Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,217
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 8

Raz menembak banduan Z651 dengan menggunakan Pistol Alpha. Pergerakkanbanduan Z651 sangat lincah dan dapat mengelakkan tembakkan Raz. Banduan Z651menyerang Raz dari jarak dekat. Raz pun menghampiri berlawan dengannya. Situasimasih disaksikan oleh Mai dan yang lain.

 

“Apa semua ni?” soal Ling dengan agak terkejut.

“Tak tahu.. Mungkin ini sebabnya Raz rahsiakan asal usulnyadari kita.”andaian Mai.

 

Raz menekan butang ‘B’ di pada tali pinggang sut tempurberperisai maka keluarlah Cotar Bravo. Dia pun terus berlawan dengan banduanZ651. Libasan cotar terkena tepat pada wajah banduan Z651. Terguling dibuatnyabanduan Z651. Raz terus menekan butang ‘C’ pula maka keluarlah Gari Charlie.Lalu, Raz terus melontarkan gari itu ke arah banduan Z651. Gari Charlieterus  menggari tangan banduan Z651.Banduan Z651 cuba memutuskan Gari Charlie tetapi sedikit renjatan eletrikberlaku.

 

“Kau tak boleh lepaskan diri. Sekarang kau sudah ditangkap.”kata Raz.

 

Lalu, banduan Z651 berubah menjadi rupa manusia semulakerana kesan mutasi AAS1 sudah habis.

 

“Nampaknya kesan serum ni dah habis…. Tak guna.. Tangkaplahaku… Kalau kau percayakan data tentang kesalahan yang aku buat.” kata banduanZ651 lalu meyerah diri.

“Kau beritahu aku dulu, di mana Parat sekarang?” soal Raz.

“Apa yang aku akan dapat? Tak ada faedah aku beritahu kau….Aku tak akan khianat Parat yang membela nasib aku dan banduan yang lain..” katabanduan Z651.

“Membela nasib? Apa maksud kau?” soal Raz yang musykil.

“Kau percayakan data sangat kan? Pergilah kaji sama ada datakesalahan banduan semua itu betul atau tidak. Ia cuma data dan ia bolehdiubah.” balas banduan Z651 dengan senyuman sinis.

 

Raz lalu menekan butang D, maka keluarlah alat sejenis alatiaitu Penjara Delta.

 

“Banduan Z651 diberkas. Waktu 8:55 malam pada 19 May tahun2016.” Raz menyatakan rekod melalui rakaman suara untuk Penjara Delta menyimpanmaklumat lalu ia mengeluarkan sejenis cahaya dan menyerap banduan Z651 kedalamnya.

 

Raz menarik nafas lega namun bukan untuk pengakhiran. Dia menyahaktifkanLencana Kuasa lalu sut tempur berperisai lenyap pada tubuhnya. Raz kembaliseperti asal.

 

“Raz…..” Mai menegurnya selepas kejadian itu.

“Mai? Awak buat apa di sini?” Raz yang tidak menyangka Mai,Ling dan Danial masih berada di situ.

“Kami tak percaya apa yang kami nampak. Sekarang lebih baik kitapergi dari sini. Kita bincang dalam kereta.” kata Danial lalu mereka bergegasberedar dari situ menaiki kereta Danial.

 

Pelbagai persoalan mula dilontarkan kepada Raz. Raz tiadapilihan lalu menerangkan pada mereka.

 

“Raz, aku rasa kau dah boleh explain pada kami.” kata Danial dengan rasa ingin tahu. Begitu jugaMai dan Ling.

“Baiklah. Aku adalah seorang anggota unit khas di bawahJabatan Keselamatan Negara. Aku bertugas di bandar ini. Bandar MetroWaja.” kataRaz.

“Jadi awak memang asal dari bandar ini.” kata Ling.

“Ya, tapi saya bukan pada masa ini.” Raz agak sukar menjelaskanpada mereka.

“Maksudnya?” soal Mai.

“Saya telah merentasi masa. Saya asal dari Bandar MetroWajapada tahun 2075, bukan tahun 2016. Tujuan saya adalah untuk memberkas Paratyang lari ke laluan masa untuk menjalankan rancangan jahatnya dan mengubah masadepan. Saya perlu berkas dia sebelum terlambat.” Raz menjelaskan pada mereka.

 

Suasana menjadi senyap seketika. Kelihatan riak wajah hairandi setiap wajah mereka. Mereka tidak dapat berkata apa-apa selepas mendengarpenjelasan Raz.

 

“Saya dah agak. Awak semua tak akan percaya.” kata Razselepas melihat reaksi mereka.

“Bukan tak percaya. Tapi susah nak percaya.” kata Ling.

“Sama la maksudnya….” Raz yang agak hampa.

“Ok.. Sekarang siapa mereka tadi tu? Kami nampak merekaboleh berubah menjadi haiwan… Apa sebenarnya mereka?” soal Danial.

“Mereka cuma banduan. Parat adalah ketua mereka. Merekaboleh berubah menjadi bentuk haiwan sebab serum mutasi. Saya perlu cari merekadengan segera sebelum terlambat. Lihatlah keadaan tempat tadi. Mereka amatberbahaya.” balas Raz.

“Sekarang aku rasa Raz, baik kau tinggal di rumah aku buatsementara waktu. Daripada kau duduk merempat di luar sana.” kata-kata Danialini membuatkan Mai dan Ling terkejut. Tidak pernah Danial bersikap baiksebegitu.

“Betul? Terima kasih Danial!” kata Raz dengan gembira.

“Baik pula kau Danial…” usik Ling.

 

Danial hanya tersenyum sahaja. Malam itu, segala kemusykilanterhadap Raz terjawab.

 

Sementara itu, Parat dan orang-orangnya pulang ke tempatpersembunyian mereka. Parat tahu bahawa banduan Z651 mungkin tidak dapatmengalahkan Raz. Malah, mungkin dia sudah diberkas. Memang benar apa yangdijangka oleh Parat. Namun, perancangannya harus diteruskan.

 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.