Home Novel Cinta Tentang Kita: Semua Tentang Kita
Tentang Kita: Semua Tentang Kita
LampuHijau
16/8/2019 12:10:13
18,610
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Sebulan, dua bulan, tiga bulan berlalu. Kemesraan Damia Marlissa dan Fairiz Nidal semakin rapat.

Ke hulu ke hilir berdua saja. Tak puas dating di sekolah, mereka akan dating di luar sekolah pula. Ada mata yang sejuk perut hati hempedu melihat Damia dan Fairiz. Ada pula yang tak puas hati. Dirasakan Damia Marlissa tak layak untuk Fairiz Nidal yang kacak, baik, kaya, bijak, ahli sukan dan semuanya lah. Namun, Fairiz Nidal dan Damia Marlissa tetap berbahagia bersama.

Lebih bahagia lagi, pasangan Armine dan Raini. Akhirnya, dapat juga Raini mendekati Armine setelah setahun sudah menyimpan perasaan. Tapi, hati Armine tetap belum dapat ditakluknya. Nampaknya Raini perlu mencuba lebih keras lagi.

                                   *****
Tangan kiri Fairiz Nidal membuka pintu kaca perpustakaan. Kudrat dilepaskan. Kaki kanannya melangkah masuk.

Bap! Bahunya dilanggar seseorang. Buku-buku berteraburan atas lantai. Fairiz Nidal bertinggung untuk mengutip buku-buku.

Tangannya mencapai salah satu buku. Dan tangan seorang perempuan yang tidak diketahui siapa.

Sebaik melihat tangan itu, wajahnya diangkat untuk melihat tuan empunya buku. Seorang perempuan yang lembut wajahnya. Cantik. Rambutnya paras bahu diikat ekor kuda.

Bibir merah jambu sederhana itu mengukir senyuman kepada Fairiz Nidal. Lelaki itu membalas senyuman dengan senyuman.

Buku yang dicapai, dihulur kepada anak baru sekolah itu.

Fairiz: Ni buku awak?

Senyum Fairiz Nidal menanyakan soalan yang memang sudah diketahui jawapannya.

Gadis itu pula malu-malu kucing melihatkan senyuman lelaki kacak seperti Fairiz Nidal. Dengan senyuman terlekap di wajah, tangan lembutnya menerima buku yang dihulurkan.

...: Terima kasih

Ucap gadis itu lembut.

Fairiz Nidal mengungkapkan sama-sama dengan senyuman. Kepalanya ditundukkan sekali. Fairiz Nidal lalu bangkit dan beredar dari situ. Meninggalkan gadis itu tersipu-sipu malu. Buku selebihnya dikutip gadis itu sambil matanya melirik arah Fairiz Nidal.

Kepalanya terjenguk-jenguk mencari Damia Marlissa. Matanya menangkap keberadaan teman wanita kesayangannya lalu kakinya melangkah menuju tempat itu.

Fairiz: Maaf lambat

Kerusi ditarik dan melabuhkan punggungnya. Wajahnya tersengih kerana rasa bersalah kepada Damia Marlissa.

Damia: Lambatnya

Wajah masam dipampang. Bibir dimuncungkan dan keningnya dikerut.

Fairiz: Ala, maaflah sayang

Jari disusun meminta ampun.

Hati Damia Marlissa sejuk melihatkan gelagat Fairiz Nidal. Gelak kecil dilepaskan. Fairiz Nidal dimaafkan.

Fairiz Nidal tersenyum melihat Damia Marlissa melepaskan gelak kecil. Terasa makwenya itu comel.

Fairiz: Mana yang sayang tak faham?

Kepalanya dipanjangkan menjenguk soalan matematik yang ingin ditanya Damia Marlissa.

Damia: Ni

Buku dipusingkan ke arah Fairiz Nidal supaya pakwenya itu dapat melihat dengan lebih baik lagi soalan yang ingin ditanya.

Di luar perpustakaan, sekumpulan budak perempuan bergerak menuju ke kelas.

Budak perempuan yang tadi itu terpandangkan kelibat lelaki yang dilanggarnya tadi dari cermin tingkap perpustakaan.

Sedang bergelak tawa dengan seorang perempuan.

...: Kejap! Siapa tu?

Perempuan itu menarik lengan kawannya yang dipanggil Shud. Jari telunjuk ditunding ke arah Fairiz Nidal.

Shud: Tu? Tu Fairiz Nidal. Budak kelas kita. Dia tu popular tau. Untung Damia dapat jadi makwe dia.
...: Tu makwe dia ke?

Shud sekadar mengangguk mendengarkan soalan budak itu. Dia lalu beredar dari situ kerana sedikit waktu lagi masa rehat akan tamat.

Budak baru itu pula melihat keletah Fairiz Nidal dan Damia Marlissa sebelum dia juga turut menyusul jejak kawan-kawannya.

Damia Marlissa menjinjing buku-buku yang dibawanya ke perpustakaan. Dia mengambil tempatnya. Raini yang di sebelah sibuk mengulang kaji sebelum cikgu masuk menyakatnya.

Raini: Amboi, bahagia kau sekarang eh

Damia Marlissa menoleh ke arah Raini dengan wajah senyum malu.

Damia: Ish kau ni. Sempat lagi kan. Baca tu

Damia menyengol siku Raini. Anak matanya dilirikkan pada buku Raini yang terbuka di atas meja.

                                  *****

Loceng waktu akhir dibunyikan menandakan waktu persekolahan hari ini sudah tamat. Guru yang sedang mengajar meminta diri. Pelajar-pelajar juga mengemaskan beg masing-masing dan bangkit dari tempat duduk mereka.

Armine meminta diri dulu dari Fairiz Nidal kerana dia ada hal perlu berjumpa guru disiplin. Fairiz Nidal hanya membalas dengan satu anggukan. Buku-buku di dalam beg dikemaskan.

Tiba-tiba seseorang duduk di tempat Armine dan menegur Fairiz Nidal.

...: Hai Fairiz

Wajah Fairiz Nidal diangkat apabila terdengar suara perempuan yang menyapa. Dia memang sudah biasa disapa perempuan. Maklumlah orang terkenal kan.

Fairiz Nidal agak terkejut tetapi riak mukanya dikawal melihatkan budak baru yang berlanggar dengannya sewaktu di perpustakaan.

Matahari panas terik terasa menyelar kulit Damia Marlissa. Kedatangan Fairiz Nidal tetap ditunggunya. Hari ni pakwenya lambat lima minit.

Damia Marlissa menoleh ke dalam kawasan sekolah belakangnya. Mana Fairiz ni. Tertanya hati kecilnya.

Kelihatan Fairiz Nidal berlari-lari anak menuju ke arahnya. Tentunya dengan wajah yang tersenyum menemui kekasih hati.

Damia: Lambat lagi

Rungut Damia Marlissa mencebikkan bibirnya macam itik.

Fairiz Nidal tergelak kecil. Kelakar pula bila Damia Marlissa merungut 'lagi', mengingatkan kelambatannya semasa di perpustakaan tadi. Bukan cuma itu saja, ingatan juga terkembali kepada budak baru yang cantik itu, Farihah.

Farihah: Hai Fairiz

Farihah menyapa Fairiz Nidal yang sedang mengemas begnya.

Fairiz Nidal mengangkat wajahnya sambil memasukkan buku ke dalam beg. Dia sememangnya sudah terbiasa disapa oleh budak-budak perempuan di sekolahnya. Ada yang berusaha untuk menawan hatinya meski mereka tahu Fairiz Nidal sekarang dengan Damia Marlissa.

Tersentak Fairiz Nidal melihatkan wajah anak baru itu tetapi riak wajah kagetnya dikawal.

Fairiz: Budak baru?

Anak baru itu tahu sangat disebalik pertanyaannya terselit persoalan kenapa di benak Fairiz Nidal.

Farihah: Saya Farihah. Seronok dapat berkenalan dengan awak

Dia menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan berserta wajah yang tersenyum manis.

Fairiz Nidal masih menghadam perbuatan anak baru kelasnya itu. Kening berkerut. Matanya hanya memerhatikan saja huluran salam perkenalan Farihah.

Farihah pula mengangkat keningnya. Huluran tangan dikeraskan sedikit menanti sambutan dari Fairiz Nidal.

Melihatkan Farihah seperti terdesak, Fairiz Nidal menyambut tangan Farihah.

Farihah: Ok, mulai sekarang kita kawan

Tangan yang bersalaman diangkat ke atas kemudian turun kembali.

Fairiz Nidal hanya mengangguk bingung. Farihah pula masih tersenyum.

Tangan dilepaskan. Farihah bangkit dari tempatnya Armine dan beredar dari situ. Meninggalkan Fairiz Nidal yang masih dalam keadaan samar-samar akan kejadian tadi.

Damia: Awak?

Suara Damia Marlissa menyentakkan Fairiz Nidal dari imbasannya lima minit lalu. Bahunya sedikit terangkat terjentat.

Damia: Ada apa-apa ke? Boleh kita gerak sekarang?

Damia Marlissa sudah tidak tahan kepanasan. Sudahlah tadi dia terpaksa menunggu Fairiz Nidal. Sekarang Fairiz pula termenung.

Fairiz: Ha, jomlah

Fairiz Nidal melayankan Damia Marlissa. Dia sudah memutuskan hal tadi biarlah dirahsiakan. Damia tidak perlu tahu apa yang jadi di antara dirinya dan Farihah.

Namun di sudut hati, Fairiz Nidal masih memikirkan tindakan Farihah itu boleh dikatakan berani. Farihah seperti seorang gadis misteri.

                                  *****
Damia Marlissa dan Fairiz Nidal mengambil jalan ke rumah masing-masing. Sempat mereka melambai-lambai sebelum berpisah.

Sesampainya dirumah, Damia Marlissa meletakkan basikalnya di garaj rumah, tempat yang memang selalu basikalnya ditempatkan.

Baru saja Damia mencapai tombol pintu, telinganya menangkap suara ibunya, Puan Roliza. Sepertinya ada sesuatu di dalam rumah yang berlaku. Adrenalin Damia Marlissa memuncak. Jantungnya berdebar kencang.

Serentak itu Damia Marlissa membuka kuat pintu kayu itu.

Damia: Mak!

Jerit Damia Marlissa ingin mengetahui apa yang terjadi.

Terbeliak kedua anak matanya melihatkan ayah terbaring terkulai atas lantai. Mak pula menangis-nangis cuba mengejutkan ayah tetapi ayah tetap tak sedarkan diri.

Arzil berlari mendapatkan telefon rumah. Nombor 999 didail. Ambulans dipinta.

Damia Marlissa terkaku di muka pintu melihat keadaan dalam rumahnya.

Damia: Ayah

Hanya satu perkataan itu saja yang mampu diungkapkan lidah kelu Damia Marlissa.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LampuHijau