Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
43,671
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

HALIMtidak menang tangan pada hari itu. Dari awal kedai dibuka, pelanggan tidakhenti-henti datang menghantar pakaian mereka untuk dicuci di kedainya. Sudahsepuluh tahun Halim membuka kedai dobi di kawasan itu. Setakat ini kedainya itutelah mendapat banyak sambutan daripada orang ramai. Terutama sekali yangtinggal di dalam pekan kecil itu.

Halimbersyukur sangat kerana dapat menyara dua orang anaknya dengan hasil usahanyaitu. Selepas Saadiah meninggal dunia, Halim seorang diri bertungkus-lumusmenyara dan menjaga anak-anaknya. Walaupun kakinya kudung sebelah akibatkemalangan jalan raya, itu tidak menghalang Halim untuk terus berusaha dalammemastikan kehidupan anak-anaknya lebih terjamin.

Sudahlima tahun tragedi itu berlalu namun ia tetap segar diingatan Halim. Masihterbayang di kepalanya saat tubuh Saadiah tercampak keluar dari kereta. Darahmerah pekat bercampur air hujan membasahi tubuh isterinya. Saat itulah satulembaga hitam yang berupa seperti seorang lelaki muncul lalu menjilat darahsegar isterinya.

TubuhSaadiah tergoncang-goncang saat lembaga itu menyedut sesuatu keluar daritubuhnya. Halim mahu menyelamatkan isterinya namun dirinya sendiri ketika ituberada dalam keadaan yang parah. Kemudian lembaga itu berpaling ke arah Halim.Sepasang mata merah merenung tajam ke arahnya. Wajah lembaga itu sangat hodohdan hitam rentung. Tubuhnya berasap-asap.

“Akuakan kembali!”

Sejurusitu lembaga itu pun menghilang dalam kegelapan. Halim tersentak. Selepasdaripada itu, keluarganya tidak lagi mengalami sebarang gangguan terutamasekali Azim. Walau bagaimanapun, rasa risau tetap bertandang di hati Halimseandainya satu hari nanti gangguan itu kembali menghantui keluarganya.

 

PINTU kedaiperlahan-lahan terbuka dari luar. Kepala Azim tersembul dibalik pintu. Matanyameliar mencari kelibat Halim. Bibirnya tersenyum lebar apabila Halim tidakkelihatan di kaunter. Seperti seorang pencuri dia masuk ke dalam kedai. Sewaktudia mahu ke kaunter tiba-tiba Halim keluar dari bilik basuhan.

“Barusampai?”

LangkahAzim terhenti. Dia menoleh ke arah Halim sambil tersengih-sengih.

“Pagitadi cakap nak tolong di kedai lepas habis kelas. Ini sampai dah petang barunampak muka. Bukannya jauh pun jarak sekolah dengan kedai ni. Ini tak ada lainpergi merayaplah ni.” Halim membebel.

Azim  masih lagi tersengih-sengih. Sesekali diamenggaru kepala.

“Potongsepuluh persen elaun bulan ni!”

Riakwajah Azim berubah.

“Alah,bah! Kan abang dah datang ni. Takkan kena potong jugak?” Azim tidak puas hati.

“Kaudatang lambat. Potong tetap potong. Sudah! Pergi tukar baju lepas tu tengokkain kat belakang!” arah Halim.

Azimmula membuat muka. Sambil memuncungkan bibir dia ke bilik rehat untuk menukarbaju sekolahnya. Kemudian dia bergerak ke bilik basuhan yang menempatkanbeberapa buah mesin basuh dan mesin pengering baju. Sambil mengomel diamengeluarkan baju-baju yang sudah kering ke dalam bakul. Ini semua gara-garaJalil dan Fuzi yang mengajaknya bermain snookerdi pekan.

 Pintu kedai sekali lagi ditolak dari luar.Seorang wanita sekitar usia awal 40-an masuk ke dalam kedai itu dengan wajahyang ceria. Mata wanita itu meliar mencari seseorang. Bibir mugilnya yang merahmenyala melebar apabila melihat susuk tubuh Halim yang sedang mengosok bajuyang sudah kering.

            “Abang Halimmm,” panggil Zubaidah dengan nada yangmeleret manja.

            Halim terkejut melihat Zubaidah berada di dalam kedainya.Sikit lagi dia hampir membuatkan baju pelanggannya terbakar. Dia memandang anakdara tua itu dengan pandangan yang kurang senang. ‘Hee... dia ni lagi!’ bisikhatinya.

“Kaunak apa, Bedah? Nak hantar baju kotor ke?” tanya Halim dengan nada yang dingin.

Zubaidahmerupakan salah seorang pelanggan yang selalu menghantar pakaian ke kedaidobinya. Wanita itu merupakan anak dara tua yang masih lagi mengekalkan gelaransolo di kawasan perumahan itu. Halim sendiri tidak tahu mengapa Zubaidah tidakpernah berkahwin dan dia sendiri pun tiada masa mahu mengambil tahu tentangwanita itu.

SemenjakHalim membuka kedai dobi di situ, boleh dikatakan setiap hari Zubaidah akanmenghantar pakaian ke kedainya. Halim tidak kisah jika Zubaidah mahumenggunakan khidmatnya mencuci pakaian tetapi yang Halim kisahkan apabilaZubaidah seringkali meninggalkan pakaian dalamnya bersama-sama dengan pakaianyang mahu dicuci. Sudah banyak kali Halim berpesan kepada Zubaidah yang diatidak mencuci sebarang pakaian dalam pelanggannya. Bahkan di luar kedai jugaHalim sudah meletakkan notis dengan jelas agar pelanggan yang menghantarpakaian ke kedainya bersikap lebih peka dalam hal itu.

Tetapiberbeza dengan Zubaidah. Semakin Halim melarang semakin banyak pakaian dalamyang dihantarnya ke kedai Halim. Naik pening Halim dibuatnya dengan perangaianak dara tua itu.

“Apapulak panggil Bedah. Panggil Babylah, abang Halim ni...” balas Zubaidah denganbibir yang muncung.

Meremangbulu roma Halim setiap kali mendengar Zubaidah membahasakan dirinya ‘Baby’kepadanya. Azim yang berada di bilik basuhan sudah tersengih-sengih apabilamendengar suara manja Zubaidah cuba menggoda Halim. Bukannya dia tidak tahuyang Zubaidah sebenarnya mempunyai perasaan terhadap abahnya. Sudah banyak kaliZubaidah memberi signal kepada Halimnamun langsung tidak diendahkannya.

“Bedah,dah berapa kali aku pesan jangan campur adukkan pakaian dalam kau denganpakaian yang nak dicuci. Nah! Ambil balik baju kecil kau ni,” ujar Halimsewaktu mengasingkan pakaian yang mahu dicuci.

“Alah,abang Halim ni. Kat rumah Baby tak ada air sebab itulah Baby hantar ke siniuntuk cuci. Abang jangan lupa cuci sekali, tau! Malam ni Baby nak pakai,” balasZubaidah sambil mengenyit mata. Sempat lagi dia mengambil kesempatan menyentuhtangan Halim.

Halimyang terkejut dengan tindakan Zubaidah itu segera menarik tangannya. “Takkanlahsetiap hari rumah kau tak ada air?” tuturnya.

“Babypenatlah nak basuh. Syif tak menentu. Kerja kat hospital tu sudahlah menimbun.Abang basuhkan, ya?” Balas Zubaidah sambil membuat gaya menggoda di hadapanHalim.

Halimmenggerenyit. Bertambah meremang bulu romanya melihat aksi Zubaidah itu.

“Azim,bawa baju ni ke belakang!” laungnya kepada Azim. Dia tidak selesa berduaandengan Zubaidah lama-lama di situ.

Azimyang bersembunyi di belakang segera mengambil pakaian Zubaidah untuk dibasuh.Dia tersengih-sengih memandang Zubaidah.

“Eh,Azim... tak perasan pulak kau ada kat sini. Rajin kau tolong abang Halim. Takada training ke hari ni?” tanyaZubaidah. 

“Sayadah tak main taekwondo lagilah, kak Baby.” Balas Azim sambil membawa pakaianZubaidah ke tempat cucian.

“Lah,kenapa? Bukan ke kau dan taekwondo berpisah tiada,” ujar Zubaidah.

Azimkeluar dari bilik basuhan sebaik sahaja memasukkan pakaian Zubaidah ke dalammesin basuh.  Dia memandang wajah wanitaitu.

“Kakisaya cedera masa perlawanan yang lepas. Doktor tak bagi saya main taekwondobuat sementara waktu,” beritahu Azim.

MulutZubaidah terlopong. “Betul ke? Habis tu kau okey ke tak dapat main taekwondolagi?”

Azimtersenyum nipis. Tangannya sibuk menulis sesuatu di atas buku resit. Sejujurnyadia sedikit terkilan kerana tidak dapat beraksi di gelanggan taekwondo buatsementara waktu. Tapi dia nak buat macam mana lagi. Doktor telah menyarankannyaagar tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti sukan yang melibatkan kekuatankaki buat sementara waktu jika dia mahu terus berada dalam dunia taekwondo.Terpaksalah Azim makan hati setiap kali melihat rakan-rakan seangkatannyaberaksi di gelanggang taekwondo.

“Sayaokey aje.” Jawab Azim seadanya.

Zubaidahmemandang wajah Azim dengan rasa kasihan. Dia tahu Azim suka sangat bermaintaekwondo. Dia sendiri pernah melihat remaja itu beraksi di gelanggang.Ketangkasan Azim dalam menjatuhkan pihak lawan memang tidak dapat disangkalkanlagi. Kasihan anak ini,’ bisik hatinya.

“Kauada jalani apa-apa rawatan untuk kaki kau tu? Fisio?” tanya Zubaidah lagi.

“Ada.Dua minggu sekali saya kena pergi hospital untuk buat rawatan fisio. Sayaselalu juga buat regangan kecil untuk kuatkan otot kaki ni.”

Zubaidahterangguk-angguk. “Kalau kau perlukan apa-apa beritahu aje Kak Baby. Kak Babyakan bantu kau supaya kau dapat kembali ke gelanggang,” ujarnyabersungguh-sungguh.

“Betulke? Terima kasih Kak Baby,” balas Azim sambil tersenyum lebar.

“Akakni bukan apa, akak suka tengok kau main taekwondo. Kau ada bakat yang bolehpergi jauh. Kau jangan risau. Akak akan tolong kau sampai kau bergelar pemaintaekwondo kebangsaan,” kata Zubaidah lagi.

“Takpayah!” Halim mencelah.

Azimdan Zubaidah tersentak. Mereka menoleh ke arah Halim yang memandang merekadengan pandangan yang kurang selesa.

“Apayang tak payahnya, abang Halim?” tanya Zubaidah dengan mata yangterkebil-kebil.

“Bedah,kau tak payah bagi harapan kat Azim. Aku tak suka dia main taekwondo lagi. Akunak dia fokus dalam pelajaran. SPM pun dah tak lama lagi,” ujar Halim dengantegas.

“Alah,apa salahnya Azim terus bermain dalam taekwondo. Kalau dia dapat jadi pemainkebangsaan, abang juga tumpang glamor,” balas Zubaidah.

“Akutak perlukan glamor tu semua. Aku cuma nak anak aku ni ada masa depan yanglebih terjamin. Masa muda masa sihat bolehlah kau ikut mana-mana pertandingan.Bila kau dah tua badan pula dah mula sakit-sakit, kau rasa orang akan ambil kaulagi ke?”

Azimtertunduk kepala apabila Halim merenung tepat ke matanya. Dia tahu Halim memangtidak suka dia belajar taekwondo. Halim mahu dia tumpukan sepenuhnya perhatian padapelajaran. Walaupun dia banyak mengikuti pertandingan, dia masih tidak lupadengan pelajarannya. Setakat ini belum pernah lagi dia mendapat nombor corotdalam kelas.

“Abangboleh tak jangan sekat impian anak abang. Apa salahnya Azim gapai apa yang diamahukan dalam hidup,” ujar Zubaidah.

“Ahh!Dia anak aku! Aku tahu apa yang terbaik buat anak-anak aku.  Kalau mereka tak dengar cakap orang tuamereka, mereka nak dengar cakap siapa lagi?”

“Anakabang Halim pun anak Baby jugak! Betul tak, Azim?” balas Zubaidah tidak mahukalah.

Merah padam muka Halim apabila mendengarkata-kata Zubaidah itu. Tidak terkata dia dibuatnya. Sementara itu sempat lagiZubaidah mengenyitkan mata kepada Azim. Remaja lelaki itu tersengih-sengih.Bukan mudah untuk mematahkan kata-kata abahnya itu. Selain arwah ibunya, hanyaZubaidah yang berani buat sedemikian.
Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI