Home Novelet Islamik Suamiku Mualaf
Suamiku Mualaf
Fayanti Aurora
13/9/2019 18:40:14
39,466
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Senarai Bab
08

2 Bulan Kemudian..
Pada petang itu,kepala aku pening secara tiba-tiba.Aku berasa mual,loya danmenuju ke bilik air untuk muntahkan semuanya.Aku berasa terlalu pening.Suamikuamat resah kerana tak lama lagi dia berkhidmat dengan PASKAL kerana sebelum inidia adalah askar laut Korea Selatan.Tetapi kerana dia menetap di Malaysia,diamengambil keputusan meletakkan jawatan dan memasuki PASKAL.
"Sayang ok tak ni?"soal Amri dengan nada gelisah melihat isterinyadalam keadaan lemah.

"Sayang ok je cuma pening sikit"balas Diyana dalam nada lemah.

"Nak tak kita pergi ke klinik?"soal Amri.

"Ikut abanglah.Sayang ikut je"balas Diyana sambil memakai tudung.

Amri mengangkat dirinya seperti "bridal style" dan memasukikereta.Amri memandu kereta dengan penuh berhati-hati.

Mereka berdua sudah sampai ke klinik berhampiran.Amri memapah isterinya denganberhati-hati sehingga ke dalam klinik.Selepas mengambil nombor giliran,merekamenunggu di ruang menunggu.

Apabila nombor dipanggil,
Diyana memasuki bilik doktor untuk memeriksa keadaan dirinya.

Amri menunggu isterinya di luar bilik.Seorang jururawat memanggil namanya untukmemasuki bilik doktor.

"Ini Encik Amri kan?"soal Doktor Hani.

"Ya saya."balas Amri.

"Saya ada berita baik untuk encik."kata Doktor Hani sambilmelemparkan senyuman.

"Berita apa tu doktor?"soal Amri seperti budak yang ingin tahusesuatu.

"Tahniah! Isteri encik mengandung 2 minggu."balas Doktor Hani.

"Alhamdulillah.Syukur saya dengar."kata Amri sambil menadah tanganmengucapkan syukur tak terhingga.

Diyana melihat gelagat suaminya dan berasa amat bertuah dapat lelaki sepertiAmri.


Doktor memberi nasihat kepada Diyana untuk menjaga kandungannya dengan baik.

Usai ke klinik,mereka berdua mengambil keputusan untuk balik ke rumah mereka.

Sangka cerah ke petang,tapi hujan ke tengahari.Amri amat risaukan Diyana keranadia perlu meninggalkan isterinya kerana tugasnya.

Amri ditugaskan untuk mencari pengganas di lautan luas terbentang kerana adamisi yang perlu diselesaikan.

Amri mengucup dahi isterinya dan meluahkan kata janji akan kembali setelahselesai berjuang.

Diyana menggangguk lantas menyalam tangan suaminya dan berjanji akan menjagadiri serta kandungan dengan baik.

Pengganas di Laut China Selatan seumpama lanun.Amri bersama ahli kumpulannyamenjalankan tugas untuk menyelamatkan tebusan yang telah diculik.

Jin Ki senyum sinis apabila melihat Amri.Dia akui Amri amat hebat tetapi Amribukanlah saingannya.

Kad Amri terjatuh dan Jin Ki mengambil kad tersebut.Diaterkejut melihat gambar Amri dan Diyana.

Api kemarahan Jin Ki sudah meluap-luap ke dalam hati.Dia ambil gambar itu danterjumpa alamat rumah Amri.Dengan adanya alamat itu lagi memudahkan kerjanyauntuk melakukan sesuatu yang dahsyat.

Jin Ki menghubungi semua pengganas agar tarik diri dan melakukan tugas lagipenting.

"Bro,aku ada kerja bagus untuk kau"kata Jin Ki dalam talian.

"Kerja apa tu?Macam menarik ke"balas lelaki itu.

"Kau culik seorang perempuan ni .Dia ni isteri musuh kita.Nama diaDiyana.Aku ada alamat dia"kata Jin Ki.

"Bagus tu.Bila nak culik dia ni?"soal lelaki itu.

"Malam ni.Lepas aku call kau,aku mesej alamat rumah tu"balas Jin Ki.

"Baik bro"kata lelaki itu.

Jin Ki terus menamatkan talian dan memberi alamat rumah Amri kepada lelakitersebut.

"Tak lama lagi kau jadi milik aku,Diyana.Aku akan pastikan kau menderitasebab lepaskan aku"monolog Jin Ki dengan perlahan.


Previous: 07
Next: 09

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham