Home Novelet Seram/Misteri Sihir Pemisah
Sihir Pemisah
ErAisyaaa
19/12/2018 22:49:22
36,353
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

Setelah keluar dari hospital tempoh hari, Salina dan Adam tidak tinggal di rumah mereka malah mereka tinggal di rumah anak dan menantu mereka. Ustaz Alias menasihati mereka agar menjauhi rumah mereka buat sementara waktu. Hal ini kerana, Salina baru sahaja pulih daripada kelemahan disebabkan sihir.

Mereka hanya menerima rawatan dari jarak jauh yang dilakukan oleh Ustaz Alias dan beberapa orang ustaz lain. Ini kerana ia untuk menghalang kuasa sihir itu sampai kepada mereka sehingga terjadi lagi kejadian tempoh hari.

Salina dan Adam dinasihati supaya jangan pernah lupa memohon ke hadrat Ilahi supaya dijauhi sifat iri hati manusia.

 

“Apa yang patut kita lakukan ustaz? Saya dan isteri dah tak tahan lagi. Macam-macam dia hantar pada kami. Tengoklah isteri saya tu,lemah dan lesu je.” Adam meluahkan rasa risaunya kepada Ustaz Alias.

“Sabar Adam, saya sudah berbincang dengan beberapa orang rakan seguru saya tentang hal ini. Insya Allah mereka akan turun ke sini dalam 3 hari lagi. Masa itu kita akan bincangkan penyelesaian bagi masalah kamu berdua. Jangan risau, Allah sentiasa ada untuk hambanya yang teraniaya.”

Sedikit sebanyak kata-kata Ustaz Alias dapat menenangkan hati Adam. Dia berharap masalah ini akan dapat diselesaikan.

 

“Aku kena jumpa tok. Sakit badan aku ustaz keparat tu buat!” Azura menyeringai kesakitan. Dia perlukan sesuatu yang boleh membuat dirinya kembali bertenaga. Dia mencapai kunci keretanya dan menuju ke arah keretanya. Kemana lagi kalau tidak rumah Tok Esau yang akan dia tuju.

Azura sampai di perkarangan rumah Tok Esau itu terus tergesa-gesa keluar dari keretanya dan naik ke rumah orang tua itu.

“Tok!! Ohh Tokk !” Azura memanggil sambil mengetuk pintu rumah papan usang itu.

“Masuk!” kedengaran suara orang mengarahkan dia masuk ke dalam rumah itu. Azura pun tanpa berlengah dia terus masuk dan bersimpuh menghadap Tok Esau. Dia terus menerangkan apa yang terbuku dalam hatinya. Dia juga meminta supaya Tok Esau memberikan dia sesuatu yang boleh membuat dirinya kembali bertenaga.

Tok Esau memberkan Azura satu botol kecil air dan menyuruhnya minum. Katanya itu air akar kayu yang telah dijampi. Azura ambil dan terus meminumnya. Tak sampai beberapa minit, Azura merasakan badannya kembali bertenaga malah lebih bertenaga dari sebelum ini.

“Aku nak tok datang rumah aku lagi tiga hari. Aku dengar mereka akan melawan aku nanti. ahhahaha aku nak tengok sejauh mana kekuatan ustaz keparat tu.” Azura berkata dengan sombong.

“Aku tahu, aku akan mempersiapkan diri untuk melawan mereka. Jangan risau, dengan tenaga yang ada pada kau aku mampu kau akan dapat bertahan.” Tok Esau memberikan jaminannya kepada Azura. Azura tersenyum kesombongan.

 

Ustaz Alias berteleku di atas tikar sejadah dan meminta pertolongan Allah SWT supaya urusannya untuk membantu pasangan Adam dan Salina dipermudahhkan. Baru sahaja Ustaz Alias ingin bangun tiba-tiba datang satu makhluk berbulu di hadapannya. Ustaz Alias mengucap panjang tapi tidak pula berganjak dari tempatnya.

Ustaz Alias membacakan ayat-ayat yang diketahuinya bagi menghalau makhluk itu. Dia juga cuba berinteraksi dengan makhluk itu. Makhluk itu hanya memandang dengan wajah yang marah.

“Apa kau mahu wahai makhluk Allah?” soal UstazAlias.

“Jangan mencampuri urusan aku! Jangan pernah campur!”tengking makhluk itu.

“Allah telah berikan aku kelebihan ini, maka aku harus gunakan ia untuk membantu hamba Allah yang teraniaya! Kau! Makhluk yang dilaknat Allah tidak perlu mengugut aku untuk berganjak dari apa yang aku buat!”Ustaz Alias berkata serta membaca ayat Kursi.

“Kau akan menyesal manusia bodoh!” makhluk itumenjerit lalu hilang dari pandangan Ustaz Alias.

Ustaz Alias menggelengkan kepala dan mengucap panjang. Dia tahu orang itu takkan berdiam diri kerana dia membantu Salina dan Adam. Tetapi dia juga tidak takut akan ancaman yang diterimanya. Dia hanya berserah kepada Allah SWT . dia tahu Allah akan membantunya menghapuskan kejahatan.

Kini dia hanya perlu menunggu kedatangan rakan-rakannya bagi membantu pasangan yang teraniaya ini. Dia mengharapkan hal ini akan berakhir tidak lama lagi.

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.