Home Novel Cinta SPLIT PLAYGIRL
SPLIT PLAYGIRL
thira jono
21/10/2021 03:30:24
32,417
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

ANGGUN tergesa-gesa bersua Doktor Fayyid. Sedar-sedar dari lenanya tengahari tadi, dia yakin bahawa Jay melakukan sesuatu hal buruk kepada Doktor Fayyid.  Jay siap meninggalkan video pesanan kepadanya supaya menghentikan rawatan bersama Doktor Fayyid, sekiranya tidak mahu hal buruk berlaku kepada lelaki itu.

“Siapa awak? Anggun atau …” Doktor Fayyid bertanya nada terketar-ketar. Dia takut jika Jay muncul semula seperti semalam. Tidak mahu jadi mangsa pukulan Jay berulangkali.

Sakit semalam pun masih tidak surut. Tak akan pula hari ini dia mahu merelakan saja tubuhnya tersakiti.

Fuh, tak sanggup.

“Saya Anggun,doktor. Maafkan saya pasal hal Jay.” Anggun melutut depan Doktor Fayyid. Riak wajahnya mengendur.

Kali ini dia benar-benar merasa serba salah dan bersimpati melihat keadaan Doktor Fayyid. Sesekali, ekor mata dipasungkan ke arah tapak tangan doktor yang berbalut.

Pasti tangan dia terseliuh kerana Jay.

Hal apakah yang dilakukan oleh Jay sehinggakan tangan Doktor Fayyid berbalut dengan kain anduh.

Doktor Fayyid sedikit tersentak bila Anggun sudah melutut depannya. Segera dia bangkit dari kedudukan. Kemudian, tangan Anggun ditarik agar berdiri.

“Hal apa pula ni?” saja dia bertanya naif.

“Doktor tak payah pura-pura nak rahsiakan hal Jay daripada saya. Dia ada pukul doktor, kan? sebab itulah tangan doktor berbalut.” Anggun bercekak pinggang ketika membidas kata-kata si jejaka. 

“Maaa mana ada. Tangan saya ni berbalut sebab jatuh tangga.” Segera Doktor Fayyidmenundukkan wajah. Cuba menafikan.

“Kalau dia tak pukul, kenapa pipi doktor bengkak? Tak akanlah jatuh tangga, pipi boleh bengkak macam kena tumbuk?”

Anggun mengangkat wajah dan memandang hadapan. Spontan dia memandang wajah Doktor Fayyid, tetapi berhati-hati agar pandangan mata mereka tidak bertatapan.

“Saaa saya …” tergagap-gagap. Doktor Fayyid mati akal mahu menyusun kata.

“Jay ada tinggalkan video amaran dekat saya. Jadi saya tahu yang dia ada buat hal buruk dekat doktor,” sambung Anggun lagi. Dia melepas nafas berat setelah mengakhirkan bicara.

“Hurm, saya dah biasa kena pukul dengan Jay tu. Saya dah kental.” Doktor Fayyid tidak mampu sembunyikan hal tersebut. Anggun yang masih berdiri masih merasa hampadengan diri sendiri.

Suasana sunyi sebentar. Lutut Anggun terasa lemah longlai. Sayup melihat Dojktor Fayyid yang sering menjadi mangsa.

“Kalau Jay yang keluar, saya nak doktor lari jauh-jauh dari dia. Jangan biarkan dia sakiti doktor. Kasihan doktor asyik kena pukul dengan dia.” Anggun bersuara sebak. Suaranya makin lama makin perlahan.

Sungguh, dia bersimpati melihat keadaan Doktor Fayyid yang sering disakiti kerananya.

“Saya minta maaf sangat-sangat sebab tangan ni selalu buat doktor terluka.”

ujarnya kesal lalu menumbuk-numbuk tangan sendiri. Terbelalak Doktor Fayyid melihat tingkah pesakitnya. Dengan kadar segera, Doktor Fayyid mendekati Anggun dan menghalang perbuatan si gadis.

Si jejaka tidak mahu Anggun berasa marah dengan diri sendiri.

“Saya dah banyak sakitkan tubuh doktor. Saya ni jahat doktor! Orang macam saya ni memang tak patut hidup.” Terus-terusan Anggun menyalahkan diri sendiri. Emosi sedih dan hampa menjalar dalam hati. Air mata mengalir laju membasahi pipi.

“Awak tak perlu minta maaf pun Anggun. Awak tak sedar apa yang berlaku.” Segera DoktorFayyid pusingkan tubuh Anggun, kemudian dia perlahan-lahan mengusap lembut bahu Anggun sekadar mahu memberikan secebis ketenangan. Lembut suaranya memujuk.

“Kenapa doktor tak pernah melawan kalau Jay pukul doktor? Tolonglah balas balik perbuatan dia, kalau dia dah pukul doktor separuh mati.” Dalam esakan tangis, dia bertanya. Doktor Fayyid berjeda sekejap.

“Macam mana saya nak balas perbuatan dia kalau mata saya ni sedar yang Anggun yang pukul saya? Tak tergamaklah saya nak pukul awak.” Doktor Fayyid mengukir senyuman tipis,

“Masalahnya Jay yang muncul. Jadi tubuh dan tenaga saya ni akan bertukar jadi lelaki.” Dia membidas lagi.

“Hakikatnya awak tetap seorang perempuan walaupun Jay muncul.Saya tak sanggup nak sakiti wanita, lebih-lebih lagi awak.” 

Doktor Fayyid pernah berjanji pada diri sendiri untuk menerima segala hal yang bakal berlaku dalam hidupnya, setelah bersetuju menjadi doktor psikiatri buat Anggun, dia perlu bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Selagi nyawa dikandung badan, dia akan berusaha untuk membebaskan Anggun dari dunia bergandanya.

“Terima kasih doktor sebab selalu faham saya.” Kedengaran suara Anggun beransur tenang. Tidak bernada hampa seperti tadi.

“Sama-sama. Awak duduklah dulu tenangkan diri. Biar saya ambilkan air mineral untuk awak,” beritahunya perlahan. Belum sempat Doktor Fayyid aturkan langkah, Anggun segera menarik spontan lengan bajunya agar menghentikan langkah.

“Tak payah,doktor duduk sebelah saya sekejap.” Doktor Fayyid terpempan. Hairan mendengar arahan dari Anggun.

“Duduk sebelah awak? Kenapa pula?” acuh tak acuh Doktor Fayyid bertanya sambil dia melabuh duduk lambat-lambat di sebelah Anggun. terkebil-kebil sendiri.

“Doktor tutup mata sekarang. Biar saya sapukan ubat yang saya belikan dekat farmasi ni.”Anggun mengeluarkan plastik berisi ubat di dalam tas tangannya. Walaupun si jejaka masih kehairanan, dia tetap menuruti segala kemahuan Anggun.

Mata dipejam rapat.

“Kalau saya nak buka mata je tak boleh ke?” Doktor Fayyid berseloroh. Anggun tergelak kecil.

“Kalau doktor nak Anggerik gedik tu keluar, doktor pandanglah mata saya ni lama-lama. Pandang mata saya ni sampai tertembus.” Anggun bersuara di celahan tawa. Doktor Fayyid memuncung sedepa.

“Kalaulah Anggerik tak wujud, mesti saya boleh tatap mata awak lama-lama tanpa gangguan.”

Anggun tersentak, tetapi hanya sesaat. 

Hati merasa sedikit aneh mendengar kata-kata tersebut. sesekali, liur ditelan sambil tangan sudah bergerak untuk menyapu ubat di bahagian bibir dan pipi Doktor Fayyid.

“Saya minta maaf, sebab saya selalu menyusahkan doktor.” Kata maaf masih tidak terlepas dari bibir Anggun.

“Perlu ke awak minta maaf banyak kali dengan saya?”

“Mestilah perlu. Saya ni dah banyak menyusahkan doktor.” Bibir memuncung macam cencorot.

“Saya dah lama bersedia untuk jadi lelaki yang sentiasa faham awak. Saya sentiasa berusaha nak pulihkan awak, Anggun. Jangan pernah minta maaf dengan saya, sebab awak tak pernah ada salah dengan saya. Setiap hela nafas saya ni, saya akan pastikan awak sentiasa selamat di samping saya.”

Doktor Fayyid memberi penjelasan sambil matanya masih terpejam rapat. Kening Anggun terjongket tinggi. Sekali lagi, liur ditelan pekat.

Setiap hela nafas? 

Pergh, ayat doktor membuatkannya merasa tergamam.

 

ANGGUN bermenung dalam kereta sambil tangan mengusap lembut bahagian dada. Sejak di hospital lagi, dadanya diserang debaran. Nada suara Doktor Fayyid sebentar tadi membuatkan jiwa Anggun bercelaru. Dia tidak mengerti akan perasaan yang menyinggah dalam sukmanya.

“Kenapa bila aku dengar kejujuran doktor tu, hati aku ni rasa lain macam? Perasaan apa yang hadir dalam jiwa aku ni?” Anggun berteka-teki sendiri. Dia merasa keliru. Ada satu rasa yang datang menyapa, tetapi rasa itu membuatkan mindanya seolah-olah memikirkan sesuatu tak pasti.

“Kenapa aku dapat rasakan yang Doktor Fayyid tu macam sukakan aku eh?” Anggun buat andaian sendiri. dia tersengih-sengih sendiri sambil tangan sudah menongkat dagu.

Sekali-sekala perasan, apa salahnya.

“Doktor Fayyid tu jangan buat hal. Kalau hari-hari dia buat ayat-ayat lelaki prihatin, akuboleh flying to the moon pula melayan perasaan.” Anggun menggigit bibir. Kemudian dia letupkan jari jemari yang terasa sejuk.

“Eh, mana boleh flying to the moon kalau hati aku ni ada nama Habib si pakwe korea aku tu.” Anggun tersengih sendiri terkenangkan wajah tunang kesayangannya.

Klik …

Saat bermenung, bunyi mesej mematikan lamunannya. Segera Anggun mencapai telefon bimbit di atas kerusi sebelah pemandu.


Dia mengerut dahi bila melihat nombor tidak dikenali menghantar mesej kepadanya. Segera dia menekan butang buka.

 

-Miss Noob. Ini amaran keras untuk anda. Sila tamatkan kontrak bersama Venus Music kalau tak mahu identiti terbongkar. Dan jangan pernah beritahu sesiapa tentang amaran ini, terutamanya kepada pembantu peribadi anda.–

 

Satu per satu petikan mesej di baca dalam keadaan terkejut. Bibir membulat besar. Tangan menekup mulut sendiri.

“Manusia skema mana pula yang hantar mesej ugutan dekat aku? Siapa pula yang tahu identiti aku?” 

Anggun sedikit terkejut tetapi perasaan masih dapat di kawal.Direnung skrin telefon dalam-dalam. Bibir bahagian bawah di gigit perlahan.

 

-Siapa pula ni? Macam mana anda boleh tahu yang saya ini Miss Noob? Maaf, anda salah nombor. Saya bukan Miss Noob yang anda cari. –

 

Setelah menaip mesej untuk dihantar kepada insan yang tidak dikenali, ibu jari kanan terus menekan butang hantar.

Beberapa minit menunggu, akhirnya dia menerima mesej balasan dari insan tersebut. Segera dia membaca mesej tersebut tanpa ragu-ragu.

 

-Anggun Safeera Binti Abdullah. Anak yatim dari Rumah Kasih umi. Menggunakan nama Miss Noob semata-mata tidak mahu dikenali nama sebenarnya. Tolong keluar dari industri sebelum identiti sebenar anda terdedah kepada pihak media. Paling penting, putuskan hubungan bersama Habibullah sebelum sesuatu hal berlaku kepada anda. –


Bebola mata membulat besar. Cuba menghadam setiap fakta yang tertera dalam petikan mesej tersebut. seluruh tubuh kesejukan. Jantung rasa nak meletup.

“Ya Allah, siapa pula yang tahu identiti sebenar aku selain Habib, doktor dan Nar? Tak mungkin diorang yang hantar mesej ni?”

Anggun kebuntuan. Minda sudah sarat dengan segala persoalan. 

Dia perlu tahu, siapa gerangan yang menghantar mesej tersebut kepadanya.

PatutkahHabib tahu tentang hal ini?

 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh thira jono