Home Novel Thriller/Aksi SERINGAI
SERINGAI
#mystrill
21/11/2019 19:04:47
32,429
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5

Michael berjalan perlahan sambil menilai setiap gadis montok yang berbaris di sebelah kanannya. Ada yang berkulit gelap, ada yang cerah. Ada yang berambut panjang, pendek, lurus dan ikal mayang. Kesemua gadis-gadis tersebut berdada besar. Hampir terjojol keluar payudara masing-masing dari singlet tank top dan T-shirt yang dipakai. Mereka senyum menggoda kepada pelanggan tetap Madam Catherine, ibu ayam yang sedang duduk bersimpuh di hujung katil. Michael memilih gadis yang kedua dari kanan, putih melepak dan bermata sepet. Dia mengagak mungkin ayam baru dari tanah besar China. Dia masih menilai yang lain, jika tiada yang berkenan, dia akan beritahu Madam dengan pilihan pertamanya.

Terdapat enam gadis yang sedang tersenyum sambil meliuk-liukkan pinggang masing-masing. Hanya seorang dari mereka, yang berada di hujungbarisan menundukkan kepala dan air muka kelihatan seperti baru lepas menangis. Matanya berkaca dan merah. Hidung dan pipi tembamnya juga kelihatan merah. Michael mendapati gadis comel itu paling kecil saiz tubuhnya di antara mereka semua. Pendek dan montok. Kecur mulut Michael. Dia berpaling ke arah Madam Catherine.

“Kenapa dia nangis?”

“Dia cuba lari siang tadi, boss. Saya sudah ajar sama dia.” Madam menghembus asap rokok. Kemudian dia membebel lagi ke arah gadis tersebut dalam dialek Hokkien.

Michael menguis dagu gadis itu dan mengangkat mukanya. Semakin kuat esakan gadis tersebut. Tatkala melihat wajah comel gadis yang mungkin berada dalam kesakitan, dan bersedih, sesuatu telah bergolak dalam dada Michael. Dan juga di celah kangkangya. Terasa satu sensasi merayap dari kawasan bawah pinggang naik ke dada dan terus ke kepala. Rahang Michael tiba-tiba terasa sengal dan mulutnya kecur. Amoi pilihan pertama terus hilang dari ingatan. Michael harus mengawal nafsu. Ayam-ayam Madam catherine hanya untuk habuan batin bukan untuk diminum atau dimakan. Dia menenangkan raksasa bertaring yang berderam dalam jiwanya. Leher gadis tersebut kelihatan berdenyut-denyut diminta untuk dilahap. Michael menjilat bibirnya.

“Ok, I pilih dia.” Dia menoleh ke arah wanita 50an yang masih kelihatan menawan di sudut katil dan tersengih lebar.

Madam Catherine menepuk tangan dan mengarahkan yang lain untuk keluar dan masuk ke bilik masing-masing. Dia terus mematikan rokok ke dalam ashtray di atas meja di sebelah katil. Lengan gadis yang sedang bersedih tadi dicengkam.

Stop this! You layan dia elok-elok! Jangan malukan Madam!”

It’s ok. Biarkan dia menangis. Ilike that.” Michael menarik tangan Madam.

Madam Catherine tersentak melihat senyuman Michael yang herot dan matanya yang bersinar. Anak mata Michael kelihatan mengembang lebih besar dari biasa. Madam Catherine berdoa dalam hati meminta perlindungan dari Dewi Kuan Yin apabila dia terpandang taring Michael yang kelihatan agak panjang dari biasa menyeringai ke arahnya.

“O-ok. Y-You-You panggil I bila dah siap.” Madam Catherine terus keluar dari bilik meninggalkan Michael dan ayam baru yang diperolehinya dari utara, Pim. Dia mengusap rahangnya sendiri sambil memikirkan tentang taring Michael, kurang pasti tentang saiz normal gigi taring manusia. Berderau darah Madam Catherine. Dia menggeletis dan menggosok tengkuk sambil berjalan laju masuk ke pejabatnya.

“Melutut.” Michael berdiri di depan gadis kenit tersebut. Pim masih teresak-esak dan tidak menurut perintah Michael. Satu pelempang hinggap di pipi gadis kacukan siam itu. Pim jatuh ke lantai. Dia menjerit dan terus menangis dengan lebih kuat. Tangannya menggosok pipi yang pedih. Michael mencengkam kedua lengan Pim dan mengangkatnya bangun.

“Melutut, sekarang!” Bahunya ditekan ke bawah. Pim tak mampu melawan kuderat lelaki India bertubuh sasa itu dan menurut dengan terketar-ketar. Michael meletakkan kedua tangan Pim ke kepala tali pinggangnya. “Bukak.”

*

Keadaan lobi hotel kelihatan agak suram. Suara televisyen menyiarkan drama Mandarin dapat didengar di belakang kaunter utama. Seorang amoi berseluar jeans pendek dan singlet sedang khusyuk menumpukan perhatian kepada hero dan heroin drama tersebut bertikam lidah. Terdapat dua orang lelaki bertubuh sasa sedang merokok dan membaca majalah di sofa di ruang menunggu berhampiran kaunter. Sepucuk Revolver terselit di bahagian depan pinggang masing-masing. Lengan dan leher mereka penuh dicacah tatu naga dan harimau berwarna-warni. Rambut masing-masing berwarna perang berkarat.

Seorang dari mereka memerhati gerak-geri dua orang pelancong Mat Salleh yang baru masuk ke lobi dan terus menuju ke kaunter. Setelah berbincang selama lebih kurang 5 minit dengan amoi tersebut, mereka terus menuju ke lif. Amoi di belakang kaunter mengangkat telefon dan melaporkan tentang dua pelanggan baru yang sedang menuju ke atas. Lelaki-lelaki sasa yang menunggu di sofa kelihatan lebih tenang. Mereka kembali bersandar.

I tell you, mate. The girls here are pretty and clean.” Salah seorang pelancong beria bercerita tentang pengalamannya ke sini dulu kepada rakannya. Tak sabar rasanya untuk menikmati layanan ayam asia tenggara sekali lagi. Rakannya hanya tersengih. Mereka sedang bercuti hanya untuk mencari ayam di Asia. Pekhidmatan seks di negara asal mereka sangat mahal dan susah untuk diperolehi.

What about the girl at the counter? Is she for sale too? She’s cute.” Rakannya bertanya. Amoi penjaga kaunter menarik minatnya.

Nah, man. She’s a staff. There’s more upstairs. Better than her.” Mereka ketawa riang. Nafsu serakah masing-masing sudah sampai ke kepala.

Pintu lif terbuka dan mereka memberi laluan kepada Michael untuk keluar sebelum menaiki lif tersebut. Michael berjalan melepasi kaunter dan memberi senyuman nakal dan mengenyit mata pada amoi bersinglet.

Thank you, Boss.” Amoi tersebut tunduk hormat pada Michael.

Dia sempat mencuri pandang lurah dada gadis Hokkien berkaca mata bingkai tebal dan berambut pendek tersebut ketika Michael mengangguk. Kemudian dia mengangkat tangan kepada dua orang body guard business Madam Catherine sebelum mencapai pemegang pintu kaca lobi hotel. Mereka membalas lambaian Michael.

Keadaan di perkarangan hotel ‘Haven and Earth’ lebih meriah. Bau makanan dari gerai-gerai berhampiran menerobos ke hidung Michael. Ada bau kue tiaw, mee goreng, steamboat dan bermacam lagi, namun langsung tidak membuka selera Michael. Dia hanya dahaga, dan bukan arak, liqour atau minuman lain yang dia dahagakan. Dia mengidam darah sehingga lidahnya boleh merasai besi karat di udara, gusi dan giginya berdenyut. Suasana lorong pejalan kaki riuh rendah dengan suara manusia dan kenderaan yang berada di jalan besar. Keadaan juga terang-benderang dengan warna-warni lampu neon dan kalimantang dari gerai-gerai tersebut. Jam di tangan sudah menunjukkan hampir pukul 11:45 malam. Michael mempercepatkan langkah. Habuan sedang menunggu di kelab Hell Fire.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.