“Ada dua golongan
penghuni neraka yang aku belum pernah
melihatnya. Salah satunya ialah
kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal bau
syurga dapat dicium dari jawak sekian dan sekian.” (Riwayat Muslim)
“Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak
tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang
yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An Nur Ayat 31)
Balasan bagi orang yang
melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya balasan wanita
yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya
di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak
menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi,
akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan
rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan paha yang terselak-selak, sedia
untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.
Baca tak hadis dan ayat al-
Quran di atas? Faham ke tidak? Kalau tak faham, tak tahu nak cakap apa? Tahu tak balasan kepada mereka yang masih
tidak menutup aurat? Inilah nak cerita,
balasan bagi wanita yang membuka ramput kepalanya selain suaminya, rambutnya
itu akan digantung di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya. Selama mana dia tidak menutup aurat, selama
itulah dibakar. Tidak percaya? Ini bukan cerita dongengan yang direka oleh
sekumpulan penulis. Ini kisah benar, kau
tahu Israk Mikraj? Waktu Rasulullah saw
dibawa ke langit ke tujuh, Baginda tengok semua itu. Ada tertulis dalam al-Quran dan hadis,
kenyataan yang mana kau dustakan? Kalau
sudah buta hati, jangan buta mata, tak guna jadi manusia. Islam itu indah, cantik dan ingin memelihara
maruah seorang wanita. Tetapi kau senang-senang sahaja hancurkan, kau letakkan
di telapak kaki, kau hina dirikau sendiri.
Suami
kau tak suruh tutup aurat? Dengan kau,
dengan suami kau sekali masuk neraka! Aku bukan nak menghukum, tapi nak
mengingatkan. Bukankah sesama Islam kita
disuruh berpesan-pesan dan saling mengingatkan?
Kau lupa? Cuba cerita dengan
suami kau, dosa yang terpaksa dia tanggung, sebab tidak menjalankan
tanggungjawabnya yang sebenar sebagai seorang suami iaitu menjauhkan
keluarganya daripada seksaan api neraka.
Kalau dia tidak suruh kau pakai tudung, bermakna dia tidak mencegahkau
daripada disambar api neraka. Kau
sanggup ke? Jangan kata aku tak
ingatkan. Aku juga wanita, aku tak mahu
kaum sejenisku menjadi penghuni neraka.
Kalau suami kau tak suruh, kau sendirilah pakai. Kau dah tahu hukum menutup aurat, kan? Tetapi… janganlah pakai pakaian ketat
sehingga
menampakkan susuk tubuhmu, dan kau pakai tudung, sudah macam sarung nangka
sahaja.
Kalau
tubuh kau secantik Erra Fazira, terliur juga orang lelaki tengok, ini tidak,
lemak menonjol sana-sini, kau tak malu ke?
Aku tengok pun seram. Kalau kau cantik sekalipun, sorokkanlah kecantikan
kau itu disebalik pakaian yang longgar, tudung yang menutup sehingga ke dadamu
yang bidang itu. Jangan dinampakkan,
wanita yang menutup aurat dengan sempurna akan lebih dihormati, lebih disegani.
Malah kau berjaya menjaga maruah agama, maruah kau, suami dan keluarga kau
sendiri. Jangan banggalah jika ada yang
memuji, kau menempah neraka sebenarnya.
Rugilah usia yang ada kau sia-siakan.
Kalau kau menutup aurat, pahala sudah kau perolehi. Bukan susah nak jadi muslimah yang
sejati. Kau lebih dipandang mulia jika
kau menjagai penampilan kau. Percayalah
cakap aku, ini bukan omongan kosong, atau sengaja aku mereka cerita. Seronoklah sama-sama kita ke syurga,
menikmati balasan ALLAH SWT kepada
makhluknya yang mahu mengikut segala arahannya dan meninggalkan segala
suruhannya.
Nampak
tua, kalau pakai tudung labuh? Cuba kau
perhati, ustazah-ustazah kita di luar sana, mereka tetap ayu bertudung labuh,
malah sedap mata memandang. Rimas dan
panas? Api neraka lebih berganda
panasnya. Kau dah rasa api dapur di
rumah kau? Panas tak? Tentulah panaskan? Jadi, fikirkanlah, api neraka 70 kali lebih
panas daripada api yang berada di dapur kita.
Kau sahaja perasan dirikau nampak tua jika bertudung menutup sehingga ke
dada, pakaianmu longgar langsung tidak menampakkan susuk tubuhmu. Padahal,
orang memandangmu dengan pandangan yang lunak dan kagum, malah mengangkat kau
ditahap yang tinggi. Memuji akhlak dan
keperibadianmu. Tidak mahukah kau
dianggap begitu?
Sekarang ini ada pelbagai
jenis tudung dipasaran yang sempurna menutup auratmu. Sudah banyak pakaian yang mampu menutup
seluruh tubuhmu di pasaran, malah cantik dan moden potongannya. Apa lagi alasanmu? Jangan kata kau masih belum bersedia? Kau ingat maut tidak akan menjemputmu ketika
usia kau masih muda jelita? Kau ingat
orang meninggal hanya ketika sudah dimamah usia? Ada akal tak?
Kalau ada gunalah sebaik mungkin, fikir sedalam-dalamnya kenapa ALLAH
menyuruh kita menutup aurat. Inikan
syari’at ALLAH SWT. Bukan perkara
main-main. Takutlah dengan
hukumNYA! Kau teringin masuk syurga,
adakah langkahmu ke sana? Tepuk dada, tanyalah selera. Pilihan di tanganmu. Jangan kata aku tidak ingatkan... .