Home Novel Thriller/Aksi RINDU BERDARAH
RINDU BERDARAH
#mystrill
21/11/2019 21:16:22
19,846
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6

Sikap keterujaan yang di tunjukkan Maya sangat-sangat mencuit hati Nisa’. Macam budak-budak!

“Dah, dah lah tu cik Maya oi dok check bilik ni. Tak penat ke kau berjalan ke hulur, ke hilir dalam ni. Aku tengok pun serabut.” Nisa’ yang sedang terbaring melintang di atas katil bersuara. Matanya ralit dengan iPhone nya.

Terhenti Maya hendak meneruskan penyiasatannya ke atas bilik ini. Dia terus duduk di atas kerusi meja solek Nisa’.

“Ish kau ni. Macam tak suka je dapat bilik baru? Dah lah besar gila, siap ada bilik mandi tu! Wei! Tak excited ke?”Maya terlebih excited daripada Nisa’ yang selamba baring dekat atas katil.

“Herm...excited gak. Aku hairan dengan Along, apasal baik gila?” Nisa’ menjawab senada.

“Nis, patutnya kau happy tau dapat layanan baik dari Along. Ni tak, asyik dok fikir kenapa Along lain macam. Mungkin Along kau tu dah berubah pendirian. Dah bertaubat. Dah nak masuk usia senja ni mungkin dia nak kan ketenangan... fikir yang positiflah Nisa’ oi...”

Betul juga cakap Maya. Mungkin Along dah berubah sebab tu lah dia jadi macam hari ini. Jangan ada agenda lain sudah lah.

“Nisa’, kau tak tanya ke dekat kak long kau pasal khemah tu? Ada majlis apa sebenarnya ni.” soalan Maya menerjah masuk ke akalnya yang runsing.

Ye tak ye kan. Ada apa sebenarnya ni? “Nantilah aku tanyakan kak long.” Jawab Nisa’ semula. iPhone nya di letakkan di sebelah, kemudian dia duduk menghadap Maya yang sedang bermain sikat dirambut.

“Maya, laptop kau mana?” Tanya Nisa’. Baru dia teringat, yang laptop dia tertinggal dekat meja makan rumah sewa.

“Ada. Dekat dalam keretalah.” Maya menjawab, tangannya masih lagi setia menyisir rambutnya yang ikal mayang.

“Aku pinjam kejap boleh? Aku punya tertinggallah...” Maya berhenti menyisir rambutnya. Mencerlung matanya memandang Nisa’.

“Kau ni... kalau tak tertinggal barang memang bukan Nisa’ kan namanya. Herm, pergilah ambil dekat dalam kereta. Tempat duduk belakang aku letak.” Nisa’ sudah pun berdiri di hujung katil.

“Thank you Maya...” Nisa’ berlari anak mencapai kunci di meja tulisnya dan keluar.

Maya hanya menggeleng kepala dengan sikap Nisa’ yang ada kalanya lalai. Maya meneruskan penyisiran rambutnya. Cermin bulat yang menjadi tempat dia melihat diri sendiri memancarkan wajah yang indah. Lama dia begitu di depan cermin.

Tok! Tok! Tok! Tok!

Maya berhenti dari menyikat rambutnya. Bunyi tongkat di hentakkan dilantai berbunyi kuat berdekatan dengan biliknya. Sikat di tangan diletakkan semula di atas meja solek. Maya berdiri untuk mendapatkan datangnya bunyi itu.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi tongkat itu makin kuat kedengaran di telinga Maya. Berkerut dahi Maya bila dia mendapati bunyi itu sekitar biliknya. Dia mengikut rentak bunyi itu dari mana. Perlahan langkah kakinya berjalan ke satu sudut bilik ke sudut yang lain.

Sampai sahaja di almari pakaian Nisa’, Maya dapat menebak datangnya bunyi itu. Dalam almari ni? Siapa?

Previous: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill