Raz mengeluarkan Lencana Kuasanya. Dia menatap LencanaKuasanya.
“Kenapa pandang aku macam tu?” kedengaran suara dari LencanaKuasa itu.
Raz terkejut sehingga terlepas Lencana Kuasa jatuh kelantai. Mai, Ling dan Daniel juga terkejut.
“Woi! Kau jatuhkan aku? Kalau rosak macam mana?!” Lencana Kuasamemarahi tindakan Raz.
“Kau boleh bercakap? Eh?” Raz yang hairan ketika itu.
“Surprise! Mestiterkejutkan. Aku dah lama boleh bercakap. Cuma aku diamkan diri sebab naktengok kemampuan kau Raz. Prof. Alex yang programkan aku….” jelas LencanaKuasa.
“Prof. Alex tak pernah beritahu pun.” kata Raz lalumengambil semula Lencana Kuasa.
“Dia lupa tu… Anyway, Akuadalah Rai. Lencana Kuasa dari Generasi Ke-2. Selamat berkenalan.” kata Rai si LencanaKuasa itu.
“Hebat ciptaan masa depan…” kata Danial.
“Mestilah… Raz, sejak pertama kali kau datang sini, aku dahcuba menghubungi Jabatan Keselamatan Negara tetapi tak berjaya. Aku rasa kalauportal masa terbuka, mungkin kita dapat hubungi mereka.” jelas Rai.
“Bukan senang nakaktifkan semula mesin masa. Hanya Stefen saja tahu bagaimana.” kata Raz.
“Siapa Stefen?” soal Mai.
“Dia yang mencipta mesin masa. Dan dia juga sepakat denganParat.” jelas Raz.
“Kalau portal masa dibuka walaupun untuk seminit,sekurang-kurangnya aku boleh dapatkan systemupgrade untuk pakaian perisai tempur.” jelas Rai.
“System Upgrade?” soalRaz.
“Yes… Selama ini pakaian perisai tempur Raz dilengkapidengan 4 kuasa utama. Kalau system upgrade, 4 kuasa utam kau akan lebih kuat.”jelas Rai.
“Maksudnya, Pistol Alpha, Cotar Bravo, Gari Charlie danPenjara Delta, kuasanya akan bertambah?” soal Raz untuk kepastian.
“Semestinya. 4 kuasa utama yang kau gunakan sekarang ialah Justice-based Cartridge. SetiapCatridge, kau boleh masukkan di BuckleSlot iaitu tali pinggang pada pakaianperisai tempur.” jelas Rai.
“Kenapa semua di dapur? Tak nak kerja?” soal Encik Rama yangtiba-tiba menegur mereka di dapur.
Kelam kabut mereka dibuatnya apabila ditegur Encik Ramaketika itu. Mereka pun menyambung kerja mereka.
“Kamu ni siapa? Kamu pun nak minta kerja?” soal Encik Ramapada Daniel.
Daniel hanya tersengih sahaja apabila ditanya oleh Encik Ramakerana dia tidak bekerja disitu tetapi berada di dapur kafe.