Home Novel Thriller/Aksi PSIKO
PSIKO
SITI ROZILAH
23/12/2017 20:50:49
37,522
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 7

BAB 7

 

HAFIZ memandu Viva hijau pucuk pisang miliknya menuju keRestoran Bismillah, restoran mamak yang biasa dikunjungi setiap kali hendakbertemu Razman. Dia memandu ke sana dengan tenang kerana keadaan jalanraya yangsudah tidak sesak seperti halnya pada waktu siang. Dalam pada itu, hatinyatertanya-tanya juga siapakah yang akan ditemuinya nanti selain daripada Razman?

Lebih kurang 20 minit kemudian, dia semakin menghampiridestinasi yang sedang dituju. Dia membelokkan keretanya ke kanan lalu memasukisederet kawasan kedai. Dia terpaksa memarkir keretanya agak jauh sedikit keranakesemua petak parkir di depan restoran itu sudahpun penuh.

Sebaik sahaja keluar dari kereta, dia nampak Razmansedang berdiri tegak di depan restoran seolah-olah sedang menunggu seseorang.Man tengah tunggu aku agaknya, bisik hati Hafiz. Dia melangkah pantas menuju kearah kawan satu sekolahnya itu.

“Sampai pun kau!” desis Razman. Hafiz ketawa.

“Kan aku dah cakap nak datang.”

“Kau masuklah dulu. Aku dah ‘cop’ meja biasa, yang kathujung, tu.” Arah Razman.

“Kau? Tak masuk sama?” soal Hafiz.

“Aku tengah tunggu dia orang sampai, ni. Dia orang takbiasa dengan restoran ni.” Beritahu Razman.

“Siapa yang kau tunggu, ni?” Hafiz tertanya-tanya. TetapiRazman tidak mengendahkannya sebaik ternampak kemunculan sebuah Honda Accordberwarna hitam menghampiri kawasan restoran itu.

Mata Hafiz cuba mengintai siapakah gerangannya yangberada di dalam kereta itu tetapi gagal kerana terlindung dek cermin hitamnya.Dia mengambil keputusan untuk menunggu bersama-sama Razman di depan restoranitu. Seperti juga dia, pemandu Honda Accord hitam itu terpaksa memarkirkeretanya agak jauh sedikit daripada restoran.

Kemudian, Hafiz nampak dua orang perempuan melangkahkeluar dari perut kereta lalu menuju ke arah mereka. Dari tempatnya berdiri diatidak dapat mengecam wajah mereka.

“Siapa perempuan dua orang tu, Man?” soalnya ke arahRazman.

Razman menoleh ke arahnya sambil tersenyum sumbing.

“Heh, kalau iye pun sabarlah sikit. Tunggu sampai diaorang datang dekat. Kalau tak kenal jugak, tak tahulah nak cakap.” Kata Razmanyang kelihatan ceria amat.

“Hey, Man! Kita orang dah sampai!” sapa perempuanbertubuh langsing yang kelihatan ayu dengan baju kurung polos rona biru cair.

“Lama ke kau tunggu kita orang, Man? Maaflah, ye.” Temandi sisinya pula bersuara.

“Ah, kau orang berdua punya pasal, sampai esokpun akusanggup tunggu!” sahut Razman sambil berdekah. Kemudian, dia menoleh ke arahHafiz di sisinya.

“Kau orang kenal tak ‘mamat’ ni?” kata Razman sambilmenepuk bahu Hafiz.

Dua pasang mata serentak menjunam ke wajah Hafiz.

“Macam kenal! Awak... Hafiz, kan?” teka Hanna Hanani,ceria.

Hafiz mengangguk. Dia tidak sangka rupa-rupanya malam itudia akan bertemu dengan dua orang teman satu sekolahnya dahulu yang telah lamatidak ditemuinya iaitu Hanna Hanani dan Baizura.

“Hey, Hafiz! Dah lama kita tak jumpa, kan? Tak sangkamalam ni dapat jumpa awak dan Man kat sini.” Baizura memakukan matanya ke arahHafiz.

Hafiz ketawa kecil.

“Ye, memang dah lama tak jumpa. Sejak habis SPM,masing-masing bawa haluan sendiri.” Hafiz bersetuju.

“Takkan kita nak tercegat aje kat depan restoran, ni?Jom!” Razman mendahului teman-temannya melangkah masuk ke dalam restoran. 

 

“KALAU kau orang nak makan, kau orang pesan aje. Janganrisau. Malam ni, Abang Man belanja!” Razman bersuara.

Terburai ketawa dari mulut Hanna Hanani dan juga Baizura.Sementara itu, Hafiz hanya tersengih.

“Ceh! Abang konon! Kau tu muda beberapa bulan dariakulah.” Getus Baizura.

“Ahaks! Terima kasihlah, Abang Man, sebab sudi belanjakita orang makan malam ni. Semoga Abang Man murah rezeki dan cepat dapat naikpelamin.” Hanna Hanani pula bersuara.

“Aminnn!” Razman segera menjawab.

Mereka mula memesan makanan daripada seorang pelayangenit yang muncul di meja mereka. Hanna Hanani dan Baizura masing-masingmemesan satu set roti bakar berserta minuman kegemaran masing-masing. Hafizyang sememangnya masih belum menjamah nasi, memesan nasi goreng Cina bersertasegelas Nescafe tarik. Razman pula teringin hendak makan mi goreng mamakberserta segelas teh ais.

 Setelah sekianlama tidak bersua, masing-masing berebut-rebut hendak bercerita tentang memoridi alam persekolahan. Tentang cikgu-cikgu yang disayangi. Dan juga cikgu-cikguyang tidak berapa disukai. Tidak dilupakan juga tentang teman-teman rapat yangkini sudah bertebaran mengejar impian masing-masing.

“Kau kerja kat mana sekarang ni, Hafiz?” soal Baizurasambil memakukan matanya ke arah jejaka yang duduk bersetentang dengannya.

“Kau pernah baca Majalah Xplor, tak?” Hafiz menyoalbalik. Baizura menggelengkan kepalanya.

“Majalah tentang apa, tu? Bunyinya macam majalah tentangpengembaraan aje?”

Hafiz senyum.

“Haah, dah betullah tu! Aku kerja sebagai wartawan kat sana.Tugas aku ialah pergi ke tempat-tempat yang menarik, ambil gambar dan kemudiantulis rencana untuk dimuatkan dalam majalah ni.” Dia menyelongkar begsandangnya, mengeluarkan senaskhah majalah lalu dihulurkannya ke arah Baizura.

Gadis itu kelihatan berminat.

“Seronoklah kerja kau ni!” Baizura bersuara. Matanyadipakukan lagi ke wajah Hafiz.

Kalau di zaman sekolah dulu, dia langsung tidakmemberikan perhatian kepada jejaka itu. Hafiz dianggapnya sebagai seorang budaksekolah yang suka menyendiri serta membosankan. Tapi setelah 10 tahun kemudian,Hafiz tampil berbeza di matanya. Hafiz kelihatan berkarisma serta mempunyaikerjaya yang menarik.

“Ehem! Kau jangan nak lebih-lebih dengan Si Hafiz tu,Bai.” Tegur Razman.

“Eh, engkau, ni!”

“Dia tu tunangan orang. Hujung tahun ni dia dah nak naikpelamin.” Beritahu Razman.

“Iye, ke, Hafiz? Tahniah.” Ucap Baizura dengan senyumanwalaupun terbit juga secebis rasa kecewa di hatinya tatkala mendengar beritaitu. Aku dah terlambat, bisik hatinya.

“Tahniah, Hafiz.” Ucap Hanna Hanani pula.

“Terima kasih.” Jawab Hafiz. “Insya-ALLAH , sampaimasanya nanti aku bagi kad kahwin pada kau orang semua.”

“Kau orang berdua sebenarnya kenal sangat dengan tunangHafiz ni. Tunangnya kawan satu sekolah kita jugak.” Razman bersuara lagi.

Mata Hanna Hanani dan Baizura terpaku ke wajah jejakaitu. Jelas mereka terkejut mendengar berita itu.

“Iye ke? Siapa?” soal Baizura.

“Maizatul Akma.” Hafiz bersuara.

“Ya, ALLAH ! Maiza rupanya tunang Hafiz!” Hanna Hananiterpekik, girang. “Kita orang pun dah lama tak jumpa Maiza.”

“Lain kali aku bawa dia jumpa kau orang.” Hafiz berjanji.

Kemudian, makanan yang mereka pesan pun sampai. Sambilmakan, mereka menyambung cerita lagi tentang alam persekolahan yang telahditinggalkan dan juga alam pekerjaan masing-masing.

 

PINGGAN yang tadinya berisi makanan kini sudahpun licin.Begitu juga dengan air di dalam gelas masing-masing. Kesemuanya sudah luak.Namun, masing-masing bagaikan tidak sedar akan masa yang berlalu.

“Eh, kau orang nak aiskrim, tak?” soal Razman tiba-tiba.

“Aiskrim? Boleh jugak!” Hanna Hanani menyahut.“Panas-panas macam ni memang sedap kalau dapat aiskrim,” katanya yang memangpenggila aiskrim.

Oleh kerana restoran itu tidak menyediakan hidanganaiskrim seperti di dalam restoran-restoran eksklusif, Razman telah memintadaripada pelayan restoran, satu bekas aiskrim Cornetto serta empat biji mangkukkecil. Memang nikmat dapat mencicip aiskrim yang sejuk dan manis itu tatkalacuaca panas sekarang. Walaupun setelah malam menjelang, bahangnya tetap terasa.

“Apa khabar Rayyan sekarang agaknya, ye?” Tiba-tibaterpacul nama itu dari mulut Razman. “Dia tak ada hubungi kau ke, Hanna?”

“Eh, kenapa aku pulak?” Terkejut gadis itu apabilanamanya dikaitkan dengan Rayyan Firdaus.

“Dulu kan dia minat kat kau?”

Hanna Hanani ketawa kecil. Sekilas kenangan manis dizaman remaja muncul semula di ruang ingatannya. Kali terakhir dia bertemudengan Rayyan Firdaus ialah 10 tahun lalu sewaktu mereka ke sekolah untukmengambil keputusan peperiksaan SPM masing-masing. Jejaka itu sempat memberitahunyayang dia akan mengikut papanya berhijrah ke Kanada. Dia juga bercadang hendaksambung belajar sama ada di Kanada ataupun di Amerika Syarikat.

Selepas itu, hubungan mereka terputus terus. Bagaimanaagaknya Rayyan di luar negara tu?

“Iye ke Rayyan minat kat aku? Setahu aku, Rayyan sukakanAti!”

“Kau biar betul! Rayyan minat kat pompuan terlebih muatan, tu? Hahaha... !” Terpancut ketawa darimulut Baizura. Kemudian, seolah-olah baru tersedar, dia segera menutupmulutnya. Rakan-rakannya yang lain hanya memandang. Suasana sunyi seketikaseolah-olah ada Malaikat menumpang lalu.

“Rayyan memang menaruh minat kat kau dulu, Hanna.” Razmanbersuara memungkas kesunyian yang hadir.  

“Kali terakhir aku jumpa Rayyan semasa kami ambilkeputusan SPM dulu. Lepas tu, aku dah tak jumpa dia lagi. Lagipun dulu bukanmacam sekarang. Sekarang dah ada telefon pintar bolehlah berfacebook, berWhatsApp, berbalas-balasmesej.” Hanna Hanani beralasan.

“Kau tak cuba skodeng Rayyan kat Google? Mana tahu jumpadia kat sana?” soal Razman.

Hanna Hanani jungkit bahu. “Tak teringat pulak nakskodeng dia.”

Baizura menyenggol lengan Hanna Hanani.

“Kau orang jangan tak tahu, Cik Hanna kita ni dah adateman lelaki sekarang. Rayyan dah tak ada dalam hati dia. Faham!” Baizuramembocorkan rahsia Hanna Hanani.

Mata Razman dan Hafiz menjunam ke wajah manis HannaHanani.

“Yelah, si cantik manis mestilah cepat disambar orang.Siapa agaknya lelaki yang bertuah tu?” soal Razman ingin tahu siapakah orangnyayang telah berjaya memikat Hanna Hanani.

Hanna Hanani hanya tersenyum mengulum. Begitu juga denganBaizura. Berahsia nampaknya!

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.