Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
36,298
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

Masakini

“HIYAKKK!”

SEORANGremaja berusia 17 tahun berteriak sebelum menjatuhkan pihak lawan sehinggamembuatkan lawannya itu tersungkur di atas lantai yang dilapik dengan tikartatami. Pihak lawan mengerang kesakitan.

Azimmerengus dengan kasar. Tali pinggang taekwondo yang melurut dibetulkan baginampak elok. Dia melirik ke arah lawannya sambil membuat isyarat supaya bangunnamun lawannya itu menggeleng kepala sambil membuat muka seperti berada dalamkesakitan.

Azimmenanggalkan helmet pelindung kepala lalu dicampaknya ke lantai. Wajahnya yangberkilat dengan peluh dan minyak tampak serius. Matanya terjegil memandanglawannya.

“Bangun!”jerkahnya.

“Abang,saya dah tak larat,” ujar lawannya yang juga merupakan junior Azim di dalam kelab taekwondo itu.

“Akucakap bangun!” teriak Azim lagi seraya menarik kolar baju juniornya.

Dalamterpaksa junior yang bernama Kamarulitu terpaksa berdiri. Air mata sudah bertakung di kelopak mata. Sempat lagimatanya melirik ke arah rakan-rakannya yang sedang berdiri di tepi dindingdengan kepala diletakkan ke lantai manakala kaki dinaikkan ke atas. Kesemuamereka itu didenda oleh Azim kerana tidak dapat menewaskannya dalam latihantaekwondo pada hari itu. Kelihatan Jalil dan Fuzi yang merupakan sahabat baikAzim juga senior dalam kelab taekwondoitu sedang mengawasi rakan-rakannya daripada culas dalam menjalani hukuman.

“Akunak kau jatuhkan aku,” ujar Azim.

Kamarulmenggeleng kepala. Dia tidak berani menjatuhkan seniornya yang bertubuh sasa itu. Padanya, Azim terlalu handal untukdikalahkan. Tambahan pula dia sangat kagum dengan Azim yang telah menjuaraibanyak pertandingan taekwondo yang disertainya. Nama Azim tidak asing lagidalam sukan taekwondo bagi kategori bawah 18 tahun sampaikan ada yang mahumengambil Azim menjadi model bagi majalah sukan. Dia juga turut ada mendengardesas-desus mengatakan yang Azim bakal bermain dalam pasukan negara untuk sukantaekwondo.

Namunitu dahulu sebelum Azim mengalami kecederaan sewaktu dalam pertandingantaekwondo peringkat negeri baru-baru ini. Doktor yang merawat memberitahu ACL  atau anteriorcruciate ligament pada lutut Azim terkoyak. ACL sangat penting untukkestabilan sendi lutut. Ia berfungsi untuk mengawal pergerakan sendi lutut yangmelampau.

Selainitu Azim juga mengalami patellofemoralsyndrome di mana berlaku pergerakan berulang di antara tulang lutut dantulang pahanya sehingga mengakibatkan tisu di bawah tulang lutut rosak lalumenyebabkan lututnya menjadi sakit. Prosedur pembedahan terpaksa dilakukan padalututnya bagi membaiki tisu yang koyak.

Olehsebab itu, Azim telah dilarang daripada menyertai mana-mana pertandingantaekwondo buat sementara waktu sehinggalah kakinya benar-benar sembuh. Diaharus menjalani rawatan rehab dan fisioterapi sekiranya dia mahu kembaliberaksi di gelanggang taekwondo.

Azimsangat terkesan dengan kemalangan yang menimpanya itu. Dia tidak boleh terimaapabila namanya terkeluar daripada pertandingan taekwondo di peringkatkebangsaan dan diganti dengan nama seseorang yang sangat dibencinya. Olehkerana berasa marah kerana tidak dapat beraksi di gelanggang taekwondo, Azimtelah melepaskan kemarahannya itu kepada juniornya.

“Pukulaku! Balas tendangan aku!” jerit Azim lagi sambil melayangkan kakinya ke perutKamarul.

Kamarulterundur ke belakang beberapa kali. Perutnya terasa senak. Budak lelaki berusia15 tahun itu mula menangis kerana berasa takut. Azim mendengus apabila Kamarultidak mahu mengikut arahannya. Lalu dia pun menjadikan budak lelaki itu sebagaibeg tinjunya untuk dia melepaskan segala rasa terbuku di hati. Kamarulmengerekot di lantai apabila Azim berterusan membelasahnya. Sesekali kedengaransuara Azim memaki hamun.

Jalildan Fuzi berasa tidak senang hati apabila melihat Azim seperti orang gilabelasah Kamarul. Lantas mereka pun cuba menenangkan Azim namun tidak berjaya.Azim semakin galak memukul Kamarul sambil menghamburkan kata-kata caci danhina. Tiba-tiba pintu kelab itu terbuka. Muncul Encik Khairul, jurulatih kelabtaekwondo itu bersama beberapa orang pelajar kelab itu di situ.

“Berhenti!”jerit Encik Khairul sehingga ke puncak suara.

Jalildan Fuzi yang cuba menenangkan Azim terus berdiri kaku. Pucat lesi wajah merekaketika itu. Mereka menelan air liur apabila mata helang Encik Khairul merenungmereka. Encik Khairul mendapatkan Azim yang masih lagi membelasah Kamarul.Tanpa memberi amaran, Encik Khairul menarik tubuh Azim menjauh dari Kamarulsebelum dia menghumban Azim ke lantai.

MataAzim berpinar-pinar apabila kepalanya terhantuk ke lantai. Dia terkejut apabilaEncik Khairul tiba-tiba sahaja melambung tubuhnya ke udara sebelum dihumban kelantai. Encik Khairul memeriksa keadaan Kamarul. Budak lelaki itu tidaksedarkan diri. Hidungnya patah dan berdarah. Bibirnya pula pecah. Encik Khairulmenggeleng kepala. Azim!!! jerit hatinya.

“Kamuyang kat dinding tu, sampai bila nak berdiri macam itu? Bawa kawan kamu ini kebilik kesihatan!” arah Encik Khairul kepada tiga orang pelajar lelaki yangsedang berdiri dalam keadaan yang terbalik.

Tigapelajar itu pun menurunkan kaki mereka. Terkocoh-kocoh mereka membawa Kamarulyang pengsan ke bilik kesihatan. Kemudian jurulatih itu bangun dari atas badanAzim. Dia memandang Azim dengan renungan yang bengis.

“Apayang kamu cuba buat, hah? Tunjuk protes?” soal Encik Khairul dengan nada yangdingin.

Azimtidak membalas. Dadanya berombak ganas. Matanya mencerlung tajam memandang satuwajah yang ada di situ. Syafiq! Hatinya sakit melihat senyuman sinis Syafiq. Musuhnombor satunya di dalam kelab taekwondo itu.

“Kamudengar tak apa yang saya cakapkan ni, Azim? Kenapa kamu belasah Kamarul? Kalauapa-apa terjadi pada Kamarul, kamu nak bertanggungjawab?” Marah Encik Khairuldengan wajah yang bengis.

Azimtetap sama seperti tadi. Diam membisu. Rahang pipinya tergerak-gerak menahanamarah.

 Siapa yang benarkan kamu masuk ke bilik ini? Jalil!Fuzi!” Sergah Encik Khairul kepada Jalil dan Fuzi. Dia menoleh ke arah duaremaja itu.

Jalildan Fuzi tertunduk. Terkulat-kulat mereka dibuatnya apabila direnung olehjurulatih mereka. Encik Khairul bercekak pinggang sambil menggelengkan kepala.Dia kembali menghadap Azim.

“Kamutahukan yang kamu tidak boleh ikuti latihan sehingga kaki kamu betul-betulsembuh. Kenapa susah sangat nak dengar cakap saya? Kamu tak nak kembali kegelanggang semula ke, hah?” bentak Encik Khairul lagi.

“Kakisaya dah baik. Saya dah boleh kembali ke gelanggang perlawanan. Coach, masukan nama saya untukperlawanan bulan Mac nanti,” balas Azim seraya bangkit menghadap jurulatihnya.

“Kamuingat semudah itu? Saya tetap tidak akan membenarkan kamu ikut serta dalamperlawanan itu. Pihak sekolah dah bersetuju untuk menghantar Syafiq sebagaiwakil sekolah kita. Kamu suka atau tidak... keputusan ini adalah muktamad!”

“Sayatetap tidak setuju! Syafiq suka main kotor. Coachnak ke sekolah kita kalah disebabkan mamat tu?” bentak Azim sambil mengerlingke arah Syafiq.

“Hei,Azim. Kau cakap baik sikit, ya!” jerkah Syafiq dengan wajah merah padam.Dirinya tergugat apabila Azim memperkecilkan dirinya di hadapan jurulatihmereka.

“Memangbetul pun!” balas Azim dengan nada yang tinggi. Matanya terjegil memandangSyafiq.

Syafiqmahu melayangkan penumbuknya namun dihalang oleh rakan-rakannya.

EncikKhairul mengetap bibir kuat-kuat. Besar-kecil besar-kecil dia melihat Azim danSyafiq ketika itu. Untuk membuktikan kepada Azim yang dirinya masih belum bolehkembali ke gelanggang perlawanan, Encik Khairul pun menendang lutut Azim. Azimyang tidak sempat berbuat apa-apa terus jatuh terduduk. Dia mengerang kesakitansambil memegang lututnya. Bibir Encik Khairul meleret sinis.

“Inikamu kata dah sembuh? Saya baru tendang sikit kamu dah meraung semacam. Azim,kamu rasa bila kamu masuk perlawanan itu, kamu boleh menang ke? Dengan keadaankaki kamu ini?”

Azimterdiam. Dia tidak dapat menjawab soalan itu. Kata-kata jurulatihnya itubermain di kepalanya. Mampukah dia bertanding dengan keadaan kakinya yang masihtidak sembuh lagi? Air mukanya berubah muram. Pandangannya mula kabur dek airmata yang bertubir di kelopak mata. Azim mengetap bibir kuat-kuat.

EncikKhairul bertinggung di hadapan Azim. Kali ini dia memandang remaja itu denganpandangan yang redup.

“Azim,kamu tahu tak yang kamu antara pelajar kegemaran saya. Apa yang kamu tonjolkansekarang ini bukanlah diri kamu yang sebenar. Ya! Saya tahu kamu memang sukabuli kawan-kawan kamu tetapi tidaklah sampai mencederakan mereka. Bahkan bilakamu nampak mereka dibuli oleh rakan yang lain, kamu sendiri yang back up mereka. Apa yang kamu lakukanterhadap junior kamu tadi merupakansatu kesalahan. Kamu lepaskan rasa marah kamu kepada mereka. Kamu rasa betul kecara kamu itu?” ujar Encik Khairul.

Azimtertunduk. Perlahan dia menggelengkan kepala. Menyedari akan kesilapannya itu.Benar! Dia melampiaskan rasa amarahnya itu kepada mereka yang tidak bersalah. Diatidak dapat menerima kenyataan yang dirinya tidak dapat menyertai sebarangperlawanan lagi. Terbayang di matanya wajah Kamarul yang bengkak-bengkak dekdibelasahnya.

“Kamubukannya dibuang terus daripada menjadi seorang pemain taekwondo. Kamu cubadiberhentikan sementara waktu sehinggalah kaki kamu betul-betul sembuh. Masa tukamu nak lawan sehingga keluar negara pun saya tak kisah. Tapi bukan sekarang!Kamu fokuskan pada rehab kamu. Bila kamu dah bersedia, bila-bila masa sahajakamu boleh jumpa saya,” kata Encik Khairul lagi.

            Kata-kata Encik Khairul itu memberi kesan yang amat dalamdi hati Azim. Dia bukannya tidak boleh beraksi di gelanggang taekwondo buatselama-lamanya. Dia cuma perlu bersabar sedikit buat sementara waktu. Azimtelah menanam tekad di hati. Dia akan menjalani rawatan rehab dan fisioterapibagi memulihkan semula lututnya yang cedera itu. Dia yakin, satu hari nanti diapasti dapat beraksi kembali di gelanggang taekwondo.

            Beberapa hari kemudian, Azim bertemu dengan Kamarul yang yangbaru pulang dari hospital. Azim melihat hidung Kamarul yang masih berbalut. Diarasa bersalah kerana telah menyebabkan tulang hidung budak lelaki itu patah.Manakala Kamarul pula berasa terkejut apabila Azim sanggup mencarinya sehinggake rumah.

            “Aku... aku nak minta maaf,” ucap Azim dengan perlahan.

            Kamarul terkesima. Dia tidak menyangka Azim mencarinyasemata-mata kerana mahu meminta maaf darinya. Kamarul terkebil-kebil matamemandang Azim.

            “Aku juga nak berterima kasih kepada kau dan yang lainsebab tak beritahu pihak sekolah perkara yang sebenarnya. Sekali lagi aku nakminta maaf kat kau dan yang lain,” ujar Azim lagi.

            “Saya tak mahu panjangkan hal itu,” balas Kamarul.

            Azim terdiam. Sebelum pulang dia sempat menghulurkan satubungkusan beg plastik kepada Kamarul. Kamarul membuka bungkusan itu. Diaterkejut melihat sebuah helmet pelindung kepala yang Azim sering gunakansewaktu bertanding. Kamarul tahu Azim sangat sayangkan helmet itu. Helmetpelindung itu dihadiahkan oleh seorang pemain taekwondo antarabangsa kegemaranAzim. Kamarul memandang Azim.

            “Inikan helmet kegemaran abang...”

            Azim mengangguk sambil tersenyum.

            “Aku hadiahkan kau helmet itu,” jawabnya.

            Bulat mata Kamarul dibuatnya. Dia tidak percaya Azimsanggup menghadiahkannya helmet tersebut. Bukan main suka lagi budak lelaki itumembelek helmet itu. Kemudian Kamarul memandang Azim yang masih lagi tercegatdi situ.

            “Abang dah tak jointaekwondo lagi ke?” soalnya. Dia berasa kesal apabila mendengar berita Azimkeluar dari kelab taekwondo sekolah mereka.

            Azimhanya tersenyum sahaja. Satu hari nanti dia pasti akan kembali beraksi digelanggang taekwondo. Itu azamnya! 
Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI