Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
18,619
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

"Saya dah dapatkan maklumat yang puan mintak tu", yakin wajah penyisat persendirian tersebut. Wajah Puan Husna begitu gembira mendengarkan berita ini. Tak sia-sia dia upah penyiasat seorang ni. Dalam masa dua minggu, dah berjaya dapat maklumat yang dia nak. 


"Tapi, ada satu berita yang mengejutkan", intonasi penyiasat itu berubah seperti ada sesuatu yang sepatutnya wanita itu tahu. Kening Puan Husna berkerut mendengarkan kata-kata yang keluar dari penyiasat itu. Anak matanya terus melirik ke kanan berfikir apa yang cuba disampaikan oleh lelaki di hadapannya. 


                                  🌻🌻🌻


"Nah, jus tembikai kau. Dah lama kau tak datang kedai aku eh", ujar Raina sambil meletakkan jus tembikai atas meja betul-betul depan Damia. 


"Thank you", sambil Damia menarik jus tembikai di hadapannya dan menyedutnya sehirup. "Aku busy sekarang. Dah nak dekat sebulan aku tak dapat-dapat lagi kerja", suara Damia lemah mengeluh. Dia teringatkan kejadian minggu lepas, di mana adiknya menelefonnya meminta masukkan duit untuk membeli buku dan membayar yuran belajarnya. Ubat maknya pula semakin habis dan Damia kekurangan duit untuk dapatkan semua ubat-ubatan untuk maknya yang sedang sakit. 


"So, apa cerita kau jumpa Encik Addin hari tu? Bukan dia nak bagi kau kerja?", soalan Raini memotong flashback Damia. Dia ingin tahu apa jadi sewaktu pertemuan antara Damia dan Addin.


Damia tersenyum seperti ada sesuatu yang kelakar dan manis sudah berlaku. Ingatannya tiba-tiba saja membayangkan Addin. Lelaki yang muka panjang, dagu runcing, mata yang besar dan bersinar, tak dilupakan juga rambutnya yang sedikit panjang menutupi lehernya bersama bang depan yang terbelah sehingga paras bawah mata diletakkan tepi. 


                              🌻🌻🌻


"Orang yang puan cari ni, dia pernah tinggal di sini, di Bandar Adamilia dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Adamilia", penyiasat itu membongkarkan dengan wajah serius. Kening Puan Husna berkerut mendengarkan perkara itu, Sekolah Menengah Bandar Adamilia kan adalah tempat di mana anak-anak lelakinya bersekolah. 


"Lebih menarik lagi, dia dalam batch yang sama dengan anak-anak puan. Tapi, selepas ayah dia meninggal, diorang satu keluarga pindah balik ke kampung mak dia di Kuantan", penyiasat itu meneruskan lagi. 


Puan Husna terkejut mendengarkan perkara itu. Boleh jadi anak-anaknya kenal akan perempuan bernama Damia ini. Puan Husna tersenyum melihatkan peluang emas yang akan memudahkan lagi kerjanya. 


Ingatan itu kembali menatap fail Damia yang dipegang di tangannya. Punggungnya dilabuhkan di sisi katil. Dia nekad dengan keputusannya. 


                                 ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»


"Jadi, Encik Addin kau tu nak berkawan dengan kau?!", Raini bertanya kuat. Terkejut punya pasal sehingga terbeliak biji matanya. 


Damia hanya mengangguk dengan wajah yang seperti tiada apa jadi. "Kalau macam tu, kau suruhlah Encik Addin kau tu tolong kau", Raini mengajar Damia. "Dia dah banyak tolong aku. Tapi takkanlah setiap masa aku kena minta tolong dia. Malu lah aku", Damia menepis ajaran karut Raini. 


Raini menghembuskan kuat nafas bersandar pada kerusi. "Dah ada orang nak tolong, handsome pula tu, taknak", Raini memerli perlahan-lahan. Damia pula sambung menghirup jus tembikainya yang tinggal separuh itu, tidak mempedulikan Raini yang memerlinya.


                              🌻🌻🌻


Malam itu tenang seperti biasa. Cahaya bulan menerangi segenap ruang malam. Bintang pun berkelipan memenuhi langit. Tuan Idlan Nidal di rumah, berehat di atas sofa satu duduk sambil membaca buku keagamaan yang baru dibelinya beberapa hari lepas. 


Puan Husna datang kepadanya, sambil membawa fail yang dia dapat siang tadi dari penyiasat yang diupahnya. 


"Bang, tengok ni bang", fail berwarna biru muda itu di serahkan kepada suaminya. Tuan Idlan yang sedang membaca terganggu. Buku di tangan ditutup dan diletakkan di atas meja bulat kecil sebelahnya. "Apa ni?", soalnya ingin tahu isi fail tersebut. "Tengoklah", Puan Husna menyuruh. 


Gambar seorang perempuan. Lebih tepat lagi foto Damia Marlissa. "Siapa pula ni, yang?", soal Tuan Idlan. "Bakal menantu kita lah", jawab Puan Husna bersahaja. "Untuk Abang?", Tuan Idlan meneka. Puan Husna hanya menunjukkan wajah gembira apabila tekaan suaminya tepat. "Nak ke dia? Macam mana kalau dia tak nak?", Tuan Idlan ragu-ragu dengan pilihan isterinya kali ini. Kelihatan anaknya yang seorang tu tak berminat soal kahwin ni. 


                                🌻🌻🌻

                         

"Nah", Raini menyerahkan kad jemputan kahwinnya. Terpampang di atas kad tersebut namanya dan Armine. Damia menerima kad tersebut dengan gembira. "Dapat juga kau si Armine tu eh", bisik Damia sambil matanya mengarah ke Armine. Raini hanya membalas dengan membuat muka. 


Armine dari jauh perhatikan mereka berdua sambil melayan pelanggan. Seperti ada sesuatu yang ingin diberitahunya tetapi tidak kesampaian. Tiba-tiba sahaja telefon bimbit Damia berdering. Dia menjawab panggilan itu dan seperti kedengarannya cemas. 


"Eh, Rain. Aku pergi dulu eh. Mak aku tak sihat", suara Damia cemas, tergesa-gesa mahu pergi. Dia mengambil beg tangannya dan terus bangun dari tempat duduknya beredar dari situ. Raini hanya mengangguk saja membiarkan Damia pergi. Armine yang sudah siap melayan pelanggan mengambil langkah menuju ke arah Raini. Sebaik saja Damia pergi, Armine mula membuka mulut. 


"Kita memang tak nak bagitau Mia ke siapa yang akan datang majlis tu nanti?" soal Armine kepada Raini. "Bukan tak nak bagitau, tapi awak tau apa akibatnya kan kalau kita cakap", wajah Raini memandang Armine. Pandangan seperti meminta hal itu dirahsiakan. Armine mengangkat kedua keningnya. 


                              🌻🌻🌻


Seorang lelaki sedang berjalan menempuh ruangan lapangan terbang. Sebuah bagasi ditarik bersamanya. Dia baru saja tiba dari penerbangan antarabangsa. Seluar hitam slim cut, bersama kemeja coklat pekat dan kot berwarna khaki sehingga paras lutut menyerlahkan lagi tubuhnya yang tinggi itu. Wajahnya yang berseri menjadi tarikan sang lelaki itu. Tambah pula, rambut potongan sederhana bersama bang belah kanan lebih berat sangat sesuai dengan wajah maskulin lelaki itu yang licin dari sebarang cela walaupun sekelumit misai. 


Puan Husna dengan keadaan tersenyum melihat lelaki itu menuju ke arahnya. Dia mendakap badan tegap lelaki itu dalam keadaan gembira. Lelaki itu membalas kembali dakapan wanita separuh usia itu. "Macam mana flight? Semua okay?", Puan Husna bertanyakan keadaan lelaki itu. "Penat tak hilang lagi ni", lelaki itu menjawab. "Okay, kalau macam tu, jom" wanita itu mengajak. Mereka pun lalu beredar dari situ. 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau