Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
18,633
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Damia: Aku penatlah. Dah satu bandar aku pusing tapi tak ada langsung kerja kosong. Susahnya nak cari kerja.

Rungut Damia sambil meletakkan kepala berlapikkan tangannya di atas meja. Air tembikai di atas meja bergelas besar tinggal separuh. Cuaca yang panas begini membuatkan dia menyedutnya dengan sekali sedut saja.

Raini yang berada di depannya hanya melihatkan saja gelagat kawan baiknya itu.

Raini: Jangan risaulah. Ada rezeki kau tu nanti

Damia Marlissa memaparkan wajah masam. Memang betul apa yang dikatakan Raini tu. Pasti ada hikmah disebalik yang berlaku ni. Rezeki setiap hamba pun sudah ditentukan. Tapi, hatinya masih resah memikirkan dia perlu menanggung perbelanjaan perubatan ibunya. Adiknya pula perlukan duit untuk belajar. Dua-dua memakan kos yang sangat tinggi.

Damia: Aku risau mak dengan adik aku aje sekarang ni, Rain. Duit yang aku bagi dekat diorang hari tu pun dah nak habis. Duit aku sendiri pun dah makin kering. Kalau aku tak dapat kerja dalam masa terdekat ni, macam mana lah diorang. Kau tau kan keluarga aku bukan senang.

Panjang lebar Damia Marlissa mengadu nasib dan masalahnya kepada kawan baiknya itu.

Raini menarik nafas panjang. Dia sudah mati akal untuk menenangkan kawan baiknya. Kalau dia nak menawarkan untuk bekerja di restorannya, sudah cukup pekerja.

Telefon Damia Marlissa berbunyi menandakan seseorang menelefon dan minta dijawab. Belum sempat Raini mahu membuka mulutnya.

Damia Marlissa melihat pada skrin telefonnya. Terpapar satu nombor yang tak disimpan dalam data telefonnya.

Damia: Siapa ni?

Berkerut kening Damia Marlissa menunjukkan nombor itu di hadapan muka Raini. Raini membalas dengan mengangkat bahu. Dia sendiri pun tak tahu siapa.

Damia: Hello?

Butang hijau ditolak Damia. Panggilan tak diketahui nombornya dijawab.

Beberapa saat Damia Marlissa meletakkan telefon pada telinganya, matanya terbeliak. Riak wajahnya bertukar terkejut. Tapi, sepatah apa pun tidak dia tuturkan.

Raini yang berada di hadapannya berkerut melihat kawan baiknya. Kedudukannya mula dbetulkan. Badannya mula ditegakkan ingin mengetahui apa yang terjadi.

                                    *****
Addin yang sedang menerawang di atas kerusi bosnya. Memandang jauh ke siling pejabatnya. Hakikatnya, sudah menembus jauh mengimbas kejadian sejam yang lalu.

Jam 7 pagi, macam biasa memang dia akan masuk pejabat. Buka semua pintu kafe dan menanti pekerja-pekerjanya untuk masuk jam 7.30 pagi. Sebagai bos, dia perlu menunjukkan contoh yang baik. Dengan cara tu juga, dia dapat tahu siapa yang datang awal, siapa yang datang lambat.

Pagi-pagi buta begini, tiada pekerjanya yang sampai lagi, Addin membancuh Nescafe 3 in 1 nya sendiri. Kadang-kadang, kalau akauntannya merangkap PAnya yang sampai awal, dia akan bancuhkan air untuk bosnya.

Dalam 15 minit Addin menikmati Nescafe 3 in 1 nya, Sairah mengetuk pintu biliknya. Sairah merupakan pekerjanya yang memang selalu datang awal. Itulah sebabnya Sairah menjadi akauntan dan setiausahanya. Cekap dan pantas bila buat kerja.

Sairah: Bos nak minum?

Tanya Sairah dari pintu. Kepalanya menjenguk untuk melihat bosnya.

Addin: Tak apa lah, Sairah. Saya dah buat air sendiri. Awak boleh sambung kerja awak.

Addin menolak dengan baik. Sekali sekala dia pun tak mahu menyusahkan pekerjanya yang satu itu. Sudahlah Sairah tu banyak kerja nak dibuatnya.

Sairah menangguk dan hanya menjawab "Ok Bos" sambil ibu jari dan jari telunjuknya membentuk angka sifar.

Sebaik saja Sairah menutup pintu, Addin meneguk sekali Nescafe 3 in 1 itu. Tapi, tak sampai beberapa minit, Sairah kembali pula.

Sairah: Bos, saya ada benda nak cakap dengan bos ni

Kali ni, bukan lagi hanya kepalanya yang menjenguk, tetapi seluruh tubuhnya sudah melangkah masuk ke dalam pejabat Addin. Tangannya pula diletakkan di peha. Berpegangan satu sama lain.

Ha sudah! Addin mula berasa risau. Takkan Sairah ni nak berhenti kerja pula.

Addin: Ada apa, Sairah?

Dia cuba mengawal perasaannya dan riak wajahnya. Hanya memaparkan riak wajah tenang saja. Mungkin Sairah memang ada perkara lain yang mahu dibicarakannya.

Sairah: Bos ingat tak Damia? Yang bos pernah pecat seminggu lepas?

Sairah mula bertanya untuk membuka bicara. Dia tidak mahu nanti kalau dia tersilap langkah, dia pula yang dimarahi.

Anak mata Addin mula melilau kiri kanan. Seperti cuba mencari sesuatu yang hilang. Dia mengerah otaknya untuk mengingat kembali kejadian seminggu lepas.

Addin: Damia? Maksud awak Damia yang bakar kafe ni?

Addin menyoal balas. Dia tau saja Damia yang mana, memang pekerjanya seorang saja yang nama Damia pun. Dia hanya menyoal kembali untuk mengetahui lebih lanjut apa yang ingin dikatakan oleh Sairah.

Sairah: Pembetulan bos. Dia hampir sebabkan kafe ni terbakar. Belum bakar lagi.

Sairah cuba memujuk Addin dengan melakukan reverse psycho. Dia tahu sangat, bosnya yang seorang ni memang spesis yang keras hati sikit.

Addin: Samalah tu. Kenapanya dengan dia?

Matanya menjeling.

Sairah: Bos ingat tak dia ada cakap dekat bos yang dia orang susah dan dia perlukan kerja?

Anak matanya ke kiri. Perlahan kepalanya mengangguk. Dia bukan tak ingat, dia cuma tak percaya. Memang itu pun setiap perkataan yang diucapkan oleh pekerja yang bakal dipecat.

Sairah: Semalam dia call saya. Dia kata bos masih nak ambil dia kerja tak? Sebab dia memang perlukan duit.

Addin: Sairah, semua orang perlukan duit. Saya pun perlukan duit!

Addin mula meninggikan suaranya. Geram pula hatinya rasa. Menyampah mendengarkan nama Damia Marlissa disebut-sebut. Mengingatkan dia pada kisah hari itu.

Sairah: Tapi bos tak perlukan duit untuk tanggung perubatan mak bos. Kan?

Sairah menyindir bosnya. Kadang-kadang bosnya ini memang patut disindir begitu. Susah sangat nak mendengar kata orang.

Addin: Maksud awak?

Nada suaranya mula berubah rendah. Riak wajahnya juga turut sama bertukar simpati. Kedudukannya dibetulkan.

Sairah: Bos, Damia tu memang orang susah. Dia kena tanggung perubatan mak dia yang tengah sakit. Adik dia pula tengah belajar di universiti. Itu pun dia kena tanggung. Saya sendiri pernah melawat dia di kampung bos.

Cerita Sairah kepada bosnya. Dia cuma harap bosnya tak terlalu keras hati untuk membantu. Bukannya Damia tu meminta-minta, dia hanya minta kerja untuk dia tanggung keluarganya. Bukan ke itu perkara yang baik?

Addin hanya mendiamkan diri. Hatinya tersentuh mendengarkan cerita Sairah. Mungkin dia sudah membuat kesalahan yang besar dengan memecat Damia Marlissa. Nak diputarkan kembali waktu pun takkan mungkin.

Sairah: Tak apalah bos. Saya keluar dulu.

Sairah meminta izin untuk memberi laluan kepada bosnya memikirkan kembali keputusannya.

Addin hanya mengangguk, mendiamkan dirinya.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Namun, hati Addin terasa resah gelisah sejak jam 7 tadi lagi. Kata-kata Sairah terngiang-nguang di sudut ruang telinganya. Mungkin betul, Damia memang memerlukan bantuan.

Dipanggilnya Sairah untuk ke biliknya melalui telekom.

Sairah: Ya bos?

Beberapa saat kemudian Sairah datang mengetuk pintu bilik Addin dan bertanya kehendak bosnya.

Addin: Pasal Damia tu...

Addin teragak-agak untuk menghabiskan ayatnya. Sebenarnya dia berasa agak segan.

Sairah: Bos nak ambil Damia kerja balik ke?

Sairah menyoal serkap jarang. Dia agak-agak saja keputusan bosnya tu.

Addin: Eh tak bukan. Saya nak tau awak masih simpan lagi ke fail Damia?

Addin cepat-cepat menidakkan. Permintaan dibuat dengan suara yang begitu lunak sekali.

Sairah: Ada. Nanti saya bagi dekat bos

Sairah sudah tahu benar apa yang diinginkan bosnya. Permintaan bosnya ditunaikan serta-merta.

Addin: Ok, terima kasih

Perlahan saja suara Addin mengucap. Perasaan malu tiba-tiba pula menyerpa. Padahal dia mahu minta fail saja pun.

Fail Damia Marlissa dibelek-belek. Gambar pasport Damia Marlissa ditenungnya. Comel juga dia ni. Tiba-tiba saja dia terdetik begitu. Eh dah kenapa aku ni? Cepat-cepat Addin mengingatkan dirinya kembali tentang tujuannya membuka fail Damia.

Addin: Dapat!

Dicapai telefon pintarnya dan nombor telefon Damia Marlissa ditaip seterusnya butang hijau disentuh.

Addin: Helo, Damia? Ni saya, Addin. Awak free tak esok? Saya nak awak datang ke pejabat saya esok pagi? Boleh kan?

Imbasan itu terhenti. Telefon pintar yang berada di atas meja dipusing-pusing menegak. Senyuman diukirnya sendirian.

Addin: Damia...

                                     *****
Jam 9 pagi, seperti yang dia janjikan dengan Addin. Seperti biasa, Kafe Matahari ketika itu ramai orang mengunjunginya.

Damia Marlissa masih berada di depan pintu kafe. Terpacak. Tak pasal-pasal hatinya berdebar pula. Ada apalah Encik Addin nak jumpa ni? Nak ambil aku bekerja balik ke? Fikiran Damia Marlissa mula berligat-ligat bersoal. Penuh tanda tanya.

Dia menarik nafas panjang, lalu menghembuskannya kuat. Menenangkan hatinya yang gemuruh.

Tangan kanan menolak pintu kaca kafe itu, dan kaki kanan dilangkahnya masuk.

Damia: Bismillahirrahmanirrahim

Matanya melilau kiri kanan melihatkam kafe itu. Baru seminggu dia tidak ke situ. Serasa lain pula. Nak-nak lagi kafe orang kaya begini, memang terasq kekok pula.

Dari hujung sudut kafe, kelihatan seorang wanita berpakaian pejabat, tergantung pin berlambangkan kafe matahari di dada kirinya.
Sepanjang berjalan, wanita itu memakai senyumannya.

Sairah: Damia, dah sampai

Damia Marlissa hanya mengukirkan senyuman bisu.

Sairah: Jom ikut akak. Bos dah tunggu di bilik dia

Sairah mengajak membuka langkah menuju ke belakang kafe. Ke bahagian pejabat.

Damia Marlissa mengangguk. Dia hanya mengekori dari belakang. Jantungnya masih terasa gugup.

Sampai saja di hadapan pintu bilik Addin, Sairah mengetuk pintu.

Sairah: Damia masuk lah. Bos dah tunggu di dalam

Suruh Sairah sementata di hanya berdiri saja di situ.

Damia Marlissa pula mengangguk dan menekan tombol pintu kayu serba mewah itu. Maklum lah, kafe inikan untuk orang-orang kaya dan VIP. Mestilah pejabatnya pun serba mewah.

Addin: Damia

Sambut Addin apabila melihat Damia terpacaj di muka pintu ruangannya.

Damia menutup pintu bilik itu. Dan melihat sekeliling bilik pejabat bekas majikannya. Cantiknya, siapa lah yang jadi pereka hiasan bilik ni. Ini bukan kali pertama dia menjejakkan kaki ke ruang ini. Tetapi kali pertama dia betul-betul memerhati sudut di ruang ini.

Addin: Duduklah, Damia

Tangan kanannya dihalakan kepada kerusi mempelawa Damia Marlissa.

Damia pula melangkah kakinya menuju ke kerusi yang dimaksudkan Addin. Tenang saja Damia Marlissa melabuhkan punggungnya.

Addin: Hai Damia

Addin berbasa-basi. Sebenarnya dia sendiri kekok nak mulakan topik.

Damia: Hai

Damia menjawab sepatah. Hatinya berdebar-debar. Encik Addin ni nak ambil aku kerja balik ke? Tertanya Damia Marlissa sendirian.

Addin: Macam mana kehidupan awak sekarang?

Lagi sekali Addin berbasa-basi. Dia sedang berkira-kira untuk meneruskan topik utama.

Dah kenapa bos aku ni? Damia Marlissa mula bertukar tidak selesa apabila Addin menanyakan soalan-soalan begitu.

Damia: Ok aje, Encik Addin.

Jawab Damia Marlissa cuba menutup kehidupan peribadinya. Segan terhadap bosnya.

Addin: Awak tak payah lah panggil saya encik. Panggil aje Addin.

Peluang itu direbutnya untuk membuka topik yang sememangnya hendak dia bicarakan pada Damia.

Damia: Addin?

Damia Marlissa masih keliru. Dia cuba memahami maksud yang disampaikan oleh Addin.

Addin mengangguk tenang seperti tiada apa pelik yang berlaku.

Damia: Sa.. saya tak faham apa yang Encik Addin cuba nak sampaikan

Sampaikan Damia tidak mampu untuk meluahkan kata mencuba memahami apa disampaikan bekas majikannya.

Addin: Kitakan kawan. Mana ada kawan panggil encik encik.

Dengan penuh tenang dan nada yang lembut, Addin mengutarakan juga hasratnya.

Terbuntang biji mata Damia mendengarkan perkataan "kawan" keluar dari mulut Addin.

Damia: Kawan?!

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau