Home Novel Umum SMACK-O
SMACK-O
AD Rahman Ahmad
25/12/2014 20:25:44
5,530
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab 1

Bab 1 Smack-O

"Hello sayang, you dekat mana ni? Senyap aja!"

Menggulung anak mata Reno. Bibirnya dicebir mendengar suara di hujung talian yang lenggoknya sengaja dimanja-manjakan. Loya! Mata separuh ngantuknya diseka dengan

jari-jemari.

Susuk seorang perempuan di sisinya, dilirik. Perempuan berambut panjang keperangan kusut masai yang sedang lena diulit mimpi, selesa di sebalik selimut putih bersih, diamati.

"I dekat rumahlah. Nak ada dekat mana lagi pagi-pagi buta macam ni?" Balas Reno kemudian. Muka dironyokkan. Rasa terganggu di pagi hari mendapat panggilan. Suaranya berat dan malas.

"Jumpa I dekat tempat biasa pukul sepuluh nanti. Kita sarapan sama-sama."

"Pukul sepuluh nanti?"

"Ya, pukul sepuluh nanti. Sepuluh pagi! Bukan sepuluh malam. Itu bukan sarapan, tapi 'supper'!"

Anak mata Reno berlegar di dada siling bagaikan sedang menimbang duduk perkara. Rambut lurusnya yang jatuh ke dahi, disapu dengan tangan. Perempuan di sisinya sekali lagi dilirik.

"You dah dapat yang I suruh cari tu?" Tanya Reno. Suara seakan berbisik. Telefon bimbitnya dieratkan ke telinga, penuh minat menanti jawapan.

"Jumpa nanti, kita boleh berbuallah. Pukul sepuluh, ye."

"Cakap ajalah sekarang! Apa bezanya cakap nanti dan sekarang?" Mahu sahaja Reno meninggikan suaranya, jika tidak kerana akan mengganggu rakan ranjangnya itu.

"You ni, tak sabar sabar ye! Nanti I pergi sana, I tampar muka you dengan bibir I, baru you tahu!"

Dengan pantas Reno merenggangkan telefon bimbit yang sedang mencumbui telingannya, apabila di hujung talian menggaung gelak-ketawa. Sekali lagi anak matanya menggulung.

"I nak beritahu you sekali tentang 'customer' baru kita kat Singapura tu. So, you pergi siap-siap sekarang. I jumpa you nanti pukul sepuluh," jelas suara itu di hujung talian.

"Hah, apa cerita dengan dia orang?"

"You turunlah! Nanti kita boleh bual panjang."

Reno menggeleng. Berkeluh keinginannya tidak tertunai.

"Okey, you tunggu, nanti I datang."

Jam di dinding ditujukan pandangan sebaik perbualan dimatikan. Jarum menunjukkan sudah hampir ke pukul sembilan pagi. Dikalihkan pandangan menatap sebentar perempuan yang masih lena itu, membiarkannya, Reno bingkas bangun menuju ke kamar mandi.

Seperti bunga layu disimbah air kembali segar, begitulah tubuh Reno di saat air dingin yang menyimbah bagaikan hujan membasahi tubuhnya yang berketak dan kekar. Kepala yang tadi terasa berat, kini ringan. Muka sembabnya kembali bersinar.

Berdiri menghadap cermin besar yang terlekat di dinding kamarnya, Reno tersenyum melihat dirinya sendiri yang sudah bersiap hendak keluar. Penampilannya, seperti biasa. Gah! Reno mengenyit mata.

'I ada hal sikit. Jumpa lagi nanti, taman indah hatiku.'

Sekuntum mawar merah yang dipetik awal tadi di halaman rumah, bersama kata-kata itu ditulis di sekeping nota kecil. Diletakkan di atas meja samping katil tanpa mengejut perempuan itu yang masih belum lagi tersedar dari lenanya yang panjang.

Reno tanpa lengah meninggalkan rumah agamnya yang tersergam di kawasan Danga. Kereta sport BMW model M6 Convertible warna merah menyala, dipacu. Berdesup ke tempat tujuan penuh gaya.

Santai di satu sudut agak terpencil jauh dari pelanggan-pelanggan yang sedang bersarapan, Sofea seperti sudah tidak sabar ingin bertemu yang dipuja. Jam berjenama Gucci terletak kemas di pergelangan tangan, sekejap-sekejap dijeling. Terasa begitu lambat jarum jam mencecah angka sepuluh.

Sofea berusaha bertenang. Cawan kopi di atas meja yang masih lagi hangat, diangkat. Dirapatkan ke bibirnya yang sederhana tebal.

"Dah lama sampai?"

Hampir tersembur kopi yang sedang dihirup Sofea saat terdengar ada suara garau tiba-tiba menyapa. Suara jantan itu bagaikan dengan sendiri mengangkat mukanya. Sofea mendongak. Tergamam!

"Err.. err... baru juga," tergagap Sofea. Tidak berkedip mata menatap Reno yang tiba-tiba muncul di sisinya.

Tidak dinafikan, sebagai seorang pramugara sambilan, Reno punya susuk yang menarik. Dia punya paras rupa yang bagus. Tinggi, segak, dan raut wajah yang tampan mirip orang Korea serta senyumannya manis. Boleh dikatakan, dia tidak mempunyai apa-apa masalah untuk menundukkan lawan jenis jika mahu.

Sofea memerhatikan Reno melepaskan kacamata hitamnya dan menarik kerusi di hadapan. Berkemeja putih dan dilepaskan tiga butang teratas, mengenakan seluar tempah berwarna hitam dan blazer yang warnanya serupa, kejantanannya bukan sahaja menyerlah, malah menggoda.

"Apa hal dengan 'customer' tu? Apa cerita? Ada yang tak kena ke?" Tanya Reno sebaik melabuhkan punggung. Perlahan mengangkat muka tampannya memandang Sofea. Sinar mata galak. Tajam merenung.

Panjang Sofea menarik nafas. Dalam dihela. Renungan Reno yang tajam, sorot matanya, benar-benar menusuk. Benar-benar membuatkan jiwanya bergelora. Jadi tidak tentu arah Sofea dibuatnya.

"Errr... mereka nak 'shipment' lebih kerap," jelas Sofea. Sinar mata meliar mencumbui raut wajah Reno yang menyerlah kegagahan dan kejantanannya.

Mengangguk ringan, Reno senyum kecil. Rona wajahnya tampak riang. Cafe yang suasanya tenang, dikitari.

"You dah order makan belum?" Tanya Reno sebaik melihat pelayan cafe itu mendekati meja mereka.

"Belum. Tunggu you. I nak makan apa yang you makan."

"Kalau gitu, kenapa minum dulu? Kenapa tak tunggu aja I nak minum apa?" Senda Reno sambil mengenyit mata. Penuh gaya. Sofea tergelak. Manja.

Topik perbualan yang agak penting itu diketepikan sebentar apabila pelayan itu tiba di meja mereka. Disambung sebaik pelayan itu beredar seusai mengambil pesanan.

"Bagaimana Reno, boleh ke you terlayan permintaan mereka?" Tanya Sofea. Sinar mata merisik memandang Reno yang asyik memerhatikan pelayan perempuan itu pergi.

Di kerusi empuk itu Reno menyandar. Telunjuk kanan disinggahkan ke bibir seperti sahaja sedang memikirkan sesuatu. Beberapa detik kemudian, dimajukan wajahnya. Begitu bau jantan Reno menyengat lubang hidung Sofea. Reno membuka mulut. "Tak ada masalah. Itu sebab I nak tambahkan pekerja. Itu sebab I tanya you dah dapat ke belum. I dah tahu ini akan terjadi. Jika kita beri kepuasan kepada pelanggan, mereka pasti tambahkan lagi pesanan. Betul tak?"

Dalam terbuai rasa dengan renungan tajam Reno, Sofea mengangguk setuju. Tidak dapat menafikan apa yang dikatakan Reno itu adalah sesuatu yang benar.

"Untuk cari pekerja tak jadi masalah juga," Sofea menekan. "I boleh cari. Jika kita tawar gaji yang lumayan, siapa tak mahu? Betul tak?"

Manis bibir Reno mengukir senyuman, dengan sendirinya mengajak Sofea turut tersenyum sama. Kembali menyandar, Reno mengangguk. Setuju dengan apa yang baru dikatakan Sofea tadi.

"Jadi, siapa kali ini bakal jadi mangsa?"

"Agak-agak?" Balas Sofea dengan pantas sambil menjulurkan tangan mencapai cawan kopinya.

Reno tidak menjawab. Hanya tersenyum. Memanjang, manis dan menggoda.

"Itu nanti kita boleh lihat, siapa yang kena," sambung Sofea dengan gelak kecil.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.