Home Novel Cinta SPLIT PLAYGIRL
SPLIT PLAYGIRL
Yuldiz Zehra
21/10/2021 03:30:24
2,925
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14
PAGI-PAGI lagi Elnara terpaksa menuju ke halaman rumah mendapatkan Doktor Fayyid yang bermalam di dalam kereta. Lelaki itu sanggup tidur bersandarkan kerusi kereta semata-mata mahu menunggu Anggun sedarkan diri.Mujurlah jam lingkugan 6.00 pagi tadi, lelaki itu keluar untuk menunaikan yang wajib sebelum datang kembali sementara menunggu Anggun sedarkan diri. Ada jugalah masanya mahu membersihkan diri, bersiap dan menyediakan sarapan buat tetamu satu harinya itu. Matahari belum menerangi hari, tetapi dia gigihkan diri untuk memastikan Doktor Fayyid dalam keadaan baik-baik saja. Dia siap bawa sebungkus roti berperisa coklat dan sebotol air milo panas buat jejaka. 

Kasihan melihat Doktor Fayyid yang bersusah payah dalam merawat penyakit yang dialami Anggun. Lelaki itu seorang doktor yang fokus dan bertanggungjawab dengan kerjanya. Elnara terhutang budi dengan lelaki itu kerana banyak membantunya dalam menguruskan hal Anggun Safeera. 

Cian doktor pergi surau pun kena pakai baju kerja. Lain kali, tukarlah pakaian sebelum datang sini.” Elnara duduk mencangkung di depan Doktor Fayyid yang duduk menyenget sambil pintu kereta di buka sedikit.

“Waktu masuk surau tadi saya pakai baju t-shirt lah. Baju ni saya saja pakai balik sebab dalam kereta ni sejuk.” Sambil tersenyum Doktor Fayyid menjawab. Mulut laju menyua roti. Terkejut Elnara melihat gaya si jejaka melahap roti dan meneguk air.Lapar sangat agaknya kena tahan perut dari malam semalam. 

Sorry doktor herlok. Saya terlupa pula nak bagi doktor selimut semalam.” Tersengih Elnara bila terlupakan hal itu.Dah tahu doktor tidur dalam kereta, boleh pula dia terlupa nak bagi selimut.Nasibmu lah doktor. 

“Ish, awak jangan panggil saya doktor herlok boleh tak? Tertegak pula bulu roma saya ni bila terkenangkan muka Yin.” Rasa nak tercekik roti di kerongkong bila karakter Yin muncul dalam ingatan.Fuh, karakter songsang tu menakutkan Doktor Fayyid. 

“Em, kasihannya Anggun sebab kena hadap penyakit dia tu. Saya ni kadang-kadang sedih tengok dia tu.” Pandangan Elnara mulai redup bila terkenangkan nasib si kawan. 

“Aik, Cik Nar ada perasaan sedih ke? Bukan ke awak tu sejenis manusia tak ada perasaan?” selamba Doktor Fayyid mengusik. Elnara dongak kepala lebih tinggi menghadap di jejaka. Dalam waktu sama, dia melabuh duduk di jubin lantai. Penat pula nak mencangkung lama-lama. 

“Nasib baik doktor ni tua pada saya tau? Kalau si tunang Anggun yang perli-perli saya, dah lama saya kakikan dia.” Elnara membebel. Muka serius. Tidak semena-mena lelaki itu ketawa.Lucu melihat tingkah Elnara yang sedikit sebanyak menghilangkan rasa penat sejak semalam. 

“Awak ni memang gengster lah. Lain kali, kalau Jay keluar apa kata awak aje terajang dia? Perempuan pukul perempuan takdehal punya.” Doktor Fayyid mendepangkan tangan ketika bercerita. Eeh, nak bercerita ke nak peluk peluk angin dia ni. Lain macam. 

“Kalau Jay tu berubah wajah muka doktor, dah lama saya terajang dia.” Doktor Fayyid tergelak kecil. Ada-ada saja Elnara ni. 

“Awak bercita-cita nak tumbuk saya ke?” Doktor Fayyid dekatkan wajah mendekati Elnara lalu menongkat dagu ke atas paha. Senyuman nipis terukir manis. 

“Heheh, gurau je doktor. Tak akanlah saya nak tumbuk muka jejaka ala korea depan saya ni, kan?” lagak bersahaja Elnara menjawab dan akhiri bicara dengan soalan. 

“Awak ni orang ke tiga ratus cakap muka saya macam korea.” Doktor mengundur semula lantas bersandar tenang di kerusi pemanduan.

“Ceh, orang ke tiga ratus konon.” Mereka ketawa serentak. 

“Awak tolong jaga Anggun baik-baik ya? Pastikan Yin ni tak keluar lagi. Kalau dia keluar, boleh jatuh maruah Anggun bila kat luar.” Topik bertukar. Pesanan ikhlas dilafazkan. Elnara mengangguk. 

“Kan? Sebab si Yin ni gedik kuasa sepuluh mengalahkan Amanda.” Mata dijuling ke atas.Bila teringatkan perangai si Yin, memang dia rasa tak boleh jangka ada lelaki jadian segedik ‘Yin’. 

“Hurm, sebelum saya terlupa saya nak tanya sesuatu boleh?” Beberapa detik berlalu, Doktor Fayyid meminta keizinan untuk bertanyakan soalan.Nada suaranya sedikit serius. 

“Eeh, dah kenapa doktor skema sangat. Kalau nak tanya tu, tanya aje lah.” Di celahan tawa Elnara membalas. Tak suka tengok gaya formal Doktor Fayyid depannya. 

“Anggerik ada serba salah dengan seseorang ke?” soalnya ringkas.

"Serba salah? Maksudnya?” soalan dibalas dengan soalan. 

“Semalam Yin beritahu saya yang Anggun serba salah tak dapat bantu someone, sebab tulah dia keluar.” Bola mata Elnara fokus menatap si jejaka yang memberi penjelasan. Serentak, bibir membulat besar. 

Oh My God. Semalam dia serba salah sebab tak dapat tolong budak kut?” tangan menekup mulut. Dia teringatkan hal semalam. 

“Semalam ada sorang laki tolak anak dia kat depan lif. Anggun rasa takut sangat dengan situasi tu, lepas itu dia nak pergi kat budak tu supaya halang bapak dia dari pukul budak tu. Tapi saya tak bagilah sebab saya tak nak dia masuk campur hal orang lain.” Elnara menerangkan satu per satu. Dia mahu Doktor Fayyid mentafsir maksud tersirat di sebalik situasi yang berlaku kepada Anggun.Doktor Fayyid tersentak, tetapi hanya sedetik.

“Maknanya Yin ni...” kata terhenti sekejap. Mata terbeliak besar. Jemari dipetik-petik depan muka Elnara. Cuba cari ayat sesuai untuk diluncurkan. 

“I got it. Bila Anggun rasa serba salah dengan tindakan dia, Yin yang akan muncul untuk lenyapkan perasaan ‘serba salah’ tu.” Sekelip mata, lelaki itu dapat mentafsirkan situasi tersebut.Elnara tercengang. 


 ELNARA masih berfikir tentang penjelasan Doktor Fayyid kepadanya. Otak ligat memikirkan personaliti berganda Anggun yang muncul tanpa kawalan. Pening juga nak hadam setiap penjelasan itu. Dia tak sangka, lelaki itu dapat tafsir karakter Yin sekelip mata. 

 “Boleh tahan gempak kepala otak doktor tu. Kalau dia dapat anak, mesti anak dua auto bijak macam bapak dia.” Sambil kaki melangkah, mulut tak henti berceloteh. 

Lima karakter yang perlu dia hafal setiap kali bersama Anggun, antaranya ialah: 

1)Jay akan keluar bila Anggun berasa marah dengan kehidupannya. Jay akan serap segala kemarahan supaya Anggun tak merasakan segala kemarahan itu. 

2)Ustazah Ayu akan keluar bila Anggun berasa takut dan gementar akan sesuatu perkara yang mengancam dia dan orang sekeliling. 

3)Amanda dikategorikan sebagai ‘penyerap masalah’ dia akan serap segala masalah Anggun dengan cara membeli belah dan bersosial di luar. Karakter tersebut mungkin asalnya muncul untuk melenyapkan masalah yang Anggun alami, tetapi karakter ‘Amanda’ juga antara karakter yang paling menyusahkan.

4)Yin pula karakter yang akan muncul sebagai pengurus perasaan ‘serba salah’ yang hadir kerana tidak dapat menyelesaikan sebuah masalah yang berat baginya. 

5)Dan karakter paling sukar ditafsirnya adalah personaliti berganda ‘Anggerik’. Si dia akan keluar bila melihat wajah Doktor Fayyid dengan perasaan bahagia. Namun, punca sebenar dia keluar masih tak dikenalpasti.


Elnara selalu berharap yang dia mampu mengawal segala personaliti itu agar dapat membantu Anggun menjalani kehidupan sehariannya dengan baik.Badan Elnara disandarkan pada sofa berhadapan dengan Anggun. Mahu membangkitkan Anggun dari tidur lenanya, tetapi takut menganggu. 

Sejak semalam Anggun dibiarkan tidur di atas sofa memandangkan dia pengsan sebelum bertemu Ustaz Junayd. 

Gatal sangat si Yin tu nak jumpa ustaz kesayangannya, memang mendapatlah. Nasib baik Anggun pengsan. Kalau tidak, sampai ke pagi ini agaknya dia perlu menghadap Yin. 

Mata dipejam. Dia mahu merehatkan minda sementara menunggu.Baru mata mahu direhatkan, tiba-tiba telinga dapat menangkap bunyi loceng dari luar.Terus matanya terbeliak besar. 

Alamak... Siapa pula yang datang pagi-pagi ni. 

HABIB ternganga. Sisi kepala digaru bila Elnara sibuk menghalangnya untuk bertemu Anggun. Lama dia menatap Elnara seraya matanya sesekali perhatikan sebuah kereta yang di parkir depan rumah tunangnya. 

‘Kereta siapa pula tu.’ Hati berbisik hairan. Semakin dalam renungan perhatikan bentuk kereta dan nombor plat yang tertera. Sesekali, bibir diketap kuat. Renungan mata kemudian ditajam ke arah dalam kereta walaupun hanya dari luar pagar.Riak wajah Elnara membuatkannya berasa sangsi. Dia seolah-olah mahu sembunyikan suatu perkara. 

“Dalam kereta tu ada orang ke?” soalan terluncur keluar dari bibir Habib. Dia perasankan ada susuk tubuh sedang duduk dari dalam kereta. Dia yakin, pandangannya tidak salah. 

“Maaa mana ada.” Elnara laju menjawab. Hati bagai nak terkeluar bila Habib tanya begitu. Pandangan mata ditundukkan. Masih pura-pura untuk bertenang walaupun seluruh tubuh rasa longlai. 

“Kenapa aku call Anggun tak dapat-dapat ni? Tu kereta siapa pula? Tak pernah nampak pun sebelum ni.” Habib masih panjangkan leher, megintai ke dalam rumah walaupun pintu pagar tidak di buka. Tak pernah pula Elnara membiarkan dia duduk di luar tanpa membuka pintu pagar. Pagi ini, sikap Elnara menghairankannya. 

“Keee kereta jiran. Dia minta tumpangkan kereta sebab dia nak balik kampung.” Bibir bergetar sedikit ketika menjawab. Habib kecilkan biji mata penuh curiga.Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

“Jiran? Jiran mana pula?” mata diliarkan ke sekeliling. Pura-pura pelik. 

 “Kau bawa lagi dekat dalam rumah ni ke?” Habib menduga. Mata kanan dikecilkan. 

 “Kau ingatkan aku ni tak ada iman ke nak bawa jantan masuk rumah?” Elnara tergelak kecil. Tangan bercekak pinggang. 

“Aku tanya je.” Habib buat muka tak bersalah.

"Kau ni tanya macam pakguard sekolah apa pasal? Dahlah, aku nak siap pergi kerja ni. Kejap lagi petang kan Anggun ke studio? Jumpa kat sana jela.” Serentak itu, Elnara sengetkan sedikit tubuh agar lebih jelas memandang Habib. 

“Kenapa aku rasa kau macam sorok sesuatu dari aku?” Habib menyoal lagi. 

 “Sooo sorok apa pula ni?” kosa kata Elnara jadi tak teratur. Rasa pucat pula bibir bila nak menjawab pertanyaan si Habib. 

“Entah, kau dengan Anggun ni lately macam berahsia sangat dengan aku.”

“Kau tu yang pelik Bib. Asyik datang rumah anak dara waktu pagi macam ni. Tak tahu malu ke? Sedarlah sikit yang Anggun tu belum jadi isteri kau lagi. Jangan ingat pertunangan kau dengan dia tu tiket kau boleh tahu semua aktiviti dia 24 jam. Belum halal lagi bro.” Elnara kalau dah buka mulut, memang semua benda dia nak lepaskan. Mulut tak bertapis lagsung.

"Eeh, dia ni. Jahat mulut.” Habib membentuk huruf ‘O’. Dia tidaklah tersentap pun bila Elnara cakap begitu, cuma dia rasa Elnara ni suka sangat main cakap lepas.Kadang-kadang Habib pun terfikir, bagaimana tunangnya yang ayu itu mampu berkawan dengan Elnara berperangai tingtong

“Haaa, kalau dah tahu aku ni jahat mulut janganlah buat perangai yang boleh buat aku ni jadi jahat.” 

 “Hurm, aku balik dululah. Petang nanti suruh Anggun datang studio. Ada hal aku nak bincangkan.” Dia mahu beransur pulang. Dalam diam, Elnara tarik nafas lega. 

“Hal apa? Hal Anggun kena ugut tu ke?” soalan itu spontan dilontarkan Elnara. Tak sampai sesaat, dia tersentak sendiri.Dan-dan, liur diteguk kesat. 

Alamak... Salah cakap lagi.“Ugut? Anggun kena ugut ke?”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yuldiz Zehra