Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
Ninie Othman
31/5/2017 11:40:34
29,167
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

 

“BELAAN?”Berahim dan Samad serentak menyoal. Tok Guru Semail mengangguk.

“Tapi saya rasa dia tak tau arwah Nek Cuada membela benda ni. Mungkin dia warisi tanpa sedar,” sambung Tok Guru Semail.

“Tok yakin ke?” soal si Leman pula. Diamembetulkan duduk dan sudah tidak berminat untuk mengambil keria yang ketujuhselepas mendengar apa yang dikatakan oleh Tok Guru Semail.

Tok Guru Semail tersenyum tawar, “Wallahualamni cuma apa yang saya rasa. Nak pastikan betul ke tidak, saya kena tengok diasendiri.”

Tok Ketua mengangguk setuju. Orang yangpenuh ilmu ALLAH di dada ini tidak akan sewenang-wenangnya membuat kesimpulanjika tidak ada bukti yang kukuh. Dia sangat mengenali sifat jujur dan amanahTok Guru Semail dalam membuat apa-apa keputusan. Mereka memang sebaya iaitu 55tahun tetapi dia selalu meminta nasihat Tok Guru Semail jika ada apa-apa yangmengundang keraguan dalam hati.

“Tok nak buat apa?” tanya si Berahimpula.

“Saya akan ke rumah Amar untuk bertemumata dengan dia. Benda ni akan terbukti dari lirikan mata dia.”

“Kalau macam tu, petang esok kita kerumah dia. Lepas dia balik dari office.”Tok Ketua memberi cadangan dan ia dipersetujui oleh semua kecuali Leman.

“Tak apa ke kita ke rumah dia? Kalaubenda tu sergah macam mana? Naya kita Tok.”

Pertanyaan Leman mengundang tawa kecildi mulut Tok Guru Semail dengan Tok Ketua. Aduhai Leman, tidak habis-habisdengan penakutnya tu!

“Benda macam ni paling suka sergah orangyang penakut macam kamu,” usik Tok Ketua. Leman terdiam. Mukanya pucat.

“Tok Ketua bergurau aje tu. Janganlahpercaya bulat-bulat.” Tok Guru Semail menggelengkan kepalanya dengan tawa kecilyang masih berbaki.

Leman mencebik. Nasib baik dia tidak adasakit jantung. Kalau tidak sudah tentu dia sudah terbongkang tidak sedarkandiri.

“Oh ya, benda yang Tok maksudkan tuapa?” Samad masih tidak dapat menangkap maksud sebenar Tok Guru Semail.

“Saka.” Ringkas sahaja penjelasan TokGuru Semail.

Bunyi sesuatu yang terseret di luarrumah mengejutkan Leman, Berahim dan Samad. Pantang disebut terus muncul ke?

“Bunyi daun kering ditiup angin aje tu,”ujar Tok Guru Semail, lembut.

Leman sudah pucat semacam. Fuh, nasibbaik bunyi daun kering ditiup angin. Dia mengesot menjauhi pintu utama.Kedudukannya semakin hampir dengan Tok Guru Semail. Berahim dan Samad sudahduduk dekat di antara satu dengan yang lain. Walaupun itu bunyi daun keringtetapi aura merindingnya lain macam sahaja.

“Awak ke yang panggil saya tadi bang?”tanya isteri Tok Ketua, Kak Mizah yang muncul secara tiba-tiba.

“Bukan,” balas Tok Ketua.

“Kenapa kak?” Berahim bertanya.

Sambil menggaru-garu kepala yang tidakgatal, Kak Mizah membalas dengan kening yang berkerut.

“Tadi macam awak yang panggil sayabang.”

Tok Guru Semail mendengar dengan tenanglalu menyoal, “Mizah dengar berapa kali?”

“Sekali tapi memang jelas bunyinya.”

“Jawab tak panggilan tu?” tanya Tok GuruSemail lagi. Kak Mizah menggeleng.

Tok Guru Semail hanya menghadiahkansenyuman pahit. Kak Mizah cepat-cepat melabuh duduk di sebelah suaminya daningin tahu apa yang akan terjadi jika dia menjawab panggilan tersebut.

“Oh tak ada apa-apa. Cuma itu bukansuara Jalal.”

Terasa angin dingin berhembus masuk kerumah. Semakin seram pula suasana di situ. Reroma juga galak berdiri.

“Dah tu suara siapa Tok?” Leman mengesotmendekati Tok Guru Semail sehingga sudah tidak wujud lagi jarak di antarakeduanya.

“Kamu rasa?” tanya Tok Ketua denganpandangan nakal. Suka betul dia mengusik pemuda yang baru berumur 22 tahun itu.

“Ala Tok janganlah tanya macam tu. Kangsaya terkencing kat sini kang, susah!” marah Leman.

Tok Ketua hanya mampu menahan tawa.Leman, Leman… Penakut sungguh.

“Kalau bukan suara abang Jalal, suarasiapa bang Mail?” Kak Mizah masih bertanya walaupun memang jelas itu bukanlahsuara yang bernama manusia. Di sudut hatinya yang paling jauh, dia mengerti apayang cuba disampaikan oleh lelaki itu.

Bunyi daun kering yang bergerak-gerak diluar masih menyapa pendengaran insan-insan yang sedang duduk berbincang didalam rumah. Angin juga masih bertiup laju menyisir rambut mereka. Leman sudahpucat di sisi Tok Guru Semail. Sudah macam ikan sardin duduk berhimpit-himpit.Mujur berhimpit dengan Tok Guru, kalau dengan Tok Ketua memang kena penyekeh.

“Jangan risau, tak ada apa-apa. Sayamintak diri dululah. Malam pun dah makin larut ni. Petang esok kita ke rumahAmar.” Tok Guru Semail bingkas bangun dan menuju ke pintu selepas bersalamandengan Tok Ketua dan tiga sekawan itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.Semasa merapati motosikal yang diparking di halaman rumah Tok Ketua, rasa anehtiba-tiba bergayut di tangkai hatinya. Dia tahu ada sesuatu yang sedang berdirimemerhatikannya dari arah yang terlindung dari pandangan mata kasar. Bunyiseretan yang didengari sebelum ini datangnya dari makhluk ghaib ini dan diaterpaksa menyembunyikan cerita yang sebenar demi menjaga hati tiga pemuda ituterutamanya Leman.

Makhluk yang dia sendiri tidak pastimuncul dari mana tetapi ada kemungkinannya ia milik arwah Nek Cu yang kinibertuankan Amar.

“Tok, kita balik sama-sama!” Lemanberlari menuruni takah-takah anak tangga. Dia bergegas menuju ke motosikal yangdiparking di sebelah motosikal Tok Guru itu.

“Terus balik ke rumah. Jangan melencongke tempat lain sebab hari dah jauh malam ni.” Tok Guru Semail menasihati. Nadasuaranya kedengaran serius.

“Baik Tok.” Leman mengangguk.

Enjin motosikal dihidupkan. Berahim danSamad menyusul turun ke halaman tidak lama selepas itu. Mereka mengangkattangan ke arah Tok Ketua dan isteri selepas berada di atas kenderaanmasing-masing.

“Jumpa esok Tok. Assalamualaikum!” LaungSamad.

Selepas salam berbalas, mereka semuamembonceng motosikal hingga ke rumah masing-masing. Semoga petang esok Amar adadi rumah ketika mereka datang bertandang.

 

PANGGILANtelefon daripada Aina dia jawab dengan suara malas. Ketika itu dia sedang duduktermangu di atas lantai bilik sejak selesai solat isyak hampir dua jam yanglalu.

“Hello, kau dah pergi buat checkup tak siang tadi?” Itu soalanpertama yang diajukan kepada Amar.

“Dah.” Pendek jawapan Amar.

“Macam mana? Apa kata doktor?”

“Semua okey.”

“Alhamdulillah, lega akak dengar.”Akhirnya Aina mampu menghela nafas lega. Dia sangkakan ada yang tidak kena padakesihatan adiknya itu.

Kedengaran keluhan panjang dari Amarsejurus selepas itu. Dia sepatutnya gembira apabila doktor mengesahkan yang diasihat walafiat namun mengapa hatinya semakin gundah gulana sahaja?

“Kenapa Am? Apa yang tak kena?” Ainabertanya. Dari keluhan yang dia dengar, itu bukan satu keluhan yangbiasa-biasa. Bagaikan ada beban besar yang sedang ditanggung oleh adiknya.

“Tak taulah kak. Aku rasa macam ada yangtak kena,” cerita Amar.

“Kenapa kau cakap macam tu? Cuba bagitauakak.” Kerisauan Aina kembali menerpa namun Amar membuat keputusan untukmenutup mulut.

“Cerita kat akak Am. Kalau kau takcerita macam mana akak nak tau…” Aina membuat desakan. Risau betul dia denganAmar. Macam ada yang tidak kena.

“Bila akak balik kampung?”

“Minggu depan.”

“Minggu depan aku cerita.”

Aina terpaksa akur dengan permintaanAmar. Dia akan pulang ke Kampung Hulu 8 yang terletak di Banting minggu depan.Cuti yang dia apply pun sudahdiluluskan. Dia akan berada di kampung selama seminggu. Mudah-mudahan dapatmembantu apa yang patut.

“Hm, iyalah. Kalau ada apa-apa kau call je akak,” pesannya.

“Insya-ALLAH.”

Talian dimatikan selepas keduanyaberbalas salam. Kemudian dia kembali merenung jauh. Memikirkan masa depannyayang kabur.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.