Home Novelet Seram/Misteri SAKA
SAKA
ErAisyaaa
6/3/2020 13:03:57
22,455
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

Setelah habis makan, perlahan-lahan atok terbaring. Terbaring yang tidak bermaya. Jika mengikut logik akal, mana mungkin orang yang baru sahaja kelihatan sihat dan makan banyak boleh terbaring lemah seperti sudah lama sakit.

Mama kelihatan sungguh sugul. Ayah mendekati mama dan menyuruh mama banyak bersabar. Kata ayah ini adalah ujian. Mama hanya mampu mengalirkan air mata melihat keadaan atok yang tidak bermaya. Badan atok nampak sangat kurus sehingga timbul tulang-tulang. Paling ketara adalah pada bahagian muka.

Nenek memanggil semua anak-anaknya termasuk mama untuk berkumpul. Sepertinya ingin berbincang sesuatu yang sangat serius.

“mak rasa kita kena buat sesuatu. Abah sudah tenat. “benda” itu yang mula mengambil alih badan abah. Abah kamu sudah tidak kuat lagi.” Kata nenek kepada anak-anaknya.

“saya rasa kita panggil Ustaz Wahid. Dia lebih mengetahu perkara begini daripada kita.” Kata Paklong memberikan cadangan.

“saya setuju mak.Saya sudah tidak sanggup melihat keadaan abah yang susah nak pergi.” Kata MakTeh pula.

“kamu ngah? Macammana ? kamu setuju?” tanya nenek kepada mama. Mama lebih banyak mendiamkan diri.

“saya ikut sahaja kata abang long dan semua. Itu yang terbaik untuk abah.” Kata mama member ipersetujuan.

“baiklah kalau semua setuju, Abang long akan call Ustaz Wahid sekarang.”Pak long berkata lalu mengambil telefonnya untuk menghubungi Ustaz Wahid.

 

 

 

 

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.