FIFI semakin tidak tertanggung azab kesakitan.Bandage lencun dan semakin dipenuhi darah merah pekat.Berdenyut- denyut betisnya kini.Terpaksa dia telan pil penahan sakit lagi dua biji.Sakitnya tidak tertahan.Ayna pula masih lagi belum muncul- muncul.Ada telefon tapi line pula bermasalah.
Hatinya melonjak- lonjak ingin keluar kerana terlalu haus akibat pengaliran darah berat.Termos air yang selalu mereka spare dalam bilik itu kehabisan air didalamnya.
Tiba- tiba kedengaran ketukan kuat di muka pintu.Terlalu kuat sehingga ia bergegar.Fifi yang sedang dilanda kesakitan berasa khuatir .Siapa pula itu.Jenuh ditanya siapa tetapi senyap sahaja.Takkan Ayna masih ada masa prank time kot ?
" Ya Allah, kau selamatkanlah kami ," hatinya berbisik dengan sepotong doa moga mereka dilindungi dari ancaman kejahatan syaitan jua manusia.Berkali dikerlingnya jam sama ada didinding juga pergelangan tangannya namun Ayna masih lagi belum pulang .
Jelmaan ' Pak Rul ' tersenyum dibalik pintu kamar itu.Perlahan- lahan dia melayang ke arah kamar bermangga besar lantas ghaib menerusi pintunya.
Ayna dan pemuda bermotor masih lagi berpusing- pusing dalam kampung seberang mencari klinik.Entah kenapa klinik yang berdekatan tutup pula sedangkan bukannya hari cuti umum atau ahad pun.
Langit yang tadinya cerah kini makin gelap .Awan hitam berarak deras makin lama ia mengaburi sinaran mentari.Pepohonan ditepian jalan meliuk lentok dihempas badai angin yang semakin menggila.Ayna semakin risau kini.Apatah lagi mengingatkan keadaan Fifi yang semakin teruk juga tentang rumah misteri itu.
" Kak, nampak gaya tak lama lagi hujan turun kak !," laung pemuda itu dari atas motornya.Ayna mengangguk sambil rambutnya berterbangan ditiup angin kuat.Nasiblah laluan itu sempit maka tiada bersesak dengan kenderaan lain.
Gemawan semakin berat dikandungi air hujan , tiada tertahan lagi maka titis demi titis turun dari awan yang makin bocor.Maka lama makin mencurah airnya lantas membasahi bumi Perak itu.
Kayuhan makin diperlajukan walaupun agak sukar akibat rempuhan angin dan hujan lebat.Mereka berdua makin basah kuyup.
Panahan kilat diluar makin memantul- mantul cahayanya.Fifi makin diburu rasa sesak.Siapa yang tidak takut berada didalam hujan yang begitu lebat, guruh berdentum, kilat sambar- menyambar sana dan sini apatah lagi tinggal keseorangan didalam sebuah rumah agam yang penuh misteri !
' THUOOOMMMM !' Seakan bergegar rumah itu rasanya pabila guruh berdentum sangat kuat dan menakutkan.Tafsir Quran makin erat dalam pelukan sambil mulutnya dipenuhi pelbagai bacaan ayat suci.
Berterbangan sana- sini, dari satu pokok ke satu pokok akibat diburu panahan petir.Dia dengan pantas melayang ke dalam rumah agam itu.
Diruang tamu semua barang terapung- apung diudara bagaikan ada satu kuasa penarikan.Dia panas tatkala ayat- ayat suci itu semakin mengejarnya dalam bentuk api .Rumah itu berbahang dia rasakan.Sekejap dia menjelma sebagai Pak Rul sekejap menjadi dirinya yang sebenar.
Ingin sekali dia hapuskan gadis yang terkurung dalam bilik itu.Namun pabila sampai ke pintu kamar itu, semakin panas dia rasakan.Seruan ayat - ayat itu bagaikan panahan petir di luar tadi.
Ayna dan pemuda bermotor itu terpaksa mencari tempat perlindungan sementara menanti hujan yang seakan ribut itu reda.Tengahari kian berinjak ke petang.Sedang mereka berjalan tiba- tiba mata keduanya tertancap pada perkataan klinik Permata di bangunan sebelah.
Mereka akan menyeberang pabila hujan reda sedikit.Angin begitu kuat kini.Kelihatan bumbung warung - warung kecil tepian jalan besar itu seakan ingin melambung .Terselak- selak .Tiang- tiang elektrik juga seakan condong pabila menahan rempuhan ribut berkenaan.
Ayna mengigil kesejukan baju yang dipakainya itu lencun.Begitu juga dengan pemuda berkenaan.Helmet telah dia tanggalkan.
Sementara menanti hujan reda, Ayna ingin mendengar akan cerita yang mahu diperdengarkan tadi.Pemuda itu seraya menghadapnya lalu membuka mulutnya.
Bacaan ayat- ayat suci masih diteruskan pabila namanya makin galak di seru.Fifi tahu itu bukan Ayna.Dia kena kuatkan imannya.Dia perlu ingat pesan rakannya selagi dia tidak pulang jangan sesekali buka pintu.Di tingkat atas pula pelbagai bunyi kedengaran.Jeritan juga kedengaran .
Syukur alhamdulillah pabila jarum pendek berhenti tepat pukul 5 petang , hujan pun berhenti.Kini Ayna telah mengetahui siapa ' perempuan berkebaya ' tadi.Meremang juga bulu romanya pabila diingatkan kembali.
Walaupun basikal dan motor masih dibasahi air hujan namun itu semua tidak perlu mereka endahkan kerana masih ada perkara penting yang perlu mereka selesaikan sekarang.
Setelah basikal ditongkatkan.Setelah motor dimatikan enjinnya, kunci diambil lantas dimasukkan kedalam poket jaketnya.Helmet ditanggalkan kembali.Keduanya menapak dengan pantas menuju ke arah pintu masuk klinik berkenaan.
Mungkin ditempat lain makin reda hujan, tetapi tidak dalam kawasan rumah agam itu.Petir dan guruh berlawanan.Para syaitan lari bertempiaran .Ada beberapa pokok tumbang dan ada juga menjadi mangsa panahan petir.Syaitan berjaya lari pokok pula mangsanya.Sebab itulah tidak digalakkan bersembunyi bawah pokok waktu hujan ribut .
Fifi semakin lemah.Kakinya kian berdenyut.Bandage yang basah dek darah masih lagi lencun.Hafalan di mulut makin lama makin perlahan.Pandangan juga makin kabur.Makin berbalam walaupun cahaya kilat kadang- kala menerangi ruang yang kelam itu.
Bumbung rumah agam kian jelas di penglihatannya.Sesiapa pun akan diburu resah dan ketakutan tatkala melalui jalan itu apatah lagi berdekatan rumah berkenaan.Siren ambulans nyaring kedengaran memecah kesunyian kawasan itu.
Dibahagian belakang, Ayna ditemani oleh doktor dan beberapa orang jururawat yang akan membantu mereka.Rumah agam makin tersergam dihadapan mereka kini.
Ambulans milik klinik Permata itu kini melewati pohon rendang yang menjadi tanda arah ke rumah berkenaan.Setelah enjin dimatikan , doktor, Ayna dan beberapa orang jururawat sahaja yang diarahkan keluar manakala yang lain juga pemandunya diarahkan bersedia jika ada apa- apa berlaku nanti.
Melopong mulut para jururawat pabila pintu terkuak luas lantas mempamerkan keindahan seni ukir perabotnya dan susun atur nya.Kemas sekemasnya.Walaupun tadi ia .....
Pintu ditolak...." Ya Allah, Fifi.....!!," laung Ayna bergegas mendapatkan gadis yang terdampar atas lantai dan tidak sedarkan diri itu.
Tekanan darah diperiksa.Denyutan nadi dan jantungnya juga." Dia perlu bawa ke hospital ! Keadaannya agak teruk ," ujar Doktor lelaki berkenaan.Ayna akur tiada cara lain lagi, nyawa Fifi dalam bahaya dan perlu di selamatkan.
Ayna dan beberapa orang jururawat cuba mengangkat tubuh lesu itu untuk dipapah ke arah luar .
" Mahu ke mana ?," soal satu suara garau .Dia kini terpacak berdiri dihadapan mereka.Semuanya tercengang kini.Ayna juga turut tergamam.PaK Rul ????
Tak tempang lagi ? Benarkah itu Pak Rul ? Pelbagai soalan mendesak benaknya untuk berfikir." Pak cik, tapi kami kena cepat ," ujar doktor muda itu.Melihat pada keadaan kecederaan pada betis gadis itu makin parah.Ayna kini baru tersentak .
" Ha...Ha....Ha....! Jika aku tak benarkan ?," soal suaranya yang melantun- lantun.Ayna semakin yakin bahawa lelaki dihadapan mereka itu bukan Pak Rul.Tapi jelmaan syaitan.
" Argh..HA...HA...HA ..!," Jeritan salah - seorang daripada jururawat bertiga itu.Kemudian diikuti temannya .Dan diikuti yang seterusnya.Mereka terjerit- pekik, meronta- ronta.Histeria menyerang.Rasukan syaitan kini membelenggu mereka bertiga.Ada yang saling bercakaran dan menderam.
Lelehan darah mulai mengalir keluar melalui ruang terbuka hasil cakaran di muka masing- masing.Keadaan semakin tidak terkawal.
" Allah !!," jerit seseorang pabila tubuhnya dihentak sesuatu yang keras.Ayna berpaling doktor muda yang kerasukan itu menghentak kepala Fifi berkali- kali menggunakan kerusi yang berada di dalam bilik berkenaan.Darah memancut keluar daripada tempurung kepala yang pecah .
" Ya, Allah Fifi.....!!!," Laung Ayna cuba bergegas ke arah mereka berdua namun langkahnya terhenti.Kakinya seakan di gam.Buku lalinya pula seakan dirantai.Ayna tidak mampu untuk bergerak lagi.Tak sanggup lagi dia melihat kepala dan tubuh yang semakin hancur itu.
' prap ' Kepalanya terkehel dan terpusing ke belakang tatkala dipulas oleh sesuatu.Kepala doktor muda itu lantas terpelanting betul- betul dibawah kaki Ayna ! Matanya terbeliak .Darah bagaikan pancutan air terjun yang membuak keluar menerusi leher yang terpelohong itu.Lantas tubuh tanpa kepala itu rebah ke lantai.Darah melepa keluar terus membanjiri lantai mozek .
Ayna memejam matanya menahan tangisan daripada mengalir keluar.Dia benar- benar tidak tega lagi untuk melihat suasana sedemikian rupa.Fifi kini telah selamat kembali ke alam barzakh.
Mayat ngeri bergelimpangan di tepi ambulans.Tubuh badan mereka hancur dibaham beberapa ekor anjing hitam bermata merah.Kepala pemandu ambulans tergolek betul- betul dihadapan pintu masuk.
" Jangan !!! Jangan kau sentuh anak aku !!!," teriak jelmaan wanita yang bergentayangan itu.Dia menyeringai dalam keadaan terapung- apung." Siapa anak kau ? Ha....Ha....Dia bukan anak kau ....Dia bukan anak kita !!! Kita tak pernah ada anak ....Sampai kau mampus pun kau tak anak !!!," bentak jelmaan Pak Rul.
Ayna yang semakin lemah terpinga- pinga, dia bagaikan menyaksi suatu sandiwara dimana jelmaan- jelmaan itu para pelakonnya .Darah pekat mengalir dari kepalanya.Dunia semakin berputar dia rasakan.
" Ha....Ha...Ha...Kau yang bodoh ! Aku pernah mengandungkan anak kau ....Kau lihat wajahnya ! " Bentak jelmaan wanita bernama Ainah itu sambil menghalakan jemari tirus nya yang berkuku panjang ke arah Ayna.
Sebenarnya dah lama lelaki itu perasan akan kesamaan pada wajah anak gadis itu dari hari mula mereka sampai ke rumah itu.Kerana itulah dia dengan mudah membenarkan mereka duduk.
Cuma perasaannya tetap menafikannya.Bukankah dalam dunia ini ada 7 wajah yang mirip kita ?
Kedua- duanya terkejut pabila mendengar cerita Ainah.Berat bagi Ayna untuk mempercayainya.Benarkah dia anak angkat pada Puan Leeza ?
Bagaimana bisa dia mahu menghubungi kedua ibubapanya tatkala dia dalam keadaan begini.???