Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
EPILOG

“Raisya! Jangan laju-laju, nanti jatuh!” Budak perempuan yang usianya hampir menjangkau tiga tahun itu berhenti berlari, berpaling sebentar memandang wajah cemas neneknya, dan kemudian ketawa terkekek-kekek sambil meneruskan larian ke arah datuknya yang berdiri beberapa meter di hadapan.

            “Atuuk!” Raisya mendepakan kedua-dua tangan ke arah datuknya yang segera memeluk dan mendukungnya.

            “Ughh…beratnya Raisya ni. Raisya main kejar-kejar dengan nenek ya? Kesian dengan nenek sampai sakit-sakit lutut nak kejar Raisya. Tengok tu, nenek tengah rehat-rehat dengan mama dekat pondok sana. Jom kita pergi join diorang.” Datuk mendukung Raisya menuju ke pondok rehat untuk menyertai mama dan neneknya.

“Kalau Kak Ayu masih ada, mesti seronok, kan ummi? Tentu tak terlayan dia dengan keletah si Raisya yang tak reti duduk diam ni.” Ujar mama Raisya.

            “Iyalah, dah hampir sepuluh tahun. Macam baru semalam rasanya dia pergi meninggalkan kita. Kalau dia masih ada, keluarga kita tentu lebih meriah. Dia tentu dah ada keluarga sendiri.”

            “Ah-ah. Mungkin jugak sekarang ni anak-anak dia sedang sibuk melayan kerenah budak Raisya ni. Kita semua bolehlah releks sikit, hahaha….” Seloroh datuk diiringi ketawa oleh semua yang ada di situ termasuk Raisya yang cuba mengajuk mereka ketawa.

            Tanpa mereka sedari ada seseorang sedang memerhatikan dari jauh gelagat mereka dengan penuh minat.

            “Aina! Anak Aina ke tu? Comelnya dia! Walid, ummi! Ayu dah pulang, ummi!” Raihayu tersengih lebar membiarkan lendir hitam mengalir keluar dari hidungnya yang rompong.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY