Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
43,689
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
PROLOG

“ARGHHH!”

            Satu jeritan yang nyaring kedengaran dari salah sebuahrumah yang terdapat di dalam kampung itu. Jeritan itu memecahkan suasana sunyimalam. Di dalam sebuah bilik kelihatan seorang perempuan muda terbaringkesakitan di pembaringannya. Wajahnya lencun basah dek peluh. Sesekalitangannya memegang perutnya yang besar itu. Kedua belah kakinya yang putihterkangkang luas. Kain batik yang dipakainya sudah basah dengan air ketuban dandarah.

            “Arghhh! Sakittt!” jerit perempuan itu lagi.

            Seorang perempuan tua masuk ke dalam bilik itu bersamabeberapa helai kain di tangannya. Perempuan tua itu menyelak kain batikperempuan muda itu. Wajahnya tuanya tampak keruh.

            “Dara, teran lagi! Kepala bayi sudah kelihatan!” tekanMak Som, bidan kampung itu.

            Dara menjerit kuat sewaktu cuba meneran. Nafasnyatercungap-cungap. Dia menangis teresak-esak apabila bayinya masih lagi tidakmahu keluar. Bibirnya menjerit memanggil satu nama berulang-kali.

Sementaraitu di luar bilik, seorang lelaki muda kelihatan resah sedari tadi. Wajahnyatidak kelihatan jelas kerana ditutup separuh dengan kain. Lelaki itu tidaksenang duduk apabila mendapat tahu Dara bakal melahirkan anak yangdikandungnya. Mujur sahaja petang tadi dia tergerak hati mahu menghantarmakanan ke rumah Dara, jika tidak pasti dia sendiri tidak tahu Dara hendakbersalin. Apabila melihat Dara sudah mengerang kesakitan lantas dia memanggilbidan di kampungnya untuk membantu Dara bersalin.

Lelakiitu menjengah ke jendela yang terbuka. Malam itu cuaca terasa berbahang sekali.Satu angin pun tidak berasa di tubuh. Matanya tertala ke arah rumah-rumahpenduduk kampung di situ. Hampir kesemuanya bergelap dan sunyi. Sayup-sayupkedengaran suara tangisan diiringi bau busuk yang ditebarkan oleh angin.

Lelakiitu mengeluh. Setiap hari ada sahaja kematian yang terpaksa mereka iringi ketanah perkuburan. Raungan dan tangisan pilu sudah lali di telinga lelaki itu.Ibu bapanya sendiri antara yang terkorban gara-gara terminum air disatu-satunya perigi yang terdapat di kampung mereka. Air di perigi itumerupakan sumber utama bagi penduduk kampung itu selain air sungai yangterdapat di situ. Sesiapa yang terminum air di perigi itu akan mengalamikeracunan yang membawa kepada kematian. Sungai yang merupakan salah satu lubukrezeki penduduk kampung itu juga turut menjadi hitam dan berbau busuk sehinggamenyebabkan ikan-ikan di situ mati.

JeritanDara dari dalam bilik menyentak perasaan lelaki itu. Hatinya jadi sebak apabilamengenangkan nasib malang yang menimpa gadis itu. Jika bukan disebabkan sikeparat itu telah mengguna-gunakan Dara pasti gadis itu tidak akan menanggungkesakitan itu seorang diri. Dalam hati sempat lagi lelaki itu mengutukseseorang yang amat dibencinya.

Tiba-tibakedengaran suara tangisan kecil dari bilik Dara. Tidak lama kemudian Mak Somkeluar dari bilik bersama seorang bayi yang sudah dibalut dengan kain batik.Mak Som menyerahkan bayi itu kepada lelaki di hadapannya.

“Daraselamat melahirkan seorang bayi lelaki,” ujar Mak Som.

Lelakiitu menyambut bayi dari tangan Mak Som. Matanya berkaca saat memandang wajahcomel itu. Satu senyuman lebar terukir di bibir yang bertutup dengan kain.

“Macammana dengan Dara?” soal lelaki itu.

“Darasedang berehat. Dia berada dalam keadaan yang baik. Kasihan. Dia telahmenggunakan banyak tenaga untuk melahirkan anak ini,” jawab Mak Som.

“Izinkanaku melihat dia sebentar,” pinta lelaki itu. Dia ingin melihat wajah yang telahmencuit hatinya dari dahulu lagi.

“Akurasa biarlah Dara berehat dahulu. Lagipun... aku rasa lebih baik kau pergisekarang, Samsuri,” ujar Mak Som.

Lelakiyang dipanggil Samsuri memandang wajah Mak Som. Hatinya seakan sudah dapatmenduga apa yang perempuan tua itu mahu sampaikan.

“Akuakan bawa anak ini bersama Dara. Anak ini memerlukan ibunya.”

“‘Dia’tidak boleh tahu tentang kewujudan anak ini. Tamar sudah berpesan. Sebaiksahaja Dara selamat bersalin, anaknya harus dibawa keluar dari pulau ini!” tegasMak Som.

Samsuritertunduk. Matanya sekali lagi memandang bayi comel di dalam kendungannya.Tidak tergamak dia memisahkan anak itu dari ibunya. Anak itu tidak berdosa.Dara juga tidak bersalah. Apa yang berlaku semuanya disebabkan si keparat itu.Tiba-tiba angin malam bertiup lalu membawa satu bau yang sangat busuk. WajahMak Som yang disimbahi cahaya api lampu pelita kelihatan keruh. Matanyaterbeliak luas.

“Lebihbaik kau pergi sekarang! Pergi!” gesa Mak Som sambil menolak tubuh Samsurisupaya keluar dari rumah itu.

Samsuritiada pilihan lain lagi. Dia harus membawa keluar bayi itu dari kampung itusebelum terlambat. Tetapi kepada siapa dia harus menyerahkan anak itu? Samsuriberpaling ke arah Mak Som.

“Tolongjagakan Dara. Aku akan kembali selepas menyerahkan bayi ini kepada Attar!” Entahmacam mana mulutnya menyebut nama seseorang.

Samsuripun berlari meredah kegelapan malam. Tangannya erat mengendong anak Dara. Diaakan pastikan anak itu berada di tangan yang selamat. Sewaktu Samsuri melaluikawasan kampung dia melihat mayat-mayat orang kampung bergelimpangan di atasjalan. Mayat-mayat itu tidak diuruskan dengan baik dan hanya ditutup denganpelepah-pelepah daun sahaja. Penduduk Kampung Setanggi yang masih ada sudahpatah semangat apabila kematian di kampung mereka semakin hari semakinmeningkat.

            Samsuri berasasebak apabila mengenangkan musibah yang menimpa kampungnya. Mungkin ini adalahbalasan atas kesilapan mereka dahulu. Dengan air mata yang bercucuran diameneruskan perjalanannya untuk bertemu dengan Attar di Kampung Muhibbah. Hanyalelaki itu sahaja yang boleh melindungi anak Dara.

            Sejurus Samsuri meninggalkan Kampung Setanggi sesuatutelah berlaku di rumah Dara. Rumah peninggalan orang tua Dara itu sepertidilanda oleh sang garuda. Pintu dan jendela terbuka tutup dek ditiup angin yangkencang. Yang peliknya hanya rumah Dara sahaja yang dilanda ribut sedangkanrumah-rumah yang lain tidak berlaku apa-apa.

            Di tengah hutan kelihatan sebuah sumur tua yang sangatlama dan buruk tiba-tiba mengeluarkan darah yang membuak-buak. Kemudian kedengaranraungan yang menyeramkan dari dalam sumur berdarah itu.

           

MALAM itu Attar danorang-orangnya keluar dari pulau itu. Pulau itu sudah tidak selamat untuk merekadiami lagi. Musibah yang menimpa penduduk Kampung Setanggi mula merebaksehingga ke kampung mereka. Sudah ada beberapa orang penduduk Kampung Muhibbahyang mati akibat terminum air di perigi kampung mereka.

Attarsendiri tidak pasti bagaimana sumber air mereka turut tercemar seperti yangterjadi di Kampung Setanggi. Air sungai pula menjadi hitam, kotor dan berbaubusuk. Pada mulanya mereka dapat bertahan dengan bergantung pada air hujannamun lama-kelamaan hujan pun tidak lagi turun membasahi tanah. Habis semuatanaman mereka rosak dek cuaca kering yang melampau. Anak-anak kecil kelaparanapabila susu ibu mereka turut menjadi kering.

Siapayang kuat imannya berterusan memohon pertolongan dari pencipta mereka manakalayang lemah imannya mengambil jalan singkat dengan meminum air yang tercemar itudemi menghilangkan dahaga mereka. Begitulah yang terjadi kepada pendudukKampung Setanggi. Dari hari ke hari ada sahaja berita kematian yang merekadengar dari kampung itu.

Sebabitulah Attar mengambil keputusan untuk membawa penduduk Kampung Muhibbah keluardari pulau itu. Dia khuatir lama-kelamaan iman mereka menjadi nipis dek musibahyang melanda pulau itu.

Satudemi satu penduduk Kampung Muhibbah mula meninggalkan kampung mereka. KeluargaAttar antara yang terakhir keluar dari kampung itu. Dalam perjalanan menuju kepantai tiba-tiba seseorang telah menahan mereka. Attar dan adiknya,  Mutalib terkejut apabila seorang lelaki bertutupseparuh muka dengan kain menghampiri mereka. Mereka sangat mengenali lelaki itu.Samsuri!  

“Samsuri,apa yang sudah terjadi pada kau?” soal Attar apabila melihat tubuh lelaki itupenuh dengan luka-luka.

            “Attar, tolong aku...” pinta Samsuri dengan nafas yangtercungap-cungap. Sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Muhibbah dia telahdiserang oleh sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apa benda itu. Benda ituseakan-akan mahu membunuhnya. Mujur sahaja dia sempat melarikan diri.

            Mutalib yang berada di sebelah abangnya melihat Samsuri sedangmengendong sesuatu dalam bungkusan kain batik. Samsuri segera menyerahkanbungkusan itu kepada Mutalib. Mutalib pun mengambil bungkusan itu. Dia danAttar terkejut melihat isi di dalam bungkusan kain itu. Seorang bayi baru lahirsedang nyenyak tidur. Mereka kembali memandang Samsuri. Menuntut penjelasandaripada lelaki itu.

            “Ini anak Dara,” ujar Samsuri apabila menyedari akanmaksud pandangan itu.

            “Anak Dara? Anak dia bersama...” Attar tidak meneruskanayatnya. Matanya bulat memandang Samsuri.

            Samsuri mengangguk.

            “Aku tahu kalian mahu keluar dari pulau ini. Tolong...tolong bawa sekali anak ini keluar dari sini. Aku merayu,” ujar Samsuri lagi.

            “Macam mana dengan kau? Mari ikut kami sekali,” kataAttar.

            “Aku akan keluar dari pulau ini selepas keadaan Darapulih. Dia masih tidak dapat melupakan ‘orang’ itu,” balas Samsuri denganperlahan.

            Attar terdiam. Dia faham akan maksud kata Samsuri itu.Dia tidak menyalahkan Dara kerana gadis itu tidak sedar apa yang telah terjadidirinya. Jampi yang Aduka lakukan ke atas Dara terlalu kuat sehingga membuatkangadis itu hilang kewarasannya.  

            Tiba-tiba angin malam membawa satu bau yang sangat busuk.Perasaan Samsuri mula dihurung rasa kurang enak apabila terhidu bau busuk itu.

            “Aku harus kembali ke Kampung Setanggi. Dara dalambahaya!” ujarnya seraya meninggalkan Attar dan Mutalib.

            “Tunggu!” laung Attar. Namun laungan langsung tidakdiendahkan. Dia mengambil keputusan untuk mengekori Samsuri tetapi dihalangoleh Mutalib.

            “Kita mesti tinggalkan pulau ini sekarang juga!” gesaMutalib.

            “Aku harus membantunya!” tegas Attar.

            “Tapi, bang...”

            “Kau bawa keluarga kau keluar dari pulau ini sekarangjuga! Ingat! Jumpa Imam Malik di Pulau Pemanggil!” tegas Attar lagi. Tanpamenanti jawapan daripada Mutalib dia pun mengejar jejak Samsuri yang semakinmenjauh.

            Mutalib tiada pilihan lain. Dia terpaksa membawakeluarganya keluar dari situ. Tanpa dia sedari itulah kali terakhir dia melihatabangnya. Sebaik sahaja mereka tiba di pantai tiba-tiba berlaku satu gegaranyang amat kuat. Mutalib dan ahli keluarganya panik apabila pulau itu tiba-tibabergoncang kuat. Ribut taufan melanda pulau itu sehingga membuatkan pokok-pokokyang ada di situ tercabut dan rebah ke bumi. Air laut mula berombak ganas lalumenampar persisiran pantai.

            “Ib, kita mesti tinggalkan tempat ini sekarang juga!”jerit Lang.

            “Tapi abangku...”

            “Keselamatan keluarga kita lebih penting. Kau sanggupmelihat anak dan isteri kau mati di sini?” jerit Lang lagi.

            Mutalib memandang wajah resah anak dan isterinya. Diamemandang pula wajah bayi di dalam dakapannya. Akhirnya dia mengarahkan anak danisterinya segera naik ke dalam sampan. Ribut masih lagi melanda pulau itu.Gegaran yang berlaku bertambah kuat sehingga membuatkan air laut bertambahganas membadai pantai. Sampan yang dinaiki keluarga Mutalib turutterumbang-ambing. Anak-anaknya mula menangis ketakutan.

            Mutalib merasakan ada sesuatu yang cuba menghalang merekadaripada meninggalkan pulau itu. Setiap kali sampan mereka bergerak ke tengahlautan setiap kali itu jugalah laut menjadi bergelora lalu membuatkan sampanmereka kembali ke tepi pantai. Mutalib berdiri lalu melaungkan azan sambilmenghadap ke laut. Dengan izin ALLAH s.w.t lautan yang bergelora itu menjadireda. Mereka pun kembali meneruskan perjalanan mereka.

            “Abang, macam mana dengan abang Attar?” tanya isteriMutalib.

            Mutalib tidak segera membalas. Dia menumpukan perhatianpada dayungannya. Sesekali dia berpaling ke pulau yang semakin jauhditinggalkannya.

            “Insya-ALLAH, abang Attar akan selamat,” ujarnyaperlahan. Sempat lagi dia mengerling ke arah bayi yang berada dalam dakapanisterinya. 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI