Home Novel Fantasi SETH
SETH
asmaya ally
9/9/2020 16:01:31
23,477
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 3
"Adoihhhh!!..hehh ko apa hal tampor aku Kama?!" jerit Seth sambil meraba pipi yang berbekas lima jari. Di usap lembut pipinya yang merona merah kesan tamparan tersebut. 

"Dah kau macam mayat kat situ aku tengok!!..tercegat cam patung!! pehalll?!" soal Kama tidak mahu mengalah. 

"Huuhh?? bila masa kau sampai sini?" soal Seth semula.."pelik..bukan tadi dia di kawasan air terjun?"desis hatinya.

"Alaahhh...aku tengok kau macam tak betul jek dari jauh tadi..terkial-kial sorang diri kat sini..kejap ko merangkak, kejap ko bergolek, kejap ko menderam..wehhyyy..seriuss nih..suara ko menderam cam bunyi rimauuu!!.satu hutan boleh dengar kott!!.terkugat aku dohhhh!!"..ujar Kama bersungguh sambil mencegilkan matanya. 

"Hahh?? ko biar betul Kama..pandai kau buat karangan cerita eak??" sahut Seth membalas enggan mempercayai kata sahabatnya."Masakan dia berperangai seperti rimau sedang kan dia dalam luarnya manusia?" hati kecil berbisik resah.

"Ehh..bro, aku tak tipu lahh..kalau tak aku tak melompat tengok ko kat sini hah..betul-betul aku ingat ada rimau dekat-dekat sini tadi..seremmmm wehyyy!!", beria-ia pulak cerita si Kama. 

"Seth..apa kat leher ko tuh bro?" ujar Kama sambil meneliti dengan lebih dekat leher Seth. "Sejak bila ko bertatoo ni Seth?" dahi Kama berkerut seribu.

"Hahhh?? bila masa pulak aku bertatoo? ko gilerrr??!" sahut Seth. 

"Laaa ko tak percaya? meh sini tengok!" balas Kama sambil menghulurkan sebuah lighter yang berwarna perak  berkilat . Dari biasan kotak lighter tersebut, dapat dilhat dengan jelas corak seakan tatoo belang harimau berwarna hitam bercampur oren berkilat yang muncul dari bahagian lehernya membawa hingga ke bahagian bahu sebelah kiri. "Arghhhhhhhhh!!!!!..Kamaaaa!! apa nihhhh??!! apaaaa nihhhh!!!" jerit Seth sambil tangannya beria mengibas lukisan seakan tatoo yang muncul secara tiba-tiba itu. 

"Heyyy..Seth!! Chilllexss bro..chillexs!! sabarrr..sabarr..."ujar Kama berusaha menenangkan Seth yang seperti kerasukan mengibas kekiri dan kanan . "Sethhh!! tenang! tenang!!", Kama sedikit meninggikan suara. "Bro!..jom kita keluar dari sini..aku rasa baik kita stop takat sini dulu..semacam sangat aku rasa dok sini lama-lama..balik nanti kita terus jumpa Tok Aki ko ok? ".."aku rasa dia ada penjelasan kenapa ko jadik macam nih.."sambung Kama semula.

"Haaahhhh..jom..cepat Kama..macam terasa ada mata-mata dok peratikan aku"..sahut Seth setelah dia tenang semula. Anehnya tiada sebarang rasa sakit pada tempat lukisan tatoo itu tiba-tiba muncul. Cuma hati Seth tidak tenang mengenangkan kehadiran tatoo tersebut. "Harap-harap Tok Aki ada cara nak buang tatoo nih!"..gumam hatinya.


                                            ***************************************************


"Bro? ko memang takde bawak balik apa-apa kan dari KampungTok Janggut tuh kan? ulang Akmal dengan pandangan mata yang penuh persoalan. 

"Erkkk...aaakuu takde ambek apa-apa la Akmal..buat apa aku nak tipu ko? bukan leh dapat juta-juta pun.." sahut Seth sedikit gelisah. Rambutnya yang lurus panjang separas bahu berjaya menutupi kesan tatoo belang harimau yang masih belum menunjukan tanda-tanda untuk hilang pada lehernya. Walaupun sedikit rimas dengan rambut yang agak panjang, Seth tiada pilihan lain. "Apa pula cakap Akmal kalau dia terlihat tatoo ni?'..getus hati Seth bimbang.

"Ko sure ke nih bro?..cuba ko tengok kepala katil ko?" soal Akmal semula.

Mata Seth mengerling ke arah kepala katil. Matanya terbeliak melihatkan kesan seakan gigitan taring pada kusyen yang membaluti kepala katil tersebut. "Bro? takkan kucing pulak yang gigit kan?" soal Akmal sambil menjeling pada Seth. "Baru seminggu aku balik kampung dah jadi camni.." ujar Akmal sedikit kesal. "Bro, baik ko terus terang ngan aku..mana tahu aku boleh tolong ko?" Akmal bersuara semula. 

"Kalau ko taknak share dengan aku takpe la..but let me know if you ever need my help okay bro?" sambung Akmal semula. "Pasti Seth ada sesuatu yang disorokkan dari aku!" hati Akmal tidak tenang.

"Yup..for sure Akmal..for sure!" sahut Seth sekadar menyedapkan hati sendiri.

Petang itu, Seth bersiap untuk ke gym yang terletak tidak jauh daripada Aspura Hang Jebat. Seluruh badannya terasa berat sejak dia dihantui mimpi-mimpi tersebut. "Harap dapat bersenam dengan tenang!..ringan sket badan aku nanti!".. desis hatinya. Namun baru sahaja mahu mengorak langkah, Seth terpaku tiba-tiba. "Kauuu?? buat apa kau kat sini hah?" Seth merenung tepat kearah susuk tubuh makhluk hybrib dihadapannya.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.