Home Novelet Seram/Misteri Sihir Pemisah
Sihir Pemisah
ErAisyaaa
19/12/2018 22:49:22
36,357
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

Salina dan Adam sampai di perkarangan rumah milik mereka. Ustaz Alias dan rakan-rakannya juga ada di situ. Mereka sudah bersiap sedia untuk bertentang mata dengan orang yang menghantar sihir kepada keluarga ini.

Belum sempat Ustaz Alias mahu menekan loceng, Azura dan Tok Esau sudah pun keluar dengan senyuman yang sinis.

“Kau bawa bala tentera kau yer Salina? Apa kau ingat aku gentar? Kata Azura kepada Salina dengan nada yang mengejek.

Salina hanya diam seribu bahasa kerana dia yakin Ustaz Alias dan rakan-rakannya mampu mengakhiri ini semua.

“Asalamualaikum, cik Azura.” Ustaz Alias memulakan bicara. Azura merengus marah apabila melihat wajah Ustaz Alias.

“Ahh, kau nak lawan aku? Kan aku dah bagi kau amaran, jangan kacau urusan aku!” suara Azura memetir menahan kemarahannya.

Ustaz Alias, Ustaz Ahmad, Ustaz Kamal dan Ustaz Rafiq membentuk satu bulatan dan memulakan bacaan ayat ruqyah. Mereka tahu sihir yang digunakan oleh Azura amat kuat dengan bantuan Tok Esau.

Tok Esau pun tidak kurangnya, dia duduk bertentangan dengan ustaz-ustaz tersebut dan mulutnya terkumat-kamit membacakan mantera. Azura juga mengikut Tok Esau membacakan mantera.

Bacaan yang dibaca oleh ustaz-ustaz tersebut sedikit sebanyak menggugat keyakinan Azura. Bagaikan ada satu api yang menyambar Azura dan Tok Esau sehingga mereka terlentang ke belakang. Namun begitu, mereka bangun dan tidak berputus asa. Mereka mengambil tanah kubur yang dibacakan mantera lalu dilontarkan ke arah empat orang ustaz itu.

Walau bagaimanapun, dengan kekuasaan Allah SWT tanah kubur yang dilontarkan bagaikan dihalang oleh satu dinding yang kebal. Sekali lagi Azura dan Tok Esau dikejutkan dengan perkara itu.

“Azura! Adakah kau mahu bertaubat dan meninggalkan perkara syirik ini?” Ustaz Alias berkata kepada Azura.

“Kembalilah kepada ajaran Allah SWT, Azura!” sekali lagi suara Ustaz Alias kedengaran memberikan kata dua kepada Azura.

“Tidak!!!! Aku takkan mengalah dengan mudahnyaa!” Azura menengking Ustaz Alias. Dia masih tidak serik dan berputus asa walaupun dia tahu dia diambang kekalahan.

“Jika begitu, aku terpaksa menghapuskan perkara syirik yang kau dah lakukan!” Ustaz Alias pun meneruskan pembacaan ayat suciAl-Quran.

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kau berikan lah petunjuk kepada kami agar kejahatan dapat dihapuskan”serentak dengan bacaan ayat Al-Quran daripada ustaz-ustaz yang lain. Seperti ada satu bola api yang menghala ke arah Azura dan Tok Esau sehingga menyebabkan Tok Esau ghaib dari pandangan yang tinggal hanya Azura seorang yang telah telentang tidak sedarkan diri.

“Allhamdulillah, sihir dapat dihapuskan.”

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.