Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 13

DAMANSARA HEIGHTS

 

Terletak lebih kurang lima kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, Damansara Heights sememangnya terkenal sebagai kawasan tempat tinggal golongan elit dari seluruh Malaysia sejak tahun 1970-an lagi. Banglo-banglo mewah yang luar biasa rekabentuknya kelihatan berceracak di sana-sini seperti ada satu pertandingan “Mari Membina Banglo Paling Canggih” di kalangan para penghuninya. Namun begitu, banglo dua tingkat milik Datuk Zubir dan Datin Zulaikha itu kelihatan biasa saja reka bentuknya malah agak ketinggalan berbanding banglo-banglo lain di sekitarnya. Halaman banglo yang luas dimanfaatkan sepenuhnya oleh DatukZubir sekeluarga dengan sebuah kolam renang dan juga rekaan taman bunga ala Jepun dengan kolam ikan koi sebagai tarikan utama.

Ketibaan Haris sekeluarga disambut dengan penuh mesra oleh Datuk Zubir dan Datin Zulaikha. Puan Juliza dan Datin Zulaikha saling berpelukan seperti sudah beratus tahun tidak berjumpa. Haris dan papanya cuma tersengih melihat gelagat mereka berdua.

Datuk Zubir dan Datin Zulaikha menjemput Haris sekeluarga ke ruang tamu. Ruang tamu yang luas dilengkapi dengan perabut-perabut yang diperbuat daripada kayu jati itu menjadikannya kelihatan seperti sebuah lokasi penggambaran filem-filem Melayu tahun 90’an.

Haris memandang sekeliling ruang tamu. Sebuah piano Yamaha berwarna hitam yang terletak di sudut kiri ruang tamu menarik perhatian Haris. Mamanya ada menyebut tentang Datin Zulaikha dan Datuk Zubir ada mempunyai seorang anak perempuan yang sebaya dengan Haris. Haris mengagak piano itu tentu milik anak perempuan Datin Zulaikha. Mata Haris mencari-cari kelibat anak perempuan Datin Zulaikha tapi tidak kelihatan. Entah kenapa Haris berasa hatinya bagai digaru-garu untuk mengenali anak perempuan Datin Zulaikha itu.

 “Wah, dah sama tinggi dengan papa dia! Macam hero filem Melayu dulu-dulu. Macam inilah baru anak jantan.” Datuk Zubir menepuk-nepuk bahu Haris.

“Yalah bang. Masa kita tengok dia dulu, dia baru lepas lahir. Masih merah lagi. Sekarang dah jadi anak teruna. Tampan dan segak pula tu. Hai, cepatnya masa berlalu. Mujur ada Facebook.” Sambung Datin Zulaikha tersenyum gembira.

“Betul tu kak Zu. Masa kak Zu dengan abang Zubir datang tengok Haris dulu kak Zu sendiri tengah sarat nak bersalin. Beberapa jam lepas tu, kak Zu pula masuk wad bersalin. Kebetulan pada hari kami nak pergi melawat kak Zu, bapak Liza pula meninggal. Hari tu juga kami terpaksa pergi Penang. Lama juga kami dekat sana. Bila kami balik Shah Alam, tahu-tahu kak Zu satu keluarga dah pindah balik Terengganu. Tak sempat nak jumpa anak perempuan kak Zu. Eh, mana dia? Boleh dia kenal-kenal dengan Haris ni.” Puan Juliza mengangkat-angkat tangan Haris.

 “Entahlah, tadi dia ada kat atas. Alah, kejap lagi turunlah dia tu. Dia pun dah tahu you all semua nak datang. Eh lama betul ya kita tak jumpa. Macam manalah dulu boleh terputus hubungan terus.”

“Biasalah tu kak Zu. Masing-masing sibuk dengan keluarga, nombor telefon pulak selalu bertukar-tukar, last-last terbuang nombor baru, tersimpan nombor lama. Bila call, ada pulak perempuan tolong beritahu ‘nombor yang anda dail telah dihentikan perkhidmatannya. Sekian, terima kasih.’” 

“Hahaha, nasib baiklah ada Facebook, kan?”

“Itulah kak Zu. Facebook ni sebenarnya banyak kebaikannya. Ada ustaz dekat sekolah Liza tu suka sangat mengutuk Facebook.”

“Ah-ah lah, dekat sekolah kak Zu pun ada juga ustaz yang macam tu. Apa sebenarnya masalah golongan ustaz-ustaz ini kita sendiri pun tak faham. Suka hati kitalah nak layan Facebook ke, Twitter ke, Instagram ke-”

“Entah-entah diorang sendiri pun hantu Facebook!” Sampuk Datuk Zubir.

“Hahahahaha…..”Semua yang ada di situ ketawa dengan riang gembira.     

Setelah gelak ketawa reda, masing-masing mengerumuni meja makan untuk menikmati juadah mi kari yang dihidangkan sendiri oleh Datin Zulaikha dengan dibantu orang gajinya.

“Eh,mana budak Ezrina ni? Tak siap-siap lagi ke? Ishh…”

“Ezrina? Nama anak pompuan dia Ezrina? Macam pernah dengar je. Ke Ezrina birthday girl dekat kedai Western malam tu? Ah, kebetulan je kot?” Kemunculan nama yang disebut oleh Datin Zulaikha itu menerbitkan rasa ingin tahu yang meruap-ruap dalam diri Haris.

“Yumi, pergi panggil Ezrina lekas, cakap semua orang sedang tunggu dia.”  Arah Datin Zulaikha kepada orang gajinya, Yumi.

“Baik Datin.” Jawab Yumi.

 

Selang beberapa minit kemudian kelihatan Yumi muncul di ruang makan diikuti seorang perempuan muda yang memakai jeans biru ketat paras betis dan juga T-shirt merah ketat tanpa lengan yang membuatkan payudaranya tampak lebih pejal dan menonjol.

Haris terpegun seketika. Hilai ketawa yang agak kuat meletus dari mulut Ezrina sebaik dia melihat Haris. Haris cuma mampu tersengih.

“Apahal kamu dua orang ni? Sorang ketawa sorang tersengih?” Datin Zulaikha terpinga-pinga sambil menjeling tajam ke arah Ezrina seperti memprotes pakaian Ezrina.

“Haha, kitorang dah kenallah mama.” Jawab Ezrina.

“Dah kenal? Kenal kat mana?” Semua mata memandang ke arah Haris.

“Err…kitorang kenal dekat kedai Western, Datin. Eh, auntie!” 

Ketawa Ezrina kembali rancak diiringi ketawa yang lain-lain.

 

Upacara makan-makan dan beramah mesra berlangsung dalam suasana yang penuh riang gembira. Melihat gelagat papanya yang tersenyum tersengih dan gelagat mamanya yang meriah berbual-bual dengan Datuk Zubir, Datin Zulaikha dan Ezrina, Haris perlahan-lahan melangkah kaki keluar menuju ke kolam ikan koi. Dia berasa agak kekok untuk terus berada bersama mereka di ruang tamu kerana tidak tahu apa lagi yang hendak dibualkan.

            Kolam ikan koi yang berbentuk kelopak bunga teratai itu dihias cantik dengan tumbuh-tumbuhan aquatik yang perbagai rupa dan warna. Ia dilengkapi dengan air terjun mini yang mengalir perlahan menuruni bongkah-bongkah batu yang diatur supaya kelihatan seperti terjadi secara semulajadi. Kelihatan sekumpulan ikan koi pelbagai corak berenang mundar-mandir di sekitar kawasan air terjun.

            “Hmm...tipikal rumah orang kaya, mesti ada kolam ikan koi. Tapi comel-comellah kaler dia,mesti jenis yang mahal ni. Besar-besarnya. Berapa ekor semua ni? Satu, dua, tiga, empat, lima….eh, ikan koi ni boleh makan ke, hah? Kalau buat masak tiga rasa ni sedap kot?”

            “Aii...jauhnya mengelamun, ingat girlfriend ke?” Suara halus manja yang datang dari arah belakang mengejutkan Haris.    

“You buat apa sorang-sorang kat sini? Pasal apa tak lepak kat dalam?”

“Entah, rasa awkwardlah.”

“Awkward apa pulaknya, kita kan satu spesies.” Ezrina mengukir senyum.

Haris merenung muka Ezrina. Dia mengesan sesuatu yang berbeza.

“Kenapa tengok macam tu? Ada apa dekat muka I?”

            “Sorry, you nampak lainlah. Laiiin sangat.”

            “Iya? Lain macam mana tu, nampak lagi cute ek? Hehe..”

            “Ah-ah, barulah nampak macam orang.T akdelah macam malam tu, macam Marlyn Manson.”

            “Hey, ada pulak Marlyn Manson. I tahu, you perasan I punya dimple, kan?”

            “Ah-ah.”

“You tahu tak, dalam dunia ni cuma tiga orang je termasuk you yang perasan I ada dimple.”  

“Ya ke? Yang dua lagi tu siapa?”

“My abah and my mom.”

“Ooo…”Haris tak tahu bagaimana hendak memberi reaksi kepada kenyataan Ezina itu. Dia lalu duduk mencangkung sambil memutar jari telunjuknya dalam air kolam membentuk satu pusaran.

 “Tak sangka ya rupa-rupanya kita berdua ni satu spesies.” Ezrina turut sama duduk mencangkung.

            “Ah-ah, bila you dapat tahu kita ni manusia kucing?”

            “Semalam. You?”

            “Samalah. Eh, dah tahu you ni kucing jenis apa?”

            “Mestilah kucing paling comel dalam dunia. Kalau you pandai, cubalah teka.”

            “Alah, kucing Parsilah tu. Bulu je lebat, tapi hidung kemek. Kucing yang paling comel, haa...ini dia, Turkish Angora.”

            “Ishhh...I ni kucing Parsi yang jenis hidung mancunglah!”

            “Tak cayalah. Cuba you tukar jadi kucing sekarang, I nak tengok.”

            “Hey, no way! Yang you pulak, macam mana you tahu you tu Turkish Angora?”

            “I agak je sebab mama dengan papaTurkish Angora. You pulak, mana you tahu you tu kucing Parsi hidung mancung?”

            “I pun agak je sebab mama cakap dia dengan abah dari jenis kucing Parsi yang hidung mancung.”

            “Maknanya you belum try lagilah bertukar jadi kucing?”

            “Entahlah, I tak rasa excited pun nak try bertukar jadi kucing. Tapi masa mula-mula dapat tahu memang I seriously tak boleh terima. Mengarut sangat-sangat. Langsung tak masuk akal. Tapi bila abah dengan mama bersungguh-sungguh bercerita tentang sejarah keturunan kita, lama-lama I pun boleh terima tiada yang mustahil dalam dunia ni.”

            “I pun samalah macam you. Memang susah nak percaya. Tapi bila pikir-pikir balik, macam yang you cakaplah, tiada yang mustahil dalam dunia ni.”

Haris rasa lenguh duduk mencangkung lalu bangun berdiri. Ezrina turut sama bangun berdiri mengiringi Haris. Ezrina dengan selamba atau mungkin secara tidak sedar menggeliatkan badan sambil mengangkat kedua belah tangannya tinggi melepasikepala hingga menampakkan bahagian bawah lengannya.

Mata Haris terbeliak. Dia menelan air liur tapi bukan kerana dahaga. Seumur hidupnya itulah pertama kali dia melihat ketiak perempuan secara langsung di hadapan mata. Serba tak kena Haris dibuatnya. Keinginan untuk terus menghayati aura keerotikan yang ada pada ketiak Ezrina bertembung dengan rasa bersalah yang wujud dalam diri Haris kerana melihat sesuatu yang terlarang. Setelah beberapa saat berlalu, Ezrina segera menurunkan kedua belah tangannya seolah-olah tidak mahu lagi melihat Haris tersiksa dengan godaan ketiaknya.

“Mmm….mama you ada beritahu apa-apa tak pasal kita berdua?” Ezrina merenung muka Haris.

            “Pasal kita berdua? Maksud you?”  

            “Eh, you tak tahu ke our parents on the way nak jodohkan kita?”

            “What? Si Ezrina yang ketiak licin putih melepak kalah Scarlett Johansson ni nak dijodohkan dengan aku? Biar boteng!”

            “Err…setahu I mama dengan papa takpernah cakap apa-apa pun pasal kita berdua. Masa nak datang sini tadi pun diorang takde cakap apa-apa pasal ni.”

            “Oh, ya ke? Maybe diorang sedang tunggu masa yang sesuai nak beritahu you.”

            “You pulak, bila mama dengan abah you beritahu pasal nak jodohkan kita berdua ni?”

            “Last night. Masa diorang cerita pasal asal usul keturunan kita, diorang pun cerita jugak pasal you, pasal keluarga you. Diorang duk asyik sebut nama you, Haris itu, Haris ini, dan juga pasal hasrat diorang nak tengok kita jadi suami isteri.”

“Mesti you curious jugak kan, pasal budak Haris ni?”

“Of courselah I’m very curious. Haris manalah yang diorang maksudkan tu. Takkan you kot? Tapi bila I tanya macam mana rupa Haris yang diorang cakapkan tu, diorang sendiri pun tak tahu sebab masa last diorang tengok you pun, you baru je lahir. So, bila I tengok you tadi, I terkejut bercampur lega sebab memang betul you. Kalau orang lain tadi, mesti I jadi bengang.”

“Bengang? Why?”

            “What do you mean why? You ingat I suka ke kena layan orang yang I tak kenal semata-mata sebab dia bakal suami I? Eeww!”

            “Okey, okey. So, you cakap apa dengan diorang pasal kita dua jadi suami isteri?”

            “Cakap apa lagi, I cakap I tak setujulah. That’s nonsense. I dah ada boyfriend. Lagipun jodoh kita biarlah kita sendiri yang tentukan, ya tak? You jangan risau, I akan pastikan perkahwinan ini tak akan berlaku.”

            “Huh, belum apa-apa lagi dah kena reject. Memang betul sangkaan aku dia dah ada boyfriend. Mesti anak menteri tu. Aku dah cakap dia bukan standard aku.Pandai-pandai je si Razif tu nak suruh aku ejas dia.”

            “Kenapa you diam je? Atau you setuju dengan perkahwinan ni?

            “Eh, takdelah. Kalau you tak setuju dah tentulah I pun tak setuju. Perkara nikah kahwin ni bukan boleh dipaksa-paksa, kan?”

            “Actually Haris, the thing that really bothers me is not the marriage. It’s my boyfriend. I sayang dia Haris. I really, really love him. Kalau sekarang ni I masih single, I rasa I takde masalah untuk setuju dengan perkahwinan ni.”

            “Iya? You tak kisah I ni tak hensem?”

            “Hey, siapa cakap you tak hensem?Biar I sekeh kepala dia.”

            “Haha, betul you rasa I ni hensem?”

            “Emm…well, you have your charm,maybe bukan semua but certain girls akan tergila-gilakan you. You have that innocent clueless ready to kill kind of looks which I think is cute.

            “Iya? You think I cute? Really?”

            “Yeapp! But… you already knew that I have a boyfriend, kan? So, whatever they’re planning for us, it’s not gonna happen. End of story. Kita perlu buat sesuatu supaya diorang lupakan hasrat diorang untuk jodohkan kita berdua. Any ideas?”

“Hmm…macam mana kalau-” Bunyi lagu ringtone yang keluar dari iPhone Ezrina mematikan aya tHaris.

“Sorry, kejap ya!” Ezrina mengeluarkan iPhone dari poket belakang seluar jeans. Mukanya nampak begitu teruja. 

            “Hello El sayang….sekarang ke? Nanti dah sampai you call I….okey, love you….ishh….”

“Boyfriend ke?” Haris saja-saja tanya.

“Ah-ah, dia ajak I pusing KL dengan helikopter.”

“Waah! Boyfriend you ada helikopter? Siapa nama dia?”

“Mikhael.”

“Mikhael? Ooo….”

“Eh Haris, I masuk dalam dulu ya. Wait! What’s your number?”

“013…823…7662.”

“Okey, got it. Nanti ada masa I call you. OK, see you!”

“Okey, have fun!”

Haris kembali merenung ke dalam kolam ikan koi. Topik tentang perkahwinan sebentar tadi sedikit sebanyak mengganggu juga fikirannya. Dia akui Ezrina memang cantik orangnya tapi samalah juga dengan Amelia. Kalau nak diukur semata-mata dari sudut paras rupa, kedua-dua mereka nyata sekali mempunyai rupa yang cantik serta daya tarikan yang tersendiri. Namun ada hakikat yang Haris perlu terima. Baik sama ada Ezrina mahupun Amelia, kedua-duanya berada jauh dari jangkauan Haris.

Haris memasukkan tangannya ke dalam kolam cuba menyentuh seekor ikan koi yang berwarna putih bertompok merah jambu.

“Haris! Buat apa tu? Jangan main dengan ikan tu, nanti demam.” Puan Juliza bergegas menghampiri Haris.

“Mengarutlah mama ni, bermain dengan ikan mana boleh demam.”

“Bukan Haris yang demam, ikan tu yang demam. Kita kan manusia kucing, manalah tahu bakteria yang ada pada badan kita ni boleh membahayakan haiwan-haiwan yang sensitif macam ikan koi ni.”

“Yalah, apa-apa jelah mama.”            

“Harisbukan dengan Ezrina ke tadi? Mana dia?”

“Dah masuk dalam tukar mekap. Tadi ada malaikat call dia, ajak dia keluar jalan-jalan dengan helikopter.”

“Malaikat? Malaikat mana pulak? Dah, jom kita pergi jumpa Datuk dengan Datin. Nak balik dah ni. Sampai rumah nanti mama dah chup TV, nak tengok cerita Korea. Entah sempat ke tidak tak tahulah.”  

“Laa….pasal apa mama tak record je? Kan Astroll kat rumah kita boleh record.”

“Alah, mama lupa nak tekan butang record.”

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY