Waktu makan
tengahari itu Hirzan terus hilang selera. Malcom yang
duduk di sebelahnya agak pelik melihat sikap Hirzan itu. Kedua mereka mula
menjadi sahabat sejak hari pertama mereka di hantar masuk ke tempat ini dahulu.
“Kau ada masalah ke? Aku tengok kau
lain macam sahaja hari ini. Sejak dari kita di tahan tempoh hari kau seperti
dalam masalah besar. Hirzan kita sudah ada di sini. Mahu tak mahu kita kenal
sesuaikan diri. Jika kita tak berubah dan tidak boleh terima suratan hidup kita
ini kita akan hadapi masalah yang besar. Untuk bebas Penjara ini hanya ada satu
jalan sahaja.” Mata Hirzan terbuka besar mendengar kata-kata Malcom.
“Cara apa tu Malcom?”
“Mati! hanya apabila kau sudah mati
barulah kau akan di bawa keluar.” Malcom memandang ke lantai.
Dia sendiri tidak tahan tinggal di Penjara ini. Hari ini adalah hari ke tiga dia,
di tempatkan dalam satu sel seorang Perogol Psiko. Dia tidak tahu berapa lama
dia boleh tahan menghadapi lelaki itu. Setiap hari lelaki gila seks itu
memerhatinya dengan penuh nafsu. Malcom terpaksa berjaga sepanjang malam kerana
takut diapa-apakan.
Hirzan duduk tersandar mendengar
kata-kata Malcom itu. Kematian adalah sesuatu yang tidak di inginkan. Dia mahu
terus hidup kerana ada orang yang sedang menunggu kepulangannya. Dia mahu
pulang ke Malaysia untuk bertemu anak dan isterinya. Banyak urusan yang belum
selesai. Dendam yang bersarang di dadanya perlu di lunaskan dahulu.
“Aku belum mahu mati lagi Malcom.
Aku mesti keluar dari penjara ini. Isteri dan Anakku sedang menunggu aku. Aku
mesti terus bertahan.” Malcom memandang sahabat di hadapannya itu.
Petang
itu Hirzan turun ke Padang Riadah dengan hati yang berdebar-debar. Dia tahu ada
seseorang yang mahu bertemu dengannya. Dia tak tahu apa yang lelaki itu
mahukan. Seorang lelaki kurus dan tinggi berjalan ke arahnya.
Lelaki itu kelihatan seperti orang Latin.
“Mari ikut aku…. Tuan Hawk nak jumpa
kau,” ujar lelaki itu dengan nada yang serius.
Hirzan mengerutkan keningnya. Dia
tidak tahu siapa Hawk.
“Minta maaf Encik. Lelaki yang
bernama King yang panggil saya dahulu. Dia yang mahu bertemu saya. Lagi pun
saya tak kenal siapa Hawk itu.”
“Bodoh kau ni! Lelaki yang kau katakan
King itu adalah Tuan Hawk. Sudah! lekas ikut aku,” tegas lelaki Latin tersebut.
Hirzan tiada
pilihan. Dia bangkit dari tempat duduknya. Dia berjalan mengekori lelaki itu. Beberapa banduan memerhatikan
Hirzan. Ah Long hanya memerhatikan
Hirzan dari jauh sahaja.
‘Apa Hawk mahu dari budak itu.’
getus Ah Long dalam hatinya.
Mereka berjalan menuju ke sebuah bilik di
hujung padang. Selepas pintu di ketuk, Hirzan terdengar suara menyuruh dia
masuk.
“Hawk! ini budak yang kau suruh aku
panggil.” sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik itu.
Hirzan melihat lelaki yang mahu
berjumpa dengannya berdiri bersama-sama dengan beberapa orang temannya. Kesemua
lelaki yang berada di dalam bilik itu merenung ke arahnya dengan tajam.
Pandangan yang seolah-olah mahu membahamnya. Hawk tersenyum sumbing ke arahnya.
Dengan tiba-tiba dia menjerit dengan kuat,
“Kerjakan budak itu!” Sebaik sahaja
menerima arahan itu. 4 orang lelaki yang ada berhampiran Hawk menyerbu ke
arahnya.
“Bunuh dia! jangan bagi dia peluang
untuk hidup!” sambung Hawk dengan tawanya.
Hirzan tergamam.
Dia tidak menyangka yang dia akan diserang. Wajahnya pucat melihat 4 orang
lelaki yang bermuka bengis menyerbu ke arahnya. Satu tumbukan yang padu di
halakan ke arah muka Hirzan. Dengan secara sepontan dia mengelak ke kiri.
Tumbukan itu tersasar, penyerangnya terdorong ke hadapan lalu melanggar sebuah
almari tempat simpanan barang. Penyerang Hirzan itu terbaring kerana kesakitan.
Melihat serangan rakannya tidak berjaya dua orang lelaki lagi menyerbu ke arah
Hirzan. Salah seorang dari lelaki itu menumbuk ke arah kepala Hirzan. Hirzan
terperasan serangan tersebut. Dia mengelak seperti serangan sebelum ini. Tiba-tiba
lehernya di rangkul dari belakang. Sebatang lengan yang besar dan padu mengepit
lehernya dengan kuat. Hirzan tergamam dengan serangan hendap itu. Dia cuba
meronta untuk melepaskan diri. Lelaki yang merangkul tengkok Hirzan terus
menguatkan rengkuhannya. Tercungap-cungap Hirzan kerana salur pernafasannya
terhimpit.
“Jangan harap kau boleh terlepas.”
Hirzan
cuba menjerit tetapi suaranya tersangkut di kerongkongnya. Nafasnya terasa
sesak kerana di jerut dengan kuat. Mukanya terbuka dan tercungap-cungap.
“ALLAH sakitnya…” jerit Hirzan.
Rangkulan lelaki kulit Hitam yang
bertubuh besar itu begitu kemas seperti belitan seekor ular sawa. Muka Hirzan
mula kemerahan. Matanya juga kelihatan sudah timbul urat-urat merah. Dia tidak
dapat bernafas lagi. Dalam beberapa detik lagi nyawanya akan melayang.
“Lepaskan dia.” arah Hawk kepada Milky
lelaki kulit hitam yang merangkul tubuh Hirzan itu.
Sebaik sahaja rangkulan tangan yang
besar itu terbuka. Hirzan terus jatuh melorot ke bawah. Dia terbaring dengan
tubuhnya tersentak-sentak seperti terkena renjatan eletrik.
Hawk dan rakan-rakannya yang lain
tersenyum sinis melihat mangsa mereka yang terbaring lemah di atas lantai. Hawk
berjalan menghampiri Hirzan. Tanpa ada rasa simpati sedikitpun dia memijak dada
Hirzan.
Hirzan cuba mengerang kesakitan
tetapi tiada bunyi yang keluar. Serangan tadi benar-benar melumpuhkan dirinya.
Dia tidak mampu berbuat apa lagi.
“Budak! aku tak tahu apa yang kau
dah buat sampai Kapten Edward sakit hati. Aku tak peduli apa masalah antara kau
berdua. Yang aku tahu. Kau mesti mati hari ini. Kesian betul kat engkau ni.
Baru sampai sahaja tempat ini kau akan mati.” mata Hawk bersinar garang.
Hirzan terbaring kesakitan. Dia
terasa seluruh tulang dalam tubuhnya sudah patah-patah akibat di serang
berulang kali. Tiba-tiba terdengar siren berbunyi menandakan masa untuk riadah
sudah tamat. Semua tahanan di minta berkumpul.
“Boss! nampaknya siren dah berbunyi
ni. Kita kena cepat kalau tidak susah kita nanti.” wajah Carlos kelihatan agak
risau.
Hawk
menjadi serba salah. Antara niat mahu membunuh budak itu dan ketakutan jika di
denda nanti. Mereka tahu menjadi satu kesalahan yang berat jika mereka tiada di
tempat yang di tetapkan bila siren berbunyi. Hawk yang baru sahaja berniat
membunuh Hirzan terhenti. Masa yang tidak sesuai menyelamatkan budak itu.
Dengan marahnya Hawk menumbuk ke arah muka dan tubuh Hirzan bertalu-talu.
“Celaka kau! nampaknya kau
terselamat kali. Lain kali kau pasti akan mampus di tangan aku!” luah Hawk
dengan garangnya.
Dengan segera dia bangun lalu
berlari meninggalkan tempat itu. Mereka hanya mempunyai beberapa minit sahaja
untuk berkumpul. Terlambat mereka pasti akan di kenakan hukuman yang berat.
Hirzan
terbaring lemah. Air mata kesakitan mengalir di pipinya. Hanya beberapa saat
sahaja lagi Malaikat maut mahu menjemputnya. Dadanya terasa begitu sakit
sekali. Walaupun serangan itu hanya berlangsung 15 minit sahaja tetapi dia
merasakan cukup lama. Hirzan menarik nafasnya dengan kepayahan. Dia cuba
berdiri. Sebaik sahaja berdiri pandangannya menjadi kelam. Dia terus jatuh
rebah. Siren berbunyi dengan kuat menandakan waktu riadah sudah tamat. 10 minit
kemudian semua banduan di minta berkumpul. Mereka di minta berjalan kembali
masuk ke sel masing-masing. Manakala Pengawal Penjara mula mengira. Dengan
tiba-tiba keadaan menjadi agak kecoh sedikit. Pengawal yang melakukan
pengiraan, mengira berulang kali. Wajahnya kelihatan agak cemas.
“Encik! ada seorang tahanan yang
tidak cukup!”
Sarjan Mike Sloan, merenung ke arah
anak buahnya itu.