Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
43,689
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5

AZIM tekun membacabuletin sekolah di gazebo sambil menunggu Jalil dan Fuzi berjumpa denganjurulatih taekwondo mereka. Sewaktu mereka bertiga hendak ke kantin untukmembeli makanan, Kamarul datang menemui mereka dan menyampaikan pesanan EncikKhairul yang mahu berjumpa dengan Jalil dan Fuzi.

Melihatpada reaksi dua sahabatnya itu tadi, Azim yakin pasti ada kaitan denganperlawanan yang mereka sertai baru-baru ini. Matanya tertancap pada satuartikel yang tertulis pada buletin itu. ‘SYAFIQ TERKELUAR DARI PERLAWANAN AKHIRJUARA TAEKWONDO.’

Azimmelepaskan satu keluhan sebaik sahaja membaca tajuk artikel itu. Dia sudah agakSyafiq pasti memberi masalah kepada sekolah mereka di dalam perlawanan itu. Didalam artikel itu memberitahu, nama Syafiq terkeluar dari perlawanan itu keranadia telah bermain tipu dalam perlawanan sehingga menyebabkan peserta daripadapihak lawan mengalami kecederaan yang serius. Dan ini menyebabkan sekolahmereka dikeluarkan daripada perlawanan tersebut.

Azimmenggeleng kepalanya. Dia melihat gambar wajah hampa Encik Khairul dan bekasrakan sepasukannya di dalam artikel itu. Kalaulah kakinya tidak cedera pastidia sudah bermain dalam perlawanan itu dan pasti sekolah mereka tidak mengalamikekalahan yang teruk. Tetapi... dia yakinkah sekiranya dia yang mengambil alihtempat Syafiq di dalam perlawanan itu, adakah dia boleh memberi kemenangankepada sekolahnya? Sekali lagi Azim melepaskan keluhannya.

“Macammana dengan artikel yang aku tulis tu? Okey tak?”

Azimtersentak. Dia menoleh. Dia melihat Nazura yang merupakan rakan sekelasnyaberdiri di belakangnya. Azim terpinga-pinga seketika. Sebenarnya dia agakterkejut apabila Nazura menegurnya. Seingatnya mereka tidak pernah berbualwalaupun sudah dua tahun mereka sekelas.

“Bolehaku duduk di sini?” pinta Nazura.

Azimterkebil-kebil mata.

“Gazebolain semuanya dah penuh,” ujar gadis itu lagi.

Azimtertoleh-toleh memandang sekeliling. Memang betul gazebo dan bangku yang ada disitu semuanya sudah penuh diduduki pelajar. Kebetulan sekarang ini merupakanwaktu rehat.

“Kalaukau tak selesa tak mengapalah.” Nazura berkira-kira mahu beredar dari situ.

“Er...duduklah!” balas Azim sambil mengensot sedikit memberi ruang kepada Nazura.

Nazurasenyum-senyum siput. Dia pun mengambil tempat dihujung gazebo. Sebelum itusempat lagi dia pelawa Azim sandwich yang dibelinya namun ditolak oleh budaklelaki itu dengan baik. Laju Nazura makan kerana sebentar lagi dia harus kebilik kelabnya. Ada tugasan yang diberikan oleh guru penasihatnya yang mestidiselesaikan.

“Kauke yang tulis artikel ini?” soal Azim tiba-tiba.

Nazuramenoleh. Dia melihat Azim menunjukkan sebuah artikel dari buletin sekolah.Perlahan dia mengangguk kepala.

“Apapendapat kau tentang perlawanan itu? Adakah Syafiq memang layak dikeluarkandaripada perlawanan itu?” soal Azim lagi.

Nazuraberhenti mengunyah. Dia membetulkan seketika cermin matanya yang sedikitterlorot sebelum  memandang Azim.

“Syafiqmemang patut dikeluarkan daripada perlawanan itu. Dari awal permainan dia dahmain tipu. Aku dengar dia siap upah orang supaya mencederakan pihak lawannya.Nasib Syafiq tidak baik apabila pihak penganjur mendapat laporan tentangperbuatannya itu. Kalaulah dia bermain dengan jujur, mesti sekolah kita dahjadi juara.”

Azimtertawa kecil. “Tidak semestinya bila dia bermain dengan jujur sekolah kitaakan menang,” ujarnya perlahan. Wajahnya tampak sinis.

“Kalaumacam tu masa kau jadi juara dulu... kau tak bermain dengan jujur?” soalNazura.

Airmuka Azim berubah. Dia rasa terpukul dengan soalan itu. Jujurkah dia? Atau yangsebenarnya dia juga seperti Syafiq. Dahagakan bergelar juara.

“Akusedikit kecewa bila dapat tahu kau tak ikut serta dalam perlawanan kali ini,”ujar Nazura tiba-tiba.

Azimmenoleh. Dia memandang gadis itu tidak berkelip.

Nazuramelirik ke arah Azim sambil tersenyum manis. “Aku fans kau, tau!” ujarnya lagi.

Terletustawa dibibir Azim. Dia tidak sangka rupa-rupanya Nazura juga meminatinya. BaruAzim perasan yang Nazura sebenarnya sangat petah apabila berbicara. Selama inidia menyangka Nazura seorang yang sombong dan tidak suka berbual. Di dalamkelas, Nazura lebih suka menyendiri daripada berbual dengan rakan sekelasnya.Hanya dengan orang-orang tertentu sahaja Nazura membuka mulut.

Ding!Dong!

Satupengumuman berkumandang melalui corong pembesar suara. Azim dan Nazura tekunmendengar pengumuman yang disampaikan.

“Itusuara kembar kau, kan?” soal Azim.

Nazuramengangguk.

Merekatekun mendengar pengumuman yang disampaikan. Suara Nazira, kembar Nazura sangatsedap didengari sewaktu menyampaikan pengumuman. Azim tersenyum-senyum apabilamendengar suara itu.

 

SEMENTARA itu di biliksiar raya, Nazira baru sahaja membuat pengumuman seperti yang dipinta olehgurunya. Dia menutup segala suis dan berkira-kira mahu ke kantin untuk mengisiperut. Sedari tadi perutnya sudah berbunyi keroncong minta untuk diisi. Sewaktudia mahu keluar dari bilik itu tiba-tiba dia disergah oleh seseorang.

            “Bah!”

            Terperanjat Nazira dibuatnya apabila Amira, Nadia danAnis muncul di balik pintu. Sikit lagi jantungnya nak gugur. Dengan wajah marahdia mencubit lengan rakan-rakannya.

            “Kau orang nikan buat aku terkejut ajelah. Nasib baikjantung aku tak gugur tadi,” marahnya.

            “Kalau gugur kutiplah balik lepas itu gam bagi lekat.”Amira mengusik. Nadia dan Anis sudah tergelak-gelak.

            “Kau ingat jantung aku ni diperbuat daripada kertas?”Nazira menjegilkan matanya.

            “Alah, kami gurau aje. Janganlah marah,” ujar Nadia.

            “Maunya aku tak marah. Dahlah perut aku tengah lapar.Kang makanan kat kantin habis, kau orang aku telan!” Nazira menjegilkanmatanya.

            Amira, Nadia dan Anis saling berpandangan. Bibir merekaturut menguntumkan senyuman lebar.

            “Tadaa! Nah. Kita orang ada belikan kau sandwich dan air kotak,” kata Anis pulasambil menghulurkan sandwich tuna danair kotak strawberi kepada Nazira.

            “Wahhh! Thanksuols. Tak payahlah aku bersesak-sesak kat kantin lagi,” ujar Nazira denganrasa terharu.

            Dengan lahapnya dia makan sandwich tuna itu. Perutnya memang betul-betul lapar.Rakan-rakannya hanya tergeleng kepada memandangnya. Tidak lama kemudian Naziratersandar kekenyangan di tepi tingkap. Dia menghabiskan sisa air kotaknyasebelum dibuang ke dalam tong sampah.

            “Eh, itu bukan Azim dan Nazura ke?” ujar Nadia tiba-tiba.

            Nazira segera berpaling. Dia melihat Nadia menundingkeluar tingkap. Lantas dia mendapatkan rakannya itu.

            “Mana Azim? Mana dia?” tanya Nazira dengan gelojoh.

            “Itu hah, di gazebo!”

            Nazira mencerunkan pandangannya. Matanya terbeliak apabilamelihat Azim sedang berbual-bual dengan kembarnya, Nazura di gazebo. Bukan mainlebar lagi senyuman Azim ketika itu. Begitu juga dengan Nazura. Tiba-tiba hatiNazira terasa pedih. Sakitnya tidak terkata. Dia tidak suka melihat Nazuratersenyum kepada Azim. 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI