Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,213
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5
“Mana ni? Lambat pula mereka.” Danial yang tertunggu-tunggu di taman rekreasi.

Setelah 10 minit menunggu, akhirnya kelihatan kereta Ling yang tiba. Danial bergegas ke arah mereka.

“Di sini saya jumpa awak. Awak jalan terhuyung-hayang dan awak pengsan di sini.” jelas Mai.

Pemuda itu mengerut dahinya untuk mengingati sesuatu.

“Hoi… Kau mabuk semalam eh?” Danial mencelah.
“Danial. Sopan lah sikit.” kata Mai.
“Dah aku tak tahu nama dia, aku panggil ‘hoi’ sajalah.” jelas Danial.
“Maaf. Saya patut kenalkan diri. Nama saya Raz. Terima kasih sebab bawa saya ke hospital untuk rawatan. Sekarang saya rasa awak semua tak perlu risaukan saya. Sekarang saya dah tahu di mana saya dijumpai. Itu pun dah cukup. Terima kasih….” kata pemuda itu dan terus beredar dari situ.

Pemuda itu ialah Raz iaitu seorang anggota unit khas di bawah pimpinan seorang Pegawai Jabatan Keselamatan Negara iaitu Kapten Wira Rahman pada tahun 2075. Raz kini telah pun berada di tahun 2016 di masa silam apabila dia merentasi ruang masa. Kini, Raz memeriksa kawasan sekeliling taman rekreasi itu. Dia berandaian bahawa Parat takkan berada jauh dari situ.

Mai dan yang lain pun beredar dari taman rekreasi itu. Mai termenung ketika dalam perjalanan pulang. Ling melihat keadaan Mai ketika itu lalu mengusiknya. Terlatah Mai dibuatnya.

“Kenapa awak termenung?” soal Ling.
“Saya tengah fikir. Siapa Raz tu sebenarnya?” kata Mai dengan hairan.
“Sudahlah Mai. Dia dah balik pun.” kata Ling untuk menenangkan rakannya itu.

Mai hanya tersenyum. Lalu, dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg dan melayan laman sosialnya untuk hilangkan rasa gusar di fikirannya.

Ketika itu, di sebuah bangunan usang yang tak jauh dari pusat bandar, Parat bersama 5 orang banduan yang melalui ruang masa berada di situ.

“Dengar sini semua. Kalau ikutkan, semua yang terjadi sekarang tidak seperti yang dirancang. Kita kekurangan orang. Tetapi, rancangan aku perlu dilaksanakan juga. Tiada siapa dapat menghalang kita buat sementara waktu.” jelas Parat.
 “Tuan Parat, jadi apa rancangan kita sekarang?” soal seorang banduan bernombor Z103.
“Pertama, kita perlu hasilkan AAS1. Selepas kumpulan kita sudah kuat, kita akan kuasai bandar ini. Dan seterusnya kuasai daerah, negara dan akhir sekali dunia!! HAHAHAHAHA!” jelas Parat dan bersama orang-orangnya ketawa dengan gembira.
“Tuan Parat, apa yang perlu dilakukan sekarang?” soal seorang banduan bernombor Z651.
“Kita akan lakukan satu rompakan besar-besaran di bank. Kita perlukan duit untuk membeli peralatan untuk membuat AAS1 semula. Z651, kau pergi ke pusat bandar dan dapatkan lokasi bank di situ. Aku sendiri akan cari siapa yang akan bekalkan peralatan kajian pada kita. Duit sahaja mampu tolong kita sekarang.” arah Parat.
“Baik Tuan Parat!” kata Z651 lalu dia bergegas menukar pakaian banduannya ke pakaian biasa. Banduan Z651 terus ke pusat bandar.

Sementara itu di taman rekreasi, Raz hanya duduk dibangku taman rekreasi. Dia buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia sambil membelek Lencana Kuasa yang Prof.Alex berikan padanya. Perutnya mula berbunyi kelaparan. Dia tidak mempunyai wang langsung untuk membeli sesuatu untuk alas perutnya. Dia termenung sejenak dan risau akan keadaannya itu. Tiba-tiba, seseorang menghulurkannya sebungkus roti. Raz melihat orang itu. Dia ialah Mai.

“Saya dah agak. Awak mesti ada di sini. Ambillah roti ni. Alas perut awak.” kata Mai yang ditemani oleh Ling.

Raz terus mengambil roti keju bakar dan memakannya dengan gelojoh.  Sedih Mai dan Ling melihat keadaan Raz yang kelaparan ketika itu.

“Makan perlahan-perlahan.” Ling menghulurkan sebotol air mineral kepadanya.
 
Raz terus makan hingga selesai. Raz mengucapkan terima kasih pada mereka kerana membantu dia lagi.

“Kalau ikutkan, memang kami dah nak balik. Tiba-tiba, Mai teringat yang dia tidak nampak dompet awak sewaktu nurse pulangkan barang-barang awak di hospital. Jadi, dia tahu awak mesti tak berduit. Jadi, kemungkinan awak sedang lapar.” jelas Ling.
“Awak bukan orang sini ke? Awak tinggal di mana?” tanya Mai kepada Raz.
“Susah saya nak jelaskan. Buat semetara ini, saya rasa awak berdua tak perlu tahu dulu. Bila tiba masanya, saya akan beritahu.” jelas Raz.

Mai dan Ling kurang pasti apa sebabnya tapi mereka terpaksa mengerti akan kata Raz.

“Saya nak minta tolong sesuatu. Boleh?” soal Raz.
“Apa dia?” soal Mai semula.
“Tolong bantu saya untuk cari kerja sementara di sini. Saya tak tahu berapa lama saya perlu berada di sini. Tapi dalam masa sekarang, saya perlukan wang. Cukup untuk tampung makan dan minum.” jelas Raz.
“Mungkin awak boleh bekerja di tempat kerja kami. Kami pun bekerja part-time sambil belajar di universiti.” cadang Ling.

“Baiklah. Jom kami bawa awak ke sana. Kita akan cuba slow talk dengan bos kami.” jelas Mai


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.