..baikk lah..balas Seth Al Haq seraya bangun dan berlalu ke bilik mandi. 

"haaaahh..kenapa makin kerap mimpi ni datang?" desis hatinya kebimbangan.  


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.