Home Novel Komedi/Romantik Komedi ABANG CIK. COM.MY
ABANG CIK. COM.MY
Fida Rohani
17/6/2015 03:26:44
50,075
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

Petang itu, Restoren Ayam Goreng Cinta penuh dengan pelanggan. Ramai remaja melepak. Duduk dari tengah hari hingga ke petang dengan hanya satu set ayam goreng. Mereka benar-benar menumpang WIFI dan penghawa dingin.

Tidak disangka-sangka pula, hari itu Encik Puad tuan punya restoren pun akan datang melawat.

“Kenapa dengan kaki awak Jihah?”

“Kemalangan masa nak datang kerja tadi, bos.”

“Kalau dah macam tu, kenapa tak rehat saja kat rumah?”

“Kat sini tak cukup orang bos. Kasihan dengan Fitri, Nikko dan budak-budak di dapur tu. Kelam kabut nanti.”

“Awak ni rajin sangat Jihah. Saya berterima kasih pada awak yang sanggup susah payah untuk restoren saya ni,” kata Encik Puad.

“Saya ni kerja bos. Kalau saya tak kerja, sapa nak beri makan keluarga saya tu.”

“Tak ramai pekerja yang jujur macam awak ni. Walaupun makan gaji, awak jujur dengan kerja awak.”

“Fitri, Nikko dan Jihah, saya datang ni ada hal nak cakap dengan kamu semua. Harap kamu semua dapat bertenang,” kata Encik Puad.

Fitri memandang Nikko dan Najihah. Mereka saling berpandangan dengan rasa cuak dan bimbang.

“Kenapa Encik Puad? Restoren ni nak ditutup ke?” Mulut Nikko celupar bertanya.

“Oh tidak. Restoren ini akan kekal dibuka. Cuma mungkin akan bertukar bos,” jawab encik Fuad dengan senyuman.

Sekali lagi mereka berpandangan. Encik Fuad menjual restoren itu?

“Saya akan serahkan restoren ini kepada anak perempuan saya Noni. Dia akan uruskannya. Rasanya saya dah patut duduk diam-diam di rumah dan bermain dengan cucu. Letih dah saya menguruskan bisnes ini. Jadi, saya serahkan restoren ini dan cawangan-cawangan yang lain kepada anak-anak. Kebetulan yang ini, jatuh ke tangan Noni.”

Fitri menarik nafas lega. Begitu juga dengan Nikko dan Najihah.

“Hari ini mungkin kali terakhir saya ke sini sebagai bos. Esok, kalau saya datang pun mungkin sebagai pelanggan. Esok, Noni akan jadi bos baru kamu. Saya harap kamu berikan kerjasama yang sama seperti kamu berikan kepada saya,” kata Encik Puad lagi.

Apa lagi nak dikata. Mereka akan bertukar bos. Biarlah asalkan mereka tidak dibuang kerja. Bukan senang nak dapatkan kerja sekarang. Ekonomi tidak meleset tetapi sedikit gawat. Dengan segala barang naik harga, menjadikan kos hidup menjadi tinggi. Banyak syarikat yang terpaksa berjimat cermat.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.