Home Novel Cinta SPLIT PLAYGIRL
SPLIT PLAYGIRL
thira jono
21/10/2021 03:30:24
32,442
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15
“ANGGUN. Naik gila aku bila Yin keluar!” Elnara panggung muka depan Anggun. baru saja rakannya itu membuka mata, dia sudah memberitahu hal semalam. Tak menyempat Anggun nak bangkit dari pembaringan, dia dah buka cerita. 

 “Haaa? Dia keluar? Biar betul. Rasanya macam dah lama dia tak keluar.” Terbeliak besar biji mata Anggun. Sejurus itu, kedua belah tangan menyentuh kepala yang terasa sakit.Bukan sahaja kepalanya saja yang sakit. Hatinya juga sakit bila personaliti berganda asyik keluar. Langsung tak izinkan dia untuk bertenang. 

“Doktor kata, dia keluar sebab kau tak dapat selesaikan satu masalah. Lepas tu kau rasa bersalah,” sambung Elnara lagi. Terkumat-kamit mulut bercerita. Spontan, Anggun mengerutkan dahi. 

“Masalah? Masalah apa pula?” hatinya disuntik perasaan aneh. Dia pun sudah terlupa, apa yang berlaku semalam. Teknik imbas kembali terbayang dalam ingatan. 

“Semalam kau serba salah dengan budak dalam lif tu, kan?” Anggun tersentak. Mata menari-nari tepat ke dalam mata Elnara. Kemudian, kepala diangguk perlahan.Ya, baru dia ingat! Budak semalam itu membuatkan hatinya dirundung perasaan simpati. 

“Sebab tu mamat pelangi tu keluar! Is, kau ni kan? buat jantung aku ni nak meletup je. Nasib baik mamat tu tak buka tudung waktu kat Atmosphere. Kalau dia buka? Nanye kau.” Tanpa semena-mena, Elnara membebel. Pinggang dicekak. 

“Hurm, sampai bilalah aku nak hidup macam ni. Aku penatlah!” Dengan hati yang bergolak, ayat itu terlontak di bibir Anggun. Tubir mata berkaca-kaca. Melihat tingkah Anggun berubah mendung, cepat-cepat Elnara duduk menekur lantai sebelum bersuara. 

“Sabar ya Anggun? Aku tahu kau penat. Aku tahu kau letih, sabar ya kawan.” 

Elnara rasa serba salah sebenarnya. Rasa bersalah kerana biarkan Anggun terkenangkan peristiwa semalam. Tangan Elnara naik menyentuh dua belah pipi Anggun. Segaris senyuman dihadiahkan setelah memberi kata semangat. 

“Kau dah kenapa? Bercakap macam nak bersyarah pula.” Tawa Anggun terletus. Gaya Elnara berbicara sentiasa mencuit hati. Konon nak bagi nasihat, tapi intonasinya suka dibuat-buat. 

“Saja nak buat lawak hambar. Tak boleh ke?” Elnara turut ketawa. Dia menghembus perasaan lega. 

“Hei, kau ni kelakar tau Nar, cantik pula tu. Tapi sayang, takde siapa yang berani dekat.” Anggun menepuk paha Elnara. Sisa tawa masih mekar di wajahnya. 

 “Eh, engkau ni. Dah mulalah tu nak ngusik aku!” Elnara tayang muka masam. Sepasang matanya dikecilkan. Saja nak memprotes. 

“Tak ngusik pun. Aku cuma pelik je bila laki tak berani dekat dengan kau.” Sambil menutup mulut, ketawa Anggun terburai lagi.“Sebab tak syantiklah tak ada lelaki berani dekat.” Elnara merendah diri. Rahangnya melurut jatuh.Dia selalu beranggapan dirinya tidak cantik dan tidak sempurna di mata mereka yang memandangnya. Elnara sering beranggapan dirinya tidak mampu memikat hati para jejaka di luar sana. 

“Ceh, bukan selama ni kau kata kau cantik ke? Kenapa tiba-tiba merendah diri pula?” Anggun tayang sengihan nakal. Elnara di sebelah terkemut-kemut muka. 

 “Shut up you. Lebih baik kau pergi siap.” Laju Elnara lekatkan jari telunjuk di bibir Anggun. Kalau tak disuruh Anggun diam, mulut dia tak akan berhenti nak mengusik kalau dah diberi peluang.Maklumlah, mood si Anggun ni tak menentu. Kadang-kadang, kalau jiwa nak menyakat menguasai diri, seharianlah dia akan cari idea untuk menyakat. 

Tapi … kalau emosi sedihnya menyapa, mulalah karakter lainnya keluar. 

“Siap? Kau nak bawa aku kat tempat semalam ke?” 

 “Ah, tak ada makna! Nanti tah shape shape pula muncul. Aku pula yang rugi,” ujar Elnara siap tayang muka geram. Memang dia geram pun sebab tak puas nak menikmati makanan sedap di restoran mewah itu. Kalau bukan disebabkan si mamat pelangi tu, dah lama perut dia kenyang semalam. 

“Sorry beb.” Terdetik perasaan kasihan di jiwa Anggun. 

 “Lah, takpe. Ni haaa, Habib suruh kau pi studio.” Hati Anggun ditujah perasaan pelik bila nama Habib berkumandang di telinga. 

 “Kenapa dia suruh aku pi studio?” Elnara hanya jongket bahu. Tidak tahu. 

“Aku malaslah nak pergi studio. Aku rasa macam dah malas nak jadi youtuber mysterious ni.” Suaranya agak bergetar dibaluti emosi. Kenyataan itu membuatkan Wajah Elnara berubah serius. Dan-dan, keningnya berkerunyut panjang. 

“Pula dah. Kau jadi macam ni sebab ugutan tu, kan?” 


 ANGGUN mengitari mata merenung ke dalam ofis. Dia membetulkan topeng wajah yang terasa senget sedikit. Nafas dihembus kemudian dilepaskan semula. Hati Anggun di serang debaran. Dia dapat merasakan karier sebagai bintang youtube akan jatuh kerana manusia yang tidak dikenalinya itu. Ugutan yang diterima sedikit sebanyak membebankan segenap jiwa Anggun.Saat kakinya baru melangkah ke kiri, tangan direngkuh dari belakang. Mulut ditekup kuat-kuat. Sedikit-sedikit, kepala cuba melirik ke belakang. Tapi tidak mampu. Tubuh di tarik ke suatu sudut. Kemudiannya, tubuh dihempas kuat ke dinding dengan keadaan kepala terlekat di dinding. Dada Anggun jadi sempit. Tangan dikepal kuat. Dia berharap, tiada sesiapa yang akan keluar. Biar dia yang menempuhi situasi ini. 

“Anggun Safeera.” Suara lelaki bertempik jelas di tepi cuping telinganya. 

“Aaa awak siapa?” bibir terketar-ketar sambil kepala cuba disengetkan agar dapat melihat wajah lelaki di belakangnya. 

“Aku tahu siapa kau. Kalau kau tak nak rahsia playgirl kau ni tersebar, aku nak kau keluar dari industri ni,” ugut lelaki itu. Jantung Anggun serasa nak keluar. Nak menangis dia bila dipanggil ‘playgirl’. Dah kenapa nak fitnah aku? 

“Dekat sini ada CCTV. Kau jangan ingat aku tak boleh tangkap siapa kau!” Anggun membalas bengang. Cuba dikawal emosinya.“Kau tak akan tahu siapa aku. CCTV pun tak akan jejak aku,” ketawa lelaki itu terburai.Hujung mata Anggun cuba memandang si jejaka walaupun sipi-sipi. Namun, sayangnya wajah lelaki itu tertutup dengan kain bandana.bahagian mata yang disarungkan kaca mata juga menghalang dia untuk mengenalpasti lelaki itu. 

“Jangan fitnah aku! Aku bukan playgirl.” Anggun bertegas menafikan. Hampir menitis mutiara jernih menahan kesakitan direngkuh dari belakang. 

“Kau ambil sampul ni, perhatikan betul-betul betina tak guna dalam gambar ni.” Laju tangan membaling sekeping sampul surat berwarna coklat. Sejurus itu, tangan kiri mengeluarkan sebotol kecil cecair. Dan laju tangan menyembur keluar cecair tersebut sehingga terkena bahagian mata Anggun sebelum beredar dari kawasan itu.Arghhh … pedih. Teriak Anggun bila merasakan kepedihan cecair yang menusuk masuk ke dalam mata. 

“Kalau kau tak tinggalkan industri ni, aku boleh buat benda lagi teruk pada ni!” 

 “Kau siapa?” Anggun terduduk ke lantai. Matanya tertutup tidak mampu dibuka. 

“Siapa aku, kau tak perlu kisah.” Kepala Anggun ditolak ke bawah. Sengaja dia berbuat sedemikian supaya figura tak terlihat. 

“Oh, ya. Sebelum aku terlupa, aku nak kau tinggalkan Habibullah juga.” 

Pesanan terakhir itu … buatkan Anggun tersentak. Seluruh darah merah bagai disedut keuar dari tubuh. 


“SAYANG … kenapa lambat ni?” Habib herot bibir ke tepi. Tayang wajah bengang kerana menunggu lama. Air lemon teanya juga dah oder dua gelas, si Anggun baru kunjung tiba. 

Sorry, saya ada hal tadi.” Anggun menarik kerusi di depan Habib. Bibir memuncung minta dimaafkan. 

“Jangan kata, awak lupa lagi nak jumpa saya.” Habib mengetuk dahi. Mata dikecilkan. 

“Taklah, saya sakit mata. So, saya singgah klinik dulu,” ujar Anggun. terpaksa menipu. Terkedepan tubuh Habib, spontan menyentuh wajah si gadis yang masih kemas bertopeng.Setelah hampir satu jam Anggun menenangkan diri di dalam tandas dan memastikan kepedihan di matanya lega, baru dia bersua tunang kesayangannya. 

“Lah, patutlah awak pakai spek. Dari jauh tadi pun saya dah pelik awak pakai spek. Rupanya awak sakit mata.” Riak wajah jelas kerisauan. 

“Itulah. Ikutkan hati, saya nak cancel datang studio hari ni. Tapi disebabkan saya nak sampaikan sesuatu dekat awak, kita kena jumpa juga.” Bibir dicebik. Tangan menongkat dagu. 

“Awak nak cakap apa ni sayang?” seperti dapat mengagak apa yang ingin disampaikan Anggun, dia cepat-cepat tekankan pandangan tepat dan serius ke depan. Kepala ditegakkan. Membetulkan kedudukan. 

“Saaa saya nak tamatkan kontrak.” Kepala ditundukkan setelah itu. Anggun berasa berat mahu membicarakan soal itu, tetapi mahu tidak mahu dia perlu mengumpul kekuatan untuk meneruskan perancangannya itu.Ugutan itu membuatkannya berasa risau jika identiti terdedah. Gambar yang diberikan jejaka misteri kepadanya membuatkan hati semakin gusar.Dia bukanlah seorang playgirl, tetapi disebabkan lelaki itu mengambil beberapa keping gambar ketika identitinya bertukar, ianya jelas terlihat seperti dia berfoya-foya dengan pelbagai jenis lelaki di luar sana. 

 “What? But why?” berderau jantung Habib. 

 “Awak sukakan kalau saya dah tak jadi youtuber?” tenang Anggun menyoal semula. 

“Saaa saya suka. Tapi saya pelik sebab tiba-tiba aja awak nak berhenti jadi youtuber.” Dalam keadaan terkebil-kebil, Habib menjawab. 

“Saya dah letihlah nak hidup dalam dunia misteri macam ni. Saya rasa, better saya cari kerja lain daripada menyusahkan awak.” Masih tenang dia menjawab walaupun hati berbolak-balik dengan segala macam permasalahan. 

“Bukan ke cita-cita awak nak …” belum menghabiskan ayat, Anggun terlebih dahulu mencantas. 

“Saya dah capai cita-cita tu. Dan saya dah puas.” Ton suara tinggi sedikit. Perlahan-perlahan, Habib geleng kepala. Dia tersenyum sinikal. 

“Awak sebenarnya jadi macam ni sebab kena ugut, kan?” kerutan di dahi Habib menebal. Serius sungguh wajahnya kali ini.Mujur Elnara memberitahunya hal ugutan yang diterima Anggun. jika tidak, sampai ke mati dia tidak mengetahui hal itu. 

“Uuu ugut? Apa awak merepek ni?” Anggun lingaskan pandangan ke tempat lain. Agak terkejut bila lelaki itu mengetahui perihal ‘ugutan’ yang dia terima tempoh hari. 

“Saya ni tunang awak Anggun! kenapa awak rahsiakan hal besar macam ni daripada saya?” Tanpa semena-mena, tangan Habib menepuk meja. 

“Saya tak faham apa yang awak katakan.” Dia garu kepala. Pura-pura tak mengerti. 

“Jangan pura-pura tak tahu Anggun! Nar dah beritahu hal ni dekat saya.” Rasa nak pecah jantung Habib bila mengetahui segala hal yang diberitahu Elnara kepadanya.Sekarang ini, sibuk pula Anggun sibuk nak menyembunyikan kebenaran.Beberapa detik, Anggun terdiam. Hanya mata saling berpandangan. Terlihat jelas, Habib dalam keadaan bengang. Pasti lelaki itu marahkannya. 

“Hm, ya! Memang saya kena ugut. Tapi saya anggap benda tu ugutan biasa dari haters.” Mudah saja jawapan Anggun. Dia tidak mahu terlihat canggung.Jika dia tak bertenang, tah siapa-siapa akan keluar! 

Haters? Hei, haters tak akan tahulah latar belakang Miss Noob, melainkan ada orang dalam yang ugut awak.” Habib melenting. Terkejut Anggun. ada mata yang memerhati.

“Awak nak marah-marah saya kenapa? Relaks, saya boleh handle sendiri hal ni! Karang orang lain dengar perbualan kita, masalah lain pula yang timbul.” Anggun urut dada. Dia perlahankan intonasinya agar perbualan itu hanya didengari mereka berdua. Rasa seram sejuk pula bila dimarahi begitu. Dia pandang kanan kiri, menahan malu. Nasib baik kedudukan mereka jauh sedikit dari semua orang.Kalau tidak, pasti terkantoi yang mereka berdua menjalin hubungan istimewa. 

“Jom pergi buat laporan polis! Saya nak tahu, siapa ugut awak.” Setelah menyedari suaranya sedikit kuat, Habib perlahankan nada suaranya. 

“Kalau kita buat report polis, kita putus hari ni juga.” Terpanar Habib mendengar kenyataan yang terluncur keluar dari ulas delima tunangnya. 

Apakah kesalahannya sehingga Anggun melontarkan perkataan ‘putus’? salahkah dia cuba pertahankan diri tunang sendiri daripada dihimpit marabahaya? 

“Anggun … kenapa tiba-tiba awak nak ugut macam tu pula?” terkelip-kelip retina mata. Kepala digeleng lemah. 

“Kalau awak takmau saya buat keputusan macam ini, awak jangan sibuk hal saya!” setelah menamatkan bicara, punggung diangkat dan berlalu pergi dari kawasan itu. Dia meninggalkan Habib terpinga sendiri.Tiada keputusan yang dia lakukan tanpa sebab. Maafkan saya Habib. Saya tak nak awak susah, sebab itulah saya buat keputusan macam ni.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh thira jono