Aku baru selesai solat subuh lantas mengambil Al-Quran danmembaca surah al-Nisa. Aku pon membaca dengan penuh tertib dan tartil.Semasaaku membaca, aku dapat merasakan Al-Quran ini sebagai panduan untukkutermasuklah apabila mencari jodoh.Walaupun umurku berginjak ke 22 tetapimencari calon suami amatlah dititikberatkan untukku sekarang. Bukanlah senangmencari bakal suami yang baik untuk diriku yang serba tidak sempurna dan masihmencari yang mampu memimpinku ke syurga.
Usai aku membaca Al-Quran, kedengaran suara yang memanggil akuiaitu ibuku lantas aku bersiap-siap keluar ke bilikku.
“Sue oh Sue”panggil Puan Dian.
“Ya, umi. Ada apa panggil Sue ni? Kata Diyana.
“Harini ada kawan Walid kamu datang. Katanya dari Korea. Diaakan duduk dekat rumah kita selama seminggu”kata Puan Dian dengan panjanglebar.
“Oh, dia buat apa datang kat sini?”soal Diyana.
“Dia datang untuk melawat walid kamu sebab mereka datangberkeluarga. Sue kena jaga batas dengan mereka tau”balas Puan Dian.
“Baiklah umi. Sue akan jaga batas seperti mana umi ajarkan Suesebelum ni”kata Diyana dengan senyuman.
“Macam ni anak umi. Anak umi kan bagus”kata Puan Dian lagi.
“Hehe.Umi,Sue nak kemas rumah. Nanti mereka datang rumah takdikemas susah kita”kata Diyana.
“Baiklah. Umi pulak nak masak sarapan dan walid ajak kamu temandia ambil kawan dia dalam pukul 11 pagi nanti”kata Puan Dian.
“Okay. Sue buat kerja dulu”balas Diyana sambil ambil penyapudan berjalan ke ruang tamu untuk menyapu.
Setelah selesai menyapu dan mengemas rumah, Diyana bersarapandengan keluarganya.
“Sue, nanti ikut walid ambil kawan walid kat airport.Nak ajakumi tapi umi kena memasak jadi walid ajak kamu jelah.Sue ok tak?”soal EncikBukhari.
“Sue ok ja.Sebab anak kena dengar cakap ibu bapa dia. Segalatak berlanggar dengan syarak selagi tu Sue kena dengar kata. Betul tak?”jawabDiyana dengan sopan.
“Betul tu. Pandai pon sayang. Cepat makan nanti lambatpulak”kata Puan Dian.
Mereka bertiga makan sarapan dengan hanya didengari bunyi suduserta cawan.