Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
1,522
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Sepanjang malam telefon ditatapnya. Mesej yang dihantar kepada Fairiz Nidal tidak terbalas-balas.

Damia Marlissa menyandarkan badan pada sofa kulit 6 meter dari katil hospital. Bosan menunggu orang yang tak pasti.

Matanya memaku pada ayahnya. Bila lah ayah nak sedar. Bisik hati Damia Marlissa. Matanya sayu memandang keadaan ayahnya yang sedang bertarung nyawa. Damia Marlissa menarik nafas panjang, dan mengeluh.

Malam-malam cuti begini, budak-budak lain sibuk berhibur, Damia Marlissa terpaksa menjaga ayahnya di hospital. Hari-hari sekolah mak yang jaga ayah.

Damia Marlissa memejamkan matanya. Tanda dia mahu melupakan masalahnya dengan tidur.

*****
Lagi sekali telefon bimbit yang berada dalam poket Fairiz Nidal bergetar. Tangan kanannya mengorek poket belakangnya.

Ditekan butang 'on' pada belah tepi telefon, tertera 'MIA' pada skrin. Ditekan kembali butang yang sama. Skrin bertukar gelap. Fairiz menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket seluarnya.

Senyuman dilemparkan kepada Farihah yang berada di hadapannya. Mereka kembali menyambung topik berbual mereka yang terhenti. Suasana bistro yang bingit itu membuatkan mereka terpaksa menggunakan suara yang kuat untuk bersembang.

*****
Aku nak beli apa untuk Mia ni eh... Raini masih berfikir. Sudah 15 minit dia berada di dalam kedai cenderamata, tetapi masih juga tak beli apa-apa. Niatnya mahu pergi melawat Encik Nor Idriss di hospital. Tapi, takkan pergi dengan tangan kosong saja kan.

Raini mengeluh panjang. Tanpa sengaja, kepalanya tertoleh ke luar pintu kedai.

Lagi sekali, lagi sekali di matanya menayangkan perihal yang tak sepatut dilihatnya. Lagi sekali Raini ternampak Fairiz Nidal dan Farihah.

Bukan main seronok lagi mereka bergelak tawa, beramah-mesra, bertepuk-tampar. Membuatkan Raini seperti mahu menampar kedua-duanya.

Cepat-cepat Raini menyusun kakinya mengekori merpati yang tak berapa nak sejoli itu.

Dilihatnya Fairiz Nidal begitu gembira dengan Farihah. Seolah-olah tiada apa yang berlaku, seolah-olah Damia Marlissa langsung tidak memerlukan dirinya.

Tak guna kau Fairiz! Sumpah Raini di dalam hati. Kalau dapatnya Fairiz Nidal tu, nak aje dia lenyek-lenyek sampai leper.

Raini mematikan langkahnya apabila Fairiz dan Farihah sudah jauh ke depan. Dengan muka yang seperti nak makan orang, Raini kembali mencari buah tangan yang hendak diberikan kepada Damia dan keluarga.

                                  *****
Pagi-pagi begini, cuaca yang nyaman di sekolah. Sebelum kelas bermula, Raini meronda-ronda sekolah. Bosan. Damia Marlissa pula mesti lambat lagi hari ni.

Raini melalui taman bunga mini sekolah. Matanya tertancap pada seorang budak perempuan. Beg sama macam Mia. Bisik Raini sendiri. Dilihatnya kali kedua, badan pun nampak macam Mia.

Hati Raini tergerak untuk mendekati pelajar itu. Dia sedang berdiri kaku. Adegan Fairiz dan Farihah bergelak tawa sedang ditatapnya dari jauh.

Raini: Mia...

Suara Raini perlahan memanggil nama kawan baiknya. Damia Marlissa kaku di situ seperti patung. Wajahnya kelat menahan sakit hatinya dipatahkan.

Raini: Mia...

Sekali lagi Raini memanggil nama Damia Marlissa. Dia mahu memastikan yang kawan baiknya ok saja.

Damia: Patutlah selama ni dia tak pernah layan aku.

Suara Damia Marlissa kedengaran sebak.

Raini: Mia...

Hanya itu saja yang mampu keluar dari mulut Raini ketika ini.

Damia Marlissa mengangkat kakinya keluar dari keadaan cinta yang dikecewakan. Tak sanggup lagi dia melihat Fairiz Nidal dengan perempuan barunya.

Raini mengejar langkah Damia Marlissa yang semakin laju ke depan. Tercungap-cungap dia bernafas. Sebelum mengejar, sempat lagi Raini memandang sekilas pasangan kononnya mesra itu.

                                  *****
Suasana di hospital petang itu kecoh. Haru-biru sekali. Para jururawat berlari-lari keluar masuk dari bilik Encik Nor Idriss. Puan Zarina pula menangis-nangis di luar wad.

Kelihatan Damia dan Arzil berlari-lari mendapatkan Puan Zarina. Masih berpakaian sekolah dan bersandang beg.

Damia/Arzil: Mak!

Terkocoh-kocoh mereka memeluk Puan Zarina.

PuanZarina: Ayah kamu dekat dalam tu

Puan Zarina menangis-nangis dalam pelukan anak-anaknya.

Damia Marlissa hanya mampu melihat keadaan kecoh dari luar wad Encik Nor Idriss. Dia kembali memeluk ibu kesayangannya.

Beberapa minit berlalu, keadaan semakin tenang kembali. Tiada lagi jururawat berlari keluar masuk.

Seorang lelaki berpakaian kot putih doktor, lengkap stereoskop di leher tergantung, datang mendekati keluarga itu.

Doktor: Puan, kami minta maaf. Kamu cuba melakukan yang terbaik, tapi...

Doktor itu tidak menghabiskan ayatnya. Wajahnya menunduk.

PuanZarina: Maksud doktor? Apa maksud doktor?

Puan Zarina menjadi tak keruan dengan reaksi yang diberikan doktor. Dia memahami reaksi itu tetapi hatinya tetap mahu menafikan.

PuanZarina: Tak mungkin suami saya dah tak ada. Tak mungkin.

Puan Zarina cuba menidakkan kebenaran. Terduduk dia di atas kerusi cuba menghadam perkara yang berat sebegini.

Bahunya mula terhenjut-henjut. Teresak-esak dia menangis. Badannya menunduk dan tangisannya semakin kuat.

Damia dan Arzil masing-masing duduk di sebelah kiri dan kanan Puan Zarina. Mereka cuba menenangkan Puan Zarina.

Puan Zarina memeluk anak-anaknya dan menangis-nangis sambil berkata ayah dah tak ada, ayah dah tak ada.

Doktor: Saya minta maaf puan

Sayu hati doktor itu melihat ahli keluarga pesakitnya. Tidak tertahan rasa sebak. Begitulah setiap kali yang dirasanya jika dia tidak dapat menyelamatkan satu nyawa.

Ketiga-tiga beranak itu meratapi pemergian ayah dan suami mereka. Dalam pelukan, mereka menangis tersedu-sedan.

                                  *****
Cikgu Halaida sedang menerangkan kepada kelasnya mengenai molekul-molekul bahan.

Seorang pelajar perempuan mengetuk pintu kelas. Bersama rakannya, dia melangkah masuk kelas bertemu Cikgu Halaida. Masing-masing membawa tabung derma.

Tabung derma itu beredar ke seorang-seorang sehingga sampai ke tangan Fairiz Nidal.

SUMBANGAN UNTUK AYAH PELAJAR YANG MENINGGAL (DAMIA MARLISSA BINTI NOR IDRISS)

Tertera notis itu di tabung derma yang terpampang depan muka Fairiz Nidal. Tersentak Fairiz Nidal melihat notis itu. Jantungnya terasa luruh. Melihatkan nama yang sememangnya dia kenal.

Budak perempuan yang masih menghulur tabung derma itu tersenyum. Fairiz Nidal mengeluarkan duit dari dompetnya yang diseluk dari poket belakang seluar, lalu memasukkan wang melalui lubang kecil pada belah atas tabung.

Budak perempuan itu menundukkan sedikit kepalanya sebelum beredar. Fairiz Nidal hanya melemparkan senyumannya.

Fairiz: Apa yang jadi dekat Mia?

Terus saja Fairiz mengaju soalan kepada Armine yang berada duduk bersebelahannya.

Armine: Kau tak tau ke

Wajah Fairiz Nidal bertukar. Keningnya berkerut.

Fairiz: Ada apa-apa yang aku kena tau ke?

Soalannya melantun kembali. Ada apa-apa yang aku tertinggal ke? Ligat otaknya berfikir sendirian.

Armine: Tulah kau. Sibuk sangat dengan Farihah. Ayah Mia dah meninggal sakit jantung. Selama ni Mia duk cari kau sebab dia perlukan kau. Tapi kau sibuk dengan Farihah.

Kata-kata laser Armine menusuk kalbu Fairiz Nidal. Memang betul sudah lama dia tak ambil tahu tentang Damia.

                                   *****
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Cikgu Halaida mengangkat barang-barangnya keluar melangkah kelas. Sebelum keluar, sempat dia berpesan kepada anak-anak muridnya supaya melakukan kerja rumah yang diberikan. Anak-anak muridnya hanya menjawab iya dengan pesanan guru mereka.

Fairiz Nidal tergesa-gesa keluar dari kelas. Belum sempat Armine berkata apa-apa.

Farihah pula termati hendak memanggil Fairiz untuk mengajaknya rehat bersama. Kenapa Fairiz cepat-cepat nak keluar? Farihah tertanya sendirian.

Fairiz: Rain!

Raini yang sedang mengemas buku ke dalam beg terperanjat diterkam sebegitu.

Melihatkan Fairiz Nidal yang datang menerjah, bebola mata Raini terus naik ke atas. Menyampah melihat sosok yang menyakitkan hati.

Raini: Kau nak apa?

Soalnya kasar. Memang sebenarnya dia malas nak layan pun.

Fairiz: Mia...

Suara Fairiz Nidal mengendur menyebutkan nama Damia Marlissa.

Mendengarkan Fairiz Nidal sibuk mencari Damia di waktu-waktu begini, membuatkan darah Raini mencacak. Dengan kasar dia berdiri dari tempat duduknya.

Raini: Kau tak payah sibuk-sibuk pasal Mia!

Bentaknya. Terus saja dia melanggar bahu Fairiz Nidal dan berlalu pergi.

Meninggalkan Fairiz Nidal sendirian di situ digulung perasaan serba salah.

                                 *****
Fairiz: Assalamualaikum! Mia! Oh Mia!

Dari tadi Fairiz Nidal memberi salam. Tetapi tetap tak ada orang yang menjawab. Salam yang diberikannya pun sudah lebih tiga kali. Entah kali ke berapa entah yang ini. Mungkin 10? 11? 12?

Rumah itu sememangnya punya tanda-tanda tiada orang. Fairiz Nidal tetap tak mengalah. Tetap saja dia terus memberi salam. Dia mahu berjumpa dengan Damia. Dia benar-benar sudah terdesak sekarang.

                                 *****
Jam menunjukkan pukul 2 petang. Kelas Biologi merupakan kelas terakhir bagi pelajar-pelajar Kelas 5 Sains.

Pen yang berada di tangan kanan Fairiz Nidal digenggamnya. Seperti mahu menulis sesuatu, tetapi tidak.

Bahunya dicuit seseorang.

Armine: Fairiz!

Tersentak Fairiz Nidal. Kepalanya berpaling memandang Armine di sebelahnya. Wajahnya jelas terpampang yang dia keliru.

Fairiz: Apa?

Soal Fairiz Nidal meminta kepastian dari Armine. Belum sempat Armine memberitahu sebabnya, suara guru mereka sudah berbunyi.

CikguHalaida: Fairiz! Kamu termenung apa? Jawab soalan dekat depan ni!

Semakin terpinga-pinga Fairiz dibuatnya. Namun dia tetap bangun dalam keadannya masih terpinga. Nanti tak pasal-pasal mengamuk pula cikgunya itu. Sudahlah cikgu yang satu ini garang bagai singa.

Armine yang melihat keadaan kawan baiknya menggelengkan kepala. Nafas panjang ditarik lalu dihembus. Kawannya benar-benar sudah ditahap parah.

                                *****
Kelas 5 Sains: Terima kasih cikgu!

Cikgu Halaida melangkah keluar sebaik saja murid-murid mengucapkan terima kasih. Murid-murid pula kembali duduk. Ada yang sudah mengangkat beg mahu mengangkat kaki keluar. Sudah tiba waktu balik kan.

Fairiz Nidal menutup buku-buku di atas mejanya. Dia mengeluh panjang. Fikirannya terkembali sewaktu dia melalui depan kelas Damia Marlissa semasa dia meminta izin untuk keluar ke tandas.

Tempat bersebalahan Raini itu kosong dan tiada bertuan. Sudah dua minggu Damia Marlissa tak datang sekolah. Ke mana saja dia pergi?

Buku-buku di atas meja dimasukkan semula ke dalam tas sekolahnya. Satu per satu buku dimasukkan perlahan. Hatinya sekarang ini sedih teramat.

Armine menyentuh bahu kanan rakannya itu.

Armine: Fairiz

Nada Armine berbunyi seperti dia mahu mengabarkan sesuatu kepada kawan baiknya itu.

Armine: Aku rasa lebih baik kau lupakan Mia.

Senada saja Armine berkata. Dia cuba membuka bicara.

Fairiz Nidal terkejut mendengarkan kata-kata Armine. Perbuatannya mengemas beg sekolah terus terhenti.

Dia membetulkan posisinya menghadap Armine.

Fairiz: Apa maksud kau lupakan Mia?

Fairiz menyoal tidak mengerti kata-kata Armine. Kenapa Armine meminta dirinya untuk melupakan Damia.

Wajah Armine kelat semacam. Menunduk. Matanya dialihkan ke lantai. Satu keluhan berat dilepaskannya. Berat lagi khabar berita yang akan disampaikan kepada kawannya itu. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau