Uahhhhh!
Menguap Prof. Alex dibuatnya kerana agak letih dalam usahanya membaiki semula mesin masa. Kapten Wira Rahman dan anak buahnya lain turut membantu membaiki mesin masa mengikut arahan Prof. Alex.
“Macam mana sekarang Prof.?” soal Kapten Wira Rahman.
“Buntu saya Kapten. Saya tidak tahu bagaimana Stefen aktifkan mesin ini. Bekalan tenaga eletrik yang kita ada untuk aktifkan mesin ini lebih dari mencukupi. Tetapi mesin tetap tidak dapat diaktifkan.” kata Prof. Alex yang agak hampa.
Kapten Wira Rahman beredar buat seketika. Mesin Masa telah diperbaiki keadaannya, namun masih tidak dapat berfungsi. Prof. Alex mengambil semula fail yang mengandungi blueprint iaitu maklumat tentang rekaan Mesin Masa yang telah dirampas oleh Jabatan Keselamatan Negara di makmal milik Stefen. Namun, Stefen dah hilangkan diri. Prof. Alex cuba memeriksa satu demi satu maklumat. Tiba-tiba, dia terfikir sesuatu. Dia melihat di Mesin Masa yang mereka perbaiki. Dia tersedar bahawa terdapat satu bahagian ruang berbentuk bulat atas gelung Mesin Masa. Dia melihat semula fail blueprint dan dia dapati terdapat satu muka surat blueprint hilang. Muka surat blueprint terakhir bertanda 26/27 bermakna terdapat 27 muka surat blueprint. Tetapi, mereka cuma ada 26 muka surat sahaja. Prof. Alex telah mendapat jawapannya. Dia terus bergegas mencari Kapten Wira Rahman semula.
Di tahun 2016, Raz berasa lebih yakin bahawa dia dapat tumpaskan Parat dan 3 pengikutnya lagi. Namun, dia masih tidak tahu di mana tempat persembunyian mereka. Namun, selain dari itu, dia juga memikirkan rakan-rakannya di tahun 2075. Dia tahu bahawa mereka pasti sedang berusaha untuk mengaktifkan mesin masa semula.
Kring! Kedengaran bunyi telefon di KafeRia. Raz menjawab telefon itu dan ia panggilan dari Ling.
“Raz, kau kena datang ke kawasan Jalan Alam dekat pusat Bandar. Keadaan kecoh. Aku pasti itu kerja orang Parat.” jelas Ling yang agak ketakutan.
“Baik. Aku ke sana sekarang. Kau pergi ke tempat selamat.” jawab Raz lalu terus meletakkan telefon.
Raz terpaksa menyuruh Mai menjaga Kafe buat sementara dan dia terus ke Jalan Alam di Pusat Bandar.
Ketika itu, di Jalan Alam, kelihatan Raven yang mengganas. Dia berubah menjadi separa Gagak apabila menyuntik serum AAS1 pada tubuhnya. Raven memukul orang awam dan pihak polis yang berkawal juga tak mampu berbuat apa-apa.
“Aku suka zaman ini. Polis pun tak boleh berbuat apa-apa pada aku.” kata Raven sambil menyepak wajah seorang anggota Polis yang rebah.
“Woi! Siapa kau?” soal Raz yang sudah siap berpakaian perisai tempur.
“Raz… Jadi ini rupanya Raz. Cantik pakaian kau. Tapi aku akan burukannya!” kata Raven lalu dengan pantas menghampiri Raz dan menumbuknya tepat di dada.
Raz terhumban. Terkejut Raz dengan kepantasan Raven. Raz mengeluarkan Cotar Bravo lalu berlawan dengan Raven namun Raven mengelaknya dengan mudah dan sekali lagi serangan Raven membuatkan Raz terhumban. Ling ketika itu melihat Raz yang terhumban. Ling cuba menghampiri tetapi keadaan agak merbahaya ketika itu. Raz cuba untuk berdiri dan terus bertempur lagi dengan Raven.
Kali ini Raz menggunakan Pistol Alpha dan menembak Raven bertali arus namun Raven agak pantas mengelak serangan Raz sehingga dapat merampas Pistol Alpha dari Raz. Raz tergamam dan dia tidak sempat untuk mengelak. Raven terus menembak Raz. Raz berubah menjadi manusia semula kerana impak tembakan Pistol Alpha tidak dapat ditanggung perisai tempur. Kelihatan luka dan lebam sedikit di pipi Raz serta pada lengannya juga. Raven mengacu sahaja Pistol Alpha ke arah Raz.
“Kau tak kuat sangat pun. Aku tak tahu macam mana yang lain boleh kena berkas.” kata Raven sambil mengacu Pistol ke arah Raz.
Ling yang sedang menyaksikan hal itu terus berlari dan berdiri di hadapan Raz. Raven terkejut melihat Ling yang tiba-tiba mempertahankan Raz. Ketika itu Raven teragak-agak untuk menembak dan tangannya menggeletar lalu Pistol Alpha jatuh dari tangannya. Raz melihat peluang terus mengambil Pistol Alpha dan menembak Raven. Raven terus lari menghilangkan diri.
“Ling, kau tak apa-apa?” soal Raz.
“ Aku okay. Kau lagi cedera teruk.” kata Ling sambil tersenyum sahaja.
“Lain kali jangan buat begitu. Merbahayakan diri kau.” kata Lencana Kuasa, Rai.
“Rai, dia agak kuat juga. Kita tak mampu melawan dia.” jelas Raz yang agak hampa.
“Kalau sistem aku dapat upgrade, mungkin kita dapat menewaskan dia.” jelas Lencana Kuasa, Rai.
“Jom kita rawat luka kau Raz.” kata Ling lalu membawa Raz pergi.