Aku bukan ‘Playboy’
Bab 6 – ‘Silvia’
Pengalaman pahit di Celcom aku tinggalkan. Aku bertukar kerja ke bidang
hiburan. Aku menjadi Penolong Pengurus di Tanjong Golden Village Cinema – TGV.
Bertugas di TGV cawangan Mines Wonderland Shopping Complex di Seri
Kembangan. Kerja aku menjadi lebih seronok kerana sentiasa dapat melihat
filem-filem terbaru setiap minggu.
Di TGV cawangan Mines ini aku menguruskan 5 buah dewan panggung wayang dan
15 orang pekerja. Kebanyakkan pekerja aku adalah bekas pelajar Universiti Putra
Malaysia – UPM kerana jaraknya yang dekat dengan Mines Wonderland Shopping
Complex. Kebanyakkan pekerja adalah ‘part time staff’ sahaja.
Salah seorang pekerja aku bernama Silvia. Seorang gadis berumur 23 tahun.
Pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Oleh kerana kesukaran mendapatkan
kerja tetap dengan Ijazah yang ada, dia menjadi ‘part time staff’ di TGV.
Silvia merupakan anak Sarawak dan berasal dari Serian, Sarawak. Beragama
Kristian. Namun beliau fasih berbahasa Melayu. Paling aku suka dengan Silvia
ini, jiwa rocknya.
Bukan setakat rock macam Wings atau Search. Tapi rock Silvia ini lebih
kepada Black Metal. Sampai aku pun tak tau nama-nama group underground yang dia
minati. Tapi aku suka gayanya.
Walapun subang di telinga ada 2 atau 3 subang. Bertindik di hidung dan pusat.
Tapi budi bahasanya tetap sopan lebih-lebih lagi kepada orang-orang tua seperti
pelanggan TGV yang berusia.
Oleh kerana keunikkan diri Silvia ini, aku cuba mengatur langkah
mengayatnya. Langkah pertama aku dapatkan no telefon 'handphone'nya daripada
fail peribadi pekerja.
Langkah kedua, aku buat menyiasat latar belakang dirinya melalui
rakan-rakan sekerjanya. Aku selalu membuat rondaan rutin di kaunter tiket,
kaunter ‘candy bar’ dan pintu masuk ke panggung wayang. Alasan aku kepada
pekerja untuk melihat mereka melakukan kerja mengikut prosedur. Padahal pada
masa yang sama, aku bertanya kepada mereka tentang diri Silvia.
Hasil temu bual dengan pekerja-pekerja aku yang juga rakan-rakan sekerja
Silvia, rupa-rupanya Silvia ini baru putus cinta dengan seorang lagi pekerja
aku bernama Mohsin. Nasib baik baru putus cinta. Kalau sedang bercinta, boleh saja
aku putuskan. Hahahaha. Niat jahat dah bermula.
Sebagai seorang Penolong Pengurus, memang menjadi kewajipan aku untuk
memastikan semua pekerja hadir bekerja mengikut jadual tugasan masing-masing.
Maklumlah ‘part time staff’ macam ini, memang kena pantau betul-betul jadual
tugas masing-masing. Kebajikan pekerja pun perlu dijaga, maka jika pekerja ada
apa-apa masalah biasanya mereka akan menghubungi handphone aku.
Pada satu malam, ketika itu aku ‘off duty’, aku datang ke TGV untuk
menonton wayang cerita baru. Sebagai Penolong Pengurus aku mempunyai ‘access’
untuk masuk menonton wayang secara percuma dengan tempat duduk aku pilih
sendiri.
Niat aku hari itu saja nak tengok Silvia. Tapi lepas aku pegi ke ‘candy
bar’ untuk mengambil air coke dan popcorn, baru aku tahu rupanya Silvia juga
‘off duty’ pada hari yang sama. Takde rezeki lah aku nak mengorat. Terus aku
masuk ke dalam panggung wayang.
Baru aku nak melangkah ke dalam ‘Hall no 5’, handphone aku berbunyi. Tanpa
sempat melihat ‘Caller Id’ di skrin handphone, terus aku menjawab, “Hello. Saya
Zul. Sapa tu?”
Terdengar suara lembut di corong telefon sebelah sana, “Helo En. Zul. Saya
Silvia ni. Nak mintak tolong la Encik Zul. Boleh ke?”
Nada suara bertukar lembut, aku berkata, “Oh Silvia. Ye ada apa
boleh saya bantu?”
Silvia bersuara, “Em macam ni. Tadi saya call Nina. Tapi dia tengah duty di kaunter
tiket. Tu saya call En. Zul. Macam ni. Saya terkandas di komuter Serdang ni.
Kunci motor saya hilang. Tak tau tercicir kat mana. So saya nak balik rumah
sewa takde kunci motor. Teksi pun takde kat sini. Tu mintak tolong En. Zul
kalau boleh, hantarkan saya ke rumah sewa saya. Boleh ke?”
Pucuk dicita, ulam mendatang. Walaupun perasaan penuh ‘excited’, namun aku
melontarkan suara dengan tenang, "Oh. Boleh aje. Saya pun memang tak keje ni.
Awak tunggu kejap. Saya datang di stesen komuter situ ye.”
Silvia dengan suara yang girang menjawab, "Ok En. Zul. Terima kasih banyak.
Saya tunggu sini ye. Dekat dengan public phone stesen ni.”
Tanpa melengahkan masa. Aku buang semua pop corn dan air coke di tanganku
ke dalam tong sampah. Ala benda boleh ambik free sesuka hati. Tak nak makan
buang saja.
Dalam masa 10 minit aku telah tiba di lokasi tempat Silvia menunggu. Dengan
kereta Wira Aeroback 1.6 Auto berwarna hitam aku mempelawa Silvia menaikki
kereta ku ini. Kereta ini aku beli dengan duit gaji aku sendiri. Aku dah mula
berdikari. Tidak menggunakan duit ibu dan bapaku lagi.
Masuk je ke dalam kereta ku, Silvia berkata, "Terima kasih banyak En. Zul. Tolong
saya malam ni. Saya tak tahu nak call sapa lagi dah. Dah lewat malam kan. Maaf
ye menyusahkan En. Zul.”
Aku dengan muka ‘control cool’ membalas, "Ala takde hal la. Saya pun memang
ade lepak kat wayang tadi. 'Off day' hari ni. Tapi bab kebajikan pekerja saya
kena jaga, walapun cuti ke keje ke, tetap sama. Pekerja susah saya kena tolong.”
Dalam hatiku, "Untuk kamu boleh la Silvia. Kalau staff lain
call aku malam-malam mintak tolong, memang aku off aje handphone aku.
Hahahaha.”
Sambil berborak dalam kereta, Silvia menunjukkan jalan ke rumah sewa dia.
Takdelah jauh mana pun. Lebih kurang 10 minit je dari Stesen Komuter Serdang
tadi.
Sebaik saja tiba di parking rumah flat tersebut, aku bertanya, "Ni Silvia
nak ambik kunci motor spare kat rumah lepas tu nak pegi stesen komuter balik
ke? Saya boleh hantarkan?”
Silvia menjawab, "Eh tak apa En. Zul. Esok aje saya pegi dengan kawan.
Sekarang dah malam. Saya pun takut bawak motor lewat malam macam ni.”
Aku berkata, "Ok lah kalau begitu. Tapi esok kalau awak takde sesiapa nak
hantar, saya boleh ambil awak. Tak susah pun. Dekat je rumah awak ni.” Aku cuba memancing. Heheheh.
Namun Silvia membalas dengan senyuman sambil
berkata, "Ish, segan la En. Zul. Takkan la boss lak datang ambik staff. Tak apa
En. Zul. Tak nak susahkan En. Zul. Jasa En. Zul malam ni pun dah banyak untuk
saya. Nanti saya belanja En. Zul makan ye.”
Jawabku pantas, "Takde susah apa pun. Tapi bab makan tu ok. Nanti kita
makan sama ye.” Sambil tersenyum Silvia melambaikan tangan sewaktu aku beredar pergi dari kawasan
rumahnya untuk bergerak pulang.
Semenjak malam itu, hubungan aku dengan Silvia menjadi rapat. Silvia yang
baru putus cinta dengan staff ku bernama Mohsin, lebih banyak mencurahkan isi
hatinya kepada aku.
Apa saja masalah dalam hidupnya dikongsikan bersama dengan aku. Aku pula
sebagai pegawai beliau, akan memastikan jadual kerja Silvia tamat seawal yang
boleh agar dia tidak balik lewat malam.
Maklumlah perempuan bawak motor balik lewat malam memang merbahaya. Aku
cuba nak tumpangkan dia pergi dan balik bekerja tapi Silvia menolak dengan
sopan. Aku tidak mahu memaksa. Dia selesa bermotor datang bekerja biarlah.
Asalkan selamat.
Namun Silvia bekerja di TGV ini hanya sementara sahaja. Dia akhirnya
mendapat tawaran sebagai Guru Sandaran di Kuala Terengganu. Nak tak nak,
terpaksa juga aku melepaskan dia pergi.
Sepanjang hubungan aku dengannya di TGV ini, kami hanya keluar makan dan
menonton wayang bersama di panggung wayang cawangan lain agar tidak diketahui
kakitangan tempat kami bekerja. Silvia memang pandai menjaga budi bahasa dan
tingkah lakunya sepanjang perhubungan kami. Dia juga telah menganggap aku
sebagai teman lelaki istimewanya.
Malam perpisahan kami adalah di Perhentian Bas Putra di Kuala Lumpur. Waktu
itu hati terasa sedih kerana ingin melepaskan Silvia pergi. Lepas ni agak susah
untuk kami bertemu dan berbual setiap hari kerana jarak yang memisahkan.
Namun Silvia menenangkan hatiku dengan berkata, "Awak jangan risau ye.
Nanti cuti sekolah saya balik KL ini kita jumpa. Kita stay hotel sama ye. Saya
dah takde rumah sewa kat sini dah.”
Terkejut. Tapi aku terus mengukir senyuman kerana mendengar ayat itu. Memek
mukaku yang tadi sedih kini berubah menjadi merah keceriaan.
Dalam hati, "Bila la nak cuti sekolah ni. Dia dah offer ni.
Tunggu masa je ni. Stay hotel sama. Wow. I like. Tak sabar ni. Hahahahah”.
Kemudian aku berpesan, "Ok awak. Baik-baik jaga diri di sana ye. Kalau boleh
cuti awal awak bagitau la saya ye. Hotel Istana saya siapkan untuk awak ye.”
Itulah kata-kata terakhirku kepada Silvia sebelum dia menaiki bas untuk ke Kuala
Terengganu bagi memulakan tugas sebagai Guru Sandaran di sana.
Masuk je ke dalam kereta, aku membuka radio dan kedengaran lagu kumpulan
Scorpions bertajuk, "When You Came Into My Life”. Seumpama lagu latar ‘soundtrack’
kisah aku dengan Silvia, bait-bait lirik lagu ini,
"You give me your smile, a piece of your heart, you give me the feel I've
been looking for, you give me your soul, your innocent love, you are the one
I've been waiting for, I've been waiting for.
We're lost in a kiss, a moment in time, forever young, just forever, just
forever in love. When you came into my life, it took my breath away, cause your
love has found it's way, to my heart.
You make me dream, by the look in your eyes, you give me the feel, I've
been longing for.
I wanna give you my soul, all my life, cause you are the one I've been
waiting for, I've been waiting for so long.
When you came into my life, it took my breath away, and the world stopped
turnin' round, for your love.
When you came into my life, it took my breath away, cause your love has
found it's way, to my heart, into my heart....”
Semoga Silvia cepatlah kembali ke KL waktu cuti sekolah nanti. Tak sabar
rasanya aku menunggu. Tapi sementara menunggu Silvia balik untuk cuti sekolah 3
bulan akan datang, siapa pula akan mengisi kekosangan hati ini?