Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
18,627
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Pagi itu, kepala otak Damia Marlissa tidak keruan. Sejak kejadian yang berlaku dikantin semalam, otaknya memang tak senang duduk.

Macam mana nak senang duduk kalau dia dah cari gaduh dengan adik kepada Fairiz Nidal, lelaki yang disukainya.

Raini: Kau kenapa Mia? Macam orang mati anak aje?

Raini menegur melihatkan keadaan kawan baiknya yang macam orang tak betul dah.

Damia Marlissa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya jelas cemas.

Raini: Dah dah. Kau tak payah fikir sangat. Nanti aku teman kau pergi minta maaf dengan dia.

Raini merangkul bahu sahabatnya. Tangan kanan diangkat macam nak berikrar.

Damia: Janji?
Raini: Janji!

Pandai sekali Raini memujuk. Hati Damia agak tenang.

                                *****
Damia: Mana ni, Rain? Tak jumpa dari tadi. Dia pergi mana? Satu sekolah kita pusing. Waktu rehat pun dah nak habis ni.

Rungut Damia Marlissa setelah dia dan Raini tawaf satu sekolah mencari Fahqi Nidal tak jumpa-jumpa.

Raini: Eh Mia Mia

Cepat Raini merentap lengan Damia Marlissa. Bibirnya dimuncungkan ke arah seseorang.

Damia Marlissa mengikut arah yang ditunjukkan. Fahqi Nidal. Jumpa juga akhirnya. Sedang bergelak tawa bersama rakan-rakannya dalam 4-5 orang. Bersantai di meja taman bunga mini sekolah. Berbumbungkan fabrik seperti jaring.

Damia: Ehhem!

Damia Marlissa mendekati Fahqi Nidal. Batuk dibuat-buat untuk menarik perhatiannya.

Salah seorang kawan Fahqi memuncungkan bibir ke arah Damia. Keningnya diangkat. Memberitahu Fahqi bahawa ada seseorang di belakangnya.

Fahqi Nidal berkerut melihat perbuatan kawannya itu. Dia memusingkan tubuhnya ke belakang. Wajahnya yang gembira bergelak tadi berubah menjadi kelat.

Fahqi: Kau? Apa kau nak?

Fahqi bangkit dari tempat duduknya. Menyoal Damia Marlissa di hadapan muka.

Hati Damia Marlissa terasa sedang mengecut. Perutnya pula seperti disedut angin yang sangat kuat.

Takut-takut Damia untuk mengeluarkan suara.

Damia: Saya... Saya...

Lidahnya seperti beku untuk bertutur. Dia sendiri tak pasti dia boleh atau tak untuk meminta maaf dari Fahqi.

Fahqi: Kau nak apa?

Fahqi Nidal yang dari tadi menanti apa yang dimahukan Damia Marlissa.

Damia Marlissa meneguk air liurnya. Dengan suara Fahqi yang macam guruh begitu, mana dia nak kumpulkan keberanian untuk meminta maaf.

Pandangan dialihkan kepada Raini yang sedang berdiri di luar taman bunga mini. Matanya meraung meminta tolong kepada Raini, tetapi hanya di dalam hati dapat dia teriakkan.

Raini mengenggam kedua-dua tapak tangannya. Memberikan semangat untuk Damia Marlissa.

Damia: Saya... Saya...

Sekali lagi Damia Marlissa ingin cuba menuturkan kemahuannya berjumpa Fahqi.

Fahqi: Kau nak apa? Cakaplah!

Fahqi Nidal mula bengang. Dari tadi saya saya, tapi satu apa pun tak cakap. Bentaknya di dalam hati. Kesabarannya mula hilang apatah lagi wajah Damia yang harus dilihat mata sucinya.

Damia: Saya minta maaf

Akhirnya berjaya juga Damia Marlissa melantangkan hajatnya. Spontan tapak tangannya disatukan. Menyusun jari meminta maaf.

Dan spontan juga lah kakinya terus melangkah pergi dari situ. Baginya, yang penting dia sudah minta maaf. Apa nak jadi, jadilah lepas tu.

Tergesa-gesa Damia mengangkat kakinya. Ditariknya Raini yang sedang berdiri di tepi.

Laju sekali Damia Marlissa berjalan, kelibatnya sudah pun hilang. Fahqi Nidal merenung tajam pemergian Damia Marlissa. Dasar perempuan tak tau malu! Getus hatinya. Mana mungkin dia maafkan orang sebegitu!

Ternyata, perbuatan Damia Marlissa melangkah pergi dari situ membuatkan Fahqi Nidal semakin tidak puas hati.

                               *****
Damia Marlissa selesai membuka mangga pada rantai kunci basikalnya.

Beg sekolah diletakkan di dalam bakul. Hendal basikal dicapai. Dia sudah bersedia untuk menuntun basikalnya sebelum dia menaiki, seperti biasa.

Damia menolak badannya. Terasa seperti ada seseorang menarik basikalnya dari belakang. Ha sudah! Bisik hatinya tertanya-tanya. Risau takut-takut basikalnya rosak pula.

Dicubanya lagi sekali menolak, tetap sama juga hasilnya. Seperti ada kudrat yang menghalang basikalnya dari bergerak.

Kepala ditolehkan ke belakang. Terpampang wajah senyuman lembut lelaki itu. Membuatkan hati Damia Marlissa berdebar-debar tak tentu pasal. Bibirnya yang sederhana tertutup rapat, tidak mampu berkata.

Difikirnya lelaki itu pasti mahu memarahinya soal perbuatannya pada adik dia. Janganlah... Cemas Damia Marlissa sendirian di dalam hatinya.

Fairiz: Hai Damia

Sapa Fairiz Nidal dengan nada yang ceria dan mesra.

Damia: Ha.. Hai

Damia Marlissa menjawab dalam keadaan yang teragak-agak. Lebih kepada takut sebenarnya.

Sudah lebih 20 minit mereka berjalan beriringan. Fairiz Nidal menuntunkan basikal Damia Marlissa.

Rumah Damia Marlissa tidaklah jauh mana dari sekolah pun, hanya makan masa 10-15 minit saja. Tapi, disebabkan Fairiz dan Damia berjalan terlalu perlahan, sampai makan masa 20 minit.

Sebenarnya, jauh disudut hati Fairiz Nidal, dia memang sengaja melambat-lambatkan supaya dia dapat meluangkan waktu lebih lama bersama Damia Marlissa.

Damia pula di dalam hatinya gugup, tetapi dia amat sukakannya. Kalau boleh, dia nak hentikan masa.

Fairiz: Erm, Damia

Fairiz Nidal akhirnya bersuara setelah 20 minit mereka berjalan.

Damia Marlissa pula menjadi gugup mendengarkan suara Fairiz Nidal yang garau dan merdu itu (menurut halwa telinganya).

Dengan nada lembut dan persis macam menantu mak awak, Damia Marlissa menyahut Fairiz Nidal.

Fairiz: Emm... Saya...

Malu-malu Fairiz Nidal menyatakan hasratnya.

Damia Marlissa menanti-nanti apa yang hendak diluahkan oleh lelaki di hadapannya. Langkah kaki mereka terhenti.

Fairiz: Saya suka awak!

Laju sekali Fairiz Nidal menuturkan ayat itu.

Telinga Damia Marlissa sempat menangkapnya. Maka, terukirlah senyuman tersipu-sipu malu. Dia tahu sangat, setelah ini keadaan mereka bukan sekadar kawan. Tetapi, lebih dari itu.

                                   *****
Tersengih-sengih Damia Marlissa teringat kejadian luahan perasaan Fairiz Nidal kepada dirinya.

Raini: Woi!

Raini menyentuh bahu Damia Marlissa. Memang sengaja dia menyentakkan sahabatnya yang suka berangan itu.

Damia: Terkejut aku, kau ni lah

Damia mengurut dadanya. Masih tak dapat menerima kejutan dari Raini. Kawan baiknya yang ini memang suka menyakatnya.

Raini: Dah seminggu dah. Teringat-ingat lagi ke?

Ya, luahan perasaan yang berlaku sudah seminggu berlalu. Namun, perasaan Damia Marlissa masih tetap seperti kali pertama jatuh cinta. Cepatnya masa berlalu. Fikir Damia sendiri. Masih segar diingatannya kejadian dia dengan Fairiz Nidal tu. Kini, sudah satu sekolah tahu tentang mereka memandangkan Fairiz Nidal seorang yang terkenal. Dah macam bercinta dengan artis pula. Bahagia Damia Marlissa sendirian.

                                   *****
Laju kaki Damia Marlissa menuruni anak tangga. Lega rasanya dapat pergi tandas setelah berapa lama ditahannya.

Wajah Damia Marlissa bahagia. Bahagia kerana dapat melepas dan bahagia bersama Fairiz Nidal. Terasa semua masalah diangkat.

Habis saja anak tangga, hati Damia mula berdebar. Cemas. Fahqi Nidal ada di situ. Sedang bersandar tenang pada dinding. Damia Marlissa cuba membuat pusingan u.

Fahqi: Kau nak pergi mana?

Nampaknya mata Fahqi Nidal lebih cepat menangkap kelibat Damia Marlissa. Dia sememangnya sudah lama menantikan kehadiran Damia Marlissa.

Perbuatan Damia dengan cubaan pusingan u nya terhenti. Wajahnya bertukar cemas. Berkerut-kerut.

Fahqi: Aku tau pasal kau dengan abang aku

Mendengarkan ayat itu keluar dari mulut Fahqi Nidal, Damia Marlissa memusingkan tubuhnya menghadap Fahqi.

Dia cuba menumpukan perhatian dengan apa yang mahu dikatakan Fahqi.

Fahqi: Tapi, kalau kau sakiti abang aku. 10 kali ganda aku akan balas

Ugutnya sambil menatap dalam-dalam wajah Damia Marlissa.

Damia pula menelan liurnya. Amaran yang diberikan Fahqi benar-benar nampak realistik. Mungkin Fahqi Nidal betul-betul maksudkannya. Mata suci Damia menatap Fahqi dengan ketakutan.

Fahqi Nidal menjelingkan anak matanya lalu beredar dari situ. Meninggalkan Damia Marlissa sendirian, kesunyian dan kesepian. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau