Sejak dari kes serangan ke atas Hirzan itu. Pihak
Penjara cuba menyoal siasat siapakah yang melakukan angkara ini. Tetapi
siasatan yang di jalankan itu terhenti separuh jalan. Tiada sesiapapun yang
mahu berkerjasama. Malahan Hirzan sendiri tidak mahu membuka mulut mendedahkan
kejadian itu.
Hawk memerhati
kelakuan orang-orang yang ada di dalam sel T40 itu. Hatinya sakit dan terbakar
melihat kemesraan di dalam sel itu. Dia tahu selepas ini dia pasti sukar untuk
mengapa-apakan budak itu. Sarjan Mike Sloan yang berada dalam Sel Hirzan itu.
Memang di takuti oleh ramai penghuni penjara ini. Lelaki itu adalah
satu-satunya Pengawal Penjara yang jujur dan tidak pernah tunduk pada sebarang
ugutan atau rasuah.
‘Mereka tidak menganggu aku selama
hampir sebulan mungkin mereka takut aku mendedahkan perkara yang
sebenar. Tambahan pula sekarang Sarjan
Mike Sloan telah menjadi sahabat aku. Mungkin mereka risau jika mereka di
tangkap oleh Mike.’ Hirzan membuat kesimpulannya sendiri.
‘Tetapi aku percaya mereka pastinya
tidak berdiam diri. Dendam kesumat mereka pastinya membara sekarang. Aku mesti
lebih berhati-hati.’
Sejak Hirzan tinggal sebilik dengannya Ah Long
telah berubah dari seorang lelaki tua yang pemalas kepada seorang yang menjaga
kebersihan. Dia terasa malu sendiri apabila Hirzan sering membersihkan bilik
sel mereka seorang diri. Malahan Hirzan turut melipat pakaian Ah Long yang di
letakkan merata-rata. Kerana sikap Hirzan yang lemah lembut itu telah mengubah
sikap Ah Long yang keras sebelum ini.
Tepat Jam 11.00 malam semua lampu di dalam sel padamkan. Hirzan merebahkan
dirinya di atas tilam yang keras itu. Dalam beberapa ketika kemudian dia hanyut
di buai mimpi. Keadaan di dalam Block A itu begitu sunyi sekali. Hanya ada dua
orang Pengawal yang sedang bertugas ketika ini. Masa berlalu begitu pantas.
Hawk yang berada di dalam selnya bangun perlahan-lahan. Dari balik jeriji besi
selnya dia melihat jam yang tergantung di dinding berhampirannya.
“Sudah masanya
Carlos! Lakukannya sekarang.”
Carlos bersiul, Tidak lama kemudian dengan perlahan-lahan beberapa
pintu sel bilik banduan terbuka. Termasuk juga sel T40 yang diduduki Hirzan.
Sebenarnya kedua pengawal itu telah menerima arahan langsung dari Kapten Edward
Burn untuk membuka beberapa sel pintu penjara. Keluar 6 orang lelaki. Kesemua mereka berhimpun di depan sel Hawk.
“Bagus! kamu semua sudah bersedia?
Malam ini kita ada kerja yang penting. Pastikan lakukan kerja ini dengan betul.
Jangan ada kesilapan seperti hari-hari sebelum ini,” Dengan pantas mereka bergerak menuju
ke sel T40.
Dengan
perlahan Milky menghampiri katil Hirzan. Dengan tangannya yang besar dia terus
menekup mulut Hirzan. Hirzan cuba menjerit tetapi suaranya tenggelam dalam
pekukkan tapak tangan Milky yang besar itu. Tanpa berlengah lagi mereka terus
mengusung Hirzan keluar dari sel tersebut. Para penjahat itu
membawa Hirzan ke dalam
bilik selenggaraan Dobi Penjara itu.Tubuh Hirzan di usung menuruni tangga dan
bawa masuk ke lorong yang menuju kebahagian selenggaraan Dobi. Sebaik sahaja masuk ke dalam tempat penyelenggaran
itu Hirzan di campak ke arah tong yang besar. Tubuh Hirzan menghentam tong itu.
Dia jatuh bergolek sambil mengerang kesakitan. Tanpa memberi peluang untuk
Hirzan berehat, Milky mencengkam leher Hirzan. Dengan begitu mudah lelaki yang
tinggi hampir 7 kaki itu menjulang Hirzan dengan tingginya. Tercungap-cungap
Hirzan untuk bernafas. Hawk memegang bahu Milky, lelaki itu memandang ke arah
ketuanya.
“Lepaskan dia…” kata Hawk dengan
ringkas.
“Apa khabar budak manis. Aku ada
hadiah untuk kau!.” .“Carlos dan Ben…pukul dia!” arah
Hawk.
Tanpa
berlengah lagi kedua lelaki pengikut Hawk itu melancarkan serangan ke arah
Hirzan. Tumbukan yang di lepaskan tepat kena pada pipi dan mata Hirzan menyebabkan
darah berhemburan keluar dari mulut pemuda itu. Tanpa ada rasa belas kasihan
mereka terus menghujani serangan ke arah Hirzan. Hawk
kemudiannya mencengkam rambut Hirzan. Dia tersenyum melihat muka lelaki itu
sudah pecah-pecah dan berlumuran dengan darah. Dengan segala kekuatan Hawk melepaskan tumbukan ceduk yang
tepat di bawah dagu Hirzan. Anak muda malang itu terus tercampak ke belakang
dengan mulutnya berhemburan darah pekat merah.
“Budak! kau berada di tempat yang
salah. Kau berhutang dengan Tuan Edward. Hari ini aku akan memberi kau satu
hadiah yang tidak akan dapat kau lupakan sepanjang hidup kau. Ianya akan
terpaham dalam lipatan hidup kau selagi kau hidup. Anggap sahaja ini hadiah
pengenalan dari aku.” Hawk memandang Hirzan dengan satu pandangan yang
menghina.
Hirzan
terbaring kaku. Serangan yang di lakukan tadi benar-benar berat. Luka lama
serangan sebelum ini berdarah kembali. Rusuknya yang patah juga telah cedera
kembali. Semua anggota kumpulan Hawk hanya memerhatikan sahaja Carlos membuka
baju pemuda itu.
Sebaik sahaja baju pemuda itu di
buka. Dengan senyuman sinis Hawk memberi arahan pada anak buahnya.
“Albert! lakukan sekarang. Jangan
ambil masa lama sangat.”
Lelaki yang di panggil Albert itu
tersenyum memandang ke arah ketuanya.
“Baik boss!” ada senyum penuh makna
pada wajah lelaki itu.