Home Novelet Komedi/Romantik Komedi EDISI DETIK TERINDAH : Kursus Jatuh Cinta!
EDISI DETIK TERINDAH : Kursus Jatuh Cinta!
Aurian
31/10/2013 11:58:00
21,889
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3 : Bilakah kan bersua lagi?
Pesan penulis : Pembaca sila ke kotak Senarai Bab di atas dan click Bab 1, Bab 2 dan seterusnya untuk membaca awal kisah ini. 

3. Bilakah kan bersua lagi?

Slot terakhir selepas minum petang di monitor oleh seorang pegawai perubatan dari Hospital Klang. Maka pegawai itu berkata,

“Semua dah cukup matang kan dalam kursus ni…”

Lantas dia membuka slide dan gambar-gambar penyakit kelamin, organ peranakkan, dan segala info perubatan bagi pasangan yang ingin berkahwin. Peserta lelaki dan wanita menundukkan wajah. Wajah masing-masing merona merah. Imej-imej yang di paparkan agak terbuka. Hinggalah sampai kepada video menunjukkan wanita bersalin secara ceaser . Diganti pula dengan video bersalin normal. Simbahan darah mewarnai slide besar dalam bilik itu. Camelia menekup wajah dengan dua tapak tangan. Dia rasa nyeri, melihat darah membuatkan dia rasa mual. Tiba-tiba dia teringat lelaki itu. Dengan perlahan Camelia mengintai si dia. Jejaka itu tidak menutup muka, dia menggigit hujung jari, ketakutan. Camelia hampir nak tergelak melihat wajah macho itu pucat dan nyeri. Dia tersenyum, jejaka ini punya empati yang tinggi. Melihat proses bersalin dia malahan tidak tega. ‘Pasti boleh jadi suami yang baik, my type!’ senyum Camelia makin melebar. Selesai tayangan slide, pegawai perubatan menyambung penerangan. Siti menyenggol Camelia.

“Mamat tu kelate...” Bisik Siti.

“Mana kau tau...”

“Aku dengar dia kecek ngan kawe dia tadi la...”

“Alamak…” Camelia mendengus. Siti hanya ketawa. Dia tahu Camelia seram dengan orang pantai timur. Mungkin kerana budaya yang berbeza atau bahasa yang kurang difahami.

“Orang New Zealand pun aku tak kisah!” Camelia berbisik lagi... Siti menekup mulut menahan tawa. Hurmm... suka punya pasal!

Akhirnya kursus tamat dengan slot terakhir. Majlis penyerahan sijil bermula. Camelia rasa rawan, kenapa hari terakhir baru bertamu mata? Sekarang ini mereka tidak akan berpeluang bertemu lagi. Camelia mencari-cari jejaka itu, malangnya peserta lelaki mendahului peserta wanita keluar dari dewan.

Camelia diam membisu semasa berjalan ke parking kereta. Dalam fikirannya hanya jejaka itu. Bagaimanakah cara untuk berhubung dengannya?

Semasa melintasi sebuah kereta Myvi putih, Camelia terlihat lelaki itu duduk di kerusi penumpang, rakannya di tempat pemandu. Dia memandang wajah lelaki itu, mata mereka bertaut. Camelia pantas segan dan menundukkan wajah. Langkah Camelia makin menjauh, dia menoleh ke belakang dan lelaki itu masih merenungnya.

‘Datanglah sini, datang minta nombor...’ getus Camelia dalam hati sambil terus melangkah perlahan. Hinggalah sampai ke kereta Camelia menoleh lagi dan ya, lelaki itu tidak lepas dari memandangnya. Camelia masuk ke kereta.

“Macam mana ni, dia tak datang pun... Macam mana nak jumpa dia lagi?” Keluh Camelia. Siti menoleh pada kereta Myvi putih.

“Dia kan gaya ustaz, takkan la nak datang kat kau mintak nombor telefon...”

“Habis tu macam mana ni? Takkan aku pulak nak approach dia?”

“Aii, kau ni dah suka kat dia ke? Dah jatuh cinta? Boleh tahan jugak kawan aku ni, baru semalam melalak pasal Ijaz...” Siti tergelak besar.

“Tak kisah la, bagus jugak jatuh cinta cepat-cepat, boleh lupakan Ijaz.” Camelia mengeluh.

“Jangan macam tu, takut kau cuma nak ganti tempat Ijaz. Bukan betul-betul suka...”

“Tak kisah la apa pun. Lepas ni aku tak jumpa dia lagi. Ye lah lelaki macam tu mesti nak perempuan tudung labuh, berjubah. Aku ni pakai jubah ketat, tudung pun pendek. Melaram, ber make up bagai.” Camelia mula menarik gear kereta.

“Hahaha, kau ni boleh tahan jugak berfikiran sempit ya, mana tau jodoh yang terbaik buat kau. Berdoalah...” nasihat Siti. Camelia diam. Dalam hati dia berdoa;

‘Ya Allah temukan lah aku dengan orang yang memiliki hati yang cinta padaMu. Jadikanlah aku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman’

Andai suratan kita akan bersua jua, seperti asam di darat, ikan di laut…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.