Home Novelet Seram/Misteri SAKA
SAKA
ErAisyaaa
6/3/2020 13:03:57
21,998
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 4

Keesokkan harinya…

Selesai sahajamajlis tahlil, kami semua berkumpul.

“mak, saya masihtak faham. Bukan ke abah sudah buang semua belaan dia?” tanya Paklong kepadanenek.

“abah kau takbuang benda tu. Setiap kali abah kau nak pergi buang, pasti ada saja malapetakayang berlaku pada keluarga kita. Kau tak ingat macam mana bini kau gugur dulu?”nenek menjawab dengan wajah sugul.

“dah lah abanglong. Angah rasa perkara ni dah selesai. Tidak perlu dibahaskan lagi. Kitadoakan arwah abah tenang di sana.” Kata mama.

“ye lah, maksentiasa doakan abah kau.” Kata nenek.

Menurut nenek,atok adalah seorang askar yang dahulunya amat obsess untuk menjadi kuat. Sehinggamelakukan kesilapan dengan mengamalkan perkara yang khurafat dan syirik. Itulah kesilapan terbesar atok.

Memang tidakdinafikan bahawa atok seorang yang gagah dengan bantuan makhluk yang dibelanya,namun ia memberikan kemudaratan kepada keluarga serta diri pemiliknya sendiri. Kamihanya mampu mendoakan agar roh atok akan ditempatkan di kalangan orang-orangberiman.

Walaupun atok seorang yang mengamalkan amalan-amalanyang sesat tetapi atok sudah berusaha untuk membuang semua perkara itu. Tetapisayangnya, tidak berjaya. Sehingga ke akhir hayatnya makhluk itu masih lagimahu berdampingan dengan atok. Terima kasih atas bantuan Ustaz Wahid yangmemudahkan pemergian atok.

Seminggu berlalu …

Kami semuamenjalankan aktiviti harian seperti biasa. Mama dan Ayah juga sudah mulaberkerja semula, kami adik-beradik pula sudah mula kembali ke sekolah.

Mama pulang darikerja dan tergesa-gesa menelefon ayah untuk meminta izin pulang ke kampung.Setelah menerangkan keadaan yang berlaku, ayah memberi keizinan kepada mama.Mama membawa kami semua pulang ke kampung. Kami masih lagi terpinga-pinga tidakmengetahui keadaan sebenar. Apa yang berlaku? Kenapa mama tergesa-gesa? Semuapersoalan hanya dibiarkan terus menjadi persoalan. Hanya menunggu untuk sampaike kampung.

Sesampai sahaja dikampung, kami terus masuk ke rumah atok. kami lihat Ustaz Wahid turut ada disana. Ketiga-tiga adik beradik mama juga telah sampai termasuk mama.

“sampai pun kaungah.” Kata paklong.

“kenapa Zara jadimacam ni abg long.” Tanya mama.

“tak tahu lah aku.Kami balik sebab mak suruh buangkan barang-barang arwah abah. Tetiba Zarasepertinya kena rasuk. Meracau-racau dan suaranya keluar seperti suara arwahabah.” Sugul wajah paklong menerangkan hal itu.

Kami lihat wajahsepupu kami itu amat menakutkan. Semua urat-urat diwajahnya kelihatan amatjelas. Suaranya berdengus seperti orang sedang marah. Matanya merah seperti singa kelaparan yang mahu menerkam mangsa.

“saya panggil kamusemua ke sini untuk membincangkan sesuatu.” Kata Ustaz Wahid.

“perkara apaustaz?” tanya Mak teh

“belaan arwah abahkamu semua masih berkeliaran dan mencari pewaris.” Kata Ustaz Wahid.

“apa? Bukan keustaz sudah buang hari itu? Tanya paklong.

“saya hanyamenghalaunya buat sementara waktu. Makhluk itu sudah sedarah sedaging denganarwah. Sukar kita nak buang dia.”

“habis macamsekarang ni ustaz? Anak saya ni. Takkan dia mahukan anak saya jadi tuan barudia.” Kata paklong.

“saya tidak rasabegitu. Dia hanya memprovok kita supaya kita beri dia tuan yang baru. Saya akancuba ubatkan anak kamu.” Kata Ustaz Wahid dan kemudiannya membaca ayat-ayatsuci Al-Quran. Apa lagi menggelupur lah Zara kepanasan dan keluar segalacacian.

Setelah 10 minitUstaz Wahid berusaha menghalau makhluk itu. Zara mula kelihatan tenang walaupun kepenatan.

“saya kumpulkankamu semua disini untuk bertanya sesuatu, boleh?” tanya Ustaz Wahid.

“boleh ustaz.”Kata Paklong bersetuju bagi pihak adik-adiknya.

“sebelum arwah meninggal, ada sesiapa yang menerima barangan yang diberi oleh arwah? Maksudsaya barangan yang mencurigakan.”

Semua nya sepertiberusaha untuk mengingat sesuatu. Dan perlahan-lahan semuanya menggeleng.

“taka da ustaz.Arwah abah tak pernah bagi kami apa-apa barang.” Kata Mama.

“saya berharapbegitu.” Kata ustaz Wahid.

“kenapa ustaz?”tanya mama.

“saya masih dapatmerasakan bahawa barangan penting arwah telah diserahkan kepada seseorang.”Kata Ustaz Wahid.

“siapa?!” katamereka serentak.

Bersambung …..

Previous: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.